Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
VSCO
Salah satu perisian yang sering saya gunakan untuk mengedit gambar adalah dengan
menggunakan aplikasi VSCO. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma melalui
Google Play Store bagi pengguna Android dan App Store bagi pengguna IOS. Pelbagai
jenis filter yang disediakan untuk mengubah tone warna foto supaya nampak lebih real.
Selain itu, ada beberapa tools digunakan untuk meningkatkan exposure, highlight dan
shadow untuk menaikkan warna dan memberikan kesan klasik. Saya menggunakan perisian
ini melalui telefon pintar.
Sebelum Selepas
Pertama sekali, saya akan mengimport gambar daripada Camera Roll/ Gallery ke aplikasi ini
dengan menekan butang “+” di penjuru kanan yang disediakan.
Kemudian, gambar yang dipilih daripada Camera Roll akan dipaparkan dan disimpan pada
“Home” di aplikasi ini.
Seterusnya, setelah memilih filter yang dikehendaki, saya akan menggunakan tools yang
disediakan seperti exposure, contrast, adjust, sharpen dan sebagainya bagi menghasilkan
satu gambar yang berkualiti dan menggunakannya mengikut apa yang diingini supaya hasil
yang diperolehi adalah memuaskan.
Ini merupakan kadar exposure, contrast dan
sharpen yang digunakan bagi menghasilkan gambar tersebut.
Maka, terhasil lah gambar yang diedit menggunakan aplikasi ini mengikut kesesuaian
gambar dan citarasa saya bagi mendapatkan kesan minimalis. Seterusnya, gambar ini akan
dieksport semula ke Camera Roll dan boleh dimuat naik ke aplikasi Instagram, Facebook,
dan sebagainya.