Anda di halaman 1dari 9

SENARAI KANDUNGAN

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1

2.0 JENIS-JENIS SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN

2.1 PREMIUM EDUCATION SAVER 1

2.2 GIRO TAKAFUL IMPIAN 2

2.3 SMART EDUCATESAVER 2

3.0 PERBEZAAN JENIS-JENIS SKIM SIMPANAN 3–4


PENDIDIKAN

4.0 PENYELESAIAN MASALA KELUARGA ADAM 5–6

Rujukan

Lampiran
1.0 PENGENALAN
Merujuk kepada tugasan yang diberikan, penulis dikehendaki mencari beberapa jenis
simpanan pendidikan yang ditawarkan di pasaran Malaysia daripada pelbagai sumber. Selain
itu, berpandukan jenis-jenis simpan pendidikan tersebut, penulis juga dikehendaki membantu
keluarga Adam memilih simpan pendidikan yang sesuai untuk ditubuhkan kepada anaknya
yang berusia 7 tahun. Keluarga Adam mencadangkan supaya simpanan mereka adalah RM
100 00 secara berkala sehingga anaknya mencapai usia 17 tahun. sebuah laporan yang
mengandungi nasihat dan cadangan bagi membantu keluarga adam membuat keputusan
kewangan dengan baik haruslah ditulis dengan sebaiknya berdasarkan maklumat yang
diperoleh dan pengetahuan matematik kewangan.

2.0 JENIS-JENIS SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN

SKIM SIMPANAN
PENDIDIKAN

PREMIUM GIRO TAKAFUL SMART EDUCATE


EDUCATION SAVER IMPIAN SAVER

2.1 PREMIUM EDUCATION SAVER

Skim Premium Education Saver adalah salah satu daripada skim simpanan pendidikan
yang diuruskan oleh Maybank. Skim ini memberikan peluang kepada individu untuk melabur
dengan menawarkan jumlah penyimpanan yang minimum dan mampu milik iaitu serendah RM
100.00 sebulan. Ditambah pula, skim ini dibuka kepada setiap individu seawal usia 1 tahun
hingga 17 tahun dan tempoh matang simpanan adalah apabila individu tersebut mencapai usia
25 tahun. Kadar faedah yang diletakkan oleh pihak bank adalah berdasarkan dana yang dipilih
oleh individu serendah 2.64 %. Seterusnya, skim ini turut memberikan kelebihan kepada
individu sekiranya berlaku kematian atau kecacatan kekal kerana skim ini memberikan
perlindungan terhadap perkara tersebut. Tidak dilupakan juga skim ini juga memberikan kadar
alokasi yang tinggi sehingga 100 % dan memberikan peluang pelaburan sepanjang hajat.
2.2 GIRO TAKAFUL IMPIAN

Skim Giro Takaful Impian adalah sebuah skim pendidikan dibawah Bank Simpanan
Nasional Berhad bagi individu berumur seawal 2 minggu hingga 17 tahun. Skim ini memberikan
peluang kepada pelanggan untuk memilih 1 daripada 3 pakej yang mempunyai beberapa pelan
bergantung kepada kemampuan pelanggan (). Pakej terendah adalah RM 60.00 sebulan dan
pakej tertinggi adalah RM 175.00 dengan kadar faedah 5 % setahun. Dalam skim ini juga,
terdapat kelebihan yang ditawarkan kepada pelanggan iaitu bonus EduSmart, di mana
pelanggan akan mendapat ganjaran berdasarkan keputusan peperiksaan seperti UPSR, PT3,
SPM, STPM atau STAM, GCSE, A – Level, IB dan diploma mengikut syarat yang ditetapkan.
Tempoh matang bagi skim ini adalah sehingga umur pelanggan mencapai 25 tahun.

2.3 SMART EDUCATESAVER

Skim Smart Educatesaver merupakan sebuah skim simpanan pendidikan yang


memberikan jumlah pelaburan serendah RM 100.00 sebulan atau RM 1 200.00 setahun
dibawah kelolaan Great Eastern. Kelebihan yang dimiliki oleh skim ini adalah pelanggan akan
mendapat pelepasan cukai pendidikan sehingga RM 3 000.00 dan mendapat tambahan 2 %
setelah melakukan pembayaran pada setiap tahun ketiga. Pelanggan yang layak mengambil
skim ini adalah berumur 30 hari hingga 17 tahun pada kadar faedah 5 %. Seterusnya, tempoh
matang bagi skim ini adalah diantara 8 hingga 24 tahun, pelanggan boleh memilih mengikut
kesesuaian diri kerana skim ini sangat fleksibel.
3.0 PERBEZAAN JENIS-JENIS SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN

SKIM PREMIER SMART EDUCATE


GIRO TAKAFUL IMPIAN
PENDIDIKAN EDUCATION SAVER SAVER
BANK SIMPANAN GREAT EASTERN
BANK MAYBANK
NASIONAL LIFE

SYARAT BERUMUR 1 HINGGA UMUR 2 MINGGU 30 HARI HINGGA 17


KELAYAKAN 17 TAHUN HINGGA 18 TAHUN TAHUN

PAKEJ 1 : RM 70.00
(IBU BAPA BERUMUR
19 HINGGA 40)
RM 100.00
PAKEJ 2 : RM 75.00 SEBULAN
KOMITMEN RM 100.00
(IBU BAPA BERUMUR ATAU
MINIMUM SEBULAN
41 HINGGA 45) RM 1200.00
SETAHUN
PAKEJ 3 : RM 80.00
(IBU BAPA BERUMUR
46 HINGGA 50)

PAKEJ 1 : RM 160.00
(IBU BAPA BERUMUR
19 HINGGA 40)

PAKEJ 2 : RM 165.00
KOMITMEN TIDAK
(IBU BAPA BERUMUR TIDAK DINYATAKAN
MAKSIMUM DINYATAKAN
41 HINGGA 45)

PAKEJ 3 : RM 170.00
(IBU BAPA BERUMUR
46 HINGGA 50)
- MENDAPAT - MENDAPAT
- PERLINDUNGAN
PELEPASAN CUKAI PELEPASAN CUKAI
KEMATIAN DAN
PENDIDIKAN PENDIDIKAN
KECACATAN KEKAL

- ANUGERAH - PENAMBAHAN 2%
- PELAN BERKAITAN
KELEBIHAN KECEMERLANGAN PADA SETIAP
PELABURAN
AKADEMIK TAHUN KE-3
SEPANJANG HAYAT

- MENDAPAT BONUS - PERLINDUNGAN


- KADAR ALOKASI
5% SETELAH SELESAI KEMATIAN DAN
YANG TINGGI
10 TAHUN KECACATAN KEKAL

MENGIKUT DANA
KADAR
YANG DIPILIH 5% 5%
FAEDAH
(RUJUK LAMPIRAN 1)

BULANAN, 4 KALI BULANAN, 4 KALI


CARA
SETAHUN, 2 KALI SETAHUN, 2 KALI
PEMBAYARA BULANAN
SETAHUN DAN SETAHUN DAN
N
TAHUNAN TAHUNAN

TEMPOH APABILA MENCAPAI APABILA MENCAPAI


8 – 24 TAHUN
MATANG UMUR 25 TAHUN UMUR 25 TAHUN
4.0 PENYELESAIAN MASALAH KELUARGA ADAM

Berdasarkan soalan, keluarga Adam meletakkan sasaran amaun masa depan yang
ingin dicapai oleh suatu dana terikat dalam tempoh 10 tahun iaitu RM 100 000.00. Dengan itu,
penulis telah membuat pengiraan jumlah yang perlu dibayar oleh keluarga Adam bagi
mencapai amaun masa depan sebanyak RM 100,000 dalam masa 10 tahun. Berikut adalah
hasil pengiraan penulis:

PREMIER SMARTEDUCATE GIRO TAKAFUL IMPIAN


EDUCATION SAVER SAVER (Bank Simpanan
(Maybank) (Great Eastern Life) Nasional)
Komitmen
RM 740.93 sebulan RM 643.99 sebulan RM 643.99 sebulan
Bulanan
Kadar Faedah 2.36% 5% 5%
Tempoh
10 tahun
Komitmen
Amaun Masa
Hadapan RM 100 000.00
(Future Value)
JADUAL 1

Merujuk jadual 1 dapat dilihat bahawa diantara ketiga-tiga skim simpanan pendidikan ini
dapat dilihat bahawa komitmen bulanan yang terendah adalah Smarteducate Saver dan Giro
Takaful Impian iaitu pada kadar RM 643.99 sebulan. Hal ini disebabkan kadar faedah yang
dikenakan adalah lebih tinggi berbanding skim Premier Education Saver. Pembayaran yang
sedikit mengurangkan beban keluarga Adam untuk membayar pelaburan pada setiap bulan.
Seterunya daripada dua skim tersebut penulis mencadangkan supaya keluarga Adam memilih
skim Giro Takaful Impian daripada bank simpanan nasional kerana skim ini akan memberikan
lebih banyak manfaat kepada keluarga Adam. Antaranya adalah mendapat bonus 5% setelah
10 tahun pelaburan dan perkara ini amat sesuai kepada keluarga Adam yang ingin melakukan
simpanan selama 10 tahun. Dengan itu, amaun masa hadapan yang disasarkan akan
bertambah berbanding skim Premier Education Saver yang tidak memberikan bonus serta
Smarteducate Saver yang memberikan bonus pada kadar 2%. Oleh itu skim ini amat wajar
digunakan untuk mencapai sasaran RM 100 000.00.
Selain itu, keluarga Adam juga akan mendapat manfaat menerusi pencapaian akademik
anaknya kerana skim Giro Takaful Impian memberikan ganjaran terhadap kecemerlangan
peperiksaan anaknya melalui bonus Edusmart pada setiap peperiksaan yang diiktiraf oleh
Kementerian seperti UPSR, PT3, SPM, STPM atau STAM, GCSE, A – Level, IB dan diploma.
Perkara ini akan membuatkan sasaran keluaga Adam dalam menyimpan RM 100 000.00 dalam
tempoh 10 menjadi lebih berkesan kerana anaknya baru berusia 7 tahun dan mampu
mengambil setiap peperiksaan tersebut serta memperoleh keputusan yang disyaratkan (rujuk
lampiran). Jika dibandingkan dengan Smarteducate Saver dan Premier Education Saver,
kedua-duanya tidak memberikan sebarang bonus akademik kepada keluarga Adam dan ini
menunjukkan bahawa skim Giro Takaful Impian sangat berbaloi dimiliki. Bukan sahaja
pelaburan dapat dilakukan namun pulangan yang tinggi juga dapat dimiliki.
RUJUKAN

Bank Simpanan Nasional. (t.p & t.t). Giro Takaful Impian Berikan Anak Anda Inspirasi Untuk
Capai Yang Terbaik. Diakses pada 12 Mac 2018 daripada http://warith.com.my/wp-
content/uploads/2017/01/impian-BM-Brochure.pdf.

Maybank. (t.p & t.t). Pelaburan Bagi Perkembangan Masa Depan Anak Anda. Diakses pada 12
Mac 2018 daripada http://m2umobilesit.maybank.com.my/WebBank/eINS_Premier
Education_bch.pdf

Smarteducate Saver. (t.p & t.t). Smarteducate Saver Grow your child’s education fund
affordably.
Diakses pada 12 Mac 2018 daripada https://www.greateasternlife.com/content/
dam/great-eastern/my/homepage/personal-insurance/find-the-right-plan/save-for-the-
future/education/smarteducare-saver-care/smarteducate-saver.pdf
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai