Anda di halaman 1dari 4

GKK 1043

_____________________________________________________________________________________

ISI KANDUNGAN
BIL. TAJUK M/S
1. PRAKATA 1
2. ISI KANDUNGAN & RUJUKAN 2
3. 1.0 PENDAHULUAN 3
4. 2.0 MEMBUAT REFLEKSI TENTANG TAHAP KECERGASAN DIRI
SENDIRI BERDASARKAN UJIAN KEPUTUSAN SEGAK DAN BLEEP
2.1 TEKAN TUBI 3
2.2 RINGKUK TUBI SEPARA 4
2.3 JANGKAUAN MELUNJUR 4
2.4 NAIK TURUN BANGKU 4
2.5 UJIAN BLEEP 4
5. 3.0 KESIMPULAN 5

RUJUKAN
1. https://www.moe.gov.my/index.php/my/arkib/pemberitahuan/2018/4320-segak
2. https://segak.weebly.com/pengenalan.html
3. https://www.scribd.com/doc/194818130/pelaksanaan-ujian-bleep
GKK 1043
_____________________________________________________________________________________

1.0 PENDAHULUAN

Ujian SEGAK ialah program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk
Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) ini telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah.

SEGAK mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini
dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan tahun 2008.
Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat.

Kecergasan yang optimum dapat membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian
tanpa berasa letih atau lesu. Selaras degan itu, wujudnya satu kayu ukur untuk ujian
kecergasan ini yang dipanggil SEGAK. Ujian ini telah dirancang dengan sebaiknya dan terdapat
prosedur yang perlu diikuti. Setiap ujian ini akan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan
dan sehubungan dengan itu, satu ujian standard dapat dijalankan dengan lancar.

Matlamat SEGAK ini diadakan adalah supaya murid sentiasa peka, lebih berpengetahuan
dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan
yang optimum. Objektif SEGAK ini antaranya ialah murid dapat mengetahui kepentingan
kecergasan fizikal. Selain itu, murid juga dapat melakukan ujian kecergasan yang dirancang
oleh pentadbir sekolah.

2.0 MEMBUAT REFLEKSI TENTANG TAHAP KECERGASAN DIRI SENDIRI


BERDASARKAN UJIAN KEPUTUSAN SEGAK DAN BLEEP

Berdasarkan maklumat dan data yang diperolehi daripada pasca ujian amali SEGAK dan
ujian amali bleep pada 24/9/2018 baru – baru ini, saya mendapati terdapat sedikit perubahan
daripada segi skor markah pada semua jenis aktiviti SEGAK dan ujian bleep yang dijalankan
berbanding dengan pra ujian amali pada 30/7/2018.

2.1 TEKAN TUBI

Antara ujian yang mempunyai peningkatan ialah ujian tekan tubi. Pada ujian, saya
mendapati tahap kecergasan saya meningkat dan berada pada tahap yang baik. Hal ini kerana,
saya sering melakukan aktiviti yang menggunakan kekuatan otot tangan dan kaki. Saya juga
sering berlatih tekan tubi pada setiap hujung minggu.
GKK 1043
_____________________________________________________________________________________

2.2 RINGKUK TUBI SEPARA

Seterusnya ialah ujian ringkuk tubi separa. Pada ujian ini, saya berjaya mencapai gred
superior dan mendapat skor yang baik. Walaupun perbezaan antara pra ujian dan pasca ujian
tidak jauh beza, tetapi ia tetap menunjukkan perubahan yang dapat saya lakukan. Hal ini
kerana, saya sering berlatih ringkuk tubi separa pada setiap pagi dan petang jika ada
kelapangan. Saya juga tidak membazirkan masa saya dengan tidur sahaja sebaliknya saya
melakukan aktiviti yang berkaitan dengan kekuatan otot abdomen badan.

2.3 JANGKAUAN MELUNJUR

Selain itu, ujian jangkauan melunjur juga menunjukkan perubahan mata yang dapat saya
perolehi sepanjang ujian pra dan pasca amali. Namun demikian, saya masih tidak dapat
mencapai tahap superior kerana kurangnya kelenturan badan yang ada pada diri saya. Hal ini
akan menyebabkan saya kekurangan skor ujian. Saya perlulah meningkatkan aktiviti yang
melibatkan kelenturan badan dan keregangan badan. Saya tidak sepatutnya membazirkan
masa saya dengan melakukan aktiviti yang kurang berfaedah.

2.4 NAIK TURUN BANGKU

Di samping itu, ujian naik turun bangku SEGAK ini, saya mendapati tahap kecergasan saya
meningkat dan berada di tahap yang baik. Saya berjaya mendapat markah yang sederhana dan
memuaskan. Saya haruslah memperbaiki aktiviti yang berkaitan daya tahan kardiovaskular.
Disebabkan itu, saya haruslah melakukan aktiviti seperti naik turun tangga dan berjoging pada
setiap petang. Berbanding dengan sebelum ini, saya kerap menghabiskan masa lapang saya
dengan menonton filem – filem terkini di dalam bilik.

2.5 UJIAN BLEEP

Akhir sekali, pada ujian bleep ini, saya mendapati tahap kecergasan yang meningkat dan
berada pada tahap yang terbaik kerana berjaya mengumpulkan skor markah yang penuh dan
berada pada gred superior. Tetapi tahap ujian bleep yang saya lakukan menurun berbanding
pada pra ujian amali. Hal ini kerana, saya kurang melakukan aktiviti daya tahan kardiovaskular
seperti berjoging dan berlari pada setiap petang. Sepatutnya pada hujung minggu, saya
mestilah berjoging pada setiap pagi bukannya tidur sahaja.
GKK 1043
_____________________________________________________________________________________

3.0 KESIMPULAN

Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah menjadi mata pelajaran teras
dalam Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989 dengan harapan
melahirkan warganegara yang sihat, cergas dan produktif. Ini berdasarkan kepada rasional
merangkumkan unsur-unsur Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di mana kedua-dua disiplin
ilmu tersebut mempunyai perkaitan yang saling memperkukuh antara satu sama lain.
Kemunculan SEGAK ini dapat meningkatkan tahap kecergasan murid sekolah tidak kira
sekolah menengah mahupun rendah. Hal ini kerana, SEGAK ialah kayu ukur untuk menguji
tahap kecergasan seorang murid sekolah.

Anda mungkin juga menyukai