Anda di halaman 1dari 2

3.

Aktiviti Meneroka, Memperoleh Pengalaman dan Mengekspresi  Melalui Seni


• Memperoleh Pengalaman melalui : 
- pelbagai strategi dan aktiviti  
Bincang berdasarkan contoh aktiviti yang bersesuaian

Pelbagai strategi memperoleh pengalaman


Pengalaman yg diperoleh dlm SDP boleh melibatkan kesedaran kinestetik yang mendalam,
kepintaran menggunakan tubuh badan dan pengalaman ini memberi peluang kanak-kanak
dan remaja untuk menyelesaikan masalah, membuat eksperimentasi dan penerokaan,
mencipta secara kreatif dan membuat penilaian yang bijak.

Aktiviti memperoleh pengalaman – meneroka alat dan bahan


Apabila kanak-kanak sudah menguasai aktiviti-aktiviti lantai pelajar juga
digalakkan untuk meneroka pengalaman peralatan. Seperti palang imbangan,
palang selari, peti pelana dan gelang. Setengah-tengah sekolah hanya
menggunakan bangku panjang, meja, kerusi, gegelang, tali panjat dan rangka-
rangka panjat sahja untuk mendapatkan pengalaman peralatan. Biasanya
peralatan yang diimprovisasikan atau dimanipulasikan menjadi kegemaran
pelajar untuk melakukannya. Mereka boleh diperkenalkan kepada alatan
tertentu dengan cara menggalakkannya meninjau dan meneliti alat tersebut.
Guru dilarang memaksa pelajar melakukan atau menggunakan sesuatu
peralatan. Pelajar diperingkat prakawalan boleh memulakan program latihan
dengan cara berjalan-jalan disepanjang alang atau bangku yang rendah,
melompat dari atas kerusi atau meja yang rendah, bergayut pada tali panjat,
atau bergerak disepanjang rangka panjat. Pengenalan secara ini akan membawa
pelajar berjinak-jinak dan dapat membiaskan diri dengan peralatan yang
digunakan dalam latihan sebenar. Ini akan dapat membina keyakinan diri
pelajar. Latihan-latihan berhalangan dirancang berpandukan penggunaan
peralatan yang mudah diperolehi seperti meja, bangku panjang, kerusi, gelong
rotan, tali, bongkah dan rotan. Ini semua adalah untuk menguatkan keyakinan
pelajar mempelajari konsep-konsep seperti di atas, iaitu menyamping, menerusi
dan bawah. Pelajar pada tahap kawalan boleh memulakan dirinya
untukmembuat penyesuaian menggunakan peralatan yang sebenar. Mereka
boleh mencuba pelbagai cara untuk bergerak di atas palang, bergayut diatas
palang atau tali, melompat dari atas meja atau kerusi, ataupun bergerak dari
satu bahagian kesatu bahagian lain di atas palang bertingkat. Kemudian setelah
mahir menggunakan peralatan barulah digalakkan untuk memindahkan
keaktiviti menggunakan peralatan yang sebenarnya. Pelajar pada tahap aplikasi
bolehlah mencuba berbagai cara untuk masuk ke dalam sesuatu ruang alat;
melompat, melintasinya dan membuat bentuk-bentuk dengan menggunakan
anggota anggota semasa beraksi.Pengalaman yang melibatkan kebolehan
memindah beban ke pelbagai bahagian anggota, melakukan imbangan-
imbangan bukan simetri serta imbangan-imbangan terbalik adalah sesuai
kepada pelajar yang beradad di tahap ini. Apabila pelajar telah meninjau pada
tahap kecekapan, mereka perlulah pula memberi perhatian kepada lakuan
imbangan, bentuk, cara bergerak dan cara menyokong beban anggota yang jauh
lebih mencabar. Pelajar juga harus digalakkan supaya memberi perhatian
terhadap kualiti pergerakan mereka semasa menjalani latihan pola-pola
pergerakan dan mengadunkannya ke dalam suatu bentuk urutan dengan
sempurna. Tema-tema yang paling sesuai seperti melompat, mendarat,
mengguling, membongkok, melentur, memusing dan mengayun bertujuan untuk
membina tubuh yang mantap, kesedaran ruang dan kesedaran kinestetik ketika
berada di atas sesuatu perlatan.