Anda di halaman 1dari 15

Tajuk1

Pengenalan
Ilmu
Tamadun
HASIL
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Memahami maksud tamadun
2. Mengetahui konsep, ciri, prinsip, matlamat dan sumber tamadun
3. Menganalisis perbezaan dan hubungan tamadun dengan kebudayaan
4. Menilai persamaan dan perbezaan antara tamadun

 PENGENALAN

Seorang sarjana bernama Courtland Canby (1980) telah menyenaraikan rentetan


tamadun manusia yang bermula sejak 10,000 S.M. Ia bermula di Timur Tengah pada
zaman Hassuna Ware hingga ke tamadun yang lebih maju seperti; tamadun Mesir
(Saba’ dan Samarra’), Babylon, Yunan, Romawi, Byzantium dan Parsi, China, India
dan Semenanjung Arab. Pembinaan tamadun dan peradaban oleh bangsa dan
negara-negara berkenaan berlaku secara evolusi yang didukung oleh para
sarjananya yang memiliki keilmuan yang tinggi sehingga dapat menyumbangkan
hasil-hasil kesarjanaan mereka kepada keperluan bangsa dan negaranya. Sejarah
kewujudan manusia di dunia ini juga turut membawa kepada penemuan-penemuan
yang mengkagumkan daripada pelbagai hasil ‘man-made’ yang datangnya daripada
sesuatu bangsa. Setiap negara dan bangsa memiliki tamadunnya tersendiri yang
berbeza-beza mengikut sumbangan para sarjana mereka. Pembentukan tamadun
berasaskan kepada ilmu dan kesarjanaan. Sejarah juga telah membuktikan kepada
kita bahawa sewaktu memuncakknya sesuatu tamadun, ia sentiasa diiringi dengan
kehadiran bagitu ramai para cendekiawan dalam pelbagai bidang kesarjanaan yang
dapat memberikan sumbangan kepada pembangunan tamadun tersebut.

Tamadun Barat Moden yang sedang kita saksikan sekarang merupakan peradaban
baru yang begitu dikagumi oleh seluruh penghuni dunia itu juga tidak terlepas
daripada pembangunan keilmuan dan budaya yang ingin diterapkan oleh tamadun
tersebut. Tetapi malangnya tamadun moden kini sama ada yang muncul di dunia

1
Barat mahu pun di sebelah Timur rata-rata tidak bertunjangkan kepada sistem nilai
moral dan agama. Akhirnya kita menyaksikan dua aspek yang terpecah dan
terpisah, di mana pembangunan material nampaknya begitu hebat pada satu sisi
lain pembangunan rohaninya kelihatan bejat. Ketidakseimbangan ini menyebabkan
sesuatu tamadun yang dimiliki oleh sesebuah bangsa dan negara lambat launnya
akan hancur. Peperangan, berbalahan etnik dan agama, ketamakan kuasa politik
dan perebutan sumber ekonomi boleh menjadi punca runtuhnya sesebuah tamadun
yang telah dibina .

1.1 KONSEP TAMADUN

Perkataan tamadun pertama kali diperkenalkan oleh Jurji Zidan, seorang penulis
yang banyak menulis tentang sejarah Islam dan Sastera Arab. Sesetengah serjana
pula berpendapat Ibnu Khladun yang mula-mula memperkenalkan istilah
‘tamadun’ yang diambil daripada Bahasa Arab. Dari sudut etimologi dalam Bahasa
Inggeris, tamadun selari dengan perkataan civilization. Perkataan ini diambil
daripada bahasa Latin ‘Civitas’ yang bererti bandar atau City, atau proses
urbanisasi, dengan alasan bahawa setiap perubahan bermula di bandar dan ciri asas
peradaban manusia lebih mudah ditemui di bandar-bandar. civilization juga
bermaksud tamadun manusiawi yang merujuk kepada kemajuan jati diri manusia di
dalam membangunkan kehidupan dalam pelbagai peringkat terutamanya di
peringkat negara. Penggunaan perkataan ini mula digunakan dan terjelma dalam
buku-buku Inggeris pada kurun ke-19 Masihi.

Mengikut Kamus Dewan (1991), perkataan tamadun bererti kebudayaan, kemajuan


dan peradaban. Satu lagi perkataan bahasa Melayu yang hampir sama
pengertiannya dengan parkataan ‘tamadun’ ialah perkataan ‘peradaban’ yang
membawa erti kebudayaan, tamadun dan kemajuan (jasmani dan rohani).

Tamadun secara umumnya diertikan sebagai pembangunan, perubahan, kemajuan


dan peradaban yang dicapai oleh sesuatu bangsa atau kaum di dunia. Istilah
tamadun juga ditakrifkan sebagai keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau
didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran yang
tinggi peradabannya. Tokoh-tokoh Barat (Eropah) seperti Max Weber, Dancy
Rebeiro, Arnold Toynbee, Clicve Bell, David Rodnick dan lain-lain (sarjana Sains
Kemasyarakatan) melihat konsep tamadun daripada perspektif ‘materi’ (kebendaan)
semata-mata dengan mengaitkan tamadun dengan kebudayaan, di mana
kebudayaan mencakupi aspek; bahasa, cara berfikir, agama, adat resam,
kepercayaan, kesenian dan lain-lain. Kesemuanya merupakan aktiviti akal fikiran.

2
Manakala Pendapat tokoh-tokoh Timur (Islam) pula seperti; Ibnu Khaldun,
Muhammad al Bahi, Syed Muhammad al-Nquib al-Attas, M.A.J Beg dan lain-lain
mengatakan bahawa tamadun bukan berdasarkan kepada aspek materi semata-mata
atau akal fikiran sahaja sebaliknya tamadun perlu berlandaskan kepada aspek
kerohanian (agama) iaitu wahyu dan sunnah. Sesuatu bentuk tamadun dan
kebudayaan yang bertentangan dengan al-Qur’an dan Hadis adalah bukan
tamadun dan kebudayaan Islam. Menurut mereka tamadun adalah kesepaduan
pencapaian manusia dalam aspek kerohanian dan kebendaan yang berpusat di kota
dalam bentuk skrip, seni bina, ilmu pengetahuan, sains, teknologi, kepercayaan,
perundangan dan politik. Tamadun menurut mereka adalah beberapa situasi dan
kondisi yang melebihi daripada apa yang ada dalam konteks kemajuan. Dengan itu
tamadun membawa makna; segala kemajuan dan perkembangan yang mencakupi
kegiatan manusia yang meliputi semua aspek kebudayaan, keilmuan dan agama
manusia.

AKTIVITI PERBINCANGAN 1.1

(a) Jelaskan perbezaan konsep tamadun daripada sudut pandangan Zurji


Zaidan dan Ibnu Khaldun
(b) Bagaimanakah anda memahami maksud tamadun daripada perspektif
Barat dan Timur

1.2. CIRI TAMADUN

Dari dekat ke abad, manusia menjadi lebih inovatif dan kreatif untuk menyesuaikan
kehidupan mereka dengan alam persektiaran. Perubahan ini bergantung kepada
pencapaian keilmuan dan kekuatan rohaniah mereka.  Proses pembentukan
tamadun merupakan manifestasi kepada pencapaian manusia dalam kedua-dua
aspek ini. Perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan dapat dilihat dalam sebuah
negara yang bertamadun. Antara cirri-ciri tamadun adalah;

1.2.1 Pertumbuhan, Pembinaan dan Perkembangan


Kota (Urbanisasi)
Ciri utama kelahiran tamadun ialah kehidupan manusia ketika itu yang hidup lebih
teratur dan bersistematik. Mereka ingin memastikan bekalan makanan mereka
mencukupi dan berterusan. Pada masa ini, manusia menetap di suatu tempat.

3
Mereka memilih persisiran sungai sebagai penempatan kerana lembah sungai yang
subur amat sesuai untuk aktiviti pertanian bagi pengeluaran makanan. Selain itu,
sungai juga amat kaya dengan sumber bekalan makanan. Manusia juga boleh
menggunakan sungai sebagi salah satu jalan pengangkutan. Dengan adanya bekalan
air yang mencukupi, ia memainkan peranan yang penting dalam menjalankan
pelbagai kegiatan ekonomi seperti pertanian, penternakan, perikanan dan
perdagangan.

Seterusnya, dari perusahaan pertanian terutama dari segi penanaman, penyimpanan


bahan makanan dan penternakan binatang. Masyarakat ketika ini, lebih maju dan
berdaya saing dalam mencipta peralatan baru seperti cangkul untuk memudahkan
aktiviti pertanian. Tambahan pula, mereka turut membina empangan dengan
menggunakan teknologi pengairan bagi meningkatkan hasil pengeluaran makanan
bagi menampung keperluan asas kehidupan. Contoh, penempatan awal bermula di
Mesir iaitu sejak tahun 7000 Sebelum Masihi lagi. Kesinambungan daripada
berlakunya Revolusi Pertanian, akhirnya membawa kepada kemunculan banyak
bandar baru. Antara bandar yang muncul ketika ini ialah Memphis, Dhilkah dan
Thebes.

1.2.2 Pembahagian kerja Secara kolektif


Kesan daripada peningkatan produktiviti manusia, setiap anggota masyarakat
mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. Oleh itu, pengkhususan
pekerjaan berdasarkan kepada pembahagian pekerjaan dan kepakaran menjadi
amalan mereka. Kewujud pelbagai jenis pekerjaan seperti petani, penternak, dan
nelayan menjadikan kehidupan masyarakat ketika ini seimbang dan saling
bergantungan antara satu sama lain. Barangan atau produk dihasilkan oleh ahli
komuniti ini secara tidak langsung membawa kepada proses pertukaran antara
barang dengan barang sesama mereka bagi memenuhi tuntutan keperluan seharian.

Proses pertukaran barang dengan barang ini dikenali sebagai sistem barter. Ketika
itu, penggunaan mata wang masih belum berkembang. Sistem barter inilah yang
menjadi asas kepada aktiviti perdagangan yang berlaku pada zaman tersebut.
Sebagai contoh, tamadun China mengkhusus dalam pengeluaran kain sutera. Hasil
daripada kepelbagaian pengkhususan pekerjaan, akan mempercepatkan lagi proses
urbanisasi dan perkembangan tamadun. Kesannya, berlaku hubungan dengan
tamadun luar dan menyebabkan penyebaran ilmu pengetahuan, teknologi dan
budaya berlaku antara masyarakat.

1.2.3 Stratifikasi Dan Organisasi Sosial


Penambahan penduduk menyebabkan wujud kehidupan berorganisasi yang
mencakupi pelbagai aspek seperti aspek sosial, ekonomi dan politik. Bermula

4
daripada sebuah keluarga kecil kemudian menjadi sebuah masyarakat yang
kompleks. Kebiasaannya sistem sosial berbentuk piramid secara stratifikasi
(bersusun lapis). Pemimpin atau raja menggunakan unsur relegi dan magis atau
mendakwa mereka sebagai wakil Tuhan demi mendapat pengikhtirafan sebagai
pemerintah. Wujud golongan pemerintah dan golongan yang diperintah telah
membantu pentadbiran berjalan lancar dan teratur. Biasanya raja menduduki
kedudukan yang teratas diikuti golongan bangsawan yang memainkan peranan
sebagai pentadbir. Golongan teknokratik menjadi pemimpin diikuti oleh
pembesar istana dan seterusnya ahli agama, golongan
pendeta dan paling rendah adalah golongan rakyat.

Kewujudan organisasi sosial membawa kepada pengenalan sistem perundangan


dan penghakiman untuk mendisiplinkan masyarakat dan melindungi nyawa serta
harta benda. Contoh kehidupan berstruktur seperti ini jelas dalam kehidupan
masyarakat tamadun Mesopotamia semasa pemerintahan Raja Hammurabi.

1.2.4   Tulisan dan Komunikasi


Kewujudan bahasa dan sistem tulisan adalah sebahagian daripada perkembangan
ilmu pengetahuan dalam proses pembentukkan tamadun. Hasilnya dapat dilihat
sehingga ke hari ini. Pada awalnya tulisan dipahati dalam bentuk gambar, simbol,
atau berbentuk pepaku. Tulisan-tulisan ini digunakan untuk menceritakan kesah
dan peristiwa sesuatu perkara. Lambang bertulis merupakan alat bagi melahirkan
idea-idea secara kronoligi seperti perundangan, pengetahuan serta memudahkan
pengendalian pentadbiran, percukaian dan perakaunan pada zaman ini.

Bahasa amat penting untuk tujuan komunikasi dan penyebaran ilmu pengetahuan
di dalam sesebuah masyarakat dan juga mejadi medium antara sesebuah
masyarakat dengan masyarakat yang lain. Tulisan amat penting untuk tujuan
urusan pentadbiran seperti penyimpanan rekod, penulisan undang-undang, dan
hal-hal keagamaan. Bahasa dan tulisan merupakan instrument paling penting untuk
menyampaikan, memperkembangkan serta mencatatkan idea pemikiran manusia.

Sistem tulisan adalah alat bagi mendapatkan ilmu pengetahuan, antara bahasa yang
tertua ialah bahasa Yunani dan Sanskrit. Contoh tulisan awal ialah tulisan Heiroglif
iaitu tulisan orang Mesir Purba yang dipahat dengan cantik , halus dan penuh
kesenian pada makam dan batu. Tulisan Cuneiform pula tulisan bergambar yang
dipermudahkan dengan bentuk simbol yang ditulis pada kepingan tanah liat oleh
masyarakat Mesopotamia untuk merekodkan tentang kegiatan perdagangan. Sistem
tulisan berbentuk pepaku pula dihasilkan oleh orang Sumeria. Tulisan Piktograt
pula telah dicipta oleh masyarakat Indus yang masih belum dapat ditafsirkan lagi.
Tulisan Histogram merupakan tulisan yang berbentuk simbol.

5
1.2.5   Sistem Agama Dan Kepercayaan
Agama adalah fitrah manusia, manusia memerlukan agama supaya ia mengetahui
matlamat hidup agar tidak tersasar daripada destinasi yang ingin ditujuinya.
Kehidupan yang berakhlak dan bermoral tinggi merupakan perkara yang
dititikberatkan dalam kehidupan bertamadun.

Kehadiran agama dan kepercayaan bukan sahaja membentuk keperibadian manusia


menjadi baik, bersopan santun malah juga dimanifestasikan melalui pembinaan
monument-monumen keagamaan yang kemudiannya menjadi pusat kepada
perkembangan sesebuah tamadun. Justeru itulah bandar-bandar awal muncul di
persekitaran pusat-pusat upacara keagamaan. Setiap tamadun mempunyai AGAMA
rasmi tersendiri. Tamadun China membangun bersama Agama Buddha, Tamadun
India dengan Agama Hindu, Tamadun Melayu dan Tamadun Islam didasari oleh
Agama Islam, begitu Tamadun Barat pula Agama Kristian.

Dalam pelbagai tamadun, Kewujudan monumen keagamaan seperti tokong, kuil ,


masjid dan gereja adalah seiring dengan pertumbuhan bandar-bandar. Kebanyakan
sejarawan berpendapat sesuatu agama yang telah diinstitusikan sebagai agama
rasmi bagi sesebuah tamadun itu sangat berperanan dalam pembentukan dan
kemajuan sesebuah tamadun itu. Sejarawan pernah menyatakan bahawa “
Sesungguhnya terdapat dalam sejarah, bandar-bandar tanpa istana dan tempat-tempat
perusahaan, tetapi tidak pernah terdapat bandar-bandar tanpa rumah ibadat”.

1.2.6. Penggantian Kehidupan Normad Kepada


Kehidupan Moden Melalui Kemajuan Sains
Dan Teknologi
Pentaakulan pemikiran dan keilmuan yang tinggi melambangkan kemajuan sains
dan teknologi dalam masyarakat tamadun awal. Kreativi dan peningkatan inovtif
dalam penciptaan teknologi dan pembinaan dibuat bertujuan bagi
menyempurnakan lagi keselesaan kehidupan manusia. Masyarakat awal adalah
golongan normad yang sentiasa berpindah randah dengan membuka kawasan
pertanian dan penternakan baru. Pada zaman itu mereka sudah pandai mencipta
peralatan pertanian seperti parang, bajak, cangkul kemudiannya maju setapak
dengan mecipta kincir air, roda, kapal, empangan, terusan dan perlatan peperangan.
Kesemua ini meninggalkan kesan dari segi pertanian, perdagangan dan
pengangkutan. Tidak dapat dinafikan sejarah sesebuah tamadun amat bergantung
kepada ketinggian sains dan teknologi. Kehidupan normadik beralih kepada
kehidupan yang lebih moden dengan penciptaan yang lebih hebat seperti robotik,
computer, telefon dan sebagainya.

6
1.2.7  Keseniaan Dan Estetika
Setiap unsur kesenian memiliki nilai estitika. Nilai estetika adalah perasaan indah
yang dapat dirasakan jauh ke dalam jiwa manusia. Hal ini dapat dilihat dari segi
seni lagu, seni tari, seni bina, seni ukir, lukisan, kraf dan sastera. Contoh dalam
tamadun Mesopotamia terdapat epik Gilgamesh yang menceritakan keperwiraan
bangsanya. MIliyad dan Odysey yang dihasilkan. Homer juga banyak menceritakan
tentang kejayaan dan pengembaraan orang Yunani. Keindahan seni lukisan
Leonardo De Winci, Keindahan seni muzik oleh Muzad dan kelunakan taranum al-
Qur’an adalah contoh keseniaan estetika yang melambangkan ketinggian sesebuah
tamadun yang dicipta.

AKTIVITI PERBINCANGAN 1.2

Bincangkan kenyataan di bawah ini :

Sejarawan pernah menyatakan bahawa:


“ Sesungguhnya terdapat dalam sejarah, bandar-bandar tanpa istana dan tempat-
tempat perusahaan, tetapi tidak pernah terdapat bandar-bandar tanpa rumah
ibadat”.

1.3 PRINSIP TAMADUN

Prinsip-prinsip tamadun mencakupi pelbagai aspek berikut:

1.3.1 Sosioekonomi

Sosioekonomi merupakan prinsip paling asas dalam mewujudkan sebuah tamadun.


Ini supaya manusia boleh menjalani  kehidupan mereka dengan lebih sistematik.
Sosioekonomi menggambarkan bagaimana sesebuah masyarakat melaksanakan
aktiviti perekonomian berdasarkan sesuatu etnik dan kaum. Pada asalnya sesuatu
kaum melambangkan kegiatan penguasaan perekonomiannya seperti kaum China
dengan perniagaannya, masyarakat dengan pertanian estetnya dan kaum Melayu
dengan pertanian. Pendidikan dan keilmuan telah mengubah persepsi ini di mana
pada zaman pasca modernisme tiada lagi berlaku penguasaan ekonomi berasaskan
kaum sebaliknya semua kaum bebas menjalankan kegiatan perekonomian mengikut
kebolehan dan minat mereka. Kebijaksanaan sesuatu kaum dalam menguasai dan
memonopolikan perekonomian melambangkan ketinggian keilmuan dan kemahiran
dalam mencipta ketamadunan bangsa.

7
1.3.2 Interaksi Manusia dengan Alam 

Manusia perlu berinteraksi antara satu sama lain untuk terus hidup. Interaksi
dengan alam pula hendaklah dibudayakan secara kolektif. Pembudayaan idea,
tenaga, usaha dan pengalaman akan terhasil daripada interaksi antara manusia
dengan alam. Bermula dengan memahami alam dan menerokai alam, manusia
dapat mengeluarkan isi alam untuk dimanfaatkan bagi mengisi keperluan
kehidupan manusia. Penciptaan peralatan yang digunakan untuk mengeluarkan
hasil mahsul bumi menunjukkan kebijaksanaan manusia dalam menggunakan
teknologi yang menjadi salah satu prinsip tamadun.

1.3.3. Daya Kreativiti Manusia

Manusia diberi akal dan pancaindera untuk berfikir serta mencari jalan 
penyelesaian. Daya cipta manusia yang tinggi melambangkan tamadun sesebuah
bangsa. Bangsa Mesir contohnya telah membina piramid yang begitu unik sekali
pun dengan teknologi moden masa kini tiada satu bangsa pun di dunia ini yang
dapat menandingi ketinggian tamadun mereka.

1.3.4. Persaingan Manusia

Setiap manusia mempunyai kehendak masing-masing. Manusia perlu  berhadapan


dengan dua batasan bagi memenuhi kehendaknya iaitu  keupayaan diri sendiri dan
batasan sumber yang diperlukan. Ini  menyebabkan manusia terpaksa bersaing
antara satu sama lain. Dalam persaingan manusia sudah tentunya mereka saling
berlumba-lumba untuk menghasilkan sesuatu idea dan pencipataan yang akhirnya
memberi manfaat kepada individu lain. Penciptaan dan inovasi baru adalah prinsip
tamadun.

1.3.5 Peminjaman Kepakaran

Manusia mempunyai keupayaan diri masing-masing dan kemungkinan  berbeza


antara satu sama lain. Oleh itu, pertukaran kerjasama dan  bantuan diperlukan.
Perkongsian idea atau kepakaran akan  membantu menjimatkan tenaga, jarak dan
masa.

1.4. MATLAMAT TAMADUN

8
Ada beberapa matlamat tamadun yang boleh dijelaskan seperti berikut:

1.4.1 Ilmu pengetahuan

Ilmu merupakan kekuatan extrinsik dan intrinsik sesuatu bangsa. Bangsa Yunan
yang hidup 2000 tahun yang lalu sangat cintakan ilmu pengetahuan sehingga
daripada kalangan mereka inilah lahir failasuf-failasuf terkemuka seperti Ploto,
Socrates, Hippocratic telah mempengaruhi bangsa-bangsa lain di Eropah dan dunia
Arab.

1.4.2 Pencapaian material

Tamadun yang dibangunkan daripada pencapaian kebendaan melalui pelbagai


sektor ekonomi seperti; pertanian, perindustrian, perkapalan, penternakan dan
sebagainya boleh memberikan kehidupan yang sempurna kepada manusia.

1.4.3 Pengamalan agama, moral dan akhlak

Tamadun yang tinggi juga terbina daripada individu yang konsisten mengamalkan
agama dan nilai-nilai moral serta akhlak. Tamadun menghendaki setiap insan atau
bangsa bukan sahaja perlu memiliki agama bahkan diwajibkan untuk melaksanakan
segala suruhan dan menjauhi segala tegahan sesuai dengan taraf manusia sebagai
khalifah (pemimpin) di dunia ini.

1.4.4 Kesejahteraan hidup

Segala penciptaan terbaru hasil daripada kreativiti dan inovasi sesuatu bangsa telah
memberikan kesejahteraan kepada kehidupan manusia sejagat. Penciptaan
komputer dan gajet-gajet terbaru contohnya memudahkan manusia melakukan
tugas dengan cepat dan dapat berkomunikasi tanpa sepadan ruang dan masa.

AKTIVITI PERBINCANGAN 1.3

Lakarkan melalui peta minda:


(a) ciri-ciri tamadun berserta contoh setiap satu daripadanya.
(b) prinsip tamadun
(c) matlamat tamadun

1.5 SUMBER TAMADUN

9
Semua bangsa di dunia ini mempunyai tamadunnya yang tersendiri. Sesebuah
tamadun mestilah bersumberkan asas-asas berikut:

1.5.1 Ilmu
Manusia dianugerahkan oleh Tuhan dengan ilmu pengetahuan yang mengangkat
darjat ketinggian manusia berbanding dengan maklukNya yang lain. Dari ilmulah
manusia membina tamadun dan peradaban melalui pelbagai penciptaan yang
sangat maju.

1.5.2 Pemikiran

Tamadun-tamadun yang awal manusia seperti tamadun Yunan, Babylonia, Sumero-


Assyro Mesopotamia dan Mesir berkembang seiring dengan perkembangan
pemikiran, peradaban, kebudayaan dan pembangunan bangsa mereka. Melalui
pemikiran yang tinggi mereka dapat membina monumen-monumen yang dikagumi
sehingga hari ini.
1.5.3 Materi

Kebendaan adalah asas bagi pembinaan sesebuah negara, tanpa sumber dan hasil
bumi yang ada manusia tidak dapat membangunkan negara. Semakin kaya hasil
bumi sesebuah negara maka semakin tinggi kualiti tamadun yang dicipta.
1.5.4 Agama

Agama dapat membentuk peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti,


tatasusila dan budi pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau
negara bangsa.

1.6 PERBEZAAN DAN HUBUNGAN TAMADUN


DENGAN KEBUDAYAAN

Kebiasaannya tamadun merujuk kepada pembangunan atau perubahan dari sesuatu


yang bersifat tradisional kepada pembangunan yang lebih sempurna. Kebolehan
manusia dalam mencipta dan melahirkan sesuatu yang baru juga disebutkan
sebagai tamadun. Dengan kata lain, tamadun sering digunakan bagi menunjukkan
‘elite’ sesuatu masyarakat atau negara.

Menurut Kamus Dewan (1970), perkataan tamadun bermaksud kebudayaan,


peradaban, dan kemajuan. Dari segi penggunaan, peradaban adalah sinonim

10
dengan tamadun. Beradab bererti bersopan dan hidup diatur oleh hukum dan
mempunyai tingkat kebudayaan yang lebih tinggi. Dari segi penguasaan makna,
maksud tamadun adalah lebih meluas berbanding peradaban dalam konteks
penggunaannya.

Dalam kehidupan bertamadun, masyarakatnya manusia dicirikan sebagai


masyarakat yang memiliki budaya yang tinggi dan terpuji. Budaya merujuk kepada
tatacara mereka bertindak ke atas persekitarannya (termasuk persekitaran sosial)
dalam menguruskan kehidupan secara kolektif. Berbudaya tinggi dan terpuji pula
merujuk kepada kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang dipaparkan dalam
kehidupan mereka. Bagaimanapun tamadun berbeza daripada budaya apabila
dilihat dari dua keadaan berikut:

(a) Pengaruh tamadun berkekalan lebih lama berbanding dengan pengaruh budaya.
Sebagai contoh, kesetiaan kepada maharaja merupakan satu tamadun dalam
masyarakat Jepun meskipun sistem politik mereka kini jauh berbeza dari dahulu.
Cara mereka berpakaian dan pemilihan jenis makanan pula merupakan
pengaruh budaya kerana telah mengalami banyak perubahan dalam tempoh
seratus tahun ini.

(b) Tamadun lebih bersifat universal merentasi sempadan geografi dan budaya.
Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya
selalunya dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu. Tamadun Islam
misalnya mengandungi beberapa budaya mengikut negara atau wilayah yang
berbeza. Sebagai contoh, budaya masyarakat Islam di rantau Melayu
berpakaian berbeza daripada masyarakat Islam di Semenanjung Arab
sungguhpun mereka berada di bawah naungan ketamadunan Islam. Budaya
sesesuatu tamadun biasanya terikat dengan kedudukan Geografi.

1.7 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA


TAMADUN

Terdapat banyak perbezaan dan persamaan antara satu tamadun dengan satu
tamadun yang lain. Ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara tamadun boleh dilihat
terutamanya dari sudut teologi, epistemologi dan etika. Sebagai contoh, persoalan
teologi berhubung dengan konsep monoteisme Islam begitu berbeza daripada
metafizik Buddhisme yang tidak menerima konsep Tuhan Pencipta (Creator God).
Hinduisme pula sebaliknya, menerima konsep Tuhan walaupun manifestasi
monoteismenya berbeza daripada Islam, Kristian dan Yahudi. Islam, Kristian dan
Yahudi dilihat secara umum merupakan agama-agama monoteistik, tetapi
kepercayaan monoteisme mereka berbeza antara satu sama lain. Dalam konteks

11
melihat perbezaan dan persamaan antara tamadun, tujuh persoalan etika berikut
dikemukakan:

1.7.1. Alam sekitar


Hidup secara harmoni dengan alam sekitar merupakan satu prinsip yang diterima
oleh kesemua agama. Berdasarkan pengajaran sesetengah agama, alam sekitar
dilihat sebagai anugerah Tuhan. Manusia pula dipertanggungjawabkan sebagai
khalifah yang berperanan sebagai penjaga alam sekitar. Bagi Islam, Buddhisme dan
beberapa aliran Kristian memelihara alam sekitar bermakna menggunakan anugerah
Tuhan secara bertanggungjawab. Tetapi dalam beberapa tamadun tertentu,
memelihara alam sekitar diberi pentafsiran pasif sehingga alam sekitar itu disembah
dan dilihat sebagai Divine Power.  Sungguhpun terdapat perbezaan pandangan ini,
namun tamadun-tamadun tradisional secara umumnya tidak memusnahkan alam
sekitar.

1.7.2. Keluarga
Tamadun-tamadun tradisional begitu menghayati prinsip keluarga sebagai asas
pembentukan masyarakat. Dalam sesebuah keluarga, telah menjadi warisan turun-
temurun amalan menentukan kedudukan antara kaum lelaki dan kaum perempuan
melalui hierarki kuasa. Menurut konfusianisme kesetiaan dan pertalian yang erat
melalui konsep kekeluargaan sebegini merupakan penafian hak seseorang dan
bertentangan dengan keadilan. Konsep kekeluargaan dalam pengajaran Islam pula
begitu mementingkan kasih sayang dan hormat-menghormati.

1.7.3. Komuniti

Komuniti sangat penting dan berpengaruh dalam menentukan personaliti dan


identiti seseorang manusia. Komuniti juga dapat memastikan bahawa nilai-nilai dan
norma-norma murni dalam masyarakat sentiasa dihormati. Di samping itu,
komuniti dapat memberi sokongan moral, material dan psikologikal kepada
anggota-anggotanya. Dalam sejarah ketamadunan manusia, dapat diperhatikan
bagaimana identiti seseorang dan kemantapan komuniti mencapai keseimbangan
dalam beberapa tradisi tertentu seperti Islam dan Buddhisme.

1.7.4. Kerajaan
Falsafah tamadun-tamadun tradisional amat menekankan persoalan moral atau
akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan. Peranan dan tanggungjawab kerajaan
dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab seseorang raja. Sifat-sifat raja yang
saksama dan adil merupakan tema utama tamadun-tamadun silam. Dalam tamadun

12
Cina, tulisan Moh-Tze, Lao-Tze, Kung Fu-Tze, Meng Tze dan beberapa tokoh-tokoh
yang lain sangat menekankan perkara ini. Begitu juga dalam tamadun India,
Kautilya membincangkan ciri-ciri kepimpinan yang saksama dan adil. Manakala
dalam tamadun Islam, al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun turut
menumpukan perhatian kepada persoalan yang sama. Kesetiaan kepada raja dan
perlindungan yang diberikan oleh raja kepada rakyat merupakan dimensi penting
kerajaan dalam tamadun-tamadun tradisional.

1.7.5. Ekonomi
Dalam tamadun-tamadun tradisional, kegiatan ekonomi berlaku dalam konteks
‘Moral Semesta’ (Moral Universe).  Dalam ajaran  Buddhisme, wujud konsep hak-hak
kehidupan sebagaimana yang termaktub dalam salah satu daripada eightfold
path.  Dalam ajaran Islam, prinsip yang berkaitan dengan halal dan haram
mempunyai hubungan yang rapat dengan persoalan akhlak. Hakikat ini
menjelaskan bahawa wujud kegiatan ekonomi yang boleh mempertingkatkan tahap
moral manusia sebagaimana juga wujud kegiatan ekonomi yang boleh merosakkan
moral manusia. Konsep ‘wang’, ‘laba’, ‘ganjaran’, ‘pasaran’ dan sebagainya sangat
dipengaruhi oleh pertimbangan-pertimbangan moral. Bagaimanapun, kenyataan ini
bukanlah bermakna tidak terdapat penipuan, rasuah atau bentuk-bentuk
penyelewengan yang lain seperti yang berlaku dalam kegiatan ekonomi moden.

1.7.6. Pendidikan
Dalam tamadun-tamadun tradisional, matlamat utama pendidikan adalah untuk
pembinaan sifat-sifat mulia seseorang (character-building)  melalui proses pengajaran
ilmu. Menyedari akan perkara tersebut, dimensiinner-Being  diberi penekanan
penting dalam konsep pendidikan Islam, Kristian, Hinduisme dan agama-agama
yang lain. Manusia perlu mengetahui dan menguasai dirinya dahulu sebelum
mampu menguasai persekitaran luaran melalui pengetahuannya tentang alam.
Cuma cara transformasi ini berlaku berbeza dari satu tradisi ke tradisi yang lain.
Dalam ajaran Islam persoalan tauhid memainkan peranan penting dalam
transformasi manusia, tetapi dalam ajaran Buddha dan beberapa aliran ajaran
Hindu, transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri.

1.7.7. Kesihatan

Sepertimana bidang-bidang dalam masyarakat yang lain, konsep kesihatan dalam


tamadun-tamadun tradisional tidak terpisah daripada pandangan semesta sesebuah
agama. Sifat penting konsep kesihatan tamadun-tamadun tradisional ialah
pandangan dan pendekatan holistiknya. Holistik bermakna suatu pandangan yang
mengakui bahawa kesihatan seseorang dipengaruhi oleh alam sekitarnya yang lebih

13
luas, lebih menyeluruh dan saling berhubungan. Mengubati penyakit, menurut
konsep holistik bermakna memulihkan keseimbangan seseorang dan melalui proses
ini dapat dipulihkan keharmonian dalam tubuh badan pesakit dan seterusnya
keseimbangan dalam kehidupannya.

Berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan bertamadun, jelas bahawa teras


kepada konsep-konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup dalam tamadun-
tamadun tradisional mempunyai beberapa ciri persamaan. Namun begitu, dalam
persoalan-persoalan tertentu, terutamanya yang berkaitan dengan teologi wujud
beberapa perbezaan yang harus kita fahami. Memahami persamaan dan perbezaan
antara satu tamadun dengan tamadun yang lain seharusnya mendorong kita untuk
lebih bersikap toleransi ke arah mewujudkan keharmonian sejagat. Kesimpulannya,
mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan dengan ilmu ketamadunan
membuka ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah
kehidupan yang lebih saksama.

AKTIVITI PERBINCANGAN 1.4

Melalui aktiviti berkumpulan jelaskan :


(a) Perbezaan dan hubungan antara peradaban dan tamadun
(b) Cari persamaan dan perbezaan ciri-ciri tamadun yang dimiliki
oleh sesuatu bangsa dengan bangsa yang lain.

SEMAK KENDIRI 1.1

Perbezaanpendapat mengenai difinisi tamaduan antara sarjana Barat dan Timur


dilihat dari sudut etimologi. Barat lebih memfokuskan kepada maksud kebendaan
dengan pembentukan bandar-bandar sebagai kayu ukur pemodenan, kemajuan,
peradaban dan perubahan, manakala sarjana Timur pula mentakrifkan tamadun
dari sudut pandangan kerohanian dengan impak akhlak, moral, keimanan, hidup
dalam peraturan dan perundangan syariat disamping tidak menolak aspek materi.
Dari segi ciri-ciri tamadun ianya mencakupi aspek urbanisasi, sosial, pekerjaan,
bahasa, komunikasi, agama dan kepercayaan, sains dan teknologi dan seni estitika
sebagai manifistasi kandungan tamadun yang perlu ditunjulkan oleh sesuatu
bangsa. Interaksi antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam dan
ketinggian keilmuan mengisi prinsip tamadun itu sendiri. Matlamat tamadun
adalah untuk memperlihatkan kehebatan hasil penciptaan manusia dalam pelbagai

14
aspek kebendaan disamping pengamalan terhadap agama bagi menjamin
kesejahteran hidup manusia. Sumber tamadun diambil daripada ilmu, pemikiran,
materi dan agama. Perbezaan antara tamadun dengan kebudayaan amat ketara jika
dilihat dari segi maksud antara dua etimologinya. Tamadun memberi pengaruh
yang berkekalan sepanjang zaman, bersifat universal dan merentasi sempadan
geografi, manakala kebudayaan lebih bersifat sementara dan setiasa berubah
mengikut perubahan sesuatu kaum. Setiap bangsa dan negara memiliki
tamadunnya yang tersendiri dan setiasa dikongsi bersama secara sejagat.
SEMAK KENDIRI

Mohamad Taba. (1994). Pengenalan Tamadun Islam, al-Qur’an dan Ideologi Masa Kini, Bangi
: Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ibrahim Mustafa et. all. (1972). al-Mu’jam al-Wasit, al-Maktabat al-Islamiyah.


Turki.

Kamus Dewan. (1991). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibnu Khaldun, Abd. Rahman Ibnu Khaldun,. (1960. Muqaddimah Ibnu Khaldun, Qaherah : Dar
al-Kutub al-Arabiyah.

Muhammad Abdul Jabar Beg. (1980). Islam and Western Concept of civilization. Kuala
Lumpur : The Universiti of Malaya Press.

Syed Muhammad al-Naquib al-Attas. (1977). Islam : Fahaman Agama dan Asas Akhlak. Kuala
Lumpur : ABIM

Rebeiro, Darcy. (1968). The Civilization Process. City of Washington : Smithsonian Institution
Press.

Bell, Clive. (1973). Civilization and Old Friends. Chicago and London : The University of
Chicago Press.

Collin Renfew. (1972). Before Civilization. London : The Chaucer Press Ltd.

Ciri –ciri Tamadun, dimuat turun pada 13 Oktober 2013, dari laman www:
http://cikgucyril.webs.com/13ciriciritamadun.htm

Prinsip-prinsip tamadun, dimuat turun pada;13 Oktober 2013, dari www:


http://leowchowngtew.blogspot.com/2012/04/prinsip-prinsip-dan-sumber-sumber.html

Takrif dan Prinsip Asas Tamadun : dimuat turun pada 13 Oktober 2013, dari www:
http://www.slideshare.net/wanbk/2takrif-prinsip-asas-tamadun

Diedit dari
MODUL TITAS OUM

15

Anda mungkin juga menyukai