Anda di halaman 1dari 2

Latar belakang Muhammad Ali Hanafiah

Muhammad ibn Ali ibn Abi Talib, juga dikenali sebagai Muhammad ibn al-Hanafiyyah dan
nama keluarga Abu'l-Qasim. Beliau adalah anak ketiga Ali ibn Abi Talib yang merupakan
imam pertama umat Islam Shi'a dan Khalifah keempat Muslim Sunni.

Kandungan utama Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.

Hikayat Muhamaad Ali Hanafiah merupakan teks Melayu terawal yang mengisahkan
kisah percintaan dan mengandungi kandungan mengenai aspek emosi, nilai kebudayaan
dan nilai sosiopolitik. Hikayat ini sudah dikenali sejak zaman KMM pada abad ke-16. Hikayat
ini juga dikenali sebagai Hikayat Perang kerana hampir kesemua hikayat ini penuh dengan
kisah peperangan. Hikayat ini ditulis bertujuan untuk menggambarkan tentang kekuasaan,
kepahlawanan keturunan Nabi Muhammad SAW. Kisah dalam Hikayat ini bermula dengan
perlantikan baginda sebagai seorang rasul dan nabi bagi umat akhir zaman serta kehidupan
yang dilalui bainda sehingga wafat. Hikayat Muhammad Ali Hanafiah juga menceritakan
perihal kegagahan dan keperwiraan seorang pejuang Islam, iaitu Muhammad Ali Hanafiah,
pada zaman sebelum dan awal kebangkitan Islam.

Ciri-ciri Hikayat Muhammad Ali hanafiah.

1) Sentrik istana- menceritakan tokoh yang berkaitan dengan kehidupan istana atau
kerajaan
2) Bersifat Statik- tetap (tidak banyak perubahan)
3) Bersifat komunal- menjadi milik masyarakat
4) Mengisahkan kisah umu- yang jahat pasti kalah, yang baik menang
5) Bahasa klise- menggunakan perulangan bahasa

Contoh bahasa Hikayat Muhammad Ali Hanafiah

1) Bahasa klasik
 Ayat panjang, berulang dan berbelit
 Dipengaruhi oleh Bahasa Arab
 Pasif dan songsang
 Kosa klasik- sahaya (saya), masyghul (sedih), ratna mutu manikam (batu
permata)
 Perdu perkataan- sebermula, hatta, alkisah
 Guna perkataan pun/lah
2) Bahasa istana
 Anugerah- pemberian

 Sembah- beri salam

 Daulat- bahagia

 Beradu- tidur

Kelebihan karya ini sehingga ia menjadi pilihan utama Sultan Melaka dalam
pentadbirannya?

Pada pendapat saya, antara kelebihan Hikayat ini sehingga menjadi pilihan utama
Sultan Melaka kerana kandungan hikayat ini yang boleh dijadikan panduan oleh
baginda dalam menguruskan pentadbiran negeri Melaka. Hal ini kerana, secara
keseluruhannya, hikayat ini menceritakan tentang peperangan termasuklah strategi
peperangan yang baik. Buktinya, bab ke-23 dalam Sejarah Melayu menjelaskan bahwa
pada tahun 1511, ketika Portugis menjajah Kerajaan Malaka, ada riwayat yang
menceritakan percakapan antara raja Malaka dan beberapa pejabatnya yang
membicarakan buku yang harus dibaca oleh mereka. Buku tersebut adalah kisah
tentang perjuangan Muhammad Hanafiah. Setelah membaca buku ini, diharapkan
mereka termotivasi dan lebih berani melawan Portugis. Hasilnya, pada serangan
pertama Portugis, kerajaan Melaka telah berjaya mempertahankan kota Melaka namun,
kalah pada serangan kedua atas beberapa faktor seperti pembelot dalaman.