Anda di halaman 1dari 3

Syair Bidasari (Puisi Tradisional)

Rangkap 1

Dengarkan tuan suatu riwayat

Raja di desa Negeri Kembayat

Dikarang fakir dijadikan hikayat

Supaya menjadi tamsil ibarat

Pengenalan kisah seorang raja yang memerintah Negeri Kembayat. Pengarangnya hanya mahu dikenali sebagai fakir
sebagai tanda merendah diri. Tujuan hikayat supaya menjadi contoh dan perbandingan kepada pembaca.

Rangkap 2

Ada raja suatu negeri,

Sultan halifah akas bestari,

Asalnya baginda raja yang bahari,

Melimpah ngadil dagang senteri.

Di sebuah negeri terdapat seorang pemerintah, iaitu sultan yang gagah perkasa lagi bijaksana. Baginda raja
dahulukala yang cemerlang (pada peringkat awal sebelum dilanggar geroda). Keadilan baginda telah menggamit
kedatangan para pedagang dan orang soleh (pelajar ilmu agama yang merantau).

Rangkap 3

Hairan orang empunya temasya,

Baginda itulah raja perkasa,

Sangat tiada merasai susah,

Entah pada esok dan lusa.

Kegagahan dan kelangsungan pemerintahan baginda memang mengagumkan. Sesaat pun baginda tidak mengalami
kesusahan. Namun, tiada sesiapa yang tahu sama ada keadaan itu akan berkekalan atau sebaliknya.

Rangkap 4

Seri sultan raja bestari,

Setelah ia sudah beristeri,

Beberapa bulan beberapa hari,

Hamillah puteri permaisuri.

Sultan yang bijaksana bertambah berseri apabila menempuh alam perkahwinan. Selang beberapa bulan, permaisuri
pun hamil.
Rangkap 5

Beberapa lamanya dalam kerajaan,

Baginda duduk bersuka-sukaan,

Datanglah beroleh kedukaan,

Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Setelah beberapa tahun memerintah negara dengan bahagia dan aman sentosa, dugaan malapetaka datang
melanda. Baginda terpaksa berundur dari istana.

Rangkap 6

Datanglah kepada suatu masa,

Melayanglah unggas dari angkasa,

Unggas gurda sangat perkasa,

Menjadi negeri rosak binasa.

Tiba-tiba pada suatu hari muncul seekor burung raksasa melayang di ruang angkasa negeri Kembayat. Geroda, iaitu
helang besar (seperti dalam epik Hindu, Visynu: dalam syair dieja sebagai gurda) melanggar Kembayat sehingga
menimbulkan huru-hara dan kemusnahan.

Rangkap 7

Datanglah menyambar suaranya bahana,

Gemparlah sekalian mulia dan hina,

Seisi negeri gundah-gelana,

Membawa diri ke mana-mana.

Geroda melakukan serangan dengan suara yang bergema luar biasa. Sekalian rakyat negeri Kembayat berada dalam
keadaan huru-hara dan kekalutan. Seluruh negeri dilanda duka lara dan lesu, serta rakyat bercempera tanpa arah
tujuan.

Rangkap 8

Baginda pun sedang dihadap orang,

Mendengar gempar seperti perang,

Bertitah baginda raja yang garang,

"Gempar ini apakah kurang."

Ketika itu baginda sedang bersemayam di singgahsana sambil menerima menghadap pembesar dan rakyat jelata.
Keadaan huru-hara bagaikan di medan peperangan jelas kedengaran. Baginda bertitah dengan nada yang tegas
tentang perkara cemas apa pula yang berlaku.
Tema

Menceritakan Raja Kembayat Negara dan Permaisurinya yang sedang melarikan diri telah tiba di sebuah hutan.
Mereka telah tiba di sebuah kampung dan permaisuri yang sarat mengandung telah tiba waktu untuk
bersalin.Mereka mencari tempat persinggahan yang sesuai yang berhampiran dengan sungai.

Persoalan

1. Persoalan perjalanan yang penuh rintangan dalam usaha mencari kehidupan yang lebih terjamin.
2. Persoalan pengorbanan yang perlu ditanggung demi orang yang tersayang.
3. Persoalan kasih sayang seorang suami terhadap isteri.

Bentuk

1. Terdiri daripada 10 rangkap. // Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.


2. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5 patah kata.
3. Gagahilah sedikit perlahan-lahan (3 perkataan)
4. Teruslah ke kampung seorang saudagar (5 perkataan)
5. Terdiri daripada 9 hingga 13 suku kata.
6. Oleh baginda pimpin jari (9 suku kata)
7. Sampailah baginda ke dalam hutan (13 suku kata)
8. Rima akhir syair ini ialah aaaa. // Syair ini adalah puisi terikat.

Gaya Bahasa

1. Asonansi -Pengulangan huruf vokal - masyhul baginda tiada terkira-kira vokal (a)
2. Aliterasi - sambil baginda memimpin puteri konsonan (m)
3. Kata ganda - berkerat-keratan,perlahan-lahan ,terkira-kira
4. Bahasa klasik - durah,lesuh,masyghul
5. Peribahasa - hilanglah budi

Nilai

1. Nilai keadilan.
- Raja Negeri Kembayat memerintah dengan adil (rangkap 2, baris 4)

2. Nilai kebijaksanaan
- Rakyat dalam negeri bertindak cepat menyelamatkan diri daripada huru-hara /kemusnahan (rangkap 5
dan 7)

3. Nilai kewaspadaan.
- Walaupun negeri dilimpah kesenangan, persediaan menghadapi keadaan sebaliknya perlu difikirkan.
(Rangkap 3, baris 3 dan 4)

Pengajaran

a) Kita hendaklah adil dalam memimpin sesebuah organisasi / keluarga / menjalankan amanah

b) Kita hendaklah berwaspada / bersiap sedia walaupun ketika senang

c) Kita hendaklah bijaksana / matang dalam membuat keputusan / tindakan

Anda mungkin juga menyukai