Anda di halaman 1dari 8

SKAD 2333- DEMOGRAFI DAN PEMBANGUNAN MODAL

INSAN

TUGASAN 1 (KONSEP-KONSEP ASAS DEMOGRAFI)

NURUL AIN RASYIDAH BINTI SANAF


A 145222

DR MUSTAFFA OMAR

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BANGI

2015
Soalan 1: Jelaskan perbezaan bidang demografi dengan kajian
kependudukan.

Demografi adalah suatu pengkajian tentang kependudukan manusia yang juga


dikenali sebagai sains tentang penduduk (science of population). Fokus utama dalam
demografi adalahfertiliti (kelahiran), mortaliti (kematian), perkahwinan dan migrasi.
Demografi melibatkan pengkajian yang lebih saintifik tentang saiz, penyebaran ruang,
dan komposisi serta bagaimana ketiga-tiga komponen ini berubah mengikut masa.
Ahli demografi biasanya mementingkan statistik tentang fertiliti, mortaliti dan migrasi
kerana ketiga-tiga pemboleh ubah ini adalah komponen yang melibatkan perubahan
kependudukan. Komponen ini diukur melalui kadar kelahiran, kematian dan
perpindahan penduduk yang menentukan saiz kependudukan, komposisi umur dan
bagaimana sesuatu kependudukan itu berkembang. Seorang ahli demografi selalunya
bertanya, “ Berapa ramai lelaki dan perempuan sekarang?”, “Di mana meraka
sekarang?”, “Berapakah kelahiran yang berlaku dan oleh siapa?”, ”Berapa
umurnya?”, “Apakah sifat mereka yang telah mati atau berpindah?”, dan “Mengapa
dan bagaimana mereka berubah?”.

Tokoh yang mendukung bidang demografi ini ialah Achille Guillard (1855).
Menurutnya demografi adalah “satu penelitian sejarah sosial dan alamiah tentang
sepsis manusia atau sebagai suatu ilmu (pengetahuan) matematik tentang penduduk,
perubahan-perubahan yang mereka alami serta keadaan fizikal, sivil, intelek dan
moral penduduk”.

Kajian kependudukan (population studies) pula memberikan informasi yang


lebih komprehensif mengenai sebab-akibat dan langkah penyelesaian masalah
daripada fenomena demografi. Oleh itu, kajian kependudukan memerlukan disiplin
ilmu yang lain seperti sosiologi, psikologi, sosio-ekonomi, ekonomi dan geografi.
Kajian kependudukan juga dapat memecahkan persoalan pembangunan yang
melibatkan penduduk sebagai subjek sekaligus objek pembangunan. Pakar
kependudukan memberikan definisi kependudukan seperti “kajian kependudukan
memperlajari pemboleh ubah-pemboleh ubah demografi serta memerhatikan
hubungan antara perubahan penduduk dengan pelbagai pemboleh ubah sosial,
ekonomi, politik,biologi, genetik, geografi, persekitaran dan lain-lain.

Definisi yang keluarkan oleh Ananta (1993:22) tersebut menunjukkan terdapat


dua pemboleh ubah yang terlibat dengan kependudukan iaitu (i) pemboleh ubah
demografi iaitu mortaliti, fertiliti dan migrasi yang saling mempengaruhi terhadap
jumlah, penggabungan dan penyebaran penduduk. (ii) pemboleh ubah bukan
demografi seperti pendidikan, pendapatan penduduk, pekerjaan, kesihatan dan lain-
lain.
Soalan 2: Jelaskan sumber asas data demografi- kelebihan dan kelemahan
setiap satu sumber tersebut.

Pada asasnya data demografi mempunyai tiga (3) sumber utama iaitu banci penduduk,
survei dan sistem pendaftaran.

Banci adalah satu cara mengumpul data dan sifat kependudukan. Funsi banci
ialah menghitung setiap individu dan mencatatkan segala ciri-ciri berkaitan individu
berkenaan secara berasingan. Ia meliputi suatu ruang wilayah yang khusus dan semua
mereka yang berada dalam ruang tersebut dihitung pada ketika itu. Kebaikan banci
ialah dari segi perhitungan lengkap individu dan sifat kependudukan. Kebanyakan
negara mengakui pensampelan dapat membenarkan penjadualan sifat kependudukan.
Pensampelan terhadap kawasan atau daerah pentadbiran juga dapat dibuat untuk
menerangkan atau mengukur perubahan kependudukan, perancangan bandar atau
pembangunan wilayah dan pengkajian ekologi kependudukan manusia. Oleh itu,
banci penting sekali bagi kawasan kecil. Antara keburukan menggunakan kaedah
bancian ialah banci merupakan projek besar yang dijalankan oleh kerajaan dan
memerlukan perbelanjaan yang juga besar umpamanya, Banci 1970 menelan belanja
sebanyak RM14 juta. Pegawai banci biasanya tidak mempunyai banyak ruang untuk
percubaan, oleh itu soalan yang dikemukakan ialah soalan piawai yang digunakan dan
masa ke masa; berbeza dengan kajian pensampelan yang soalannya lebih terperinci
dan mendalam. Banci juga tidak membenarkan pemeriksaan secara teliti. Oleh itu,
kebolehpercayaan data banci kadang-kadang diragukan. Kebolehpercayaan data banci
dapat diukur dengan pelbagai angka tunjuk seperti Whipple, Myerdan Kaedah Urus
Setia Bangsa-Bangsa Bersatu.

Survei merupakan urusan mengumpulkan data yang dilakukan dengan lebih


kerap dan tidak ditetapkan masa berbanding banci. Tidak seperti banci, survei sering
dilakukan secara persendirian sementara banci selalu dijalankan oleh pemerintah.
Survei boleh dilakukan pada bila-bila masa mengikut keperluan. Ia juga dijalankan
bagi memantapkan data banci. Teknik menjalankan survei biasanya tidak jauh
berbeza. Kelebihan survei ialah perbelanjaan lebih murah, kualiti data yang lebih
baik, data yang diambil sesuai dengan keperluan kajian dan menjimatkan masa dan
tenaga. Kelemahan survei pula ialah tidak semua data dapat mewakili semua
kehendak pengkaji kerana data diambil secara rawak dan kemungkinan terjadi kesipan
semasa pengambilan data.

Sistem pendaftaran ialah proses pengendalian, pengumpulan dan penerbitan


data diuruskan oleh agensi pemerintah diperingkat pusat, negeri mahupun tempatan.

Terdapat tiga jenis sistem pendaftaran iaitu pendaftaran penting, pendaftaran


penduduk dan statistik migrasi antarabangsa.

i) pendaftaran penting

Banci dan persampelan menceritakan sifat penduduk pada suatu masa tertentu.
tetapi pendaftaran penting ialah sumber utama tentang perubahan penduduk
kerana sistem ini di kumpulkan sepanjang masa dan meliputi peristiwa seperti
kematian, kelahiran, perkahwinan dan perceraian. Sistem pendaftaran ini
penting terutama bagi pentadbir kesihatan awam yang cuba mencegah
penyakit dan mengurangkan mortaliti. Analisis data ini (sebab kematian, umur
masa kematian, pekerjaannya) menjadi semakin berharga, tetapi di negara
membangun kesukaran untuk mendapat sistem maklumat ini menyebabkan
menjadi kurang di percayai. di Nigeria umpamanya, pendaftaran ini hanyalah
bagi kawasan dalam majlis perbandaran sahaja. negara seperti sri lanka,
Thailand dan Malaysia adalah antara negara di asia yang mempunyai sistem
pendaftaran yang wajib.

ii) pendaftaran penduduk

Menurut pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu, satu pendaftaran penduduk yang


lengkap ialah pendaftaran yang meliputi keseluruhan sifat individu sepanjang
masa dan semua penerangan tentang peristiwa penting yang berlaku pada
individu itu.

iii) statistik migrasi antarabangsa


Statistik migrasi antarabangsa didapati daripada rekod ketibaan dan pemergian
orang yang tiba di sempadan antarabangsa. orang yang melintasi sempadan ini
terpaksa menunjukkan pasport dan mengisi borang tertentu. statisyik ini
penting untuk melihat dan merancang kemudahan yang berkaitan dengan
pelancongan.

Kelebihan yang terdapat dalam sistem pendaftaran ialah dapat mengetahui perubahan
penduduk setiap waktu dan perbelanjaan lebih murah manakala kelemahannya pula
ialah maklumat yang diterima terlalu sedikit, sangat tergantung kepada sistem, pekerja
dan kesedaran masyarakat.
Soalan 3: Jelaskan komponen-komponen utama demografi- mortaliti,
fereliti dan migrasi.

Mortaliti atau kematian ialah hilangnya semua bentuk atau tanda-tanda kehidupan
secara kekal selepas sesuatu kelahiran hidup berlaku. (Badan Kesihatan Sedunia,
WHO dan PBB). Tingkat mortaliti penting dalam mengukur kualiti hidup penduduk.
Isu mortaliti juga berkaitrapat dengan status kesihatan penduduk. Ini juga bermakna
data mortaliti selalu digunakan sebagai indicator kepada status kesihatan modal insan.
Pengkajian demografi secara saintifik bermula dengan kajian terhadap mortaliti
(kematian). Kajian John Graunt dalam Natural and Political Observations Made Upon
The Bills Of Mortality pada tahun 1662, dianggap sebagai tahap mula analisis
mortaliti dan juga demografi. The Bills Of Mortality bagi London bermula pada awal
abad ke-16 dan menyediakan statistik tentang jumlah pengkebumian bagi setiap
parish. Tujuan utama pengumpulan statistik ini untuk mengetahui jumlah kematian
akibat wabak mengikut kawasan yang sangat berleluasa pada masa itu. John Graunt,
sebagai seorang saudagar kain memang mempunyai kepentingan ekonomi daripada
usahanya itu. dia mahu memastikan berapa banyak kain putih yang hendak disimpan
dan beberapa banyak pula yang hendak dipesan dan dengan demikian dia dapat
menjamin keuntungan maksimum. Walaubagaimanapun Graunt dianggap sebagai
bapa demografi moden oleh sebab sifat pengkajiannya itu. Faktor yang
mempengaruhi mortaliti ialah taraf perkahwinan, tempat tinggal, kualiti hidup dan
faktor genetik.

Fertiliti pula adalah berhubung dengan kelahiran. dalam erti kata yang mudah fertiliti
merujuk kepada bilangan sebenar kelahiran yang berlaku kepada seseorang wanita
atau pasangan suami isteri. Terminologi fertiliti sering kali disalah erti dengan
kesuburan. Kesuburan pada hakikatnya ialah kemampuan seorang wanita untuk
melahirkan anak (Shryock & Siegel 1975; Pressat 1972:172). Dengan demikian,
terminologi fertiliti tidak boleh digunakan silih berganti dengan kesuburan, kerana
pada konsepnya kedua-dua berbeza. fertiliti seseorang adalah terhad kepada
kesuburannya dan biasanya lebih rendah daripada kemampuannya untuk mempunyai
anak. Faktor yang mempengaruhi fertiliti ialah taburan umur dan jantina,
perkahwinan, tempoh perkahwinan, pariti, dan jantina anak.

Migrasi ialah pergerakan penduduk dari satu tempat tinggal ke satu tempat tinggal
yang lain. Migrasi penduduk biasanya akan melibatkan pergerakan jarak dan
perubahan tempat tinggal. Migrasi boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu migrasi
dalaman dan migrasi antarabangsa. Migrasi antarabangsa ialah pergerakan keluar dan
masuk penduduk yang berlaku antara negara. Migrasi dalaman ialah pergerakan
penduduk yang berlaku dalam negara. Di Malaysia, terdapat beberapa jenis migrasi
dalaman iaitu: (a) Dari luar bandar ke bandar, (b) Dari luar bandar ke luar bandar, (c)
Dari bandar ke bandar dan (d) Dari bandar ke luar bandar. Faktor yang mempengaruhi
migrasi ialah peluang pekerjaan, kadar upah yang tinggi, kestabilan politik,
kemudahan asas yang lengkap, melanjutkan pelajaran, mengikut keluarga
dan mengelakkan bencana alam.

Anda mungkin juga menyukai