Anda di halaman 1dari 2

TUTORIAL 2a : MENGAJAR PERWAKILAN DATA (CARTA PALANG)

Arahan: Jawab soalan tutorial yang diberi.

SOALAN TUTORIAL

1. Pembelajaran bermakna tentang konsep carta palang dalam topik Perwakilan Data perlu melalui
beberapa peringkat dari konkrit ke abstrak.

Rajah di atas menunjukkan satu contoh carta palang pada peringkat abstrak. Pada pelajaran carta
palang yang pertama, Cikgu Subra telah memulakan pengajaran dengan menunjukkan carta palang
ini kepada muridnya. Kemudian beliau berbincang dengan murid tentang kegunaan carta palang
berkaitan dengan jenis buah-buahan dan bilangan murid. Beliau mendapati kebanyakan murid
menghadapi kesukaran untuk memahami maklumat yang diwakili oleh carta palang berkenaan
kerana murid tidak berpeluang mengalami peringkat berbeza dalam pembelajaran carta palang.
Huraikan tiga aktiviti pembelajaran secara berperingkat (konkrit, konkrit-piktorial dan piktorial-
abstrak) untuk membantu murid memahami carta palang dengan lebih bermakna.

1
Resos: Grid carta palang, pen marker, kad kecil yang berwarna-warni

Langkah penggunaan:

1. Guru mengemukakan tajuk yang berkaitan dengan Student’s Favourite Warna.

2. Murid dikehendaki memilih warna yang diminati setelah melihat kad-kad berwarna-warni
(red, blue, green, black, pink).

3. Selepas itu, guru mengumpulkan maklumat bilangan daripada murid tentang warna yang
diminati.
4. Guru menulis tajuk graf di atas tengah grid, iaitu “Student’s Favourite Warna”.

Student’s Favourite Warna

Gambar 7. Grid carta palang ditulis tajuk.


5. Guru melukis paksi menegak dan paksi mendatar pada grid yang disediakan. Paksi
mendatar dilabelkan dengan “Favourite Colour”, manakala paksi menegak dilabelkan
dengan “Number of students”.
6. Guru melekatkan kad kecil yang dipilih oleh murid pada grid carta palang.
7. Selepas itu, guru membimbing murid melukiskan carta palang berdasarkan bentuk kad-kad
yang dilekatkan.
8. Akhirnya, kad-kad kecil dikeluarkan dan sebuah carta palang terbentuk.