Anda di halaman 1dari 1

MENGAPALIKASIKAN KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN FOTOGRAFI DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BILIK DARJAH.

Guru-guru pada hari ini beruntung kerana memiliki pelbagai kemudahan teknologi bagi
membantu mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam mendidik pelajar. Salah satu
teknologi yang memudahkan guru dalam melaksanakan pengajaran dengan berkesan melalui
teknologi fotografi. Antara peranan fotografi dalam pengajaran dan pembelajaran ialah
menarik minat pelajar mengikuti pengajaran guru kerana pelajar akan lebih minat belajar
sekiranya penerangan guru disertakan dengan gambar-gambar yang menarik. Selain itu,
meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu konsep atau tema yang hendak
disampaikan kepada pelajar. Melalui gambar, pelajar akan mudah memahami mesej yang
disampaikan oleh guru. Ia juga dapat merangsang pemikiran pelajar berfikir lebih jauh
apabila gambar memaparkan sesuatu konsep dengna jelas, malah gambar mendorong
penerokaan dan perkembangan idea pelajar. Tugas guru dalam menerapkan nilai dan
kesedaran dalaman ke dalam jiwa pelajar pula menjadi lebih mudah dan berkesan dengan
bantuan gambar. Peranan foto di sini adalah dapat menggabungkan pengalaman konkrit
pelajar bagi memudahkan mereka memahami konsep yang abstrak.

Anda mungkin juga menyukai