Anda di halaman 1dari 9

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN.................................................................................................................. 1

PELAPORAN.....................................................................................................................2

RUJUKAN.......................................................................................................................... 7

LAMPIRAN........................................................................................................................ 8
PENDAHULUAN

PBD merupakan pentaksiran berterusan yang membolehkan guru mengumpul


maklumat tentang perkembangan, kemajuan dan penguasaan murid terhadap Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran yang dinyatakan dalam Dokume Standard
kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) setiap mata pelajaran.
Pentaksiran berterusan secara formatif dan sumatif dalam PBD ini merupakan
tumpuan utama Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai salah satu wahana bagi
memastikan perkembangan holistik dalam kalangan murid.
Akhir kata, saya inigin merakamkan setinggi tiggi penghargaan kepada para
pensyarah dan SK Pasukan Polis Hutan di atas kerjasama yang diberikan untuk
menyudahkan kerja khusus yang diberikan kepada saya.

1
PELAPORAN PBD

NAMA SEKOLAH: SEK. KEB. PASUKAN POLIS HUTAN


NAMA KELAS : 3DLP
TAHUN: 2020
SUBJEK: BAHASA MELAYU
NAMA PENGAJAR: PN. SITI NORJANNAH
MASA: 8.40 PAGI – 9.40 PAGI
STANDARD KANDUNGAN: 5.2 MEMAHAMI DAN MENGGUNAKAN PEMBENTUKAN
KATA MENGIKUT KONTEKS
STANDARD PEMBELAJARAN:
5.2.1 MEMAHAMI DAN MENGGUNAKAN KATA MENGIKUT KONTEKS:
1) KATA DASAR
2) KATA IMBUHAN AWALAN
TEMA: PERPADUAN
UNIT 11: HORMAT-MENGHORMATI BUDAYA KITA
OBJEKTIF PEMBELAJARAN: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat
memahami dan menggunakan kata berimbuhan awalan yang betul mengikut konteks .
KRITERIA KEJAYAAN: Murid mampu menyiapkan sekurang-kurangnya lima ayat
daripada sepuluh ayat menggunakan kata berimbuhan awalan yang betul mengikut
konteks.
NAMA PELAJAR YANG DINILAI:
1. Muhammad Rayyan Irfan Bin Sufizan
2. Mohd Adam Haziq Bin Mohd Yusri
3. Siti Zulaikha Binti Mohd Firdaus

KATEGORI/KEFAHAMAN

1. Tahap Cemerlang/Sangat Faham

2. Tahap Memuaskan/ Faham

3. Belum mencapai tahap minimum/ Sangat Tidak Faham

2
MATA TAHAP PENGUASAAN PELAJAR
PELAJARAN
1 2 3
BAHASA Mencapai pengetahuan Mencapai pengetahuan Mencapai pengetahuan
MELAYU dan kemahiran bahasa dan kemahiran bahasa dan kemahiran bahasa
yang sangat terhad. yang terhad. Pelajar yang memuaskan.
Pelajar dapat memberi dapat memberi maklum Pelajar dapat memberi
maklum balas terhadap balas terhadap ayat maklum balas terhadap
ayat imbuhan awalan imbuhan awalan semasa ayat imbuhan awalan
semasa mendengar, mendengar, membaca semasa mendengar,
membaca ayat dengan ayat dengan sebutan membaca ayat dengan
sebutan yang betul dan yang betul dan sebutan yang betul dan
memahami maklumat memahami maklumat memahami maklumat
yang dibaca. yang dibaca. yang dibaca.

Di Sek Keb Pasukan Polis Hutan yang terletak berhampiran dengan


Institut Pengajian Guru Kampus Ipoh terdapat hanya sebuah kelas darjah 3
yang memperaktikkan dan melaksanakan PPSMI iaitu Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Kelas istimewa
ini dipertanggunjawabkan kepada guru kelasnya yang berasal daripada
Jeli,Kelantan iaitu Pn Siti Norjannah. Beliau juga merupakan guru bahasa
melayu bagi kelas istimewa ini selama dua tahun iaitu tahun ini dan tahun
lepas. Pada hari lawatan tersebut, guru ini telah memilih Tema empat
:Perpaduan iaitu unit kesebelas; Hormat-menghormati Budaya Kita. Standard
kandungan yang ditentukan adalah 5.2 iaitu memahami dan menggunakan
pembentukan kata mengikut konteks manakala standard pembelajaran
adalah 5.2.1 iaitu memahami dan menggunakan kata mengikut konteks kata
dasar dan kata imbuhan awalan. Namun begitu, pentaksiran kemahiran
mendengar dan bertutur juga telah dinilai.

Di dalam DSKP(Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran)


mencadangkan enam tahap penguasaan murid. Oleh itu ketiga-tiga murid

3
yang dipilih diperhatikan sama ada mencapai tahap penguasaan yang
keempat. Setelah pemerhatian saya mendapati ketiga-tiga pelajar ini
semuanya mencapai tahap penguasaan yang dikehendaki. Ketiga-tiga murid
ini juga bertindak sebagai pemangkin dan penolong kepada rakan sebaya
yang belum mencapai tahap penguasaan yang dikehendaki. Oleh itu,
terdapat tiga jenis borang yang telah disediakan antaranya borang penilaian
kendiri yang diisi oleh pelajar itu sendiri bagi memantau dan menilai tahap
mereka mencapai standard kandungan dan standard pembelajaran,
seterusnya borang penilaian rakan sebaya diberikan untuk penilaian murid
terhadap rakan-rakan sekelas.
Aktiviti yang dijalankan oleh guru tersebut adalah pertama memilih wakil
kumpulan untuk mencantumkan imbuhan awalan dan kata dasar. Aktiviti yang
kedua adalah membaca teks bersama rakan dan mengeluarkan perkataan
yang mempunyai imbuhan awalan . 5 kumpulan terawal yang selesai
kemudian dikehendaki menulisnya di papan putih. Aktiviti yang ketiga adalah
aktiviti berkumpulan iaitu menggabungkan kata dasar berdasarkan imbuhan
awalan yang diberikan. Pelajar dikehendaki menulis di kad manila yang telah
disediakan. Setiap ahli kumpulan dikehendaki bergilir-gilir menulis di kad
tersebut.
Berdasarkan pemerhatian saya, sepanjang aktiviti dijalankan ketiga-tiga
pelajar iaitu Mohd Adam Haziq, Muhammad Rayyan Irfan Dan Siti Zulaikha
menunjukkan respon yang memberangsangkan kepada pengajaran guru.
Pada aktiviti yang pertama, ketiga-tiga pelajar ini mengangkat tangan secara
sukarela untuk menjadi wakil kumpulan masing-masing untuk tampil
kehadapan tetapi ketiga-tiga mereka tidak terpilih untuk tampil. Aktiviti kedua
saya mendapati Siti Zulaikha adalah antara yang terawal menyiapkan
tugasan aktiviti yang diberikan dan diikuti Mohd Adam Haziq dan Rayyan
Irfan. Pada aktiviti seterusnya saya mendapati ketiga-tiga pelajar ini
menunjukkan semangat kerjasama yang kuat antara sesama ahli kumpulan,
terutamanya Adam Haziq yang bertindak seolah olah ketua kumpulan yang
mengawal pergerakan rakan-rakan kumpulannya. Manakala Rayyan Irfan
kelihatan sedikit pendiam dan mengikut arahan rakan-rakannya sahaja.
Berdasarkan perbualan saya bersama guru tersebut, ketiga-tiga pelajar ini
adalah pelajar yang sentiasa cemerlang setiap kali ujian Bahasa Melayu

4
diadakan. Menurut guru tersebut pelajar Adam Haziq bakal meninggalkan
sekolah tersebut dan akan berpindah ke sekolah lain, pada hari tersebut
merupakan hari terakhir beliau bersama-sama rakan-rakannya. Namun di raut
wajahnya tidak mempamerkan wajah sedih dan sentiasa senyum kepada
semua rakan-rakannya walaupun hari tersebut adalah hari terakhirnya di situ.
Seterusnya, jika dilihat dari Borang penilaian Kendiri yang telah
diaagihkan kepada ketiga-tiga pelajar ini, ketiga-tiga pelajar ini berpuas hati
dengan apa yang diajarkan. Terdapat 7 bahagian yang harus ditanda oleh
mereka iaitu : 1) Saya faham tajuk ini ; 2) Saya memahami tentang tajuk yang
disampaikan ; 3) Saya suka belajar dengan kawan-kawan ; 4) Kawan bantu
saya kalau saya tak faham ; 5) Saya tahu imbuhan awalan ; 6) Saya boleh
membina ayat menggunakan imbuhan awalan ; 7) Saya boleh menggunakan
kata imbuhan dengan kata dasar yang sesuai. Bagi bahagian 4, saya juga
telah menanyakan nama-nama kawan yang membantu mereka sekiranya
mereka tidak faham. Manakala, bagi bahagian 5, ketika disuruh
menyenaraikan imbuhan awalan yang telah dipelajari, mereka berjaya
menyenaraikan kesemua imbuhan. Bahagian 6 dan 7 pula, mereka telah
membina ayat berdasarkan tajuk yang telah dipelajari.
Manakala, bagi Borang Penilaian Rakan Sebaya pula, kesemua pelajar
memberikan komen positif terhadap rakan masing-masing dan ada juga
sedikit gelagat yang mencuit hati saya apabila pelajar Rayyan Irfan seolah-
olah tidak sanggup menilai rakan baiknya tidak menguasai apa yang dipelajari
tetapi akhirnya beliau berkeras untuk menilai secara jujur dan itu amat
mencuit hati saya. Hal ini kerana, mereka terdiri daripada satu kumpulan yang
sama. Terdapat 8 bahagian yang harus ditanda oleh mereka iaitu : 1) Kawan
saya faham tajuk ini ; 2) Kawan saya suka dengan tugasan yang diberikan ;
3) Kawan saya suka belajar dengan kawan-kawan lain ; 4) Kawan saya suka
bantu kawan-kawan lain kalau mereka tidak faham ; 5) Kawan saya tahu
imbuhan awalan ; 6) Kawan saya boleh membina ayat menggunakan
imbuhan awalan ; 7) Saya faham apa yang kawan saya kongsi dengan saya ;
8) Kawan saya boleh menggunakan kata imbuhan dengan kata dasar yang
sesuai. Ketiga-tiga pelajar saya ini menilai rakan baik masing-masing yang
tempat duduk kelasnya berhampiran dengan tempat duduk mereka.
Di samping itu, saya juga telah melihat dan menilai kerja latihan ketiga-tiga

5
pelajar tersebut. Kesemuanya berjaya menyiapkan latihan yang diberikan
oleh guru dengan tepat dan jayanya.
Bagi Borang Pentaksiran atau Penilaian Guru, tahap penguasaan bagi
ketiga-tiga pelajar adalah berada pada tahap lima. Walaupun Standard
pembelajaran (5.2) dan Standard Kandungan (5.2.1) tidak dinyatakan tahap
penguasaan, namun jika berpandukan pada Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran (DSKP) dalam aspek tatabahasa, pentaksiran kemahiran
mendengar dan bertutur, kemahiran membaca atau kemahiran menulis juga
boleh dilaksanakan. Bagi saya penilaian ini agak sukar oleh itu saya
menanyakan guru kelas tersebut bagi membantu saya membuat penilaian
terhadap pelajar-pelajar tersebut.
Untuk Borang Pentaksiran Guru pada bahagian Global Kompeten 6C pula,
saya mendapati ketiga-tiga pelajar ini mempunyai daya pemikiran kreatif.
Sebagai contoh semasa aktiviti dijalankan saya menanyakan beberapa
soalan berdasarkan apa yang mereka pelajari pada hari tersebut
menggunakan kata dasar dan imbuhan seterusnya ketiga-tiga pelajar tersebut
mampu menjawab soalan saya dengan cemerlang dan mengkagumkan saya.
Dan saya juga mendapati mereka tidak mempunyai masalah dalam
komunikasi dan kemahiran kolaborasi dalam kalangan rakan sebayanya
malah mereka terus-menerus mengkagumkan saya dengan semangat
kerjasama dan kepimpinan mereka terutamanya Rayyan Irfan yang terus
menerus memberikan semangat kepada rakan-rakannya untuk menyiapkan
tugasan yang diberikan.
Akhir sekali, bagi saya ketiga-tiga pelajar ini mempamerkan nilai-nilai
seorang pelajar yang cemerlang. Hal ini mungkin berpunca daripada
pengaruh rakan sebaya mereka yang amat aktif dan cemerlang dalam
pembelajaran. Pelajar Rayyan Irfan dan Siti Zulaikha kelihatan amat menonjol
di dalam kelasnya kerana sikap mereka yang sering membantu rakan-rakan
lain menjawab soalan yang diberikan dan jelas antara mereka semangat
persaingan sihat untuk memupuk ilmu dan menjadi pelajar terbaik sewaktu
aktiviti dijalankan. Manakala Adam Haziq lebih kepada persaingan untuk
mendapat pujian daripada guru kelas tersebut.

6
RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan


Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Tahun 3. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2018). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik


Darjah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2018). Pelaporan Pentaksiran Sekolah


Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Boon Pooh Ying, Lee Leh Hong, Lawrence Aloysius Aeria. (2017). Siri Pendidikan
Guru: Pentaksiran dalam Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

7
LAMPIRAN

Gambar pelajar berusaha melakukan aktiviti

Pelajar-pelajar yang dipilih sebagai ketua kumpulan aktiviti

Saya bersama Rayyan , Adam dan Zulaikha

Anda mungkin juga menyukai