Anda di halaman 1dari 2

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TIRAM JAYA Kod Sekolah : BEA 3080

1 Nama Guru / Staf NORHANIZURA BT ABDUL HALIM


PENGURUSAN KESELAMATAN KEBAKARAN DI PEJABAT-PEJABAT
2 Judul KERAJAAN DAN SWASTA

PENGETAHUAN DAN
3 Muka Surat 36 Bidang
PROFESSIONAL

BAHAGIAN PENCEGAH DAN KESELAMATAN KEBAKARAN


4 Pengarang PENERBIT : JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA,
PUTRAJAYA

5 Tarikh Pembentangan
6 Masa
7 Tempat Pembentangan
Buku ini memberi pendedahan yang sangat berguna kepada pentadbir,
8 Sinopsis pegawai, kakitangan dan anggota mana-mana organisasi, termasuk di
sekolah. Isi kandungannya lebih mudah difahami justeru persembahan yang
lebih berbentuk senaraian, carta dan ilustrasi.

Pengetahuan asas dan berciri saintifik tentang api ditunjukkan menerusi segi
tiga sains kebakaran, iaitu bahan api, haba dan oksigen. Pepatah “mencegah
lebih baik daripada mengubati” akan hanya berkesan jika disokong oleh
pengetahuan tentang punca penyalaan, tindak balas kimia dan reaksi berantai
yang berlaku. Alat pemadam api yang disediakan pula hendaklah bersesuaian
dengan risiko kebakaran seperti persekitaran, kemalangan, atau perbuatan
khianat. Pengetahuan tentang cara api marak dan merebak boleh membantu
pengawalan kebakaran, dan langkah bagi mengelakkan kecederaan atau
kehilangan nyawa penghuni bangunan. Segala tatacara pengungsian
bangunan (sehelai sepinggang) hendaklah dipatuhi supaya tiada sesiapa yang
terperangkap. Asap tebal boleh membunuh dalam beberapa saat, manakala
api boleh marak dalam beberapa minit sahaja.

Buku ini juga menunjukkan kaedah pemadaman dengan memutuskan segi


tiga kebakaran, iaitu dengan cara melaparkan, melemaskan dan
menyejukkan bahan api. Bahagian akhir buku menampilkan audit kebakaran,
pengurusan keselamatan bangunan, dan peruntukan undang-undang yang
berkenaan.

1. Asertif / tegas diri (menjaga hak diri sendiri, dan menjaga hak orang lain).
9 Nilai Pengetahuan /
Pengajaran 2. Autentik (ilmu pengetahuan menjadi asas kepada proses membuat
keputusan).

3. Akauntabiti (bertanggungjawab terhadap elemen keselamatan).

4. Kepatuhan (mendahulukan kepentingan organisasi daripada kepentingan


peribadi).
1. Membangkitkan kesedaran tentang keselamatan sepanjang masa.
9 Aplikasi Ilmu Dalam
Organisasi / P&P 2. Membimbing murid menangani risiko kebakaran ketika berada dalam
bangunan.

3. Memberi jalan kepada murid untuk memperoleh pengetahuan yang sah


dalam sains kebakaran.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………….. ……………………………………………………
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai