Anda di halaman 1dari 6

SENARAI KANDUNGAN

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1

2.0 KAJIAN MENGENAI BEBERAPA JENIS SIMPANAN 2

PENDIDIKAN

2.1 CADANGAN UNTUK KELUARGA ADAM 3

Rujukan
1.0 PENGENALAN

Suatu tabung atau dana yang disediakan melalui bayaran berkala ke dalamnya untuk
memenuhi tanggungan dipanggil dana terikat. Satu dana terikat didefinisikan sebagai satu
tabung yang dikumpulkan untuk tujuan menyelesaikan satu obligasi pada satu tarikh
tertentu, dalam tempoh yang tertentu.

Dalam dana terikat, bayaran berkala adalah bersaiz sama dan dibayar pada selang
masa yang sama mengikut temptoh yang tertentu sama ada secara bulanan, sukuan tahun,
setengah tahun dan setiap satu tahun. Oleh kerana dana terikat diwujudkan untuk menemui
obligasi kewangan pada masa hadapan, amaun yang diperlukan pada suatu tarikh pada
masa akan datang itu ialah amaun bayaran berkala yang terkumpul pada tarikh tersebut,
iaitu amaun anuiti serta-merta.

Pelan simpanan pendidikan merupakan salah satu contoh dana terikat terutamanya
simpanan untuk pendidikan tinggi kerana melibatkan pembayaran berkala untuk mencapai
satu sasaran amaun pada masa hadapan. Amaun yang terkumpul akan dimanfaatkan oleh
penyimpan untuk menyambung pengajian ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Penulisan ini akan berfokus kepada analisis terhadap beberapa jenis pelan Simpanan
Pendidikan yang ditawarkan di pasaran Malaysia dan seterusnya memberi cadangan
pemilihan skim serta khidmat nasihat bagi memenuhi keperluan sebuah keluarga.
2.0 KAJIAN MENGENAI BEBERAPA JENIS SIMPANAN PENDIDIKAN

Bagi menjalankan kajian ini, penulis telah memilih 3 jenis skim simpanan pendidikan
yang ditawarkan di pasaran Malaysia iaitu HSBC Takaful Education Plan, SmartEducate
Saver oleh Great Eastern Life dan PruBSN SmartLink daripada Prudential BSN Takaful.

Takaful Education SmartEducate PruBSN SmartLink


Plan Saver
Institusi HSBC Bank Great Eastern Life Prudential BSN
Komitmen RM 300.00 RM 100.00 sebulan RM 100.00 sebulan
Minimum (Regular atau RM 1200.00
Contribution) setahun
Manfaat Takaful 1. Perlindungan 1. Perlindungan 1. Anugerah
Kematian dan Kematian dan Kecemerlangan
Kecacatan Kekal Kecacatan Kekal Akademik
2. Perlindungan 2. Pelepasan Cukai 2. Peroleh Bonus
takaful untuk anak Loyalti
dan penjaga. 3. Pilihan
Pengeluaran Dana
Kadar Faedah 3.64 % 5% 5%

Jadual di atas menunjukkan antara tiga contoh pelan simpanan pendidikan yang
ditawarkan di pasaran negara ini. Berdasarkan pemerhatian kasar yang dibuat oleh penulis,
dapatlah dilihat bahawa setiap pelan masing-masing mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri
bagi membezakannya dengan pelan-pelan lain. Namun begitu, pemerhatian penulis
mendapati bahawa terdapat juga persamaan antara dua pelan yang berbeza khususnya dari
segi komitmen minimum dan kadar faedah tahunan. Ini dapat dilihat pada SmartEducate
Saver dan PruBSN SmartLink di mana komitmen minimum bagi kedua-duanya adalah
serendah RM 100.00 sebulan dan kadar faedah tahunan berada pada kadar 5 % setahun.

2.1 CADANGAN UNTUK KELUARGA ADAM


Keluarga Adam bercadang untuk menubuhkan dana terikat sebagai tabung
pendidikan untuk anaknya yang berusia 7 tahun pada tahun ini. Adam dan keluarganya
telah meletakkan satu sasaran untuk mengumpulkan dana sejumlah RM100,000 yang akan
disimpan secara berkala selama 10 tahun, iaitu sehingga anaknya berumur 17 tahun.

Berdasarkan kepada sasaran yang telah diletakkan oleh keluarga Adam dan ciri-ciri
yang terdapat pada ketiga-tiga pelan simpanan pendidikan yeng telah disenaraikan, penulis
telah mengira anggaran jumlah yang perlu dibayar oleh keluarga Adam bagi mencapai
amaun masa depan sebanyak RM 100,000 dalam masa 10 tahun. Berikut adalah hasil
pengiraan penulis:

Takaful Education SmartEducate PruBSN SmartLink


Plan Saver (Prudential BSN
(HSBC Bank) (Great Eastern Life) Takaful)
Komitmen RM 700.00 sebulan RM 759.44 sebulan RM 650.00 sebulan
Bulanan
Tempoh 10 tahun
Komitmen
Amaun Masa RM 101,141.90 RM 118,419.54 RM 100,933.48
Hadapan
(Future Value)

Merujuk kepada jadual yang disediakan di atas, ia menunjukkan ketiga-tiga pelan


mempunyai amaun komitmen bulanan yang berbeza dengan PruBSN SmartLink
menawarkan harga terendah iaitu RM 650.00 sebulan, diikuti Takaful Education Plan
dengan kadar RM 700.00 sebulan dan yang terakhir, SmartEducate Saver sebanyak RM
759.44 sebulan. Ketiga-tiga pelan simpanan menjanjikan pulangan melebihi RM 100,000
seperti yang disasarkan oleh keluarga Adam untuk anaknya namun pada harga yang
berbeza. Secara asasnya, penulis memberikan dua pilihan kepada keluarga Adam. Pilihan
pertama, penulis menyarankan keluarga Adam untuk memilih Skim Simpanan Pendidikan
PruBSN SmartLink daripada Prudential BSN Takaful Berhad kerana bayaran bulanannya
adalah yang paling rendah antara ketiga-tiga pelan, tetapi jumlah pulangannya masih
melebihi sasaran RM 100,000 yang ditetapkan.

Jika dibandingkan antara PruBSN SmartLink dan Takaful Education Plan, bayaran
bulanan yang perlu dibayar mempunyai perbezaan sebanyak RM 50.00 (RM 650 – RM 600).
Walau bagaimanapun, jumlah pulangan yang akan diperolehi selepas 10 tahun hanyalah
mempunyai perbezaan sebanyak RM 208.42, bukan satu jumlah yang besar. Ini bermakna,
pelan simpanan pendidikan PruBSN SmartLink dan Takaful Education Plan tidak
mempunyai perbezaan yang ketara dan keluarga Adam dinasihatkan agar memilih pelan
yang sesuai mengikut kemampuan untuk membayar bulanan.

Pilihan kedua ialah memilih pelan simpanan pendidikan SmartEducate Saver


daripada Great Eastern Life yang meletakkan kadar bayaran bulanan agak tinggi, iaitu RM
759.44 sebulan. Memandangkan bayaran bulanannya adalah yang paling tinggi antara
ketiga-tiga pelan, pulangan yang keluarga Adam akan perolehi untuk anak mereka juga
sangat tinggi iatu sebanyak RM118,419.54 selepas 10 tahun. Perbezaan sebanyak RM
17,486.06 berbanding pulangan dalam pelan PruBSN SmartLink. Namun begitu, pelan ini
hanya sesuai untuk diilih sekiranya keluarga Adam mampu untuk membayar bayaran bulan
tersebut memandangkan jumlahnya agak tinggi dan kemungkinan akan membebankan
keluarga Adam terutamanya jika Encik Adam seorang sahaja yang mempunyai pekerjaan
tetap. Segalanya bergantung kepada keluarga Encik Adam.

RUJUKAN
Great Eastern Life. (t.t). SmartEducate Saver. Diakses pada 12 Mac 2018 daripada
https://www.greateasternlife.com/my/en/personal-insurance/find-the-right-plan/save-
for-the-future/education/smarteducate-saver.html

HSBC Bank Malaysia Berhad. (2009). Investment: Education Planning. Diakses pada 12
Mac 2018 daripada https://www.hsbc.com.my/1/2/personal-
banking/investments/education-planning

Jong Cherng Mei, Nurul Hidayah Lucy Abdullah, Teong Mee Mee, Azman Ismail, Mohd
Zamri Abdullah dan Siti Khadzimah Sallip. (t.t). Modul Pengajaran MTES 3043
Matematik Kewangan. Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Prudential BSN Takaful Berhad. (2016). PruBSN Link Series. Diakses pada 12 Mac 2018
daripada https://www.prubsn.com.my/export/sites/prudential-
pbtb/.galleries/PDF/Linkseries-BM-.pdf