Anda di halaman 1dari 3

SAJAK SANG GEMBALA KUDA

TEMA: Kekuasaan penjaga kuda dan penganiayaan terhadap tenaga haiwan


Contoh: Berbekalan kuasa yang dimiliki, dengan angkuh dan berani, peniaga kuda berjaya menakutkan serta mengawal kuda-kudanya kembali ke kandang.
Peniaga kuda hanya mementingkan diri dan sanggup menggunakan sepenuh tenaga kuda-kudanya tanpa mempedulikan nasib haiwan tunggangannya itu.

Rangkap Maksud Persoalan Nilai Pengajaran

Dia lelaki bergelar perkasa Sang gembala kuda ialah seorang lelaki keberanian  menempuh Keberanian Kita mestilah berani menghadapi
dengan cemeti keberanian di tangan yang gagah. Berbekalkan keberanian cabaran dan rintangan. berbagai-bagai rintangan tanpa
rembat angkuhnya memacu takut yang dimilikinya, dia dengan angkuh mudah berputus asa.
menghalau kuda-kuda di padang merembat kuda dengan menggunakan
berebutan memburu kandang. cemeti untuk menakutkan kuda-kuda itu
sambil menghalau kuda-kuda yang
sedang berada di padang segera balik ke
kandang

Rumput dan jerami terhidang Sementara itu, rumput dan jerami kepatuhan menurut Kepatuhan Kita sewajarnya patuh akan
adalah kanun janji kesetiaan  merupakan makanan yang lazim perintah. arahan dan suruhan ketua demi
dimamah rakus kala lapar terhidang dan akan dimakan oleh kuda- keharmonian sesebuah organisasi.
tak peduli nasib diri setelah kenyang kuda ketika lapar. Setelah kenyang, kuda-
jadi tunggangan memburu rakan. kuda itu tidak peduli akan nasib mereka
dijadikan kuda tunggangan untuk
menjejaki kuda-kuda yang lain.

Dia lelaki punya kuasa Dengan kuasa yang ada padanya dan kebijaksanaan Kebijaksanaa Kita hendaklah bijak dalam
sesekali suaranya lebih gempita apabila sesekali bersuara nyaring, sang mengeksploitasi n merancang dan menjalankan
daripada ringkik kuda sekandang gembala kuda begitu berani dan yakin golongan yang lemah. tugas dengan baik dan sempurna.
pacuannya diiring seribu keberanian menunggang kuda-kuda itu menempuh
meredah onak di rimba perburuan segala rintangan dan kepayahan. Dia
meranduk lumpur di paya bijak menggunakan tipu helahnya dengan
penindasan berpura-pura sebagai penyelamat maruah
sambil melibas cemeti durjana kononnya berjuang atas dasar kebenaran
dia melempar muslihat dan menetang segala penipuan.
aku penyelamat maruah
berjuang atas dasar kebenaran
menentang semua kebobrokan. 
Dia lelaki sang gembala kuda Sang gembala kuda ialah lelaki yang Ketegasan dalam Ketegasan Kita haruslah
hanya mengenal pantas tunggangan hanya ingin mengetahui kepantasan memimpin. bersikap tegas ketika
tanpa membaca keletihannya larian kudanya tanpa mengambil kira menjalankan tugas.
dia lelaki sang gembala kuda    kesengsaraan kuda itu. Sang gembala
hanya tahu mengejar kehebatan kuda hanya mementingkan diri apabila
tanpa menghitung kesakitannya kuda-kuda itu terus ditunggangi
dan kuda-kuda itu ditunggangi berulang-ulang kali tanpa rasa belas
ditunggangi dan ditunggangi!  kasihan.
1. Berikan maksud 'tanpa membaca keletihannya'? [2 markah]
Maksud tanpa membaca keletihannya ialah tidak mengira kepenatan kudanya.

2. Nyatakan dua simbol kekuasaan sang gembala kuda. [2 markah]


Dua simbol kekuasaan sang gembala kuda ialah cemeti dan suara yang kuat.

3. Berdasarkan rangkap ketiga sajak tersebut, nyatakan sebab Sang Gembala Kuda dianggap sebagai lelaki yang mempunyai kuasa? [2 markah]
Berdasarkan rangkap ketiga sajak tersebut, Sang Gembala Kuda dianggap sebagai lelaki yang mempunyai kuasa kerana berani menghadapi segala rintangan ketika
pemburuan dan bijak menggunakan tipu helah dengan berpura-pura sebagai penyelamat

4. Berdasarkan sajak tersebut, nyatakan dua tindakan kejam yang dilakukan oleh lelaki bergelar perkasa terhadap kudanya. [2 markah]

Berdasarkan sajak tersebut, tindakan kejam yang dilakukan oleh lelaki bergelar perkasa terhadap kudanya ialah merembat kuda dengan cemeti tanpa perasaan.
Selain itu, pengembala kuda menunggang kuda untuk mencapai matlamatnya sebagai orang yang berkuasa.

5. Siapakah ‘aku’ berdasarkan rangkap ketiga sajak tersebut? [2 markah]


‘Aku’ dalam rangkap ketiga sajak tersebut ialah sang gembala kuda yang membuat helah dengan mengatakan bahawa dirinya penyelamat maruah. ‘Aku’ juga
menganggap dirinya sebagai seorang yang berjuang atas dasar kebenaran dan menentang kebobrokan atau penyelewengan kuasa.

6. Apakah maksud frasa ‘Cemeti keberanian di tangan’. [2 markah]

Maksud frasa cemeti keberanian di tangan ialah pemimpin mempunyai kuasa.