Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Setelah menyiapkan tugasan ini maka kami mendapati bahawa kesemua perayaan-

perayaan yang dirayakan di Malaysia mempunyai sejarah dan asal-usulnya sendiri.

Contohnya; perayaan Aidil Fitri yang di sambut oleh orang melayu sebenarnya berasal

dari Tanah Arab. Setelah sampai di Malaysia; perayaan tersebut telah diadaptasi serba

sedikit selaras dengan budaya tempatan. Kebudayaan tempatan seperti budaya balik

kampung,kunjung-mengunjung dan makanan kini di asimilasi dalam perayaan itu.

Walau bagaiamanapun objektif asal Hari Raya Aidil Fitri yakni perayaan tu adalah

perayaan keagamaan masih di kekalkan.

Kami juga mendapati bahawa kebanyakan daripada perayaan-perayaan utama di

Malaysia ini mempunyai persamaan. Persamaan yang amat jelas sekali ialah kesemua

perayaan ini sebenarnya berdasarkan kepada amalan keagaamaan dan nilai-nilai

theologika suku kaum yang merayakan perayaan itu sendiri. contohnya bagi perayaan

Aidil Fitri ianya dirayakan sebagai memperingati kemenangan umat islam dalam

melawan godaan nafsunya.

Begitu juga dengan perayaan Deepavali. Ianya juga adalah berdasarkan kepada

kepercayaan keagamaan orang india itu sendiri. Perayaan Ka’amatan dan Gawai juga

adalah sama seperti kedua-dua perayaan yang disebutkan diatas kerana ianya masing-

masing berdasarkan kepada adat isitidat dan kepercayaan turun-temurun mereka yang

dianggap masih relevan dengan amalan hidup mereka masa kini.


Perayaan tahun baru cina juga berdasarkan kepada kepercayaan tradisi nenek

moyangnya tetapi lebih menjurus kepada mengekalkan kemakmuran dan kekayaan

suku kaum tersebut.

Sehubungan dengan itu bagi memahami kontek perayaan-perayaan di Malaysia; nilai-

nilai keagaaman ini harus dipandang serius dan dijadikan asas memahaminya. Setiap

orang hendaklah terus dibenarkan untuk mengamalkan dan menganut agama atau

kepercayaan masing-masing dan kesemua penduduk di Malaysia tanpa mengira

agama,bangsa dan fahaman politik hendaklah meraihkannya bersama. Dengan

demikian; setiap penduduk atau bangsa di Malaysia dapat hidup aman dan harmoni.

PGSR SAINS KOHOT 2. PGM KAMPUS TAWAU


CATHRINE JOHNJIN,
BINSOS OMISANG
LIZAH JALALI

Anda mungkin juga menyukai