Anda di halaman 1dari 6

KRONOLOGI PEREBUTAN KUASA DI PERAK

Sebelum seseorang putera raja Perak ditabalkan menjadi Sultan Perak, baginda perlu

menjawat 3 jawatan terlebih dahulu iaitu yang pertama, Raja Di Hilir, kedua, Raja Bendahara

dan ketiga ialah Raja Muda kemudian barulah ditabalkan menjadi sultan di Perak. Oleh itu,

bila menyebut soal kuasa dan sistem perwarisan semestinya tidak akan lari dengan berlaku

perebutan malah pergolakkan yang menyebabkan sistem perwarisan takhta ini tidak dapat

dijalankan dengan lancar.

Maka, Perak juga tidak terkecuali yang mana permulaan berlakunya perebutan kuasa adalah

pada awal abad ke-19 dimana Sultan Alauddin Riayat Syah ditentang oleh adiknya, Raja Inu.

Kemudian, Raja Inu menjadi sultan yang bergelar Sultan Mudzafar Syah yang mana

merupakan Sultan Perak pertama yang memerintah dari tahun 1528 sehingga tahun 1549.

Daripada keturunan Sultan Mudzafar Syah inilah wujudnya jurai keturunan Kesultanan

Negeri Perak yang terus menerus memerintah hingga ke zaman sekarang. Sistem perwarisan

takhta ini mengikut pusingan atau bergilir yang mana telah disebutkan di atas iaitu 3 jawatan

raja.

Pada tahun 1857, Sultan Abdullah telah mangkat yang mana telah memerintah selama enam

tahun iaitu dari tahun 1851 sehingga 1857. Pada ketika itu takhta Raja Muda Perak di pegang

oleh Raja Jaafar. Manakala, Raja Bendahara Perak ialah Raja Ali dan Raja Di Hilir Perak

disandang oleh Raja Yusof yang merupakan putera Sultan Abdullah. Disebabkan

kemangkatan Sultan Abdullah dan mengikut sistem penggiliran, maka, Raja Jaafar yang

ditabalkan sebagai Sultan Perak yang baharu. Baginda memerintah Perak selama sembilan

tahun iaitu bermula pada tahun 1857 hingga 1865 dan pada tempoh itu untuk tiga Raja di
Perak disandang oleh Raja Ali bagi Raja Muda Perak. Manakala, Raja Ismail memegang

jawatan Raja Bendahara Perak yang mana baginda bukanlah berketurunan raja dan baginda

juga sudah menduduki takhta itu tanpa mengikut sistem penggiliran yang betul yang mana

bermula dengan Raja Di Hilir Perak dan ketika itu juga takhta tersebut disandang oleh Raja

Abdullah yang merupakan anak kepada Sultan Jaafar.

Setelah mencapai tahun 1865, Sultan Jaafar mangkat yang kemudiannya diganti oleh Raja

Ali. Dari pandangan sistem perwarisan takhta ini hanya Raja Ali yang betul-betul memenuhi

syarat dan penggiliran yang betul. Semasa pemerintahan Sultan Ali, Raja Muda Perak

dipegang oleh Raja Abdullah yang mana sepatutnya dipegang oleh Raja Ismail tetapi baginda

tetap dikekalkan menjadi Raja Bendahara Perak. Pada ketika ini, Raja Yusuf muncul semula

memegang takhta Raja Di Hilir Perak. Oleh itu, keadaan sistem perwarisan di Perak telah

menjadi huru-hara disebabkan masalah penggiliran tersebut.

Masalah menjadi lebih huru-hara di Perak dan bertambah teruk yang mana kemuncak

perebutan kuasa ini adalah pada tahun 1871 dimana berlaku kemangkatan Sultan Ali. Semasa

kemangkatan baginda tersebut, Raja Ismail iaitu Raja Bendahara telah dilantik sebagai Sultan

untuk pemerintahan selanjutnya di Perak tetapi pelantikan ini telah mengenepikan Raja

Abdullah selaku Raja Muda yang sepatutnya menaiki takhta Sultan tersebut. Ini

menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada Raja Abdullah dan Raja Yusof juga tidak

ketinggalan sama. Raja Yusof menentang kerana baginda tidak disukai oleh para pembesar.

Oleh itu, dengan sokongan pembesar Di Hilir seperti Datuk Maharaja Lela dan Datuk Sagor,

Raja Abdullah telah melakukan penentangan. Raja Abdullah tetap berkuasa di kawasan Hilir
manakala Sultan Ismail dikawasan Hulu Perak sahaja. Sistem giliran anak Sultan di Perak

telah berlarutan sehingga tahun 1958.

Sesorang yang ingin menjadi Sultan perlulah mendapat perkenan menteri dan juga keturunan

dari pihak lelaki. Sultan Ali hanya berhak menjadi Raja Bendahara yang mana tidak boleh

lebih dari takhta itu kerana ayahnya berasal dari Siak. Maka, Raja Abdullah dilantik sebagai

Raja Muda akan tetapi jawatan tersebut sepatutnya disandang oleh Raja Yusof kerana telah 2

kali disingkirkan hanya kerana pembesar tidak berkenan akan baginda. Dalam pada itu,

semasa kemangkatan Sultan Ali, Raja Abdullah tidak berada di Sayung Perak Utara semasa

upacara pemakaman. Maka, para pembesar melantik Raja Ismail sebagai Sultan Perak yang

baharu. Mengikut adat melayu, seseorang raja perlu dilantik sebelum bekas raja dimakamkan.

Para pembesar menunggu kedatangan Raja Abdullah selama 32 hari sebelum upacara

pemakaman itu berlaku.

Bagi Raja Abdullah untuk pergi ke Sayong, baginda perlu melalui Senggang tempat Raja

Yusof yang mana sebelum itu, Raja Yusof telah berjanji untuk mengambil takhta kerajaan

Perak walaupon dengan menggunakan kekerasan. Maka, Raja Abdullah tidak berbuat

demikian sekaligus bagi menyelesaikan permasalahan tersebut, Raja Ismail iaitu Raja

Bendahara telah ditabalkan sebagai Sultan Perak bagi meneruskan proses pemakaman. Selain

itu, Raja Abdullah juga tidak disukai oleh pembesar Perak Utara. Hal ini adalah kerana, Raja

Daud dari Selangor pernah melarikan Raja Latifah iaitu isteri kepada Raja Abdullah akan

tetapi baginda hanya berdiam diri tanpa berbuat apa-apa dan tidak mengambil tindakan keatas

kes itu. Oleh hal yang demikian, keadaan tersebut telah memalukan seluruh ketua Perak dan

ini menjejaskan reputasinya sebagai pemerintah negeri yang sah. Kemungkinan besar,

keraguan Raja Abdullah untuk menghadiri upacara pelantikannya adalah kerana penghinaan.
Lebih-lebih lagi, saudara Raja Latifah telah menghantar peringtan untuk membunuhnya jika

berani menginjakkan kakinya di Sayong.

Antara yang terlibat dalam perlantikan Raja Ismail semasa menjadi Sultan Ismail ialah Ngah

Ibrahim. Oleh itu, Raja Abdullah amat benci akan Ngah Ibrahim sehingga menolong puak

Gee Hin dalam perang Larut yang ke-4. Ini terbukti apabila Raja Abdullah bersama Dato’

Laksaman, Dato’ Shahbandar dan Raja Idrid telah pergi menemui ketua puak Gee Hin iaitu

Ho Gui Siu di Pulau Pinang pada Januari 1873 dan telah termeterai satu perjanjian pada 28

Februari 1873 yang akan melibatkan campur tangan mereka dalam peperangan Larut

tersebut. Namun akibat daripada pembunuhan J.W.W Birch yang mana disebabkan oleh tidak

menghormati budaya tempatan serta suka membuat perlakuan yang tidak berakhlak baik,

Raja Yusof telah dilantik menjadi Sultan Perak bagi mengantikan Sultan Abdullah tetapi

sebelum itu, Sultan Abdullah telah dilantik menjadi Sultan Perak oleh Britsh iaitu Sir Andrew

Clarke Gabenor NS, selepas menandatangani perjanjian Pangkor 1748 yang mana Perak akan

menerima seorang Residen.


References
1. Ariffin, A. (2019, May). PERAK DISTURBANCES 1871-75: BRITISH COLONIALISM, THE CHINESE
SECRET SOCIETIES AND THE MALAY RULERS1. ResearchGate, 55-58. Retrieved April 15, 2020,
from https://www.researchgate.net/publication/333081324

2. Saat, A. S. (2010, Dicemeber 2). About Us: blogspot. Retrieved April 15, 2020, from blogspot:
http://diniahfalahiah.blogspot.com/2010/12/sejarah-ringkas-perebutan-takhta-perak.html

3. Yusoff, D. Y. (2020). Sejarah Malaysia 1. Sintok. Retrieved April 15, 2020