Anda di halaman 1dari 3

COVID-19 mampu berlegar tiga jam

dalam kedai gunting rambut


Oleh Ilah Hafiz Aziz
illahafiz.abdulaziz@bh.com.my

KONGSI ARTIKEL

Share
 
Tweet

KUALA LUMPUR: COVID-19 boleh berlegar sekurang-


kurangnya tiga jam di dalam premis yang sempit dan
kekurangan pengaliran udara seperti kedai gunting rambut.

Walaupun memakai penutup hidung dan mulut, tukang


gunting dan pelanggan berisiko dijangkiti sekiranya seorang
pelanggan yang dijangkiti virus itu batuk di dalam premis
berkenaan.

Sekiranya tukang gunting memakai penutup hidung dan


mulut secara sempurna atau mengenakan pakaian
perlindungan diri (PPE) sekalipun, dia berisiko dijangkiti
selepas menanggalkan PPE itu walau seketika, seterusnya
menjangkiti pelanggan lain.

Pakar virologi, Prof Dr Sazaly Abu Bakar, berkata keputusan


kerajaan meletakkan perkhidmatan gunting rambut sebagai
sektor penting yang boleh beroperasi semasa Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) adalah langkah yang tidak
difikirkan kesannya kerana premis itu bakal menjadi lokasi
paling berbahaya.
Prof Dr Sazaly Abu Bakar.
“Kedudukan muka antara tukang gunting dan pelanggan
terlalu dekat dan jika kita lihat bagaimana seorang petugas
kesihatan yang sedang memeriksa pesakit ketika ini,
mereka memakai PPE yang lengkap.

“Pelanggan yang datang ke premis tidak diketahui status


kesihatan mereka termasuk tukang gunting itu sendiri,”
katanya kepada BH.

Dr Sazaly menjelaskan, kebenaran premis gunting rambut


beroperasi dibimbangi akan menjadi pusat penularan baharu
dan kluster COVID-19 yang perlu ditangani Kementerian
Kesihatan (KKM).

“Saya fikir perkhidmatan gunting rambut bukan


perkhidmatan yang penting ketika ini kerana ia memerlukan
langkah yang teliti untuk mengelakkan penularan.
“COVID-19 ini mampu bertahan sekurang-kurangnya tiga jam
dan lebih membimbangkan keadaan premis yang kurang
pengaliran udara dan terkongkong seperti kedai gunting
rambut,” katanya.

Katanya, isu rambut panjang atau perapian diri tidak


sewajarnya menjadi perkara utama kerana adalah penting
untuk setiap masyarakat mengelakkan risiko dijangkiti
wabak itu.

Dr Sazaly berkata masyarakat boleh memanfaatkan PKP


dengan belajar menggunting rambut sendiri dan
kemungkinan kerajaan atau tukang gunting boleh
mempromosi cara menggunting rambut dengan betul.

“Apa yang utama bagi mereka adalah menjaga diri sendiri,


tidak keluar rumah dan meningkatkan imunisasi dan
antibodi badan masing-masing,” katanya.

Isu kedai gunting rambut dibenarkan beroperasi mendapat


reaksi daripada netizen sejak semalam termasuk daripada
Public Health Malaysia yang menjelaskan, kedai gunting
rambut berisiko sebagai pusat perebakan sekiranya tiada
kawalan ketat.

Selain penjagaan kesihatan tukang gunting, premis itu juga


perlu melakukan disinfeksi harian, mempunyai ruang
pengudaraan yang baik, jarak sosial satu meter, kawal
kemasukan pelanggan, pembersihan sisa rambut jika
beroperasi.

Pelanggan juga perlu disaring sepenuhnya dan perlu


membasuh tangan sebelum masuk serta duduk selain
dilarang duduk berdekatan.

Anda mungkin juga menyukai