Anda di halaman 1dari 5

MERUJUK SATU RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN, ANALISISKAN AKTIVITI

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG DIRANCANG BERDASARKAN TEORI


PEMBELAJARAN, PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN MASA KINI
YANG DIAPLIKASIKAN UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF MENGAJARAN.

BERIKAN ULASAN ANDA MENGENAI PENGAPLIKASIKAN TEORI PEMBELAJARAN,


PENDEKATAN, STRATEGI DAN KAEDAH PENGAJARAN BERDASARKAN MATA
PELAJARAN DAN KEPERLUAN MURID.

ANALISIS RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Berdasarkan soalan tugasan, penulis telah memilih satu rancangan pengajaran harian
daripada laman sesawang oleh seorang guru yang masih berkhidmat di sekolah. Rancangan
pengajaran harian yang dipilih ini telah disediakan oleh Norazlin Binti Mohd Rusdin dari Sekolah
Kebangsaan Sungai Rokam untuk matapelajaran Matematik Tahun 2 dan bidang yang
difokuskan adalah Nombor dan Operasi (rujuk lampiran). Berpandukan tugasan kerja kursus,
penulis akan membuat analisis mengenai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang
oleh guru tersebut iaitu Norazlin Binti Mohd Rusdin. Analisis yang dilakukan akan memfokuskan
kepada empat faktor utama iaitu teori pembelajaran, pendekatan , strategi dan kaedah yang
digunakan oleh guru bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

TEORI PEMBELAJARAN

Setelah penulis menganalisis rancangan pengajaran harian guru matematik dari


Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam didapati bahawa guru ini mengaplikasikan dua jenis teori
dalam rancangan perancangan hariannya. Teori pertama yang dapat dikenalpasti setelah
dianalisis adalah teori Pengamatan (hukum pragnaz) iaitu berdasarkan cara manusia melihat
dunia sebagai satu keseluruhan (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed
Ahmad, 2017). Dalam rancangan pengajaran harian, guru matematik ini memberikan
pendedahan menyeluruh kepada murid berkaitan nombor dan akhir sekali memberikan
penegasan berkaitan operasi darab dengan menggunakan set gambar.
Teori kedua yang diaplikasikan adalah teori Ausebel, menurut Noriati A. Rashid, Boon
Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009) menyatakan teori Ausubel mengambil kira
penggunaan bahan yang bermakna. Dengan itu, banyak maklumat dapat dikuasai secara
serentak. Bagi rancangan pengajaran harian ini guru matematik, Norazlin menggunakan bahan-
bahan bantu mengajar seperti set gambar dan juga tayangan powerpoint. Berdasarkan bahan
ini, murid bukan sahaja mempelajari nombor dan operasi namun juga penggunaan powerpoint
serta mengetahui bentuk-bentuk tertentu.

PENDEKATAN PENGAJARAN

Merujuk kepada rancangan pengajaran harian Tahun 2 oleh Norazlin Binti Mohd Rusdin,
penulis mendapati pendekatan yang digunakan dalam rancangan pengajaran harian ini adalah
pendekatan deduktif. Menurut Brian Seaton (1982) dalam Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying &
Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009) menyatakan pendekatan deduktif merupakan jenis
pengajaran yang bermula daripada umum kepada spesifik dan pendekatan ini merujuk kepada
satu pembelajaran, di mana pelajar bermula dengan hukum yang umum dan digunakan dalam
kes-kes tertentu. Guru matematik ini telah mengaplikasikan pendekatan ini dengan
mempamerkan set gambar kepada murid untuk kali pertama, kemudian melaksanakan
beberapa aktiviti yang berkaitan dengan operasi darab dan akhir sekali memberikan penjelasan
dengan teliti menggunakan powerpoint .

STRATEGI PENGAJARAN

Seterusnya, terdapat dua strategi yang telah digunakan dalam rancangan pengajaran
harian ini iaitu strategi pemusatan murid dan strategi berasakan bahan. Menurut Noriati A.
Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, (2017) menyatakan strategi
pemusatan murid adalah murid mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa-apa yang
diajar dan cara mempelajari sesuatu. Berdasarkan rancangan pengajaran harian ini dapat
dilihat pada fasa tindakan (rujuk lampira) Norazlin menjalankan aktiviti secara berkumpulan
dimana setiap kumpulan terdiri daripada tujuh orang murid dan meminta mereka supaya
membentangkan jawapan mereka. Hal ini dapat mewujudkan komunikasi antara dua hala dan
sifat-sifat sosial seperti kerjasama, tolong-menolong serta kreativiti murid dapat ditonjolkan
melalui perbentangan mereka.
Manakala strategi berasakan bahan didefinisikan sebagai guru menggunakan banyak
bahan seperti komputer, surat khabar, buku teks, carta dan sebagainya dapat menyampaikan
isi pelajarannya (Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2017)
dalam rancangan pengajaran harian ini, Norazlin menggunakan satu bahan bagi menjalankan
aktivitinya iaitu set kad soalan dimana setiap pelajar akan berbincang bagi menjawab persoalan
tersebut. Dengan penggunaan bahan ini pelajar akan mudah memahami operasi yang
dijalankan kerana ia melibatkan kejadian sebenar dan mendedahkan konsep dengan jelas
kepada murid (Abdul Razak B. Idris & Nor Asmah Binti Salleh).

KAEDAH PENGAJARAN

Bagi kaedah pengajaran pula, selepas dianalisis penulis mendapati bahawa rancangan
pengajaran ini menggunakan dua kaedah pengajaran pada fasa yang berbeza. Kaedah
pertama yang digunakan oleh guru matematik ini dalam rancangan pengajaran hariannya ialah
kaedah pengajaran soal jawab, dimana pelajar mengemukakan soalan dan dijawab oleh guru
atau sebaliknya bagi memberikan pencerahan kepada murid (Mohd Anuar Mamat, 2014).
Kaedah ini telah diaplikasikan pada fasa persediaan (rujuk lampiran) dimana guru matematik
tersebut mengajukan tiga soalan kepada muridnya dan dijawab oleh muridnya.

Selain itu, kaedah kedua yang digunakan dalam rancangan pengajaran harian ini adalah
kaedah pengajaran belajar sambil bermain dan diaplikasikan pada fasa perkembangan (rujuk
lampiran). Menurut Siti Nur Nadirah Ibrahim (2013), menyatakan bermain adalah satu
pendekatan terancang, dan berstruktur bagi memberikan peluang kepada kanak-kanak
mahupun orang dewasa belajar dalam suasana yang tidak begitu formal, menyeronokkan dan
bebas. Sebagai contoh, guru matematik, Norazlin mengadakan aktiviti memadankan gambar
kepada anak muridnya dengan menggunakan kad gambar objek sebagai bahan bantu
mengajar. Hal ini telah memberikan para murid kefahaman tentang operasi darab dan
memberikan suasana gembira kepada murid untuk terus belajar. Bermain juga mengelakkan
rasa bosan dan menghilangkan rasa takut kanak-kanak terhadap mata pelajaran yang diajar
terutamanya mata pelajaran matematik (Hurlock, 1987 dalam Zakiah Mohamad Ashari, Azlina
Mohd. Kosnin, Yeo Kee Jiar).

Kesimpulan, didapati bahawa bagi menghasilkan sebuah rancangan pengajaran harian


yang baik empat faktor utama diatas perlu dikuasai dan memahami tahap setiap para murid
supaya aktiviti yang dijalankan dapat disertai oleh para murid.

(805 patah perkataan)


RUJUKAN

Abdul Razak B. Idris & Nor Asmah Binti Salleh. (t.t). Pendekatan Pengajaran Yang Digunakan
Oleh Guru Sekolah Menengah Di Daerah Johor Bahru Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Matematik http://eprints.utm.my/11474/1/Pendekatan_Pengajaran_
Yang_Digunakan_Oleh_Guru_Sekolah_Menengah_Di_Daerah_Johor_Bahru_Dalam_P
engajaran_Dan_Pembelajaran_Matematik.pdf.

Mohd Anuar Mamat. (2014). Kaedah Soal Jawab Dalam Pengajaran Imam Abu Hanifah : Satu
Analisis Perbandingan. Diakses daripada https://mydocs.usim.edu.my/Dokumen
%20Jabatan/Bahagian%20Penerbitan/Ulum%20Islamiyyah%20Vol.%20614/Vol.12/ulum
%20islamiyyah%2012-artikel%203.pdf?ticket=t_TtT2W85B.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid Dan
Alam Belajar. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid Dan
Pembelajaran. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Siti Nur Nadirah Ibrahim. (2013). Konsep Belajar Sambil Main. Diakses daripada http://www.
kpakk.edu.my/artikel/konsep-belajar-sambil-bermain/.

Zakiah Mohamad Ashari, Azlina Mohd Kosnin, Yeo Kee Jiar. (2013). Keberkesanan Modul
Belajar
Melalui Bermain Terhadap Kefahaman Pengalaman Pranombor Kanak-Kanak
Prasekolah. Diakses daripada https://educ.utm.my/wp-content/uploads/2013/11/431.pdf
LAMPIRAN