Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN WAKIL MURID

MAJLIS IZIN RESTU CALON PT3 2019


SMK RAHMAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sejambak kasih titipan khas buat Tuan Pengerusi Majlis,


Yang berusaha, Pengetua yang kami sayangi,
En. Mustapah Bin Mulop.
Yang Dihormati
GPK Pentadbiran, En. A. Halim Bin Mat Ali,
GPK HEM, Pn. Aidah Bt Abd Rahman,
GPK Kokurikulum, En. Muhammad B Aseli,
GPK Pend. Khas, En. Ahmad Bashek Bin Muhd Gunnos.
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran dan guru-guru yang dihormati lagi disayangi,
Serta rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Ucapan jutaan terima kasih dan rakaman penghargaan ini saya tujukan khusus kepada pihak
pengurusan Majlis Izin Restu bagi calon PT3 2019, kerana memberi kepercayaan dan peluang
kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis ‘keramat’ yang dianjurkan
khusus buat kami yang akan menduduki peperiksaan PT3 pada minggu hadapan. Kesempatan
pada pagi ini merupakan suatu detik bersejarah bagi diri saya kerana dapat menyampaikan
ucapan sebagai wakil pelajar dalam majlis seperti ini.

Guru-guru yang kami sanjungi,


Kami sedar bahawa dalam usaha untuk memanusiakan manusia seperti kami, guru-guru sering
kali berhadapan dengan pelbagai karenah dan cabaran. Ada yang menyakitkan hati, ada yang
menghampakan harapan, ada yang menggembirakan, ada yang melucukan, dan ada yang
menyeronokkan. Segala pengalaman pahit manis ditelan dengan penuh sabar sehingga kami
dapat merasakan bahawa guru-guru di sekolah ini bukan sekadar guru biasa, malah adakalanya
berperanan sebagai ibu dan bapa kepada kami, sakit pening kami dan kebajikan kami sentiasa
diambil berat. Kemajuan akademik kami dan keterampilan sahsiah kami sentiasa diberi
perhatian, kerja rumah, modul, folio, kerja kursus, latihan pengukuhan dan pelbagai tugasan
kami akan diperiksa. Pendek kata soal masa depan kami sering merungsingkan guru-guru
sekalian. Selain tunjuk ajar, guru-guru turut menjadi tempat rujukan kami untuk meleraikan
kekusutan dan segala macam perkara, termasuklah perkara-perkara yang bersifat peribadi. Guru-
guru adalah segala-galanya buat kami, terima kasih cikgu!
Sesungguhnya, kesediaan guru-guru untuk membantu kami amatlah kami hargai dan sanjungi.

Terima kasih cikgu! Halalkan segala ilmu dan pengalaman yang dikongsikan. Restuilah kami
dan doakanlah kejayaan kami dalam peperiksaan PT3 yang kami nantikan penuh debar dan
persediaan ini.

Akhirulkalam, sebelum saya menyerahkan majlis ini kepada Tuan Pengerusi Majlis, saya selaku
wakil murid Tingkatan 3 tahun 2019 ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan
jutaan terima kasih kepada para guru sepanjang kami dididik dari Tingkatan 1 hingga sekarang
yang telah sudi menabur bakti demi kecemerlangan hidup kami di hari muka. Segala jasa dan
pengorbanan guru-guru tidak dapat kami balas, justeru kami serahkan kepada Allah jua untuk
membalasnya.

Budi bahasa tak jual beli,


,      Orang berbudi kita berbahasa;
Pekerti mulia pakaian diri,
       Orang memberi kita merasa

Sedikit tanda ingat, banyak tanda ada, kasih kepada yang sudi, meminta kepada yang ada dan
bertanya kepada yang tahu.

Sekian, waillahitaufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya


dengan rendah hati menyanjung guru-guru Sekolah Menengah Rahmat. Terima kasih.