Anda di halaman 1dari 3

Sila beri penjelasan terhadap isu berikut:

1. Apa yang anda tahu tentang kumpulan "Islam Jamaah"?. Bagaimanakah ciri masyarakat
yang dikehendaki oleh Islam?

Jawapan:

Mufti bagi negeri Selangor mengeluarkan fatwa bahawa ajaran dan amalan Islam
Jamaah di dapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian,
orang-orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran itu. Hal ini demikian kerana iai
didapati menyeleweng dari sudut aqidah iaitu mendakwa kumpulan mereka sahaja yang
mengamalkan cara Islam yang sebenar manakala bukan ahli dianggap kafir. Di samping itu,
penyelewengan dari sudut ibadah dalam Islam Jama’ah ialah menolak sumber Ijmak dan
Qias, menganggap najis mughallazah tidak perlu disamak dan lelaki dan perempuan ajnabi
tidak batal wuduk jika bersentuhan.

Ciri-ciri masyarakat yang dikehendaki oleh islam ialah masyarakat yang


beridentitikan agama, iman, akidah yakni berkeyakinan penuh kepada kebenaran Islam.
Dengan adanya keimanan yang teguh dalam masyarakat islam, maka akan lahirlah
masyarakat pejuang di jalan Allah, berjiwa perjuangan dan kehidupannya penuh perjuangan.
Seterusnya, ciri-ciri masyarakat islam juga ialah di atas berdiri pada landasan yang kuat
dan teguh, iaitu kaedah saling tolong-menolong antara satu sama lain, hingga semua
merasakan sama bertanggungjawab. Kaedah tersebut di gambarkan dalam berbagai-bagai
peraturan, seperti peraturan zakat, amar makruf nahi mungkar dan lain-lain. Prinsip tolong-
menolong dalam masyarakat Islam adalah wajib menjamin pendidikan rohani setiap orang,
fikiran, perasaannya, akhlaknya, keperibadiannya dan perilaku sosialnya. Selain itu, ciri-ciri
masyarakat islam juga ialah masyarakat yang tidak melakukan perbutan keji dan tidak
membiarkan kemungkinan terjadinya kekejian, masyarakat yang tidak membuka
kesempatan bagi munculnya penyelewengan, kerosakan, munculnya golongan mengingkari
Allah SWT, dan merupakan masyarakat yang tegas menyatakan hukuman.
2. Apa pandangan anda tentang sistem demokrasi yang diamalkan dalam amalan berpolitik
sekarang. Adakah Islam menerima sistem demokrasi?

Jawapan :

Demokrasi bermaskud pemerintahan oleh rakyat atau wakil yang dipilih dalam pilihan
raya. Pada pandangan saya, sistem demokrasi yang diamalkan sekarang dapat membuka
peluang kepada setiap rakyat untuk mempunyai suara dalam pemerintahan negara. Selain
itu, demokrasi juga dilihat sebagai menyediakan mekanisme bagi melantik, menurunkan dan
seterusnya melantik semula kerajaan. Oleh itu, rakyat berhak menentukan siapa yang layak
untuk memimpin negara dan siapa yang perlu dijatuhkan.
Islam menerima sistem demokrasi tetapi ia mestilah meliputi prinsip syura
(perbincangan), musawah (samarata), ‘adalah (keadilan), amanah, mas’uliyyah
(kebertanggungjawaban) dan hurriyyah (kebebasan).
Prinsip perbincangan dan pemesyuaratan ini sangat diperlukan dalam membentuk
imbangan dalam membuat keputusan. Dengan begitu, setiap keputusan yang dikeluarkan
oleh pimpinan adalah tanggung jawab semua secara bersama. Seterusnya, prinsip
al-‘adalah atau keadilan ialah prinsip yang bertujuan menegakkan pemerintahan secara adil
dan bijaksana.
Selain itu, prinsip ketiga ialah al-musawah atau kesamarataan tidak ada mana-mana
pihak yang berasakan dirinya lebih tinggi atau lebih istimewa daripada yang lain. Namun
begitu, prinsip al-musawah ini tidak dapat diasingkan atau dipalingkan dariapda prinsip
keadilan. Ini kerana tidak semua kesamarataan itu bersifat adil. Pemerintah menggalas
tanggungjawab besar dalam mempastikan kesamarataan dalam pentadbirannya juga
menepati prinsip keadilan. Justeru, pemerintah hendaklah amanah, memiliki sikap dan
perilaku yang dapat dipercaya, jujur dan adil.
Selain daripada itu, al-masuliyyah atau prinsip kebertanggungjawaban adalah antara
prinsip utama. Apabila seseorang pemimpin itu diberikan amanah kepemimpinan, beliau
hendaklah melaksana amanahnya dengan adil. Setelah itu, seseorang pemimpin itu
hendaklah bertanggungjawab ke atas amanah kepemimpinannya; kepada rakyat dan juga
kepada Tuhan.
Seterusnya prinsip al-hurriyyah atau kebebasan adalah juga diraikan dalam sistem
pemerintahan Islam. Ertinya di sini Islam menjamin hak setiap warga masyarakat untuk
menyampaikan pendapatnya dalam kerangka al-amr bi al-makruf wa al-nahy ‘an al-munkar
– mengajak ke arah kebaikan dan menentang kemungkaran.

Anda mungkin juga menyukai