Anda di halaman 1dari 3

Korban di AS melepasi angka

mengerikan 20,000
KONGSI ARTIKEL

Share
 
Tweet

NEW YORK: Korban COVID-19 di Amerika Syarikat (AS)


melepasi angka mengerikan 20,000, semalam, ketika ramai
meraikan cuti Easter pada hujung minggu dengan berkurung
di rumah.

Setakat ini, wabak itu meragut sekurang-kurang 20,071


nyawa di AS yang kini paling terkesan di dunia dari kedua-
dua segi jumlah kematian dan kes jangkitan disahkan.

Jangkitan virus itu di AS telah mencecah sekurang-kurang


519,453 kes, menurut satu penjumlahan oleh Universiti
Johns Hopkins yang berpangkalan di Baltimore.

Gereja dijangka kosong pada sambutan Easter, hari ini,


susulan lebih dua bilion penganut Kristian di dunia sedang
berkurung bagi menyekat penularan COVID-19 yang telah
menjangkiti 1.7 juta orang dan meragut lebih 100,000
nyawa.

Itali yang muncul negara paling terjejas di Eropah dengan


populasi berjumlah satu per lima daripada AS, turut
menghampiri angka menggerunkan apabila mencatat 19,468
kematian, setakat ini.

Namun, harapan mulai berbunga di Eropah Barat dan


kawasan terkesan teruk di AS bahawa pandemik itu sedang
memuncak, dengan ramai bersandarkan perkembangan di
Wuhan yang kini menarik balik arahan berkurung dan
kembali menjalani kehidupan normal.
Malah, beberapa negara paling terjejas di Eropah serta pusat
jangkitan di AS, iaitu New York dan New Orleans, mulai
menunjukkan penurunan kadar jangkitan.

Sepanyol mencatatkan 510 kematian baharu, semalam,


sekali gus menyaksikan penurunan angka selama tiga hari
berturut-turut.

Perancis melaporkan 635 kematian baharu, semalam, juga


menurun sebanyak satu per tiga berbanding kelmarin.

Pegawai kesihatan Perancis, Jerome Salomon, berkata


walaupun mencapai kadar mendatar, wabak itu masih
sangat aktif.

“Kita mesti kekal berjaga-jaga,” katanya.

Angka harian kematian di Itali juga mulai menurun, namun


kerajaan menolak desakan untuk menarik balik perintah
berkurung, malah melanjutkan tempoh pelaksanaannya
hingga 3 Mei depan.

Britain sebaliknya merekodkan angka harian kematian


kedua tertinggi, semalam.

Menurut seorang jurucakap, Perdana Menteri Britain, Boris


Johnson yang turut dijangkiti penyakit terbabit
bagaimanapun menunjukkan ‘perkembangan amat baik’
selepas keluar dari unit rawatan rapi.

Di New York dan New Orleans, penurunan kes baharu


jangkitan, kematian serta pesakit memasuki wad, memberi
sinar harapan berhubung krisis itu.

Namun, Datuk Bandar New York, Bill de Blasio, dan Gabenor,


Andrew Cuomo, bercanggah pendapat mengenai pembukaan
semula sekolah di bandar itu.

De Blasio mengumumkan bahawa bilik darjah akan terus


ditutup hingga sesi persekolahan bermula pada September
depan tetapi Cuomo menegaskan, perkara itu bukan terletak
bawah keputusan Datuk Bandar.

“Kita mungkin mengambil tindakan sedemikian, namun kita


akan melakukannya secara selaras dengan kawasan lain,”
kata Cuomo yang mendakwa mempunyai kuasa berhubung
perkara berkenaan.

Dalam pada itu, ramai pakar dan Pertubuhan Kesihatan


Sedunia (WHO) mengingatkan supaya tidak terlalu cepat
menarik balik pelaksanaan langkah berkurung.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus,


memberi amaran bahawa tindakan yang diambil sebelum
waktunya boleh mengakibatkan penularan semula wabak itu
secara dahsyat.

Di penempatan sesak seperti Mexico City, Nairobi dan


Mumbai serta kawasan konflik di Asia Barat, timbul
kebimbangan bahawa keadaan paling teruk bakal melanda
lokasi termiskin di dunia.

Begitupun, Presiden Donald Trump, dilaporkan berkata


wabak berkenaan sedang menghampiri kemuncak di AS dan
beliau kini mempertimbangkan langkah untuk ‘membuka
semula’ negara ekonomi terbesar dunia itu dengan secepat
mungkin.

“Namun, tahukah anda? Berkurung di rumah juga membawa


kepada kematian,” kata Trump. - AFP

Anda mungkin juga menyukai