Anda di halaman 1dari 23

Kepentingan Sejarah Kesultanan Melayu Melaka Kepada Masyarakat Melayu

Dalam Aspek Sosial

1. Perkembangan dan Kemunculan Islam

Secara umumnya kedatangan Islam di rantau ini seawal abad ke-7 yang telah dibawa masuk
oleh para ulama luar yang rata-ratanya merupakan para pedagang adalah suatu peristiwa
sejarah yang besar bagi penduduk kepulauan Melayu secara keseluruhannya. Hamka yang
telah membuat kajian menggunakan sumber Cina dan tulisan T.W. Arnold menyebut
peranan dakwah yang dimainkan oleh para pedagang Arab di rantau Alam Melayu dan dunia
sebelah timur adalah sekitar abad ketujuh Masihi. Walaupun demikian pengislaman
keseluruh kawasan rantau ini tidak seragam. Jika dilihat melalui kedatangan para
pedagangan Islam pada peringkat awal dianggarkan sekitar abad ke-7 lagi. Kelompok kecil
pendakwah ini telah berada di rantau Melayu iaitu di bahagian barat Sumatera (674), dan
878 dan di Jawa pada 1082, di Champa 1039, Semenanjung Tanah Melayu pada 878 dan
1302 dan semakin bertambah ramai sekitar abad ke-15. Menurut sesetengah sarjana, Islam
telah tersebar di rantau ini sejak abad ke-13 atau ke-14 berdasarkan kerajaan Samudera
Pasai yang merupakan kerajaan Melayu-Islam pertama.

Jika didasarkan kepada penemuan batu nisan Syeikh Abdul Kadir Ibn Husayn Shah
Alirah bertarikh 290H/902M di Tanjung Inggeris Alor Setar Kedah, batu nisan bertulisan Arab
yang ditemui di Teluk Cik Munah Pekan Pahang bertarikh 419H/1028M menunjukkan bahawa
Islam telah bertapak di rantau ini sejak abad ke-10. 1 Terdapat banyak teori tentang
kedatangan Islam di Nusantara yang telah dibincangkan oleh sarjana-sarjana sejak 1960-an.
Sesetengahnya berpandangan bahawa Islam telah dibawa dari Selatan India berdasarkan
wujudnya batu-batu nisan yang serupa dengan yang terdapat di Gujerat dan Benggal di
samping kehadiran pedagang-pedagang yang kebanyakannya berasal dari Gujerat,
Coromandel dan Malabar. Antara mereka yang beranggapan sedemikian ialah sarjana-
sarjana seperti Pijnappel, Snouck Hurgrenje, Moquette, Morrison, Winstedt, Schrieke dan
sebagainya. Hamka yang merupakan antara tokoh awal mempopularkan teori ini menyebut

1
Keterangan lanjut sila lihat Hamka .1997. Sejarah Umat Islam, Singapura: Pustaka Nasional, hlm. 670-671. T.W.
Arnold. 1979. The Preaching of Islam: A History of the Propagation of the Muslim Faith, Lahore: Sh. Muhammad
Ashraf, hlm. 367-368. Mohammad Redzuan Othman. 2005. Islam dan Masyarakat Melayu: Peranan dan Pengaruh
Timur Tengah, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, hlm 8-12.
bahawa orang Arab terutama saudagar yang berniaga di kawasan sebelah Timur telah
menyebarkan Islam ke rantau ini. Selain itu, Syed Naquib al-Attas juga turut menyanggah
pandangan sarjana barat dan berpandangan bahawa Islam telah dibawa dari Arab-Parsi
berdasarkan pengarang asal karya kesusasteraan yang mengandungi nama orang Arab-
Parsi. Selain itu nama dan gelaran para pembawa awal Islam di dalam karya kesusasteraan
Melayu turut mengandungi nama orang Arab-Parsi. 2

Kemasukan agama Islam ini telah memainkan peranan agak penting dari segi
mengislamisaskan masyarakat tempatan sehingga berlakulah suatu perubahan besar dalam
kehidupan masyarakat Melayu. Para ulama yang datang ini telah mengislamkan masyarakat
Melayu yang rata-ratanya beragama Hindu secara peringkat demi peringkat dan cuba
menukar corak pemikiran mereka sama ada golongan diraja, bangsawan dan rakyat biasa
kepada cara hidup islam yang sebenar. 3 Mereka menyajikan Islam dalam bentuk yang ilmiah
iaitu dengan menekankan pembuktikan ke atas setiap ajaran agama. Misalnya tentang
kewujudan Tuhan yang Maha Esa dibuktikan melalui kewujudan alam ini. Jika tiada
penciptanya sudah tentu alam ini juga tidak wujud dengan sendirinya. Secara tidak langsung
Pembuktian secara rasional dan ilmiah ini telah menukar aliran sejarah yang sebelumnya
banyak dipengaruhi oleh ajaran Animisme dan Hindu-Buddha yang berasaskan kedewaan
dan pemujaan bersifat kesenian kepada satu aliran yang lebih berasaskan ilmu dan akal.

Dalam usaha mengislamisasi masyarakat Alam Melayu, para ulama telah melakukan
beberapa cara dan kaedah untuk menarik lebih ramai orang Melayu menganuti agama Islam.
Antara tugas awal yang dilaksanakan ialah mengajar ilmu agama di istana-istana,
mempelajari bahasa dan budaya Melayu serta sesetengahnya pula mengahwini penduduk
tempatan.4 Perkahwinan campur merupakan antara kaedah yang dirasakan sesuai kerana
melalui perkahwinan campur akan terbentuk komuniti Muslim yang memainkan peranan
penting dalam mendidik dan menyebarkan Islam. Melalui penampilan mereka yang
berkarisma dan kekuatan akliyah telah menyebabkan para pemerintah serta rakyat setempat
dapat menerima mereka dengan mudah dan yakin. Sesetengah daripada mereka pula telah
berkahwin dengan keluarga diraja untuk memperolehi kedudukan yang istimewa dalam

Azyumardi Azra. 2002. Jaringan Global, dan Lokal Islam Nusantara, Bandung: Penerbit Mizan. hlm 26-27.
2

3
Syed Muhammad Naquib al-Attas. 1969. Preliminary Statement on a General Theory of the Islamization of the
Malay-Indonesian Archipelago, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 5-6. Lihat juga Syed Muhammad
Naquib al-Attas. 1966. “Raniri and the Wujudiyyah of the 17 Century Acheh,” MBRAS III, Singapore, hlm. 1-2 .
4
S.Q. Fatimi. 1963., Islam Comes to Malaysia, Singapore: Malaysia Sociological Research Institute, hlm. 83.
kerajaan seperti menjadi penasihat raja atau sultan dalam urusan keagamaan serta undang-
undang. Keadaan ini lebih memudahkan lagi mereka menyebarkan Islam di samping
mengajar agama kepada para penuntutnya. Secara tidak langsung penyebaran Islam dalam
kalangan atasan iaitu golongan pemerintah telah akhirnya dituruti juga oleh rakyat
bawahan.5

Selain itu, Pendidikan agama juga memainkan peranan penting kerana tanpa
pendidikan, masyarakat tidak akan dapat memahami dan mempratikan Islam dengan
sebenar-benarnya dalam kehidupan mereka. Terdapat usaha dalam kalangan para ulama
untuk memberikan pendidikan dalam kalangan masyarakat melalui pengajian agama di
istana atau masjid-masjid. Bukti pengajian agama diistana dapat dilihat melalui Sejarah
Melayu yang menyebut bahawa Maulana Abu Bakar telah membawa sebuah kitab teologi
(usuluddin) bercampur tasawwuf yang ditulis oleh gurunya iaitu seorang sufi bernama Abu
Ishaq bertajuk Durr al-Mansum6 kepada Sultan Mansur Shah7 (1459-1477) di istana Melaka.
Kemudian baginda telah mentitahkan supaya buku tersebut dibawa ke istana Pasai untuk
mendapatkan penjelasan dan tafsiran lanjut sebelum dibawa ke Melaka semula untuk
dipelajari baginda sendiri.8 Ini kerana Pasai terkenal sebagai sebuah kerajaan awal menerima
Islam9 dan masyhur dari segi pengajian agama dan kesusateraan Melayu-Islam. 10

5
Azyumardi Azra. 2002. Jaringan Global, dan Lokal Islam Nusantara, Bandung: Penerbit Mizan. hlm. 31.
6
Durr al-Manzum bermaksud Mutiara Terkarang atau Seuntai Mutiara adalah sebuah kitab tasawwuf yang
terkenal di Melaka di zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah. Terdapat kesilapan dari segi penyalinan judul
karya tersebut sehingga membawa perubahan makna yang berbeza dan tidak sesuai dengan isi kandungannya.
Misalnya sesetengah sarjana menyebutnya Durr al-Mazlum (Sejarah Melayu versi Abdullah Munsyi terbitan E.J.
Brill, Leiden) yang membawa maksud “Mutiara Orang Yang kena Zalim”, Duri’l Mazlum (versi A. Samad Ahmad)
dan Daral-Mazlum (versi Shellabear) bererti “Negara atau tempat Orang Yang Kena Zalim”. Karya ini terbahagi
kepada tiga bahagian iaitu bahagian pertama membahaskan tentang zat Allah, bahagian kedua membahaskan
tentang sifat-sifat Allah dan bahagian ketiga membahaskan tentang af’al-Nya. Shafie Abu Bakar, “Kitab al-Durr al-
Manzum dan Kitab al-Luma’ Sebagai Pancaran Budaya Ilmu di Melaka: Permasalahan dan Pengaruh
Lanjutannya,’’ kertas kerja Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu, Universiti Malaya, hlm 21-23 Ogos 1989.
h. 7-8. Wan Muhammad bin Wan Ali, ‘Suntingan dan Anotasi Sebuah Kitab Tasawwuf Melayu Kurun Ketiga Belas
Hijrah/Kedelapan Belas Masihi: ad-Durru’n-Nafis,’ Tesis Sarjana Persuratan, Institut Bahasa, Kesusasteraan dan
Kebudayaan, Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia. 1973. hlm. 52.
7
Armando Cortesao. 1994.The Suma Oriental of Tome Pires. London: The Hakluyt Society, hlm. 246-247
8
Ismail Hamid. 1983. The Malay Islamic Hikayat, Monograf 1, UKM: Institut Bahasa, hlm. 19. Lihat juga
R.Winstedt. 1969. A History of Classical Malay Literature, Oxford: Oxford University Press, Edisi kedua. Hlm. 135.
9
Abdul Rauh Yaacob. 1994. Lembaran Sejarah dan Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
hlm. 73.
10
Abdul Malik bin ‘Abdullah. 1976. Persuratan, Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan. Kuala Lumpur:
Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm. 16-17.
Kitab ini kemudiannya telah ditafsir oleh seorang ulama Pasai bernama Tuan Pematakan
atau Tuan Patakan setelah dipertanggungjawabkan oleh Sultan Pasai. 11 Kitab Durr al-
Manzum12 yang memang terkenal sejak zaman Sultan Mansur Shah ini kemudiannya terus
dipelajari oleh golongan istana seperti Sultan Alauddin Riayat Shah 13 dengan bergurukan
Maulana Abu Bakar dan puteranya Raja Ahmad atau Muhammad (Sultan Mahmud Shah) 14
yang bergurukan Maulana Sadar Jahan. Rentetan daripada pengaruh pengajian agama ini
maka kerajaan-kerajaan lain seperti Melaka, Acheh, Riau dan sebagainya yang bangkit
selepas Pasai juga turut melakukan hal sedemikian.

Pada ketika ini pengajian agama bukan sahaja dalam bidang teologi semata-mata
malah terdapat juga bidang tasawwuf dan hukum fiqh (syariah) sehingga mempengaruhi
pemikiran sesetengah raja dan sejarawan Melayu.

11
A. Samad Ahmad. 1996. Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.
157-161.
12
Virginia Matheson Hooker. 1991. Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. hlm. 593.
13
Tidak banyak maklumat mengenai Sultan Alauddin Riayat Shah. Menurut catatan Sulalatus Salatin, namanya
sebelum diangkat menjadi sultan ialah Raja Ahmad atau timang-timangannya Raja Hussin. Ibunya adalah
saudara kepada Bendahara Paduka Raja yang diperisterikan oleh Sultan Mansur Shah. Sultan Alauddin
kemudiannya berkahwin dengan Tun Naja (puteri kepada Seri Nara Diraja Tun Ali) memperolehi Raja Hitam,
Raja Muhammad (Sultan Mahmud Shah) dan Raja Fatimah. Melalui perkahwinan dengan isterinya yang lain
memperolehi Raja Menawar dan Raja Zainal. Tome Pires pula menyebut bahawa Sultan Mansur mempunyai dua
orang putera dan dua orang puteri. Puteranya ialah Alaoadin dan seorang lagi telah mangkat semasa sedang
berburu. Setelah kemangkatan Sultan Mansur Shah, Sultan Alauddin telah diangkat menggantikan
pemerintahannya. Pada 1488 Sultan Alauddin telah mangkat di Pagoh kerana dipercayai diracun oleh Raja
Pahang dan Inderagiri. Kemungkinan Raja Inderagiri ini ialah Raja Merlang yang mengahwini saudara
perempuan Sultan Alauddin iaitu Raja Bakal dan tinggal di Melaka. Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu, hlm. 173.
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek tentang Melaka pada Abad
ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 114. Lihat juga
W. Linehan. 1973. “A History of Pahang”, MBRAS,. hlm. 15 dan The Suma Oriental of Tome Pires, hlm. 250.
14
Baginda merupakan putera Sultan Alauddin dengan isterinya, Tun Senaja (anak Seri Nara Diraja). Setelah
ayahandanya mangkat, baginda telah ditabal menjadi Sultan Melaka dengan dipangku oleh Bendahara dan
Laksamana serta beberapa pembesar lain. Seri Bija Diraja dikatakan memberi bayangan terhadap penolakan
baginda sebagai sultan dan keadaan ini menyebabkan Sulan Mahmud sentiasa berdendam dengan Seri Bija
Diraja. Menurut Tome Pires, sesetengah pembesar ingin Raja Sulaiman (anak Sultan Alauddin dengan isterinya
dari Pahang) menjadi Sultan tetapi Bendahara lebih memihak kepada cucunya, Raja Mahmud. Manakala
Sulalatus Salatin menyebut Raja Tua ingin cucunya Raja Menawar (Kampar) menjadi Sultan Melaka. Muhammad
Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka. hlm. 39-40. Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu. hlm. 187-188. Lihat
juga The Suma Oriental. hlm. 252.
2. Perkembangan dan Kewujudan Pusat Pendidikan

Perkembangan agama Islam yang menggalakkan umatnya mendalami ilmu pengetahuan


tidak hanya tertumpu kepada ilmu berbentuk agama semata-mata tetapi turut diberi
penekanan dari segi ilmu sejarah yang juga mempunyai pengajaran dan nilai moral yang
tinggi. Dalam konteks ini kelihatan selain pengajian agama, pengajian sejarah juga turut
berkembang selari dengan kemasukan Islam di rantau ini. Tradisi pengajian hikayat
berbentuk sejarah dipercayai telah berlaku lebih awal di Melaka kerana Melaka merupakan
pusat perkembangan Islam terkenal pada pertengahan abad ke-15.

Sebagai pusat perkembangan Islam sudah tentu para ulama yang datang bukan
sekadar menyebarkan Islam malah turut menyampaikan beberapa buah kisah sejarah yang
terdapat di dalam al-Quran mahupun karya pensejarahan Islam. Kisah-kisah sejarah yang
dipaparkan dalam al-Quran kemudiannya telah ditafsir dan dihurai oleh para ulama di
samping menterjemah sesetengah karya pensejarahan berbahasa Arab-Parsi ke dalam
bahasa Melayu untuk memudahkan pemahaman masyarakat agar mereka dapat
menjadikannya sebagai pengajaran dan renungan. Oleh itu boleh dikatakan pendidikan
Islam ketika itu bersifat timbal-menimbal atau saling tampung-menampung iaitu tidak terikat
hanya kepada pendidikan agama semata-mata malah turut memuatkan pengajaran
berbentuk sejarah.

Kemudian tradisi pengajaran sejarah ini telah dipraktikkan pula di Acheh setelah
Acheh menjadi kuasa terkuat15 di rantau ini. Misalnya pada zaman pemerintahan Sultan
Iskandar Muda16, selain pengajaran agama terutamanya tasawwuf baginda turut
menggalakkan tradisi membaca hikayat yang sebahagiannya berbentuk sejarah sehingga
menjadi aktiviti utama bagi masyarakat Melayu Acheh. Mereka telah mengorbankan masa di

15
Misalnya kelahiran kitab Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang telah ditulis di zaman
pemerintahan Sultan Muzaffar Shah menunjukkan bahawa pengaruh daripada pengajian hukum fiqh ini telah
tersebar sehingga ditulis sebagai panduan dalam pemerintahan Melaka. Sulalatus Salatin-Sejarah Melayu, hlm 86-
87. Lihat juga Abu Hassan Sham. 1995. Hukum Kanun Melaka, Melaka: Perbadanan Muzium Melaka, hlm. 49 dan
118.
16
A.Samad Ahmad. 1958. Sejarah Kesusasteraan Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 29-
30.
waktu malam hari semata-mata ingin mendengar hikayat yang dibaca atau diceritakan oleh
para pedagang yang juga merupakan ulama.

Memandangkan matlamat para ulama dan pedagang untuk menyebarkan Islam maka
mereka juga sanggup berkorban membahagikan masa mereka untuk membaca hikayat-
hikayat yang sedia ada ketika itu sambil menunggu musim angin monsun berubah sebelum
mereka meneruskan pelayaran ke destinasi yang lain. Dengan kekuasaan Acheh yang
meluas keluar dari Sumatera iaitu di Johor (1615), Pahang (1618), Kedah (1619) dan Perak
(1620), sedikit sebanyak telah meninggalkan pengaruh yang kuat terutamanya dalam tradisi
pengajian agama dan sejarah ini.

Tradisi pengajian ini tidak terhenti setakat abad ke-17 malah diteruskan pada abad ke-18
dan ke-19. Misalnya di istana Perak pada abad ke-18, tradisi “membaca hikayat Jawa dan
syair ikat-ikatan”17 dalam kalangan anak raja telah dilakukan semasa persiapan perkahwinan
Raja Iskandar dan juga ketika meraikan pertabalannya sebagai Sultan Perak ke-15. Begitu
juga di Riau pada abad ke-19, tradisi membaca karya sejarah ini jelas dapat dilihat melalui
Kisah Pelayaran ke Riau yang menyebut bahawa orang Riau “kebanyakan dari mereka duduk
membaca syejarah dan siarah raja-raja Melayu dan bercakap-cakap akan hal dan peraturan
dahulu kala” di samping Tuhfat al-Nafis yang turut menyebut bahawa masyarakatnya “suka
mendengar (-dengar tuan-tuan syed berceritakan) hikayat raja-raja yang (dahulu-dahulu
yang) di sebelah atas angin”.18

Melalui pengajian agama dan sejarah di beberapa buah kerajaan Melayu ini maka
telah terbentuk satu golongan intelektual yang sedar akan kepentingan ilmu pengetahuan
dan mereka turut berkebolehan dalam pelbagai bidang keilmuan. Buktinya dapat dilihat
melalui dakwaan De Eredia, sewaktu beliau berada di Melaka pada abad ke-16:

“The majority of the Malayos are cheerful, roguish, and very wanton; ingenious and
intelligent, but negligent and careless about studies and arts; they spend their time

17
Ahmad Fauzi Mohd Basri (penyelenggara) ( 1992), Misa Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
hlm. 26.
18
Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam, h. 496-497.
amusing themselves, and so, as a rule, few literati, mathematicians, or astrologers
are to be found amongst them.”19

Begitu juga dengan kenyataan Francois Valentyn dalam gambarannya tentang masyarakat
Melaka pada awal abad ke-18 seperti berikut:

“The Malays are the most cunning, the most ingenius and the politest people of the
whole East…Their language, Bahasa Malayu…the Malays are accustomed to study it,
trying their almost to enlarge their knowledge of it and to learn Arabic; even some
among them the Persian language too, and those who are more studious still strive
to obtain knowledge of the Sanskrit…”20

Melalui kedua-dua petikan di atas menunjukkan bahawa kebanyakan orang Melayu adalah
bijaksana, mahir, cerdik dan boleh membaca serta menulis. Walaupun dikatakan ketika ini
mereka lalai dari segi pelajaran dan kemahiran kerana lebih banyak menghabiskan masa
dengan berseronok namun masih terdapat di kalangan mereka yang telah menjadi
pemerintah, ahli matematik, ahli kaji bintang, sejarawan dan sebagainya. Mereka bukan
sahaja menguasai bahasa Melayu tetapi turut mempelajari bahasa Arab dan sesetengahnya
mempelajari bahasa Parsi serta Sanskrit. Disebabkan sesetengahnya telah mempunyai
kesedaran tentang kepentingan ilmu pengetahuan, mempunyai kebijaksanaan dan pelbagai
kebolehan maka tidak mustahil mereka telah dapat melahirkan pelbagai jenis karya di dalam
bahasa Melayu-jawi. Hal ini telah diakui oleh George Werndly melalui keterangannya yang
telah diterbitkan oleh Belanda pada 1736 bahawa terdapat 69 buah karya Melayu yang
berada di dalam pengetahuannya dan kemungkinan bilangannya lebih daripada itu kerana ia
tersimpan di istana-istana raja. Antaranya ialah Hikayat Iskandar, Bustan al-Salatin, Sejarah
Melayu, Hikayat Acheh, Hikayat Hang Tuah dan sebagainya. Dengan banyaknya bilangan
karya tersebut maka beliau mendakwa bahawa bahasa Melayu dan ilmu pengetahuan telah
berkembang subur dalam kalangan masyarakat Melayu di rantau ini. 21

Selain itu, bahasa Melayu juga dilihat turut memainkan peranan penting dalam
penulisan karya Melayu termasuk karya sejarah. Peringkat awal bahasa Melayu telah dipilih

19
de Eredia Godingo.1997. Description of Malaca, Meridional India and Cathay”, J.V. Mills (terjemahan), MBRAS,
Reprint 14, hlm. 31.
20
Muller (terjemahan) ( Jun 1884). “Valentyn’s Description of Malacca”, JSBRAS, No. 13, hlm. 52-53.
21
Andaya, Barbara Watson.1979. Perak, The Abode of Grace: A Study of an Eighteenth-Century Malay State,
Kuala Lumpur: Oxford University Press, hlm.158-159.
sebagai bahasa pengantar Islam oleh para pedagang Arab sebagai bahasa pengantara dan
alat penyebar agama Islam. Kemudian ia telah mula diislamisasikan dimana para ulama telah
membawa bersama tulisan Arab yang dijadikan tulisan Melayu dengan tambahan beberapa
huruf istimewa. Usaha-usaha turut dijalankan dalam kalangan mereka untuk menyusun
huruf jawi berasaskan huruf Arab dan dilengkapkan pula dengan beberapa huruf tambahan
Hasil kebijaksanaan dan kreativiti ulama-ulama Melayu, mereka berjaya menyesuai,
menggabung dan menyusun kedua-dua huruf Arab dan Parsi ini sehingga terbentuk huruf-
huruf Arab-Melayu atau dikenali juga dengan huruf Melayu-jawi.22

Hasil gabungan antara beberapa sumber Arab, Parsi dan Melayu, secara tidak
langsung telah dapat memperkayakan lagi perbendaharaan kata Melayu dan menaikkan imej
tamadun bangsa Melayu. Dengan keadaannya yang mudah dipelajari, akhirnya bahasa
Melayu-Islam telah mendapat tempat, menjadi bahasa perantara (lingua franca) dan
digunakan dengan begitu meluas di Alam Melayu terutama dalam bidang perdagangan. Hal
ini dapat diperhatikan melalui kenyataan Valentyn seperti berikut:

“Their language, Bahasa Malayu, i.e., the Malay language …was not only spoken on
that coast, but was used through the whole of India and in all Eastern countries, as a
language understood everywhere and by every one…And if you don’t understand this
language, you are considered a very badly educated man in the East…” 23

Hal ini, zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, pendidikan tidak formal telah wujud
dalam kalangan masyarakat Melayu. Pendidikan tidak formal kebiasaannya tidak mempunyai
sistem dan institusi yang khusus. Kanak-kanak diajar melalui pendengaran, pemerhatian dan
penglibatan mereka dengan alam sekeliling. Tenaga pengajar juga tidak mempunyai tauliah
dan kebiasaannya terdiri daripada ibu bapa sendiri. Selain itu, pengajaran juga diselitkan
melalui cerita-cerita dongeng, pantun, dan peribahasa yang mengandungi banyak unsur-
unsur nilai murni. Sistem Pendidikan sekolah Al-Quran bermula sejak kedatangan Islam ke
Melaka dan negeri-negeri Melayu. Sistem itu dipelopori oleh pendakwah-pendakwah Islam
dari luar. Boleh dikatakan seluruh Semenanjung Tanah Melayu telah mewarisi sistem
pendidikan tersebut, misalnya Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu. Bahasa Melayu dan

22
Istilah ‘jawi’ merujuk kepada nama gelaran orang Arab terhadap seluruh bangsa di daerah Kepulauan Alam
Melayu. Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, hlm. 43. Mahayudin
Hj. Yahaya, Naskhah Jawi: Sejarah dan Teks, hlm. 20.
23
Muller (terjemahan) ( Jun 1884). “Valentyn’s Description of Malacca”, JSBRAS, No. 13, hlm. 52-53.
tulisan Jawi telah digunakan secara meluas dalam sistem pendidikan formal itu. Pendidikan
Formal telah wujuddi rumah-rumah tok guru, Madrasah, Madrasah, Masjid, dan Sekolah
Pondok. Ilmu yang diajar adalah yang berkaitan dengan ilmu keagamaan. 24

3. Kewujudan Sistem Feudal

Sebelum raja dan rakyat Melaka memeluk Agama Islam, masyarakat Melaka mengamalkan
cara hidup dan budaya yang dipengaruhi oleh Agama Hindu yang dibawa dari Srivijaya.
Selepas kedatangan Islam, masyarakat tradisi di melaka turut mengamalkan Sosiobudaya
Islam dalam kehidupan harian. Masyarakat Melaka pada umumnya terbahagi kepada
empat peringakat (Muhammad Yussuf Hashim). Peringkat pertama yang terdiri daripada
Pemerintah dan kerabat diraja. Peringkat kedua terdiri daripada para pentadbir yang
merangkumi para pembesar yang digolongkan sebagai golongan bangsawan. Peringkat
ketiga ialah kelas pedagang dan rakyat. Peringkat Keempat pula golongan hamba.

Secara umumnya, susun lapis masyarakat Melayu itu dapat digolongkan ke dalam
dua golongan, iaitu golongan yang memerintah yang terdiri daripada raja, kerabat, dan
keluarga raja sahaja, serta para pembesara negeri, dan golongan yang diperintah yang
terdiri daripada kaum pedagang, rakyat biasa atau orang merdeka dan hamba. Pada
asasnya setiap peringkat itu ditentukan berdasarkan darah keturunan masing-masing.
Perubahan atau pertukaran golongan boleh berlaku tetapi terhad, iaitu tidak kerap.
Keadaan itu tidak bermakna setiap golongan hidup dengan memencilkan diri daripada
golongan yang lain. Keadaan hidup mereka sehari-hari memerlukan mereka bertemu dan
bergaul di antara satu sama yang lain. Kegiatan eknonomi, sosial dan politik memerlukan
mereka untuk saling bantu membantu. Agama Islam merupakan faktor yang kuat yang
menjalinkan hubungan diantara berbagai golongan tersebut. 25

24
Mazlan bin Abdullah. 2012. Sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. hlm.
113.
25
Ibid,. hlm. 86.
4. Konsep Daulat dan Derhaka

Dalam institusi politik Melaka, sultan mempunyai kedudukan yang paling istimewa dan
berkuasa mutlak. Sebelum kedatangan Islam, dalam konsep yang paling istimewa Agama
Hindu, raja dianggap sebagai bayangan Tuhan di muka bumi kuasa dan kedudukan raja
adalah mengatasi undang-undang. Hal ini, disebabkan mereka adalah pembuat undang-
undang dan boleh dikatakan pada masa sebelum wujudnya undang-undang bertulis, segala
titah raja dianggap sebagai undang-undang.

Dengan wujudnya pemerintah iaitu raja atau sultan dan golongan yang diperintah
telah meletakkan sultan mempunyai kuasa luar biasa yang tidak dimiliki oleh rakyat biasa.
Maka dengan itu timbullah konsep daulat dan derhaka yang mana rakyat harus patuh dan
taat setia serta tidak boleh mengingkari arahan atau titah sultan kerana sebarang
pengingakaran akan mengakibatkan rakyat akan terkena tulah. Paramesawara telah
mewujudkan institusi yang menjadi simbol dan pegangan diraja, antaranya konsep daulat
dan derhaka, alat-alat kebesaran diraja, adat istiadat diraja, dan larangan. Sebelum ini
konsep daulat dan derhaka, terdapat satu peristiwa yang melibatkan perjanjian anatara
golongan pemerintah dan golongan diperintah.

Perjanjian telah dibuat antara Sang Sapurba Taram Seri Buana (pihak pemerintah)
dengan Demang Lebar Daun (pihak yang diperintah) yang dikenalo Wa’adat (perjanjian
kesetiaan). Punca berlakunya perjanjian itu adalah disebabkan oleh pemerintah Seri Teri
Buana yang ingin berkahwin dengan anak perempuan Demang Lebar Daun yang bernama
Wan Sendari. Oleh sebab itu, Demang Lebar Daun terpaksa membuat perjanjian dengan Seri
Teri Buana sebelum dia bersetuju bermenantukan Seri Teri Buana memandangkan kedua-
dua pihak berlainan darjat dan keturunan. Sebelum permintaan tersebut dibuat, Seri Teri
Buana telah berkahwin dengan 39 orang wanita kebanyakan tetapi kesemua wanita tersebut
mendapat penyakit kedal selepas ditiduri baginda. Oleh itu Seri Teri Buana telah bertindak
menghalau wanita-wanita itu, oleh yang demikian, Demang Lebar Daun terpaksa membuat
perjanjian dengan Seri Teri Buana bagi mengelakkan anaknya diperlakukan seperti isteri-
isteri baginda yang sebelumnya di samping dapat menjaga maruah anak perempuannya.
Maka Sembah Demang Lebar Daun, “ Jikalau anak patik Tuanku peristeri, nescaya
kedal ia; tetapi jika tuanku mahu berwaadah dengan kita, maka patik persembahkan
anak patik ke bawah Duli Yang Dipertuan”.

(Sulatus Salatin. A. Samad. Ahmad. Sejarah Melayu, hlm. 25)

Raja yang memerintah kerajaan Melaka disebut sebagai sumber dan pusat kuasa secara
sekular. Keduduakan raja istimewa dalam sistem berkerajaan sendiri dan sumber kuasa
dimiliki oleh seseorang raja yang mengerakkan jentera serta tenaga pemerintahan dan
pentadbiran adalah dilancarkan oleh sistem daulat itu sendiri. Konsep daulat yang berasal
dari perkataan Arab (daulah) menjadi lambang kedaulatan seseorang raja yang memerintah.
Daulat turut dikaitkan dengan soal kesempurnaan, kebolehan, keistimewaan dan kuasa
politik tertinggi seseorang raja. Raja dianggap sebagai tunggak yang menyatupadukan
rakyat, mengamankan dan memakmurkan negeri. Seseoran raja dianggap berdaulat setelah
ditabalkan di dalam istiada secara rasmi rakyat mengiktirafkan kedaulatan seseorang raja
yang memerintah itu dengan seruan “Daulat”. Daulat juga dihubungkan dengan karisma dan
tuah yang dimiliki oleh raja.

Wujudnya kepercayaan yang kukuh terhadap kedaulatan seseorang raja yang


memerintah. Antaranya ialah kepercayaan yang berakar umbi dalam masyarkat Melayu
bahawa rakyat tidak boleh menderhaka kepada raja. Setiap rakyat termasuk anak cucu
mereka juga diajar untuk tidak menderhaka kepada raja. Menderhaka bukan sahaja
memalukan seluruh keluarga si penderhaka tetapi juga memberi kesan buruk kepada
keluarganyam yang akan dipulaukan serta diseksa walaupun mereka tidak menderkaha.
Perbuatan menderhaka termasuklah dalam bentuk penafian titah atau perintah raja.
Mencetuskan huru-hara dalam negeri, membunuh tanpa kebenaran raja dan memalsukan
cop mohor diraja.26

26
Ibid., hlm. 17-30.
5. Warisan Sosiobudaya

Warisan Kesultanan Melayu Melaka dalam aspek sosiobudaya dapat dilihar dari segi
pengamalan istiadat di negeri-negeri Melayu yang lain seperti Perak dan Johor. Antaranya
pengunaan bahasa istana atau bahasa dalam yang mana bahasa tersebut hanya boleh
digunakan oleh golongan diraja dan kerabatnya sahaja dan rakyat tidak dibenarkan sama
sekali menggunakannya. Rakyat juga dilarang daripada mengunakan warana tertentu
seperti warna kuning. Alat kebesaran diraja seperti nobat masih digunakan di negeri-negeri
Melayu seperti Johor, Perak dan Selangor. Rakyat juga dilarang mendirikan rumah
berpemanjungan, berperahu dengan tingkap berpenghadapan, memakai penduk serta
memakai segala jenis perhiasan seperti emas dan khasa(h) di balai penghadapan. Tujuan
adat dan peralatan tersebut digunakan adalah untuk menghormati raja atau sultan
memerintah.

Hal ini, zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, pendidikan tidak formal
telah wujud dalam kalangan masyarakat Melayu. Pendidikan tidak formal kebiasaannya
tidak mempunyai sistem dan institusi yang khusus. Kanak-kanak diajar melalui
pendengaran, pemerhatian dan penglibatan mereka dengan alam sekeliling. Tenaga
pengajar juga tidak mempunyai tauliah dan kebiasaannya terdiri daripada ibu bapa sendiri.
Selain itu, pengajaran juga diselitkan melalui cerita-cerita dongeng, pantun, dan peribahasa
yang mengandungi banyak unsur-unsur nilai murni. Sistem Pendidikan sekolah Al-Quran
bermula sejak kedatangan Islam ke Melaka dan negeri-negeri Melayu. Sistem itu dipelopori
oleh pendakwah-pendakwah Islam dari luar. Boleh dikatakan seluruh Semenanjung Tanah
Melayu telah mewarisi sistem pendidikan tersebut, misalnya Kedah, Perak, Kelantan dan
Terengganu. Bahasa Melayu dan tulisan Jawi telah digunakan secara meluas dalam sistem
pendidikan formal itu. Pendidikan Formal telah wujuddi rumah-rumah tok guru, Madrasah,
Madrasah, Masjid, dan Sekolah Pondok. Ilmu yang diajar adalah yang berkaitan dengan
ilmu keagamaan.

Selain itu, warisan adat juga terdapat di negeri-negeri Melayu, misalnya Adat
Temenggung yang diamalkan di seluruh Semenanjung Tanah Melayu, kecuali Negeri
Sembilan sahaja mengamalkan Adat Perpatih. Adat Temenggung ini dikatakan lebih banyak
menerima pengaruh daru agama Islam. Penggubalan undang-undang yang digunakan du
negeri-negeri Melayu adalah berdasarkan Adat Temenggung yang djuga dipengaruhi oleh
Islam, seperti yang terdapat dalam sistem perundangan di Melaka. Adat resam merupakan
warisan turun temurun yang diamalkan sejak zaman kerajaan Melayu Melaka dan
diamalkan di negeri-negeri Melayu, misalnya adat bercukur jambul, adat berkhatan, adat-
adat perkahwinan dan sebagainya. Warisan lain dapat dilihat dalam bidang kesenian,
misalnya seni bina, seni ukir, seni tampak dan sebagainya.27

6. Penggunaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perantaran atau Lingua Franca

Terdapat sarjana yang mengkaji asal usul bahasa Melayu melalui kewujudan penempatan
orang Melayu. Umpamanya, Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain (2011)
menyatakan ada pendapat yang mengaitkan perkataan Melayu dengan Malayu, iaitu sebuah
kerajaan yang berpusat di muara Jambi. Kerajaan ini muncul pada abad ke-7 (644M) dan
pernah dilawati oleh I. Tsing pada 671M. Nama Malayu bagi kerajaan Malayu ini berasal
daripada nama sebatang sungai yang terletak di situ, iaitu Sungai Malayu atau Melayu.

Istilah Melayu mempunyai pengertian yang sama dengan ‘lari’ dalam bahasa Jawa.
Mengikut cerita, air sungai tersebut terlalu deras arusnya, selaju orang berlari. Itulah
sebabnya sungai tersebut dinamakan sebagai Melayu. Menurut Slametmuljana dalam Armin
Azhari Saleh (2011), istilah Melayu ditulis sebagai Mo-loyeu yang berasal daripada bahasa
Sanskrit. Istilah ini dijumpai buat pertama kalinya dalam tulisan China pada tahun 644M atau
645M.

Tulisan itu menyebut perihal orang Mo-lo-yeu yang menghantar utusan ke China untuk
menghadiahkan hasil bumi kepada maharaja negara tersebut. Dipercayai bahawa orang Mo-
lo-yeu tersebut datang daripada sebuah kerajaan yang terletak di Jambi. Abdul Rashid
Melebek dan Amat Juhari Moain (2011) juga turut mengatakan bahawa ada pendapat yang
menyatakan istilah Melayu berasal daripada perkataan ‘pamalayu’, iaitu peristiwa ketika
berlaku penyerangan oleh Raja Kertanegara dari Singhasari Jawa Timur di Hulu Jambi
bersempadan dengan Sumatera Barat. Kemudian di situ didirikan sebuah prasasti, iaitu

27
Mazlan bin Abdullah. Sejarah Kesultanan Melayu Melaka. hlm. 112-113.
prasasti Amoghapasa. Tujuan prasasti itu dibina adalah sebagai tanda peringatan kepada
satu ekspedisi angkatan perang dari Jawa Timur ke daerah Malayu pada tahun 1286. Dalam
konteks ini, ‘pamalayu’ bermaksud Ekspedisi Malayu, iaitu penyerangan dan seterusnya
penguasaan ke atas negeri Malayu.

Berdasarkan kepada pengertian di atas, jelas menunjukkan bahawa kerajaan dan


negeri Melayu telah wujud sekian lama. Oleh yang demikian, sudah pasti bahasa yang
digunakan sebagai alat komunikasi adalah bahasa Melayu. Tambahan pula kerajaan-kerajaan
tersebut terletak di sekitar Kepulauan Indonesia. Hal ini sejajar dengan kajian Asmah Omar
(2008) yang mendapati bahawa kawasan bahasa Melayu adalah menganjur dari kawasan
pergunungan di Taiwan menyusur ke selatan hingga ke New Zealand, dan dari Madagascar
di luar pantai timur Afrika hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik. 28

Dengan keanggotaannya dalam rumpun Austronesia, bahasa Melayu bukan sahaja


mempunyai perkaitan kekeluargaan dengan bahasa-bahasa yang berdekatan dengannya,
tetapi mempunyaiperkaitan juga dengan bahasa-bahasa di Lautan Pasifik seperti bahasa
Hawaii, Samoa, Fiji dan Maori, bahasa Malagasi di Madagascar dan bahasa-bahasa di
kawasan pergunungan di Taiwan. Bahasa Melayu merupakan satu daripada sejumlah besar
bahasa yang tergolong dalam rumpun Austronesia. Bahasa-bahasa yang menganggotai
rumpun ini tersebar dalam kawasan yang meliputi hampir separuh muka bumi yang
sebahagian besarnya adalah lautan.

Peranan bahasa Melayu sebagai wahana perhubungan telah bermula sejak zaman praIslam,
iaitu sekitar tahun 682 Masihi. Hal ini dapat dibuktikan melalui penemuan prasasti-prasasti
yang mencatatkan teks Melayu tertua di Kedudukan Bukit(683M), di Talang Tuwo (684M), di
Kota Kapor (686M) dan di Karang Brahi (686M) (Syed Zulfida 2006). Keadaan ini
menunjukkan bahawa bahasa Melayu pernah menjadi bahasa utama bagi kerajaan Srivijaya
yang luas jajahan takluknya. Malah, menurut pandangan Noresah Baharom yang dipetik
dalam Yusfarina dan Abdul Rasid (2011), bahawa bahasa Melayu juga pernah dijadikan
sebagai bahasa untuk mengajarkan agama Hindu pada zaman praIslam tersebut walaupun

28
Ku Hasnita Ku Samsu, etc. 2013. Keupayaan Bahasa Melayu di Persada Antarabangsa. International Journal
of the Malay World and Civilisation, 1(1), 55-65. hlm. 56.
dalam lingkungan yang terhad. Pernyataan ini menggambarkan bahawa bahasa Melayu telah
memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat semenjak zaman Pra-Islam lagi.

Seterusnya, bahasa Melayu telah mencipta kegemilangan yang luar biasa sekitar
abad ke-13 iaitu pada zaman Kesultanan Kerajaan Melayu Melaka apabila bahasa Melayu
berfungsi sebagai lingua franca, iaitu bahasa perhubungan antara penduduk tempatan
dengan para pedagang asing bagi urusan perdagangan. Ini bermakna, setiap pedagang dari
seluruh pelosok dunia yang berhajat untuk singgah di pelabuhan Melaka atau menjalankan
kegiatan perdagangan mestilah pandai bertutur dalam bahasa Melayu.

Di samping itu, bahasa Melayu juga berkemampuan menjadi bahasa antarabangsa


apabila bahasa tersebut digunakan dalam hubungan diplomatik antara Melaka dengan
negara-negara asing seperti negara China. Dalam konteks ini, keperluan mengetahui dan
memahami bahasa-bahasa asing telah mendapat ‘perhatian diraja’ pada zaman Dinasti Ming
apabila jawatankuasa jurubahasa (Da Tong Shi) telah ditubuhkan untuk memenuhi
kepentingan dan keperluan dalam hubungan luar negara. Mengikut Liang Liji yang dipetik
dalam Awang Sariyan (2011), terdapatnya Tong Shi atau jurubahasa yang berkhidmat dalam
18 jawatankuasa kecil (Xiao Tong Shi) berjumlah 60 orang, dan dua orang daripadanya
khusus untuk bahasa Melayu, iaitu seorang untuk Melaka dan seorang lagi untuk Sumatera.
Untuk melatih para jurubahasa, pada tahun 1405, Maharaja Ming Cheng Zhu menubuhkan
akademi bahasa yang dikenal sebagai Si Yi Guan (Balai Bahasa Negeri-negeri Asing) di ibu
negara Ying Tian Fu (kini Nanjing). Terdapat lapan buah jabatan di akademi bahasa asing
itu. Bahasa Melayu dimasukkan di bawah Hui Hui Guan (Jabatan Islam yang meliputi Parsi,
Arab, Melaka, Jawa dan lain-lain).

Akademi bahasa asing itu bertahan melebihi 400 tahun, dan dilanjutkan dalam
Dinasti Qing yang menggantikan Dinasti Ming walaupun namanya diubah pada 1748 menjadi
Hui Tong Si Yi Guan. Peranan akademi itu hanya terhenti sesudah Perang Candu pada tahun
1840, sesudah Dinasti Qing menghadapi ketidakstabilan politik (Liang Liji dalam Awang
Sariyan 2011). Dengan demikian jelaslah bahawa bahasa Melayu mempunyai kekuatan yang
mampu diketengahkan sebagai bahasa perhubungan di peringkat antarabangsa.
Selain itu, kebangkitan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam juga telah menjadi
serampang dua mata kepada perkembangan bahasa Melayu apabila bahasa tersebut
berperanan sebagai bahasa dakwah antara pendakwah dengan golongan yang didakwahkan.
Golongan pendakwah itu sendiri sebenarnya adalah dalam kalangan pedagang daripada
negara Timur Tengah, manakala golonganyang didakwahkan adalah terdiri daripada
penduduk empatan dan para pedagang asing yang singgah di pelabuhan Melaka. Apabila
bahasa Melayu dijadikan sebagai medium penyebaran Islam, ini bermakna para pendakwah
yang merangkap sebagai pedagang itu mestilah mempelajari bahasa Melayu sebelum
menjalankan misi dakwah mereka. Pembelajaran bahasa Melayu oleh pendakwah yang
merangkap sebagai pedagang ini adalah sangat penting sebagai usaha untuk menarik minat
orang ramai terutamanya penduduk tempatan untuk menganuti dan mendalami agama
Islam. Hal ini adalah kerana sesuatu ilmu yang hendak disampaikan itu mestilah melalui
bahasa yang mudah difahami oleh golongan yang mendengarnya.

Selain itu, peranan bahasa Melayu dalam menyebarkan ajaran Islam juga telah
membuka lembaran baharu kepada pengembangan kosa kata bahasa tersebut. Menurut
pendapat Noresah Baharom yang dipetik dalam Yusfarina dan Abdul Rasid (2011) bahawa
kenyataan ini dapat dibuktikan melalui kewujudan perkataan-perkataan baharu yang
mengungkapkan konsep tauhid, syariah, undang-undang dan tasawuf, umpamanya
perkataan wajib, sunat, hukum, harus, kitab, qadhi, subuh dan sebagainya lagi. Keadaan
yang berlaku ini menunjukkan proses yang positif dan dinamik ke arah pengayaan
perbendaharaan kata bahasa Melayu itu sendiri. Huraian di atas jelas menunjukkan bahawa
pemerkasaan bahasa Melayu telah terbukti dilaksanakan pada zaman Kesultanan Kerajaan
Melayu Melaka. Buktinya dapat dianalisis melalui beberapa elemen pemerkasaan bahasa
Melayu (Teo Kok Seong 2011) yang telah berjaya dipenuhi, iaitu:

1) Penutur Bahasa Melayu: Dalam konteks ini, penutur bahasa Melayu di Melaka telah
mencatatkan perkembangan dari semasa ke semasa sejajar dengan perkembangan
pesat aktiviti perdagangan dan penyebaran Islam di sana. Justeru, semakin ramai
penutur sesuatu bahasa itu, maka semakin kuat dan berwibawalah bahasa
berkenaan.29

29
Ibid,. hlm. 57.
2) Kekuatan Ekonomi Bangsa atau Masyarakat Penutur: Jika dilihat dari aspek ini,
sememangnya para penutur bahasa Melayu pada zaman kegemilangan Melaka
adalah terdiri daripada pedagang dan penduduk tempatan. Malah sebahagian besar
daripada penduduk tempatan terutama golongan bangsawan Melayu adalah terdiri
daripada pedagang. Hal ini menunjukkan bahawa kedudukan bahasa Melayu sangat
kukuh pada masa ini, memandangkan bahasa tersebut telah digunakan secara
meluas bagi aktiviti ekonomi di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Seterusnya, jika ditelusur kedudukan bahasa Melayu selepas keruntuhan Kerajaan


Kesultanan Melayu Melaka iaitu pada zaman penjajahan Portugis (1511-1640) dan Belanda
(1640-1820), didapati bahawa bahasa tersebut tetap digunakan dalam hubungan antara
pemerintah (penjajah) dengan rakyat, barangkali dengan perantaraan jurubahasa. Jika tidak,
komunikasi tidak mungkin berlaku antara pemerintah (penjajah) dengan rakyat. Dalam
konteksi ini, bahasa Portugis dan Belanda juga turut digunakan, namun secara terhad yang
melibatkan urusan pemerintahan sesama bangsa pemerintah (penjajah) itu sendiri (Asmah
Omar 2008: 31). Malah, ketika ini juga bahasa Melayu juga digunakan sebagai alat surat
menyurat dalam kalangan raja Melayu di sekitar Selat Melaka dengan penguasa Eropah. Ahli
bahasa terkenal, W.G. Shellabear, misalnya telah mengkaji dan menerbitkan enam pucuk
surat penting, termasuk surat tulisan raja Acheh dalam bahasa Melayu pada permulaan abad
ke-17. Surat itu diutus kepada pejabat BelandaInggeris yang datang ke Acheh kerana
hendak mendapatkan keizinan raja untuk berdagang di daerah tersebut (lllias Zaidi 2011:9).
Ini bermakna pada zaman penjajahan tersebut bahasa Melayu masih digunakan sebagai
bahasa perhubungan rakyat jelata, bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran. Hal demikian
memaparkan kewibawaan dan kemampuan bahasa Melayu sekalipun dalam cengkaman
penjajah.

Namun, situasi ini berbeza pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu pada
awal abad ke-20 apabila bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa utama. Sebelum Perang
Dunia Kedua meletus, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Perlis, Kelantan,
Terengganu dan Johor) yang berada di bawah pemerintahan Inggeris menggunakan bahasa
Melayu dalam urusan pemerintahan masing-masing. Bahasa Inggeris pula digunakan secara
terhad iaitu apabila mengeluarkan notis-notis penting kepada orang ramai sahaja. Dalam
konteks ini, kesemua empat bahasa utama digunakan, iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Cina
dan Tamil dengan menggunakan sistem tulisan masingmasing. Bahasa Melayu dengan
tulisan Jawi, bahasa Inggeris dengan tulisan Rumi, bahasa Cina dengan tulisan Cina dan
bahasa Tamil dengan tulisan Tamil. Manakala di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak,
Selangor, Pahang, dan Negeri Sembilan) serta di Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka
dan Singapura) pemerintahan dijalankan dengan menggunakan bahasa Inggeris
sepenuhnya. Namun begitu, bahasa Melayu telah digunakan di kawasan-kawasan yang
bukan ibu negeri. Senario yang sama turut berlaku di Sabah, Sarawak dan Brunei (Asmah
Omar 2008: 32). Selain itu, pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas di jabatan-jabatan
kerajaan pada ketika itu wajib lulus dalam bahasa Melayu untuk disahkan dalam jawatan.
Hal ini menunjukkan bahawa pada peringkat awal penjajahan, Inggeris tidak terburu-buru
dalam menguatkuasakan penggunaan bahasa Inggeris dalam semua aspek kehidupan.
Dalam hal ini, Inggeris telah menggunakan pendekatan psikologi dalam proses
penguatkuasaan bahasa tersebut bagi mengelakkan penentangan besar-besaran orang
Melayu. Itulah sebabnya penguatkuasaan bahasa tersebut dijalankan secara beransur-ansur
dan terancang.

Kemaraan tentera Jepun ke Tanah Melayu pada tahun 1941 menandakan bermulanya
Perang Dunia Kedua. Ketika ini Jepun telah mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu
daripada Inggeris. Nasib bahasa Melayu pada masa ini juga agak menyedihkan apabila dasar
Jepun memaksa rakyat Tanah Melayu menerima nilai-nilai bahasa dan kebudayaan Jepun
sekali gus mengancam adat istiadat dan kebudayaan orang Melayu. Institusi pendidikan
Jepun diperkenalkan dengan menggunakan Bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar.
Namun, situasi ini tidak mengambil masa yang lama, hanya 3 tahun 6 bulan sahaja apabila
tentera Jepun berundur daripada Tanah Melayu.

Setelah tamat Perang Dunia Kedua, Inggeris kembali semula ke Tanah Melayu. Kali
ini penguatkuasaan bahasa Inggeris dilakukan secara agresif. Buktinya, orang tempatan
diarah menggunakan bahasa Inggeris dan menyanjung budaya Inggeris. Dari segi
pentadbiran, pegawai-pegawai Inggeris yang tiada pengetahuan dalam bahasa Melayu telah
dilantik. Menurut Nik Safiah Karim yang dipetik dalam Yusfarina dan Abdul Rasid (2011),
bahawa dasar turut digubal agar bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar dalam sistem
persekolahan. Malah, kelulusan bahasa Inggeris juga diperlukan sebagai syarat kenaikan
pangkat atau untuk menjadi pegawai. Kedudukan bahasa Melayu pada masa itu semakin
merosot dan hanya menjadi bahasa pengantar untuk peringkat persekolahan yang paling
rendah. Selain itu, bahasa Melayu menjadi bahasa perhubungan untuk golongan bawahan
sahaja. Kewibawaan

bahasa Melayu pada waktu ini telah hilang dan tenggelam dalam tangan penjajah. Bahasa
Melayu hilang maruah dan hala tuju. Namun keadaan mula berubah apabila berlaku
perjuangan mengangkat bahasa Melayu serentak dengan perjuangan membebaskan tanah
air daripada penjajah oleh para nasionalis yang terdiri daripada guru-guru Melayu, para
wartawan, para sasterawan dan ahli-ahli politik. Perjuangan tersebut telah membuka
lembaran baharu kepada nasib bahasa Melayu apabila bahasa tersebut isytiharkan sebagai
Bahasa Kebangsaan dalam Perlembagaan Merdeka Tanah Melayu 1957 dan seterusnya
termaktub dalam Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan. 30

7. Kewujudan Pelbagai Bangsa

Kewujudan pelbagai kaum sejak Kesultanan Melayu Melaka lagi dimana faktor perdagangan,
diplomatik, perkahwinan, dan sebagainya. Dapat dilihat Jalinan hubungan di zaman
Kesultanan Melayu Melaka dengan China sejak abad ke-13 lagi. Sejarah panjang
memperlihatkan hubungan dua hala yang cukup mantap dan memberikan kesan langsung
kepada kedua-dua buah negara. Bermula dengan hubungan diplomatik iaitu sebagai kuasa
perlindung kepada Kesultanan Melayu Melaka dan seterusnya pertalian kekeluargaan diraja.
Hubungan ini memperlihatkan pusingan proses migran masyarakat Cina ke Tanah Melayu.
Kemudiann pusingan kedua proses migran berlaku secara lebih besar ke abad ke-19 dan ke-
20. Mereka ini berintegrasi dan berasimilasi dengan peribumi. Hal ini, terus bercambah
dengan subur dan melahirakan masyarakat Baba dan Nyonya dimana perkahwianan orang
Melayu dan Cina yang mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan seharian. 31

30
Ibid,. hlm. 58-59.
31
Dr. Haji Ishak Bin Saat.. 2009. Sejarah Panjang Hubungan Malaysia-China. Pulau Pinang: USM. hlm. 1.
Dalam masa yang sama wujud juga masyarakat Tionghoa yang kekal dengan
budaya asal mereka di Tanah Melayu. Era lepas Perang Dunia Kedua, mereka ini tergolong
sebagai sebahagian daripada masyarakat dan warganegara Malaysia. Mereka terlibat secara
langsung dalam mencorakkan suasana politik, ekonomi, dan sosial di Malaysia. Hubungan
Malaysia-China terus berkembang dan menjalinkan hubungan kerjasama yang cukup erat
bermula dengan hubungan keagamaan, politik, sosial dan juga ekonomi. Sejarah panjang ini
tidak boleh dipadamkan, malah terus subur sehingga hari ini.

Bermula dengan hubungan diplomatik iaitu sebagai kuasa lindungan kepada Kesultanan
Melayu Melaka dan seterusnya pertalian kekeluargaan Raja. Hubungan ini memperlihatkan
pusingan pertama proses migran masyarakat Cina ke Tanah Melayu. Kebangkitan kerajaan
Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan oleh Parameswara / Megat Iskandar Shah [1402-
1424M] telah meletakkan asas kerjasama diplomatik dengan pelbagai negara luar. Di bawah
kerajaan dinasti Ming hubungan diplomatik pertama antara Melaka dengan China terjalin.
Tahun 1404 Melaka menerima perutusan Maharaja China iaitu Laksamana Yin Ching
kemudian diikuti oleh Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 dan 1409.

Lantaran Melaka waktu itu menerima ancaman dari kerajaan Siam maka hubungan
diplomatik diperluaskan dengan hubungan ketenteraan. Kerajaan China bersetuju menaungi
Melaka yang diiktiraf sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat. 32

Hubungan dua hala ini mengeratkan lagi kerajaan dua buah negara ini. Pada tahun
1411, diiringi oleh Laksamana Cheng Ho, Parameswara berserta dengan pengikutnya
seramai 540 orang telah pergi menghadap Maharaja Yung Lo. Pada waktu itu, China
diperintah oleh Dinasti Ming. Lawatan rasmi ini menyaksikan rombongan Melaka
dianugerahkan dengan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian tanda
pengiktirafan kerajaan China terhadap Kesultanan Melayu Melaka. Utusan-utusan Melaka
terus dihantar ke China pada tahuntahun 1412 dan 1413. hubungan ini memberikan impak
positif terhadap Melaka kerana tidak diganggu lagi oleh kerajaan Siam dan Majapahit.
32
Ibid,. hlm. 2.
Keadaan ini memberikan kesempatan kepada Kesultanan Melayu Melaka berkembang pesat
sehingga menjadi sebuah pusat perdagangan yang maju sehingga bertaraf dunia. Melaka
menjadi tumpuan para pedagang Islam dan bukan Islam sehingga menjadikan Melaka maju
bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi kemajuan turut dikecapi dari segi politik dan sosial.
Kehadiran para pendakwah Islam dan pengislaman Parameswara pada tahun 1414 telah
menyebabkan Melaka berkembang pesat sebagai Pusat Penyebaran Islam di rantau
Nusantara. Kepesatan ini membolehkan Kesultanan Melayu Melaka berkembang sehingga
menjadi sebuah empayar yang terkuat di Asia Tenggara.

Namun hubungan dua hala dengan kerajaan China tidak diabaikan. Oi waktu
pemerintahan Sultan Mansor Shah [1459-1477M] yang masih muda dan bujang telah
kembali menjalinkan kerjasama diplomatik dengan kerajaan China. Satu perutusan dengan
pelbagai hadiah telah dihantar ke China. Maharaja China telah menganugerahkan Puteri
Hang Li Po kepada Sultan Mansor Shah. Satu keputusan dan pengiktirafan terhadap Sultan
Mansor Shah sebagai pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Baginda telah menghantar
Tun Perpatih Puteh untuk mengiringi anugerah tersebut. Puteri Hang Li Po tiba di Melaka
pada tahun 1458 dengan diiringi oleh sejumlah 500 orang pengikut dari negeri China. Puteri
Hang Li Po kemudiannya diperisterikan oleh Sultan Mansor Shah pada tahun 1459.
Perutusan dan anugerah ini membuktikan Melaka dan China memasuki satu lagi fasa dalam
sejarah panjang hubungan Melaka China. Ini menjalinkan hubungan keluarga OiRaja antara
kedua-dua buah kerajaan.

Peristiwa perkahwinan bersejarah ini telah disemadikan dalam sejarah Kesultanan


Melayua Melaka dengan pembinaan Perigi Hang Li Po tanda hubungan diplomatik dan
hubungan kekeluargaan antara dua benua ini. Perigi Hang Li Poh atau juga dikenali sebagai
Perigi Raja ini dibina pada tahun 1459 di bawah arahan Sultan Mansor Shah kepada isteri
baginda, seorang puteri dari negara China, Puteri Hang Li Poh. Perigi ini tidak pernah kering
dan merupakan satu-satunya punca air semasa musim kemarau. Pihak Belanda membina
tembok disekelilingnya pada tahun 1677 untuk memeliharanya sebagai perigi permintaan
(wishing well).Ada yang berkata bahawa mereka yang melontar duit syiling ke dalamnya
akan kembali ke Melaka pada masa depan. Perigi ini terletak di Jalan Puteri Hang Li Poh. 33

Keseluruhannya, kewujudan pelbagai bangsa dari “Zaman Kesultanan Melayu Melaka”


lagi. Hal ini, melalui faktor perdagangan, perkahwinan, dan diplomatik adalah salah satu
wujudnya kewujudan bangsa. Misalnya perkahwinan orang Cina dengan Melayu (Baba dan
Nyonya), Arab dengan Melayu (Syeikh dan Syarifah), dan sebagainya.

8. Warisan Tapak Bersejarah

Gambar rajah Istana Kesultanan Melaka 1.2

Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka telah banyak memberi impak yang besar sejarah
Malaysia. Oleh itu, peninggalan-peninggalan seperti Istana Kesultanan Melaka yang dapat
dilihat ke hari ini. Gambar rajah 1.2 merupakan Istana Kesultanan Melaka sebuah replika
istana Sultan Mansur Shah yang memerintah Melaka sekitar 1456 hingga 1477. Muzium ini
33
Ibid,. hlm. 3-4.
dibuka secara rasminya pada Julai 1986. Kini muzium ini mempunyai lebih kurang 1,350 item
dalam bentuk artifak, cetakan, gambar dan lukisan mewakili sejarah dan budaya Kesultanan
Melayu Melaka dan masyarakatnya yang menetap di Melaka pada tempoh tersebut.
Bangunan tiga tingkat ini dibahagikan kepada lapan bilik dan tiga galeri termasuk bilik
pancaragam Diraja, senjata, seni perhiasan, hadiah, dewan reaksi, balairung seri dan dewan
Islam. Galeri-galeri pula menonjolkan pertempuran Hang Tuah dan Hang Jebat, pakaian
tradisional dan kamar diraja.

Diantara barang pameran di Istana Kesultanan Melayu Melaka termasuk cetakan dan
gambar Kesultanan Melayu Melaka, model Istana Sultan Mansur Shah, senjata pakaiaan
perkahwinan tradisional Melayu, barangan kemas dan barangan loyang. 34

Oleh itu, terdapat peninggalan tapak-tapak sejarah seperti Kota A Famosa, Bukit
Cina, dan sebagainya. Tapak-tapak peninggalan amat penting dalam pendapatan negara
melalui aktiviti pelancongan serta dijadikan pusat kajian pensejarahan mengenai sejarah
Melaka.

34
http://www.melaka.gov.my/my/pelancongan/muzium-galeri/muzium

Anda mungkin juga menyukai