Anda di halaman 1dari 20

PEPERIKSAAN AKHIR TEORI

KOD/ NAMA
C – 051 – 3 JURUTEKNIK ELEKTRIK KANAN
BIDANG
TAHAP / LEVEL TAHAP 3
NAMA NO KAD PENGENALAN
CALON/NAME
BATCH CALON

SESI PEPERIKSAAN VERIFIKASI ELEKTRIK TAHAP 3

TARIKH
PEPERIKSAAN
MASA
PEPERIKSAAN
NAMA PPD

NAMA PP

PERATURAN PEPERIKSAAN AKHIR TEORI :

MASA YANG DI BENARKAN : 1 JAM 30 MINIT

Calon-calon mesti mematuhi perkara berikut :

1. Berada di tempat peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan.


2. Pamerkan Kad Pengenalan untuk disemak oleh Ketua Pengawas peperiksaan.
3. Berpakaian kemas dan sesuai mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Pusat
Bertauliah.
4. Baca arahan soalan dengan teliti. Rujuk kepada Ketua Pengawas / Pemeriksa /
PPL sekiranya terdapat kekeliruan.
5. Tidak dibenarkan berbincang atau berhubung dengan calon lain.

1. Berikan maksud sistem palang bas sesalur memanjat (riser bus bar system).
A. Suatu sistem laluan kepada kabel berperisai (armoured cable) dari papan suis utama
(main switch board) ke pecahan papan suis sub utama (sub switch board).
B. Suatu sistem untuk membekalkan kuasa elektrik kerana punyai soket alir keluar 13 A
berada pada paras lantai.
C. Suatu sistem yang membekalkan bekalan utama ke setiap tingkat bangunan.
D. Suatu sistem untuk membekalkan kuasa elektrik kepada motor tiga fasa.

2. Berikut adalah kebaikan sistem palang bas sesalur memanjat (riser bus bar system)
kecuali:

A. Menggunakan ruang yang khas dan mudah diselenggarakan.


B. Ramai pekerja yang mahir diperlukan.
C. Tambahan, perubahan dan pertukaran litar mudah dilakukan.
D. Pemeriksaan sesuatu litar mudah dilakukan iaitu dengan membuka penutupnya.

3. Pilih kenyataan yang benar berkenaan ciri-ciri pendawaian sesalur (riser) ialah :-

i. Bangunan besar dan bertingkat


ii. Pemasangan kabel yang banyak
iii. Perlindungan mekanikal yang baik
iv. Bekalan voltan 1 fasa sahaja.

A. i dan ii
B. i, dan iii
C. ii dan iii
D. ii dan iv

4. Berikut adalah jenis-jenis dulang kabel/kabel tray yang biasa digunakan di industri
kecuali:
A. Perforated Cable Tray (Jenis talam kabel berlubang).
B. Ladder Cable Tray (Jenis talam kabel bertangga).
C. PVC Cable Tray (Jenis PVK).
D. Wire Mesh Cable Tray (Jenis talam kabel jaringan wire).

5. Berikut adalah jenis-jenis alat tambah cable tray kecuali:

A. Reducer
B. Straight tray
C. 60° horizontal bend
D. 90° horizontal bend

6. Cable tray atau dulang kabel adalah satu sistem pendawaian yang penting dalam
industri pemasangan elektrik, nyatakan kegunaan dulang kabel di dalam industri?

i. Ia menyokong kabel dengan cara menghubungkan laluan kabel


ii. Satu jambatan ialah struktur memberikan laluan selamat bagi merentasi jarak yang
luas/terbuka.
iii. Dulang kabel ialah menghubungkan dan membolehkan penghantaran pendawaian
yang selamat merentasi jarak yang luas.
iv. Hanya digunakan dalam pemasangan voltan tinggi.

A. i,ii dan iii


B. i,iii dan iv
C. ii,iii dan iv
D. i,ii, dan iv

7. Apakah dua bahan yang digunakan untuk membuat salur (ducting).


A. PVC atau Zink
B. PVC atau Besi bergalvani
C. Kuprum atau Besi bergalvani
D. Kuprum atau Zink

8. Berikut adalah sebab sistem pendawaian salur (ducting wiring) dipasang pada lantai
dan menggunakan kotak simpang (junction box) kecuali:

A. Untuk membekalkan kuasa elektrik kerana punyai soket alir keluar 13 A berada pada
paras lantai.
B. Bebas daripada serangan serangga perosak.
C. Untuk kelihatan lebih cantik jika hendak dibandingkan dengan pendawaian jenis lain.
D. Membolehkan kabel telefon atau kabel internet juga mengunakan pendawaian jenis
ini.

9. Pilih kenyataan yang benar berkenaan keburukan sistem pendawaian salur (ducting
wiring)

i. Kerja pepasangan menghasilkan habuk dan kekotoran.


ii. Memerlukan prosedur kerja yang banyak.
iii. Pepasangan yang tidak sempena akan mengakibatkan lantai akan.
iv. Kerja menebuk perlu kepakaran yang tinggi.

A. i,ii dan iii


B. i,iii dan iv
C. ii,iii dan iv
D. i,ii,iii dan iv

10. Maksud ‘XLPE’ ialah:-


A. Cross Link Poly Ethylene
B. Centre Link Poly Ethylene
C. Cross Link Polimer Ethylene
D. Centre Link Polimer Ethylene

11. Antara berikut manakah bukan keburukan kabel bawah tanah?

A. Kos penyelenggaraan yang mahal kerana menggunakan jentera berat.


B. Mudah berlaku kerosakan.
C. Susah untuk mengesan kerosakan.
D. Berat dan susah direntang dan terpaksa menggunakan ramai pekerja.

12. Pilih kenyataan yang benar berkenaan kebaikan kabel bawah tanah (underground
cable):

i. Menggunakan ramai pekerja.


ii. Boleh membekalkan beban yang tinggi kerana terdapat saiz kabel yang lebih besar
dan berbilang saiz.
iii. Boleh direntang melalui parit,sungai dan jalan raya.
iv. Kurang penyelenggaraan kerana kurang berlaku kerosakan.

A. i,ii dan iii


B. i,iii dan iv
C. ii,iii dan iv
D. i,ii, dan iv

13. Berikut adalah tujuan utama sub papan suis digunakan kecuali:
A. Mengagihkan bekalan elektrik kepada beban di rumah.
B. Mengelakkan gangguan bekalan sekiranya berlaku gangguan di mana-mana
pemasangan atau semasa penyelenggaraan pepasangan.
C. Mengurangkan kos pemasangan kabel.
D. Mengurangkan susutan voltan sekiranya berlakunya beban besar dalam pemasangan
elektrik.

14. Berikut adalah jenis sub papan suis yang biasa digunakan kecuali:

A. Jenis melekat di dinding (wall mounted)


B. Jenis pedestal
C. Jenis cubicle
D. Jenis outdoor tower

15. Pilih kenyataan yang benar berkenaan keperluan yang perlu ada di dalam sebuah
bilik suis.

i. Bilik suis hendaklah menerima pengedaran udara yang baik.


ii. Bilik suis hendaklah dilengkapkan dengan alat pemadam api jenis buih (foam fire
extinguisher).
iii. Ruang kosong berukuran minima 2.5kaki dibahagian belakang dan minima 4.5 kaki
dibahagian hadapan PSU untuk kerja-kerja senggaraan.
iv. Semua pintu dan lubang udara dipasang dengan anti vermin proff netting supaya
serangga tidak dapat masuk.

A. i,ii dan iii


B. i,iii dan iv
C. ii,iii dan iv
D. i,ii, dan iv

16. Berapakah jarak minima antara dinding dengan bahagian belakang papan suis utama?
A. 600 mm
B. 800 mm
C. 500 mm
D. 900 mm

17. Jika plug setting pada geganti arus lebih disetkan pada 2.5A dan nisbah pengubah
arus yang dipasang pada papan suis utama ialah 1000/5A, berapakah beban papan suis
tersebut?

A. 1000A
B. 2500A
C. 500A
D. 400A

18. Nyatakan ciri-ciri tempat yang sesuai untuk menempatkan papan suis utama (PSU).

i. Berhampiran dengan penempatan beban yang tinggi bagi mengurangkan perbelanjaan


sub main dan kabel.
ii. Terhindar daripada banjir dan jauh dari punca air.
iii. Tidak terlindung atau terhalang oleh sesuatu supaya kerja-kerja operasi dan
senggaraan mudah dijalankan.
iv. Ditempatkan di dalam bilik khas dan mempunyai pintu yang berkunci.

A. i, ii dan iv
B. ii, iii dan iv
C. i, iii dan iv
D. i, ii, iii dan iv

19. Penjana (generator) adalah sejenis mesin yang menukarkan:-


A. Tenaga Elektrik kepada Tenaga Mekanikal.
B. Tenaga Mekanikal kepada Tenaga Elektrik.
C. Tenaga Elektrik kepada Tenaga Kinetik.
D. Tenaga Kinetik kepada Tenaga Elektrik.

20. Antara berikut manakah bukan cara mengelakkan arka-arka dan bunga api pada
komutator?

A. Memastikan bahawa berus karbon berkedudukan lift (L) di komutator.


B. Membersihkan sekitar komutator.
C. Meratakan permukaan komutator.
D. Membersihkan alur-alur pada komutator.

21. Apakah tujuan plat nama dilekatkan pada sesebuah motor:

A. Menunjukkan jenama sesebuah motor.


B. Untuk memberitahu bila motor perlu dibaikpulih.
C. Penerangan mengenai langkah keselamatan.
D. Menunjukkan motor dalam keadaan baik.

22. Manakah antara berikut bukan empat cara / jenis asas penghidup bintang delta?

A. Penghidup bintang –delta tanpa perintang


B. Penghidup bintang –delta tanpa kapasitor
C. Penghidup bintang –delta berperintang
D. Penghidup bintang –delta berperintang (kendalian ke hadapan dan kebelakangan)

23. Antara berikut manakah bukan kebaikan pemula Bintang Delta?


A. Menggunakan punca-punca motor yang lebih iaitu 6 hingga 7 punca
B. Boleh dihidupkan dan dimatikan beberapa kali pada bila-bila masa
C. Senggaraan adalah kurang jika dibandingkan dengan penghidup alatubah-auto
D. Kos pemasangan adalah lebih murah dari penghidup motor secara alatubah-auto

24. Faktor yang menjadi penentuan pemilihan penghidup motor berpusat ( MCC) adalah:

i. Kadaran kuasa kuda motor


ii. Jenis motor
iii. Jenis daya kilas permulaan yang dikehendaki
iv. Kawalan kelajuan

A. i, ii dan iv
B. i, ii dan iii
C. ii, iii dan iv
D. Semua di atas.

25. Berdasarkan Rajah 1 di bawah, nyatakan jenis tamatan yang dilakukan.

Rajah 1

A. Terminal skru
B. Terminal clamp
C. Terminal screw head, nut and washer
D. Terminal terowong

26. Rajah 2 di bawah menunjukkan tamatan jenis ______________________.


Rajah 2

A. Terminal skru
B. Terminal terowong
C. Terminal screw head, nut dan washer
D. Terminal clamp

27. Kesan-kesan berikut boleh berlaku sekiranya pengalir mengalami luka dan rosak
semasa melakukan tamatan kecuali

A. Boleh menyebabkan peningkatan suhu


B. Boleh menyebabkan rintangan bertambah
C. Boleh menyebabkan tamatan yang dilakukan tidak sempurna
D. Boleh menyebabkan kos penamatan bertambah

28. Apabila kabel ditamatkan di atas basbar, penebatan hendaklah berupaya bertahan
dengan __________________ basbar itu.

A. Suhu pengendalian minimum


B. Suhu pengendalian maksimum
C. Tekanan pengendalian minimum
D. Tekanan pengendalian maksimum

29. Antara berikut merupakan kesan penamatan yang tidak sempurna kecuali
i. Kemungkinan berlaku kerosakan pada peralatan
ii. Kemungkinan berlaku renjatan elektrik
iii. Mengakibatkan peningkatan suhu pada tamatan
iv. Mengakibatkan rintangan yang tinggi pada sambungan

A. i, ii, iii
B. i, ii, iv
C. i, iii, iv
D. Semua di atas

30. Apakah yang akan terjadi jika sesuatu objek telah tersumbat dalam water pump ketika
peralatan tersebut sedang beroperasi ?

A. Motor akan menjadi panas dan geganti beban lampau akan terpelantik
B. Pam akan terhenti dan menjadi panas
C. Motor akan terbakar
D. Pam dan motor akan berbunyi bising serta bergegar

31. Berikan sebab- sebab motor 3 fasa berpusing dengan perlahan ?

i. berlaku beban lebih


ii. gelungan fasa motor mungkin berlaku litar pintas
iii.alas bebola motor kekeringan minyak
iv. aci motor bengkok

A. i, ii dan iii
B. ii, iii dan iv
C. i, ii dan iv
D. iii dan iv

32. Apakah bentuk ujian yang perlu dilakukan ke atas motor elektrik ?
i. Keterusan lilitan motor 3 fasa
ii. Kekutuban lilitan motor 3 fasa
iii. Penebatan antara lilitan dengan lilitan.
iv. Penebatan antara lilitan dengan bingkai logam motor (bumi)

A. i dan ii
B. ii dan iii
C. i, iii dan iv
D. ii, iii dan iv

33. Berikut merupakan 3 komponen asas bagi satu sistem kawalan kebakaran (fire alarm
system) kecuali

A. Panel kawalan
B. Pengesan
C. Loceng Kecemasan
D. Alat Pemadam Api

34. Di manakah biasanya alat pengesan kebakaran diletakkan?

A. Di bahagian atas tempat yang dilindungi


B. Jauh dari tempat yang dilindungi
C. Di bahagian bawah tempat yang dilindungi
D. Di bahagian luar tempat yang dilindungi

35. Nyatakan tujuan pemasangan sistem penggera kebakaran.


A. Mengesan kebakaran di peringkat awal
B. Memudahkan anggota bomba memadamkan kebakaran
C. Memelihara harta benda dari musnah
D. Mencari punca berlakunya kebakaran

36. Berikut merupakan fungsi panel kawalan kecuali

A. Pusat kepada sistem kawalan secara automatik


B. Tempat di mana semua penggera dan pengesan disambung
C. Memudahkan untuk memantau zon-zon yang mengalami kebakaran
D. Memberi isyarat bunyi apabila pengesan kebakaran mengesan sebarang unsur
kebakaran

37. Komponen dalam kitar penyejukan asas terbahagi kepada 3 bahagian kecuali

A. Pemeluwap
B. Penyejat
C. Penapis
D. Pemampat

38. Apakah fungsi peranti permeteran?

A. Mengawal bahan pendingin yang masuk ke pemampat


B. Mengawal suhu pada termostat
C. Mengawal kadar aliran bahan pendingin
D. Mengawal tekanan pada saluran pemeluwap

39. Kekerapan penyelenggaraan pemampat (compressor) penghawa dingin jenis unit


berasingan adalah
A. Setiap 2 minggu
B. Setiap bulan
C. Setiap 2 bulan
D. Setiap 6 bulan

40. Periksa sama ada berlaku kebocoran bahan pendingin di tempat jointing dan fitting”.
Kenyataan di atas merujuk kepada prosedur penyelenggaraan ____________

A. Penapis Udara
B. Pemampat
C. Unit dalaman
D. Kipas Unit Luaran

41. Berikut merupakan kemungkinan punca-punca jika kipas unit luaran tidak berfungsi
kecuali:

A. Belitan motor kipas terbakar


B. Kapasitor kipas rosak
C. Pendawaian longgar / tanggal
D. Termostat rosak

42. Apakah komponen yang mengawal perubahan suhu dengan cara memutuskan dan
menyambungkan semula litar mengikut suhu yang dilaraskan?

A. Injap pengembangan automatik


B. Tiub rerambut
C. Termostat
D. Injap apung

43. Nyatakan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya unit luaran berbunyi bising
i. Tukar Compressor Vibration Mounting
ii. Periksa alignment dan balancing kipas
iii. Periksa motor bearing.
iv. Periksa saiz kabel yang bersesuaian dengan air-cond horse power (hp)

A. i, ii, iii
B. i, ii, iv
C. i, iii, iv
D. ii, iii, iv

44. Alat-alat pengukuran yang biasa digunakan semasa membuat penyenggaraan


penghawa dingin

i. Meggar Meter
ii. Meter pelbagai
iii. Clamp on meter
iv. Tolok gandingan

A. i, ii, iii
B. i, ii, iv
C. i, iii, iv
D. Semua di atas

45. Berikan kemungkinan masalah yang berlaku sekiranya penghawa dingin yang
dipasang tidak sejuk.

i. Setting termostat terlalu tinggi


ii. Pintu atau tingkap tidak ditutup rapat
iii. Penapis udara tersumbat
iv. Kapasitor kipas unit luaran rosak
A. i, ii, iii
B. i, ii, iv
C. i, iii, iv
D. Semua di atas

46.Apakah tugas seorang penyelia?


i. Menilai prestasi pekerja.
ii. Membayar gaji kepada pekerja
iii. Menyelesaikan salah faham yang di kalangan pekerja.
iv. Menyediakan Standard Operation Procedure (SOP).

A.i dan iii


B.ii dan iv
C.ii, iii dan iv
D.i, iii dan iv

47.Mengapakah struktur pecahan kerja ( Work Breakdown Structure ) penting?

A. Membuat perbandingan kerja syarikat dengan syarikat yang lain.


B. Mewujudkan struktur status laporan projek untuk pengurusan syarikat dan pelanggan.
C. Memecah kerja daripada skop kerja yang besar kepada skop yang lebih kecil
supaya lebih sistematik.
D. Menjelaskan tempat-tempat yang penting untuk dikawal atau dilaksanakan dahulu
dan bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu kerja.

48.Fungsi utama seorang yang memegang jawatan Setiausaha?

A. Mengenalkan pekerja baru dalam syarikat.


B. Merekodkan kedatangan pekerja-pekerja syarikat.
C. Merekodkan minit mesyuarat dan teks ucapan pengarah syarikat.
D. Merekodkan minit mesyuarat dan teks ucapan lembaga pengarah Syarikat.

49.Antara berikut, yang manakah bukan perkara penting yang perlu ada dalam minit
mesyuarat ?
A. Pembentangan kertas kerja.
B. Perbincangan perkara semasa.
C. Kata– kata aluan dari pengerusi majlis.
D. Kata –kata aluan dari pengarah syarikat.

50.Apakah yang dimaksudkan dengan Budget strategik?

A. Anggaran yang berlaku untuk jangka panjang iaitu melebihi 6 bulan


B. Anggaran yang berlaku untuk jangka panjang iaitu melebihi 1 tahun
C. Anggaran yang berlaku untuk jangka pendek iaitu kurang daripada 6 bulan
D. Anggaran yang berlaku untuk jangka pendek iaitu kurang daripada 1 tahun

51.Apakah yang dimaksudkan dengan Budget Tektik?

A. Anggaran yang berlaku untuk jangka panjang iaitu melebihi 6 bulan


B. Anggaran yang berlaku untuk jangka panjang iaitu melebihi 1 tahun
C. Anggaran yang berlaku untuk jangka pendek iaitu kurang daripada 6 bulan
D. Anggaran yang berlaku untuk jangka pendek iaitu kurang daripada 1 tahun

52.Apakah fungsi Quatation Evaluation Form(QEF) ?

A.Membukti pembelian barangan dilaksanakan


B.Menyatakan tujuan peruntukkan kewangan diperlukan
C.Menyenaraikan barangan yang diperlukan dengan harga anggaran
D.Menunjukkan bandingan sebut harga daripada pembekal-pembekal

53. Manakah antara berikut bukan individu yang terlibat dalam penilaian prestasi?
A.Pengurus
B.Pelanggan
C.Pekerja Bawahan
D.Penyambut Tetamu

54.Bagaimanakah piawaian prestasi yang baik dinyatakan?

A. kreatif dan Inovatif


B. subjektif dan kualitatif
C. objektif dan subjektif
D. kuantitatif dan kualitatif

55. Antara berikut yang manakah bukan elemen utama yang akan dinilai oleh pengurus
semasa menjalankan proses penilaian prestasi?

A. Sifat
B. Jawatan
C. Hasil Tugas
D. Potensi Untuk Peningkatan

56. Berikut yang manakah bukan keperluan untuk mendapatkan maklumat dalam membuat
laporan buku log kerja harian?

A. Kualiti kerja
B. Kuantiti kerja
C. Penggunaan peralatan
D. Penyusunan maklumat

57.Pihak bomba, ________________ dan Jabatan Alam Sekitar adalah pihak-pihak yang
dipertanggungjawab dalam membuat pemantauan keselamatan di tempat kerja.
A. Jabatan Kerja Raya
B. Jabatan Forensik Kebakaran
C. Suruhanjaya Tenaga
D. Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan

58.Siapakah yang perlu melaporkan sesuatu kemalangan di tempat kerja sekiranya ada
berlaku kemalangan?

A.Pegawai polis
B.Saksi utama kemalangan
C.Pihak majikan pekerja.
D.Pegawai keselamatan dan kesihatan

59. Yang manakah bukan adalah tanggungjawab penyelia jika berlaku kemalangan?

A. Memberi rawatan kecemasan


B. Mengisi borang-borang kemalangan
C. Melaporkan kejadian kepada majikan
D. Memberitahu dan bekerjasama dengan Jawatankuasa dalam siasatan kemalangan

60.Di antara perkara-perkara berikut, yang manakah bukan butiran yang diperlukan untuk
diisikan ke dalam borang laporan kemalangan?

A. Tarikh dan masa kemalangan.


B. Lokasi dan saksi kemalangan tersebut.
C. Jenis kemalangan atau kecederaan yang terjadi.
D. Jenis kenderaan yang melanggar pekerja tersebut.

1. C 31. A
2. B 32. C
3. A 33. D
4. C 34. A
5. C 35. A
6. A 36. D
7. A 37. C
8. D 38. C
9. B 39. D
10. A 40. B
11. B 41. D
12. C 42. C
13. A 43. A
14. D 44. A
15. B 45. D
16. B 46. D
17. C 47. C
18. D 48. C
19. B 49. C
20. A 50. B
21. B 51. D
22. B 52. D
23. A 53. D
24. B 54. D
25. C 55. B
26. B 56. C
27. D 57. D
28. B 58. B
29. D 59. B
30. A 60. D