Anda di halaman 1dari 3

TUGASAN 2 -KUMPULAN (15%)

KEPENTINGAN MENGAMALKAN BUDAYA INTEGRITI DALAM MELAHIRKAN INSAN


BERMORAL SECARA TERPIMPIN

1.0 DEFINISI INTEGRITI

Integriti ditakrifkan sebagai kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu. Ia
berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari (Pelan Integriti
Nasional, m/s 18). Integriti berasal daripada perkataan Latin iaitu ‘integer’ yang bermaksud
menyeluruh, sempurna dan kesatuan yang teguh (Widang & Fridlund, 2003). Menurut
Kamus Dewan Bahasa bermaksud kejujuran dan ketulusan, kesempurnaan, dan keutuhan.
Ia juga berkait rapat dengan keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, dan amanah. Integriti
secara umumnya boleh didefinisikan sebagai peribadi mulia yang terdapat pada individu
meliputi nilai-nilai amanah, jujur, ikhlas, sabar, tidak rasuah, berlapang dada, telus,
bertanggungjawab dan ciri-ciri positif yang lain. Oleh itu, seseorang yang dikatakan
berintergriti mestilah berakhlak mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni di atas ialah kualiti
unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti
berkait rapat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam
tindakan sehari-hari.

2.0 KEPENTINGAN MENGAMALKAN BUDAYA INTEGRITI DALAM MELAHIRKAN


INSAN BERMORAL SECARA TERPIMPIN

Integriti penting kerana ianya dapat meningkatkan kesedaran seseorang supaya


menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara negatif. Sebagai guru, contoh
tauladan yang ditunjukkan oleh guru akan menjadi ikutan para pelajar. Sekiranya seseorang
guru tidak jujur, tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai budi pekerti, para pelajar juga
akan terdorong untuk melakukan perkara yang sama. Integriti yang terdapat dalam diri
seseorang guru akan dapat membawa guru tersebut ke arah pencapaian nilai-nilai murni
dalam dirinya yang merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar,
keutuhan, ketulusan, jujur, berbudi pekerti, berpegang kepada prinsip, tidak mudah
dipengaruhi, boleh dipercayai dan sebagainya. Nilai-nilai seperti inilah yang akan dicontohi
oleh para pelajar di sekolah.

Selain itu, pengamalan budaya integriti penting kerana dapat membentuk masyarakat
yang menghasilkan hasil kerja yang berkualiti berlandaskan dengan ciri-ciri kerja bersepadu
dan menyeluruh. Hal ini bermaksud individu akan menitikberatkan dan berpegang teguh
kepada nilai moral semasa melakukan sesuatu pekerjaan. Dengan ini, individu tersebut
akan mempunyai keselarasan antara percakapan dan perlakuannya, bertindak menurut
prinsip moral, etika dan undang-undang. Sebagai contoh, seseorang individu yang
mempunyai integriti tidak akan menerima rasuah untuk meluluskan satu projek yang akan
membahayakan orang ramai kerana dia akan mengutamakan kepentingan umum melebihi
kehendak diri sendiri. Ini kerana konsep integriti membariskan empat ciri utama iaitu sifat
yang menyeluruh, jitu, benar dan jujur[ CITATION Jam07 \l 17417 ]. Oleh itu, kepentingan
budaya integriti dalam melahirkan insan bermoral ialah boleh mewujudkan masyarakat yang
hasilnya berkualiti, mempunyai nilai murni serta tidak mementingkan diri sendiri.
RUJUKAN

Jamiah Manap, A. H. (2007). Pemantapan Nilai Integriti Individu sebagai Teras


Pembangunan Staf Berkualiti. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai