Anda di halaman 1dari 15

Pendahuluan

Dalam era globalisasi dan liberalisasi kini, isu-isu global dan cabaran semasa dunia
semakin serius dan perlu mendapat perhatian yang sewajarnya. Malaysia juga tidak
terkecuali dari menerima ledakan pembangunan yang kian pesat yang telah banyak
membawa perubahan dari segi politik, ekonomi dan sosial. Situasi ini menuntut pelbagai
langkah penyelesaian dan tindakbalas dari pelbagai pihak dalam menangani isu-isu
tersebut.

Isu etnik bukan sahaja menjadi penghalang untuk pembangunan dan pembaharuan di
beberapa buah negara di Asia Tenggara, bahkah memberikan kesan negatif terhadap
integrasi ekonomi serantau. Di Rakhine, Myanmar, beribu-ribu orang penduduk terpaksa
berpindah akibat konflik etnik. Konflik etnik di Myanmar memberi implikasi terhadap sistem
pendidikan di Malaysia.

Dunia kini berhadapan dengan pelbagai isu global yang sebenarnya berpotensi untuk
mengancam kehidupan manusia akibat kelemahan manusia dalam mentadbir alam. Isu
pemakanan dan kesihatan merupakan salah satu isu global yang patut diambil berat oleh
orang ramai. Isu tersebut juga memberi kesan yang memdalam terhadap peluang
pendidikan di Malaysia.

Perkembangan globalisasi dunia menyebabkan Malaysia turut menerima kesan dalam


perubahan ekonomi dan perubahan harga komoditi dunia disebabkan interaksinya dengan
negara-negara lain. Krisis kewangan global telah memberi kesan yang mendalam
terhadap Malaysia. Punca-punca krisis kewangan global harus dikaji agar langkah-
langkah yang efektif dapat diambil untuk mengatasi krisis tersebut.
TUGASAN 1
Penulisan Akademik

a) Bincangkan tentang satu konflik etnik di dunia dan implikasinya terhadap sistem
pendidikan di Malaysia.

Salah satu konflik etnik di dunia ialah konflik etnik di Myanmar. Kaum Buddha
merupakan kaum yang paling terbesar di Myanmar. Konflik etnik ini berlaku apabila
mereka menindas kaum yang paling minoriti iaitu kaum Rohingya. Penduduk Myanmar
tidak mengakui dan mengiktiraf kedudukan etnik Rohingya di negara tersebut. Etnik
Rohingya berasal daripada keturunan Bengal dan memasuki Myanmar pada kurun ke-19
ketika pemerintahan Britain. Pada ketika itu etnik Rohingya yang memasuki Myanmar
telah diakui warganegaranya dan kerakyatannya. Namun begitu, menurut Perlembagaan
Myanmar, hanya keturunan Bengal dan anak mereka yang masuk dan tinggal di Myanmar
sebelum kemerdekaan yang diberikan oleh Britain pada 1948 sahaja dianggap sebagai
warganegara Myanmar. Oleh itu, warga Bengal yang tinggal di Myanmar selepas
kemerdekaan dengan secara rasminya dianggap sebagai pendatang asing dan
mengancam keselamatan negara tersebut.

Selain itu, penduduk Myanmar terutamanya penganut agama Buddha melakukan


diskriminasi agama Islam terhadap kaum Rohingya. Mereka telah membunuh kaum
Muslim, khususnya para ulama dan pendakwah Islam. Mereka juga merompak hasil
kekayaan kaum Muslim, memusnahkan binaan Islam seperti majlis dan sekolah.
Seterusnya, kerajaan Burma memandang orang Islam sebagai orang asing dan bukan
sebagai penduduk Burma, menafikan hak pendidikan mereka dan tidak membenarkan
mereka berkahwin sebelum mencapai umur 30. Kerajaan juga mengenakan sekatan
perkahwinan ke atas orang Islam selama tiga tahun untuk mengurangkan jumlah anak-
anak orang Islam. Umat Islam juga dipaksa untuk keluar dari agama Islam dan menganut
agama Buddha. Ramai wanita Islam ditindas, didiskriminasi, dirogol dengan sesuka hati
dan mereka tidak dibenarkan sama sekali memakai hijab. Hal ini menunjukan bahawa hak
asasi kaum wanita Islam tidak dijaga dan boleh dilakukan dengan sesuka hati serta
dianggap sebagai hamba.

Di samping itu, pengenalan undang-undang “Citizenship Law” di Myanmar telah


membawa kepada penyisihan etnik terutamanya etnik Rohingya. Pada tahun 1982,
pemerintah Junta tentera telah memperkenalkan undang-undang yang dikenali sebagai
“Citizenship Law (1982)”. Pengenalan undang-undang ini secara automatiknya
menjadikan etnik Rohingya tidak termasuk sebagai sebahagian penduduk Burma dan
etnik mereka juga tidak diiktiraf. Alasan yang diberikan kerajaan junta ini ialah etnik
Rohingya tak pernah wujud dalam sejarah Burma dan kehadiran mereka hanyalah
selepas penjajahan British ke atas Burma tahun 1826 dari Chittagong, Bangladesh.
Hakikatnya masyarakat Rohingya merupakan penduduk asal yang mendominasi populasi
negeri Arakan sebelum penjajahan Burma dan British ke atas wilayah tersebut. Kesannya
tentera Rohingya telah disisihkan dan dipulaukan serta tidak dilayan dengan adil oleh
kerajaan Myanmar itu sendiri. Mereka juga sering dikenakan tindakan-tindakan yang
langsung tidak berperikemanusiaan dan tidak masuk akal oleh kerajaan Myanmar sendiri.

Akhir sekali, sikap segelintir masyarakat dunia yang tidak mempedulikan


kesengsaraan dan keperitan yang dialami oleh etnik Rohingya. Negara jiran seperti
Bangladesh bertindak menolak semula kemasukan pelarian Rohingya dalam negara
mereka. Tindakan yang dilakukan oleh Bangladesh ini tidak wajar kerana sebahagian
daripada penduduk etnik Rohingya ini merupakan bekas warganegara Bangladesh itu
sendiri suatu ketika dahulu sebelum mereka berhijrah ke Myanmar yang disebabkan oleh
kepadatan penduduk yang sangat tinggi di Bangladesh. Mereka tidak mengakui bahawa
penduduk Rohingya ini merupakan bangsa serumpun dengan mereka dan ini merupakan
pemulauan yang sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Negara Bangladesh juga
bertindak menghantar semula pelarian Rohingya tersebut pulang ke Myanmar. Hal ini
telah menyebabkan kesukaran kepada pelarian-pelarian Rohingya itu sendiri kerana
mereka akan terus ditindas semula oleh junta Burma di Myanmar.

Konflik etnik yang berlaku di Myanmar telah banyak memberi implikasi terhadap
sistem pendidikan di Malaysia. Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum
harus menjaga kepentingan pelbagai kaum terutamanya dalam bidang pendidikan. Oleh
itu, Falsafah Pendidikan Malaysia telah mewajibkan pendidikan untuk semua rakyat
Malaysia tanpa mengira bangsa, warna kulit atau keturunan. Malaysia juga tidak
melakukan diskriminasi kaum dan membuka peluang pendidikan kepada semua kaum di
Malaysia. Jika dilihat dalam konflik etnik yang berlaku di Myanmar, kerajaan Burma telah
melakukan diskriminasi kaum dengan menafikan hak pendidikan kaum Rohingya. Sistem
pendidikan di Malaysia bertujuan untuk merapatkan jurang pendidikan rakyat Malaysia
dan mengeratkan hubungan sesama kaum. Contohnya, bahasa Melayu digunakan
sebagai bahasa pengantar di sekolah. Dengan penetapan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar di sekolah-sekolah ia dapat menyatupadukan penduduk Malaysia yang
berbilang kaum dan agama. Dengan kata lain ia menjadi bahasa perpaduan di Malaysia.
Bahasa perpaduan dapat diertikan sebagai bahasa yang menjadi lambang penyatuan
suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok
manusia yang berfungsi sebagai alat menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang
kaum dalam sebuah negara. Dengan begitu, negara Malaysia akan membangun dengan
pesat dan dapat mencapai Wawasan 2020.

Kedua, tajuk yang berkaitan dengan isu keganasan dan penghapusan etnik Rohingya
telah wujud dalam sistem pendidikan di Malaysia. Dalam subjek Cabaran dan Isu Semasa,
kami telah mempelajari dan mengkaji konflik etnik di dunia. Tajuk ini telah diperkatakan
dalam konflik etnik di Myanmar. Hal ini demikan kerana tajuk ini dapat memberikan
pengajaran dan iktibar kepada pelajar tentang betapa pentingnya persefahaman
masyarakat yang berbeza agama dalam sesebuah negara. Pelajar juga akan didedahkan
dengan kekejaman yang berlaku di sana dan dapat mengeluarkan pandangan dan
persepsi masing-masing terhadap isu yang berlaku. Dengan demikian, perasaan empati,
kasih sayang dan nilai-nilai kemanusiaan dapat diwujudkan dalam diri pelajar. Hal ini juga
dapat menggalakkan pelajar untuk menderma dan memberi sunbangan kepada mangsa-
mangsa di Rohingya untuk membantu kaum Rohingya yang bernasib malang.

Akhir sekali, jika kita melihat konflik etnik yang berlaku di Myanmar, penduduk
Myanmar tidak mempunyai nilai-nilai murni seperti toleransi, hormat-menghormati dan
kasih sayang. Mereka melakukan penindasan ke atas kaum Rohingya kerana kebencian
dan kefanatikan yang lahir dalam diri mereka yang jahil. Oleh itu, mata pelajaran Moral
dan Sivik Kewarganegaraan telah dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran dalam sistem
pendidikan di Malaysia. Hal ini bertujuan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia di
samping berilmu pengetahuan. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, konsep
melahirkan rakyat Malaysia berakhlak mulia dalam pendidikan ialah memastikan individu
tersebut menghayati nilai kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan. Dengan
berbekalkan ilmu, seseorang itu dapat terus mengamalkan nilai-nilai murni yang dipelajari
secara langsung atau tidak langsung dalam kehidupan sehariannya. Oleh yang demikian,
guru-guru harus menerapkan nilai-nilai murni dalam diri setiap pelajar sejak kecil lagi
seperti peribahasa yang berbunyi, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Mereka juga
harus mengajar kanak-kanak cara berbaik-baik dengan orang lain dan tidak menjadikan
peperangan sebagai jalan penyelesaian untuk memperoleh sesuatu perkara. Kanak-kanak
juga perlu dididik dengan sifat sabar dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan memilih
jalan yang terbaik untuk menyelesaikan konflik dalam kehidupan.
b) Beri penilaian anda terhadap satu isu global dan impak isu tersebut terhadap
peluang pendidikan di Malaysia.

Isu pemakanan dan kesihatan merupakan salah satu isu global dan memberi impak
yang mendalam terhadap peluang pendidikan di Malaysia. Makanan merupakan salah
satu keperluan asas manusia selain tempat tinggal dan pakaian. Oleh hal yang demikian,
isu krisis makanan bukan sesuatu yang boleh dianggap remeh. Krisis pemakanan ini amat
berkait rapat dengan kesihatan masyarakat global. Krisis makanan dunia berpunca
daripada kenaikan harga minyak dunia telah memaksa kenaikan kos bagi pengeluaran
dan pemasaran makanan. Contohnya, kos untuk menjana tenaga bagi menggerakkan
kilang, kos jentera, kos pengangkutan dan sebagainya terpaksa dinaikkan. Kenaikan kos
pengeluaran dan pemasaran ini meningkatkan harga makanan. Peningkatan harga
minyak juga menjadi penyebab kepada kenaikan kos baja sekali gus melonjakkan harga
bahan makanan di pasaran.

Untuk mengurangkan beban ini, peniaga terpaksa menaikkan harga makanan yang
dijual. Kesannya, tekanan harga yang tinggi terpaksa dihadapi oleh pengguna. Kehidupan
masyarakat bertambah sukar. Kebanyakan keluarga yang menghadapi masalah
kewangan terutamanya berkaitan dengan pendapatan isi rumah akan mengurangkan
penyertaan anak-anak mereka dalam bidang akademik. Hanya pelajar yang
berkemampuan dari segi kewangan sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke
peringkat tinggi dan memilih universiti yang diminati. Keadaan ini membuktikan bahawa
golongan yang kaya sahaja akan menikmati pendidikan hingga ke peringkat tinggi,
manakala golongan yang miskin dinafikan peluang mereka.

Kemelesatan ekonomi dan kenaikan harga makanan menyebabkan berlakunya krisis


makanan dunia. Penduduk negara dunia ketiga paling terkesan dengan kemelesatan
ekonomi ini. Kemelesatan ekonomi dunia merupakan rentatan daripada ekonomi yang
tidak menentu di Amerika Syarikat. Masalah krisis makanan global semakin mendapat
perhatian para pemerhati ekonomi dunia. Antara perkara yang menjadi perhatian ialah
peningkatan harga makanan di pasaran global yang memberi kesan langsung terhadap
harga pasaran bahan makanan tempatan. Harga purata makanan dunia telah meningkat
sehingga 40 peratus sejak pertengahan tahun 2007.
Harga makanan di Malaysia turut meningkat akibat daripada krisis makanan dunia.
Disebabkan tekanan ekonomi, perbelanjaan kerajaan dalam bidang pendidikan telah
dikurangkan. Kerajaan telah mengurangkan subsidi-subsidi seperti bantuan buku sekolah
dan biasiswa untuk pelajar. Selain itu, kerajaan telah menarik semula banyak program
tajaan pendidikan ke luar negara dan menempatkan pelajar-pelajar di universiti-universiti
tempatan sahaja. Antara program yang dimansuhkan ialah program TESL berkembar
bersama United Kingdom dan New Zealand. Beberapa kursus professional seperti krisis
perubatan dan kursus undang-undang di luar negara dikurangkan kuotanya untuk
menjimatkan kos.

Bagi pelajar-pelajar kolej dari golongan keluarga berpendapatan sederhana, mereka


tidak dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana kesempitan kewangan. Kadar
pertukaran mata wang luar negara agak ketara perbezaannya menyebabkan pengajian
mereka terkandas separuh jalan kerana tidak mampu membayar yuran yang begitu tinggi.
Biasiswa kerajaan dan swasta turut dikecilkan peruntukannya seperti PTPTN, JPA,
yayasan negeri dan lain-lain. Peluang pelajar miskin untuk melanjutkan pelajaran ke luar
negara adalah sangat nipis. Jelas menunjukkan bahawa, peluang pendidikan pelajar di
Malaysia telah berkurangan kerana pelajar susah untuk melanjutkan pelajaran ke luar
negara.

Krisis makanan yang berlaku di dunia telah menyebabkan catuan makanan. Lanjutan
daripada kenaikan harga barangan yang menjadi makanan ruji rakyat seperti beras,
gandum, kentang, sekoi, jagung, daging, ayam, telur, makanan tenusu, dan sebagainya
kini amat membimbangkan masyarakat. Contohnya, Filipina terpaksa mengimport banyak
beras kerana beras meupakan makanan asasi mereka. Kekurangan makanan tersebut
menyebabkan catuan terpaksa dilakukan, malah tentera turut ditugaskan untuk mengawal
proses tersebut. Harga beras di Myanmar telah melonjak naik. Vietnam pula tidak mahu
mengeksport beras. Begitu juga Thailand. Harga beras di Thailand naik hingga AS$ 1000
satu tan atau RM 3.20 sekiligram. Namun, masalah catuan makanan ini tidak memberi
kesan yang mendalam terhadap Malaysia. Hal ini demikian kerana negara kita telah
memperluas kawasan tanaman bagi menambah bekalan. Contohnya, Sabah dan Sarawak
telah dijadikan sebagai negeri pertanian di Malaysia bagi menampung dan menambahkan
kuantiti sumber makanan kepada seluruh rakyat.
Kerajaan Malaysia juga memberikan peluang dan galakan kepada golongan miskin
dan tidak berkemampuan untuk menjalankan aktiviti pertanian dengan memberi tanah
lahan secara percuma, subsidi, dan pelbagai bantuan kepada mereka. Dengan berbuat
demikian, banyak peluang pekerjaan berkaitan dengan bidang pertanian dapat
diwujudkan. Pendapatan golongan miskin menambah dan taraf hidup mereka juga
meningkat. Mereka berkemampuan untuk menghantar anak-anak mereka untuk belajar di
universiti-universiti tempatan atau luar negara. Secara tidak langsung, peluang pendidikan
di Malaysia ditingkatkan kerana masyarakat berkemampuan membiayai perbelanjaan
pendidikan anak mereka. Seterusnya, hasil tanaman yang berlebihan itu telah dipasarkan
ke negara-negara jiran seperti Thailand dan Singapura. Hal ini membantu dalam menjana
ekonomi negara Malaysia dan meningkatkan eksport negara. Dengan begitu, pendapatan
negara menambah dan kerajaan dapat memberi lebih banyak biasiswa kepada pelajar
sama ada untuk melanjutkan pelajaran di tempatan atau di luar negara. Kerajaan
berkemampuan untuk mewujudkan pelbagai peluang pendidikan untuk pelajar. Oleh yang
demikian, peluang pelajar mendapatkan pendidikan di Malaysia telah bertambah. Negara
kita dapat melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan dapat membantu dalam
pembangunan negara serta merealisasikan impian Wawasan 2020.

Seterusnya, penyakit anjing gila menyebabkan pengurangan peluang pendidikan


pelajar di Malaysia. Penyakit anjing gila dibawa oleh virus “lyssaviruses” dan tersebar
apabila haiwan yang terkena jangkitan ini menggigit atau mencakar haiwan lain atau
manusia. Anjing merupakan haiwan yang paling banyak dijangkiti penyakit ini dengan 99%
kes yang dilaporkan di seluruh dunia adalah berkaitan dengan gigitan anjing. Apabila
manusia terkena gigitan haiwan yang dijangkiti penyakit ini, virus akan bergerak ke sistem
saraf pusat dengan melalui di bahagian saraf biasa. Untuk rekod, penyakit anjing gila telah
menyebabkan 17400 kematian di seluruh dunia pada tahun 2015. Lebih dari 95% pesakit
yang meninggal dunia adalah berasal dari kawasan Afrika dan Asia. Keadaan ini telah
menimbulkan kebimbingan dan ketakutkan pelajar di Malaysia untuk melanjutkan
pelajaran ke luar negara seperti Afrika kerana takut dijangkiti penyakit anjing gila. Oleh itu,
peluang pendidikan pelajar di Malaysia telah menurun.

Di Malaysia, wabak penyakit anjing gila sudah mengorbankan empat orang di Sarawak
setakat ini, dan kes pertama anjing dijangkiti virus itu dikesan di Taiping, Perak. Dalam
tempoh tiga bulan, Perlis mencatatkan 22 kes manusia dijangkiti virus penyakit anjing gila,
sementara Kedah mempunyai 18 kes dan Pulau Pinang mencatatkan empat kes menurut
Jabatan Kesihatan. Pesakit-pesakit penyakit anjing gila tidak dapat belajar di sekolah
kerana terpaksa menerima rawatan di hospital. Selain itu, pelajar-pelajar lain juga takut
pergi ke sekolah untuk mendapatkan pendidikan kerana takut digigit oleh anjing. Secara
tidak langsung, peluang pelajar untuk mendapat pendidikan di sekolah telah dikurangkan.
Di samping itu, kalau penyakit jangkitan ini merebak meluas di sesuatu kawasan, kerajaan
terpaksa mengambil tindakan untuk menutup sekolah sebagai pengawalan untuk penyakit
jangkitan ini. Kerajaan negeri terpaksa melakukan pembunuhan besar-besaran anjing liar
di kawasan sekolah dan perumahan. Justeru, peluang pendidikan pelajar di Malaysia
dapat diperkatakan menurun kerana pelajar tidak dapat bersekolah disebabkan penularan
penyakit anjing gila.

( 2069 perkataan )
Penutup

Setelah saya membuat penulisan akademik ini, saya dapat menerangkan isu-isu
politik dan konflik dunia semasa di Eropah dan Timur Tengah serta implikasinya terhadap
sistem pendidikan di Malaysia dengan merujuk pelbagai sumber. Isu-isu politik dan
konflik dunia yang berlaku di seluruh dunia perlu diambil sebagai iktibar dan pengajaran
dalam membentuk sebuah negara yang aman dan maju.

Setelah saya membuat penulisan akademik ini, saya dapat menghuraikan isu-isu
global dan impaknya terhadap peluang pendidikan di Malaysia. Saya juga dapat
menganalisasi cabaran-cabaran terhadap negara dan langkah-langkah menanganinya
dengan merujuk pelbagai sumber.

Melalui penulisan akademik ini, saya juga mendapat pengetahuan yang baharu.
Saya mengetahui bagaimana mendapat dan mengumpul maklumat dari pebagai sumber
seperti buku, internet dan lain-lain.
Rujukan

Syed Ismail Syed Mustapa & Meor Aris Meor Hamzah. (2016). Cabaran dan Isu Semasa
Dunia. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

Masalah Etnik Di Rohingya. (2014). Dicapai daripada


http://pocoyohonda.blogspot.my/2014/12/masalah-etnik-di-rohingya_3.html

Nurul Qolbi Mohd Ngalim. (2012). KONFLIK MINORITI MUSLIM ROHINGYA DI


MYANMAR DAN PENYELESAIANNYA. Dicapai daripada
http://www.academia.edu/30212027/KONFLIK_MINORITI_MUSLIM_ROHINGYA_
DI_MYANMAR_DAN_PENYELESAIANNYA

Sharina Shaari. (2012). Fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Dicapai
daripada http://sharinashaariupsi.blogspot.my/2012/11/fungsi-bahasa-melayu-
sebagai-bahasa.html

Konsep Falsafah dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (2012) Dicapai daripada


http://teachersyafa.blogspot.my/2012/08/konsep-falsafah-dan-falsafah-
pendidikan.html

Penyakit anjing gila. (2017). Dicapai daripada


https://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_anjing_gila

Bede Hong. (2017, Julai). Perak mula bunuh anjing liar selepas rabies dikesan di Taiping.
The Malaysian Insight. Dicapai daripada
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/7905/
Lampiran

Rumah mereka dimusnahkan, tanah mereka dirampas, tidak dibenarkan untuk bekerja,
dinafikan peluang pendidikan.

Pelarian Rohingya hilang arah tuju apabila tidak diterima kerajaan Bangladesh dan
berdepan keganasan atau mungkin kematian sekiranya kembali ke Myanmar.

Penindasan etnik Rohingya.


Tajuk yang berkaitan dengan isu keganasan dan penghapusan etnik Rohingya telah
dimasukkan dalam subjek Cabaran dan Isu Semasa.

Krisis makanan dunia yang berlaku pada 2007-2008.

Kenaikan harga minyak di dunia telah membebankan rakyat di Malaysia.


Wabak penyakit anjing gila sudah mengorbankan empat orang di Sarawak setakat ini, dan
kes pertama anjing dijangkiti virus itu dikesan di Taiping, Perak.

Wabak Rabies (Anjing Gila) yang berlaku di Malaysia.


TUGASAN 2:
a. Punca-punca krisis kewangan
global dan kesannya terhadap
Malaysia.