Anda di halaman 1dari 3

  Apakah yang anda faham tentang manuskrip lama?

Manuskrip bermaksud naskah tulisan tangan yang ditulis oleh masyarakat terdahulu.
Manuskrip boleh diangkat sebagai bukti keunggulan daya cipta dan seni masyarakat
pada zaman dahulu. Ianya ditulis dengan tulisan atau symbol menggunakan tangan
memandangkan belum wujudnya mesin taip. Manuskrip lama menyimpan banyak
pemikiran dan perasaan bangsa lampau.

Medium untuk penulisan manuksrip

Daun
palma

Kulit
Kertas
Binatang

Medium
penulisan

Kulit
Batu
Kayu

Skrol

Senaraikan manuskrip negara-negara lain


1) Voynich Manuscript
2) Ottoman Manuscript
3) Dongba Manuscript
4) Birmingham Manuscript
5) The Statement
6) Bakhshali Manuscript
7) The Dead Sea Scroll
8) Nandinagari Scroll
9) Tanjung Tanah
10) Manuskrip Sahih Bukari
Bidang yang terdapat pada manuskrip lama
1) Mentera
2) Perubatan
3) Matematik
4) Undang-undang
5) Sejarah
6) Ramalan
7) Petua
8) Ketatanegaraan
9) Agama
10) Peta
Fungsi manuskrip lama dalam membantu pensejarahan
Antara fungsi manuskrip lama ialah sebagai sumber Primer. Contohnya dengan
adanya Manuskrip Sulalatus Salatin, pengkaji dapat membuat kajian mengenai susur
galur keturunan raja di Melaka. Namun, terdapat beberapa orang sejarawan yang
menolak manuskrip ini sebagai sumber primer. Contohnya, R. O. Winstedt. Hal ini
kerana beliau menolak unsur mitos yang terdapat dalam manuskrip tersebut. Selain itu,
manuskrip juga penting untuk memastikan ketepatan tarikh sesuatu kejadian.
Contohnya, dengan adanya manuskrip Batu Bersurat, pengkaji dapat mengetahui tarikh
dan tahun kedatangan Islam ke Tanah Melayu iaitu pada sebelum tahun 1326 atau tahun
1386.

Latar belakang Raja Ali Haji

Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad atau lebih dikenali sebagai Raja Ali Haji ialah ulama, ahli
sejarah, serta pujangga Melayu-Bugis. Beliau merupakan pencatat pertama dasar-
dasar tatabahasa bahasa Melayu melalui Pedoman Bahasa,  buku yang telah menjadi
piawai bahasa Melayu. Bahasa Melayu baku inilah yang ditetapkan sebagai bahasa
Indonesia, bahasa rasmi negara Indonesia, dalam Kongres Pemuda Indonesia pada 28
Oktober 1928.

Raja Ali Haji juga dijasai kerana penulisan sejarah Melayu. Bukunya yang berjudul Tuhfat al-
Nafis ("Bingkisan Berharga" tentang sejarah Melayu), walaupun sangat lemah dari segi
penulisan sejarah kerana tidak memberikan sebarang sumber dan tahunnya, dapat
dianggap sebagai suatu penggambaran peristiwa-peristiwa Melayu bersejarah yang
lengkap. Sesetengah orang juga berpendapat bahawa Tuhfat  dikarang terlebih dahulu
oleh Raja Ahmad, ayahnya yang juga merupakan sasterawan, dengan Raji Ali Haji hanya
meneruskan apa yang telah dimulai ayahnya. Dalam bidang ketatanegaraan dan undang-
undang, Raja Ali Haji juga menulis Mukaddimah fi Intizam  (undang-undang dan politik).
Selain itu, beliau juga merupakan penasihat kerajaan.

1. Salasilah Melayu dan Bugis 1890


2. Tuhfat al-Nafis 1865
3. Bustanul-Katibin
4. Kitab Pengetahuan Bahasa
5. Gurindam Dua Belas
6. Syair Siti Shianah
7. Syair Suluh Pegawai
Latar belakang Muhammad Ali Hanafiah

Muhammad ibn Ali ibn Abi Talib, juga dikenali sebagai Muhammad ibn al-Hanafiyyah dan
nama keluarga Abu'l-Qasim. Beliau adalah anak ketiga Ali ibn Abi Talib yang merupakan
imam pertama umat Islam Shi'a dan Khalifah keempat Muslim Sunni.

Contoh Manuskrip lama Melayu

1) Sulalatus Salatin
2) Hikayat Hang Tuah
3) Hikayat Amir Hamzah
4) Undang-undang Adat
5) Undang-undang Melaka
6) Undang-Undang Kedah
7) Tuhfat al-Nafis
8) Kisah Pelayaran Abdullah Ke Kelantan
9) Hikayat Raja Pasai
10) Bustanus Salatin