DISEDIAKAN OLEH
U’ZUBAH LINA BINTI HAJI RODZALI
Isi Kandungan
1 Abstrak
3
3 Fokus kajian 4
4 Kumpulan Sasaran 4
5 Pelaksanaan Kajian 4
6 Refleksi Kajian 8
9
7 Cadangan Kajian seterusnya
8 Bibliografi 9
OLEH:
HJH U’ZUBAH LINA BINTI HJ RODZALI
SMK SULTAN AHMAD
21000 KUALA TERENGGANU
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran dan minat pelajar terhadap
penyelesaian masalah dalam Matematik Tambahan. Seramai 35 orang murid dalam
Tingkatan 5S1 dan seorang guru terlibat secara langsung dalam kajian ini. Tinjauan
awal yang melibatkan temubual, semakan kerja latihan dan peperiksaan akhir tahun
Tingkatan 4S1 menunjukkan murid tidak dapat mengingati dan menguasai konsep dan
formula Matematik Tambahan dengan tepat. Masalah ini menyebabkan mereka tidak
dapat menjelaskan hubung kait antara konsep dan formula dalam penyelesaian masalah
Matematik Tambahan. Satu kaedah kad konsep dan formula serta contoh penyelesaian
mudah ditugaskan kepada setiap murid mengikut tajuk yang berbeza diberikan diikuti
dengan sesi pengukuhan dan perbincangan dengan murid. Kajian diselesaikan dalam
tempoh 4 minggu. Kemudian satu ujian pos dijalankan dan keputusan menunjukkan lebih
50% murid dapat menjawab soalan dangan lebih baik dan prestasi semakin meningkat.
5.1.1 Pemerhatian
Dari hasil pemerhatian latihan murid dan ujian sebelum ini, didapati murid amat lemah mengingati
konsep dan formula. Ini menyebabkan murid tidak dapat menyelesaikan soalan terutama kertas 2
dengan baik.
5.1.2 Temubual
Sesi temubual dibuat dengan murid untuk mendapatkan maklumat yang boleh membantu
menyelesaikan masalah ini. Kebanyakan murid menyatakan mereka sukar mengingati konsep dalam
Matematik tambahan yang sangat banyak. Setelah meneliti markah Peperiksaan Akhir tahun
Tingkatan 4 yang dibuat didapati ramai murid amat lemah menjawab soalan dan seterusnya satu
ujian pra dilakukan untuk menentukan tahap pemahaman murid.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Pencapaian pelajar dalam ujian pra ialah
AKTIVITI 1
Guru membahagikan murid kepada 7 kumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada 5 orang
murid. Setiap kumpulan diberikan sub tajuk dan setiap kumpulan dilantik ketuanya. Ketua kumpulan
akan berbincang supaya ahlinya membuat kad konsep ,kad formula berbeza dan kad contoh
penyelesaian mudah.
Kumpulan 1 : Min, mod, median, julat antara kuartil bagi data tak terkumpul
Kumpulan 3 : Min, mod, median, julat antara kuartil bagi data terkumpul
Kumpulan 6 : Menulis formula baru jika berlaku penambahan, penolakan, pendaraban atau
pembahagian ke atas data asal bagi min, mod, median, i dan varians
Kumpulan 7 : Contoh penyelesaian mencari median bagi data terkumpul secara formula
AKTIVITI 2
Setiap kumpulan dikehendaki membuat perbincangan dengan ahli masing-masing untuk
menulis konsep, formula dan contoh penyelesaian yang berbeza antara satu sama lain. Agihan tajuk
diberikan oleh ketua kumpulan. Setiap kumpulan perlu menulis satu kad formula, satu kad konsep
dan satu kad contoh penyelesaian soalan.
AKTIVITI 3
Kertas warna disediakan kepada setiap murid untuk menulis konsep , formula dan contoh
mengikut kreativiti masing-masing supaya jelas dan menarik. Sampul plastik berpin disediakan untuk
meletakkan maklumat tersebut. Murid diberi masa 1 minggu untuk menyiapkannya.
AKTIVITI 4
Apabila kad-kad bagi setiap kumpulan telah siap kad tersebut dipakai pada pakaian
masing-masing selama 2 minggu. Mereka akan saling mengingati matlumat-maklumat pada kad-kad
yang dipakai oleh rakan-rakan lain. Guru sentiasa mamantau perkembangan ini.
Pemerhatian : Murid dapat mengingati konsep, formula dan mengingati kaedah penyelesaian yang
dipakai dan ia berkesan untuk menjawab soalan.
Setelah aktiviti di atas dijalankan, satu ujian pos telah dijalankan untuk menilai kefahaman
pelajar. Berikut adalah keputusan yang diperolehi : -
Jadual : Analisis Pencapaian Ujian Pra dan ujian akhir mengikut Markah
Pencapaian murid dalam ujian pra dan ujian akhir menunjukkan ada peningkatan. Terdapat
2 orang murid mendapat markah terbaik (80 - 89). Kaedah ‘kad saya’ banyak membantu murid
untuk cepat memahami dan mengingati konsep dan formula yang mana ini membantu murid
semasa menjawab soalan Matematik Tambahan kertas 1 dan kertas 2 dalam peperiksaan SPM
terutamanya dalam tajuk statistik. Kaedah kad juga menjadikan menambahkan keakraban sesama
pelajar. Saya berasa sangat gembira kerana pencapaian pelajar telah meningkat dan P&P juga telah
berjalan dengan lebih seronok dan berkesan.
BIBLIOGRAFI
1. Mok Soon Sang, Teks Komprehensif PTK Pengajaran dan Pembelajaran, Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd 2009
2. Contoh-contoh Kajian Tindakan, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri
Terengganu.