Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN

       Keselamatan merupakan satu aspek yang amat penting dan perlu dititikberatkan.
Semua pihak mesti beringat dan sentiasa mengamalkan langkah keselamatan semasa
bekerja terutamanya ketika menggunakan peralatan mesin. Kemalangan yang biasa
berlaku di tempat kerja umumnya boleh dikelaskan kepada tiga jenis :

1. Kecuaian manusia seperti tidak berhati-hati ketika bekerja dan tidak menggunakan alat
keselamatan.

2. Peralatan dan mesin yang digunakan dalam keadaan teratur dan rosak.

3. Persekitaran tempat kerja yang tidak atau kurang selamat..

Contoh kecuaian ditempat kerja

1. Dilarang memakai sebarang perhiasan seperti jam tangan atau cincin.

2. Pemindahan bahan atau alatan dengan cara yang tidak betul boleh menyebabkan
kecederaan.

3. Alat yang tidak sempurna seperti mesin canai yang tidak mempunyai pelindung mata.

4. Penyalahgunaan pelindung gas semasa mengimpal boleh menyebabkan kebakaran.

5. Memakai sarung tangan semasa menggerudi boleh menyebabkan kecederaan.

        Selain itu, peraturan keselamatan di dalam bengkel juga disediakan untuk
menghindarkan kemalangan selain menyemai sikap tanggungjawab dalam kalangan
murid. Peraturan keselamatan di dalam bengkel terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :

1 . Peraturan Keselamatan Am.

2. Peraturan Keselamatan Diri.

3. Peraturan Keselamatan Alatan dan Bahan

PERATURAN KESELAMATAN AM

Murid-murid mesti mematuhi peraturan di dalam bengkel supaya tidak berlaku kejadian
yang tidak diingini.
Peraturan tersebut ialah :

1. Dapatkan kebenaran guru sebelum masuk atau keluar dari bengkel.


2. Beratur terlebih dahulu diluar bengkel sebelum menerima arahan masuk dari guru.

3. Jangan berebut-rebut dan bertolak-tolak semasa masuk dan keluar dari bengkel

4. Dilarang sama sekali membawa beg masuk ke dalam bengkel.

5. Pastikan tingkap dibuka untuk mendapatkan pengudaraan yang baik dan pencahayaan
mencukupi.

6.Labelkan semua peralatan dan bahan.

7. Ambil tindakan keselamatan dengan segera jika berlaku kemalangan.

8. Bersihkan meja dan bengkel setelah selesai melakukan aktiviti.

9. Pastikan bahan dan peralatan dan bahandijaga baik dan sempurna.

Carta peraturan keselamatan hendaklah disedikan dan dipamerkan di bengkel.

PERATURAN KESELAMATAN DIRI

1. Patuhi peraturan yang telah ditetapkan sepanjang masa.

2. Pakai apron, kasut, baju berlengan pendek atau lipat baju sampai keparas siku.
3. Ikat rambut yang panjang atau pastikan tudung diikat dengan kemas dan hujungnya
dimasukkan 
    kedalam apron.

4. Jangan bermain dan bergurau senda semasa berada di dalam bengkel.

5. Fahami cara yang bertul untuk menggunakan sesuatu alatan dan bahan serta patuhi
arahan guru.

6. Berhati-hati semasa menggunakan alatan dan bahan.

7. Cuci tangan menggunakan sabun dan air setelah selesai melakukan aktiviti-aktiviti di
bengkel.

8. Jika berlaku kemalangan, maklumkan kepada guru dengan segera.

Memakai pakaian yang sesuai semasa menjalankan aktiviti amali di bengkel amat penting untuk
keselamatan.

PERATURAN KESELAMATAN ALATAN DAN BAHAN

1. Rancang alatan dan bahan yang hendak digunakan dan fahami cara-cara untuk
menggunakannya.

2. Minta kebenaran dan tunjuk ajar daripada guru tentang cara-cara menggunakan
peralatan elektrik.

3. Bersihkan alatan dan simpan di tempat yang selamat selepas digunakan.

4. Alatan dan bahan yang berbahaya, mudah pecah dan mudah terbakar seperti petrol dan
cat serta     peralatan yang tajam hendaklah disimpan di dalam almari.

5. Gunakan alatan dan bahan dengan berhemah dan berjimat cermat.

6. Laporkan sebarang kerosakan atau kehilangan alatan kepada guru dengan segera.
 

Cara yang betul menyimpan alatan di dalam bengkel.

Anda mungkin juga menyukai