Anda di halaman 1dari 2

.

THURSDAY, FEBRUARY 23, 2012

Arca
Pengenalan
Arca merupakan karya seni bersifat 3 dimensi. Arca mempunyai jisim dan ia lebih
kepada
reka bentuk senibina. Permukaan arca boleh dirasa, dilihat dari pelbagai sudut.
Seorang
pereka arca dipanggil ‘Arcawan’.

Definasi Arca
Arca berasal dari perkatan Yunani Purba - ‘sculpere’ yang bermaksud satu proses
menebuk, mengukir, melarik, mencungkil dan menggores.

Sejarah Arca
Arca patung kecil Cycladic yang dpamerkan di Muzium Akeologi di Athens.

1. Sejarah penemuan terawal seni arca - terjumpanya arca ukiran daripada gading,
tulang, tanduk dan tanah liat yang dihasilkan oleh orang Aurignacian dan Magdalenia
pada 800SM.
2. Bukti sejarah membuktikan arca telah dihasilkan sejak zaman tamadun lama seperti
Mesir, Yunani, Mesopatamia, China dan India.
3. Arca yang dihasilkan pada masa itu berbentuk boneka dan menggunakan bahan
pelbagai.
4. Di Eropah - hasil penemuan arca terawal berbentuk patung kecil ‘Cycladic’ berupa
figura manusia dijumpai disebuah pulau di Laut Aegen 4500 tahun yang lalu.
5. Zaman Renaissance – arca ‘David’ dihasilkan oleh Michealangelo.
6. Di Malaysia, kaum asli Mah Meri dan Jah Hut di Pahang popular dengan hasil arca
ukiran patung yang berunsur magis yang ebrkait rapat dengan kepercayaan mereka.
7. Antara arcawan tempatan ialah Abdul Latiff Mohidin, Anthony Lau, Syed Ahmad
Jamal, Bayu Utomo Radjikin.

Ciri-ciri Arca
Mementingkan unsur ruang dan bentuk dan imbangan. Dalam proses menghasilkan
arca, prinsip rekaan imbangan, pergerakan, harmoni, penegasan dan kepelbagaian
hendaklah diambilkira.

Anda mungkin juga menyukai