Anda di halaman 1dari 25

1

KOLEJ VOKASIONAL KULIM


09000 KULIM
KEDAH

KERTAS PENERANGAN

KURSUS TEKNOLOGI ELEKTRIK

SEMESTER 1

KOD MODUL & TAJUK ETE 104 – DIRECT CURRENT MACHINES

K1 – OPERATE DIRECT CURRENT ( DC ) MOTOR


BIL KOMPETENSI
K2 – OPERATE DIRECT CURRENT ( DC ) GENERATOR

NAMA PELAJAR /
KELAS

OBJEKTIF:
Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar-pelajar berkaitan
perbezaan dan persamaan antara motor AT dengan penjana ,mengitungkan dge lawan yang
dihasilkan dalam angker motor dan menerangkan cirri-ciri prestasi Motor Pirau AT, Siri AT serta
Motor Majmuk AT .
2

KERTAS PENERANGAN

Mengenalpasti bahagian-bahagian utama motor satu fasa bermula dengan boleh memahami
prinsip asas motor DC kepada menyambung litar motor DC dan kaedah menukar arah putarannya.
Mengenalpasti beberapa jenis pemula motor amatlah penting kerana motor DC tidak boleh
dihidupkan tanpa pemula dan mengenalpasti kerosakan dan menyenggara motor DC satu fasa.
Disamping itu juga peraturan IEE berkaitan motor satu fasa juga perlu dipatuhi.

1 Pengenalan Motor A. T

 Motor ialah mesin yang menukarkan tenaga elektrik menjadi tenaga mekanik.
 Pada amnya binaan motor AT serupa dengan penjana AT. Perbezaannya hanyalah
dari segi binaan luar untuk penyesuaian melakukan kerja yang berbeza.
 Tindakannya adalah berdasarkan kepada prinsip di mana apabila satu pengalir yang
membawa arus ditempatkan di dalam medan magnet, ia akan mengalami satu daya
mekanik yang mempunyai arah yang ditentukan oleh Hukum Tangan Kiri Fleming.

Rajah 1a : Hukum tangan kiri Fleming Rajah 1b : Asas pergerakan pengalir

Rajah 1c :
Binaan Asas Motor DC
3

 Ciri-ciri fluks magnet :-


o Mempunyai arah dan kekutuban
o Bergerak dari Kutub Utara ke Kutub Selatan.
o Sentiasa membentuk lengkok / lingkaran yang lengkap
o Tidak bersilang atau memotong antara satu sama lain
o Cuba membentuk lingkaran seberapa kecil yang boleh.
o Bilangan urat daya ( fluks ) bergantung kepada kekuatan magnet.

 Perbezaan di antara motor AT dan AU adalah seperti berikut:-

MOTOR AT MOTOR AU
Menggunakan bekalan AT Menggunakan bekalan AU
Menggunakan komutator gelang Menggunakan dua gelang gelincir
terbelah
AU sendiri yang bertukar arah di
Komutator menukarkan arah pengaliran
dalam angker
arus dalam angker
Kelajuan bergantung kepada bilangan Frekuensi putarannya sama dengan
lilitan, kekuatan magnet, luas angker frekuensi bekalan AU
dan magnitud arus Lebih cekap kerana tiada geseran
Kurang cekap kerana geseran antara antara gelang gelincir dan berus
komutator dan berus

 Prinsip kendalian motor DC adalah seperti di bawah.


4

Rajah 1d : Prinsip Kendalian Motor DC

 Apabila angker sebuah motor DC berputar, pengair-pengalirnya memotong fluks dan


menghasilkan d.g.e.
 D.g.e yang dihasilkan oleh angker motor mempunyai arah yang bertentangan dengan
arah d.g.e bekalan dan ia dinamakan d.g.e balik.
 Penyataan diatas berasaskan HUKUM FARADAY yang menyatakan apabila pengalir
memotong medan magnet atau sebaliknya, d.g.e akan terjana dalam pengalir
tersebut. Nilai d.g.e yang terhasil bergantung pada :

 Kekuatan medan magnet


 Panjang pengalir
 Kelajuan pemotongan
 Sudut pemotongan

2 Bahagian-bahagian Motor DC

 Motor DC mempunyai binaan yang sama seperti penjana DC. Jadual 1 menunjukkan
bahagian-bahagian utama motor DC.

Bil Bahagian Keterangan Rajah

Belitan pengalir pada kutub


1 Medan teras menghasilkan medan
magnet
Teras besi silinder yang
berlapis mempunyai lubang-
lubang alur bagi menghasilkan
2 Angker
medan magnet apabila
dibekalkan dengan bekalan
DC
5

Terdiri daripada tembereng-


tembereng kuprum yang diatur
dan dipisahkan dengan
3 Penukartertib penebat mika di antara satu
sama lain. Penukartertib
digunakan sebagai
penyambung belitan angker

Fungsinya sebagai
4 Berus Karbon penyambung bekalan DC litar
angker

Jadual 1 : Bahagian-bahagian utama Motor DC

3 Jenis-jenis Motor DC

1. Motor siri
2. Motor Pirau
3. Motor Majmuk
a) Motor Majmuk Panjang
b) Motor Majmuk Pendek

Jenis Motor Ciri-ciri Kegunaan

 Kelajuan hampir malar  Mesin larik


Pirau  Kelajuan boleh dilaras  Pam empar
 Daya kilas permulaan yang  Mesin perkakas
sederhana  Kipas penghembus
 Pam salingan dan lain-lain

 Kelajuan berubah  Penggerak alih elektrik


Siri  Daya kilas permulaan yang  Kren
tinggi  Pesawat angkat dan lain-lain
 Kelajuan berubah boleh dilaras

 Kelajuan berubah  Lif


Majmuk  Daya kilas permulaan yang  Mesin penebuk
tinggi  Mesin pengetam
 Kelajuan berubah boleh dilaras  Pengisar guling dan lain-lain

Jadual 2a : Ciri-ciri dan Kegunaan Motor DC


6

Graf dalam Jadual 2b membandingkan ciri-ciri tiga jenis motor ini : Motor siri , pirau dan majmuk
bertokok. Motor majmuk dapat dibina dengan ciri-ciri yang menghampiri ciri pirau atau siri
bergantung pada pembahagian relatif lilitan ampere antara gegelung siri dengan gegelung pirau

Rajah 2 : Graf Perbandingan Ciri-ciri Motor DC

3.1 Istilah berkaitan.

 D.g.e Balik / Balas

- Voltan terjana di angker apabila angker berputar


- Melawan arah pengaliran arus angker
- Nilainya lebih kecil berbanding nilai voltan bekalan
- Nilai boleh diperolehi menggunakan formula :

Eb  V - IaRa

Eb = d.g.e. balik
V = voltan bekalan
Ia = arus angker
Ra = Rintangan angker

 Tindakbalas Angker

- Satu kesan yang terjadi apabila medan magnet angker bertindakbalas dengan medan
magnet kutub utama.
- Tindakbalas angker akan menyebabkan; fluks kutub utama terherot, satah neutral berubah
dan berlaku bunga api di penukar tertib.
- Untuk mengurangkan kesan ini, dua cara yang digunakan, pasang kutub antara dan
gelung pampasan.
7

Rajah 3 : Kesan Tindakbalas Angker

Jenis Litar Skema Motor DC


Motor

Pirau

Siri
8

Majmuk

Jadual 3 : Litar Skema Motor DC

4 Pemula Motor DC

a. Jenis-jenis Pemula Motor DC


1. Plat dua muka
2. Plat tiga muka
3. Plat empat muka

Rajah 4 : Pemula plat dua muka


9

Rajah 5 : Pemula plat tiga muka

Rajah 6 : Pemula plat empat muka


10

5 Kaedah Menukar arah putaran Motor DC

Jadual 4 : Kaedah Menukar arah putaran Motor DC


11

6 Pengendalian Motor DC.

 Bagi mengendalikan Motor DC, langkah-langkah keselamatan perlu diambil untuk


memberi perlindungi keselamatan kepada pengendali dan mesin.
 Mengikut peraturan STM/IEE, setiap motor yang mempunyai kadaran melebihi 0.37kW
mestilah dilengkapi dengan pemula motor yang boleh memberikan perlindungan
daripada keadaan tanpa voltan. Rajah 6 menunjukkan pemasangan pemencil dan
pemula.

Bil Aspek
Tujuan Alat yang digunakan
Keselamatan
 Mengasingkan bekalan ke
motor
 Suis perangkai berfius
1 Pemencilan  Memutuskan bekalan ke
 Pemutus litar
motor

 Melindungi motor semasa


2 Perlindungan bermula dan berkendali  Pemula motor plat muka

Rajah 7 : Pemasangan pemencil dan pemula motor


12

7 Melaksanakan pengujian

7.1 Prosedur penyenggaraan


7.1.1 Senggaraan Cegahan:

Kebanyakan peralatan elektrik memerlukan pemeriksaan dan senggaraan yang


terancang bagi menjamin peralatan tersebut bekerja di dalam keadaan baik dan
sempurna. Tempoh masa pemeriksaan bergantung kepada peralatan dan
keupayaannya. Kakitangan senggaraan mestilah peka dengan menggunakan seluruh
pancainderanya untuk menilai atau mencari kerosakan yang berlaku seperti:

 Hidung boleh membau penebat (insulation) yang terbakar.

 Tangan boleh merasa bahagian yang panas disebabkan oleh pemanasan


pada belitan atau alas.

 Telinga boleh mendengar getaran atau kelajuan lampau pada motor


berkenaan.

 Mata atau penglihatan boleh mengetahui bahagian yang berlaku arka atau
bahagian-bahagian mekanikal yang mengalami kerosakan.

Dengan pancaindera ini banyak membantu pelbagai ujian dan peraturan bagi tujuan
pemastian. Dengan pemahaman tentang prinsip elektrik dan ujian kecekapan
peralatan berkenaan adalah penting untuk dikenalpasti.

7.1.2 Pemeriksa Bertempoh (Periodic Inspection):

Program senggaraan bertujuan menghalang daripada berlakunya kerosakan pada


peralatan berkenaan daripada membaikinya. Pemeriksaan bertempoh yang
sistematik adalah diperlukan untuk mendapatkan keputusan yang memuaskan.

Didalam program senggaraan cegahan yang baik, pemeriksaan yang tepat adalah
diperlukan. Orang yang bertanggungjawap perlu menyimpan keputusan pemeriksaan
bagi setiap motor di dalam industri berkenaan bagi tujuan penganalisaan pada masa
akan datang. Pemeriksaan dan servis mestilah secara sistematik. Kekerapan
pemeriksaan dan darjah penggunaan atau ketahanan berubah-ubah dan perlu
dianalisa oleh jurutera senggaraan.

Penganalisaan itu mestilah bergantung kepada beberapa perkara iaitu;

a. Kepentingan motor tersebut berdasarkan kepada skim pengeluaran, dimana


apabila motor tersebut gagal beroperasi pemberhentian pengeluaran yang serius
berlaku.
b. Peratusan motor untuk beroperasi berdasarkan kepada proses pengeluaran.
c. Keadaan servis yang dilakukan.
d. Kesekitaran dimana motor tersebut digunakan.

Dari sini jadual pemeriksaan dibentuk dan berubah-ubah dari satu loji yang lain.
Sepasifikasi pengeluar dan prosedur perlulah dirujuk dan diikuti.
13

Di bawah ini disediakan jadual servis pada motor elektrik yang secara kasarnya
merangkumi motor a.u. dan a.t.

Setiap Minggu

a. Pemeriksaan komutator dan brus.

b. Paras minyak pada bearing.

c. “Oil ring” yang berpusing dengan aci.

d. Samada bahagian aci yang terdedah tidak terdapat minyak atau gris.

e. Pemeriksaan keatas litar kawalan seperti fius suis dan sebagainya.

f. Pastikan motor tersebut mencapai kelajuan pada masa yang sama.

Setiap Enam Bulan

a. Bersihkan motor dengan membuang kekotoran yang terdapat pada belitan,


komutator dan berus.

b. Periksa komutator ‘clamping ring’.

c. Periksa berus dan tukar jika perlu.

d. Periksa pemegang berus, bersihkan jika kotor dan pastikan berus tersebut
mempunyai sedikit ruang di dalam pemegangnya untuk bergerak.

e. Periksa tekanan pada berus dan posisinya.

f. Buang, bersihkan dan tukar minyak di dalam alas sleeve.

g. Periksa kelajuan operasi motor berkenaan.

h. Pastikan aci berkenaan nrmal dan berkedudukan teguh pada tempatnya.

i. Periksa penyambungan pada motor dan kawalannya.

j. Periksa arus masukkan dan bandingkan dengan yang asal.

k. Ujian keatas motor beroperasi samada ia beroperasi secara lancar atau


terdapat getaran.

l. Periksa motor ‘foot bolt’, pelindung akhir, pulley dan sebagainya.

m. Pastikan semua alat pelindungan (cover) dipasang pada tempat asalnya.

Setahun Sekali
14

a. Bersihkan gris dan tukarkan yang baru pada alas bebola.

b. Ujian penebatan.

c. Pemeriksaan ruang udara.

d. Bersihkan kekotoran megnetik yang terletak pada kutub.

e. Pemeriksaan kelegaan antara aci dan ‘kotal jounal’.

f. Bersihkan komutator dan pastikan ia berkeadaan licin.

g. Ujian penyambungan komutator dan gelung armature.

h. Pemeriksaan ‘armature band’.

8 Keselamatan Elektrik

Kelengkapan-kelengkapan di bengkel Elektrik beroperasi dengan menggunakan kuasa


elektrik. Oleh itu jika sesuatu kelengkapan hendak digunakan perlulah mematuhi peraturan
yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga (STM) atau Institution Electrical Engineering
(IEE).

i) Pastikan semua dawai elektrik yang digunakan bertebat atau penebatnya


ii) berada dalam keadaan yang baik.

iii) Punca – punca bekalan elektrik mestilah disambung dengan rapi dan mengikut
peraturan yang telah ditepikan oleh STM atau IEE.

iv) Alat – alat yang digunakan hendaklah ditebat dengan baik.

v) Gunakan alat yang sesuai untuk menguji litar elektrik, seperti penguji atau meter
pelbagai.

vi) Pastikan kasut yang digunakan tidak membenarkan pengaliran elektrik. Gunakan kasut
getah yang kering dan tidak berminyak.

vii) Pastikan tangan atau pakaian sentiasa kering sewaktu mengendalikan alat –alat
elektrik.

viii) Elakkan jari atau anggota kita daripada menyentuh dawai – dawai elektrik yang tidak
bertebat.

ix) Pastikan pelajar mengetahui kedudukan suis kecemasan yang dapat memutuskan
bekalan pada keseluruhan tempat bekerja jika berlakunya kebakaran atau kemalangan
elektrik.

x) Pastikan beban sesuatu punca bekalan tidak digunakan melebihi hadnya contohnya jika
punca bekalan ialah 15 ampere, jangan gunakan beban 20 Ampere.

9 Peraturan IEE/ST berkaitan Motor DC


15

a. Setiap motor mestilah mengadakan suis pemencil bagi memutuskan bekalan ke motor,
ke litar kawalan dan sebagainya. Pemencil ini hendaklah dipasang di tempat yang
mudah dicapai.
b. Peranti pelindung boleh disambungkan ke mana-mana litar di sepanjang pengalir litar
akhir motor dengan syarat tiada cabangan litar. Oleh itu peranti ini boleh dipasang di
dalam pemula.
c. Pelindung litar pintas hendaklah dipasang di tempat berlakunya penurunan keupayaan
membawa arus iaitu di papan agihan. Peranti pelindung ini boleh juga dipasang pada
bahagian beban dengan syarat jarak di antara peranti pelindung litar pintas dan titik mula
keupayaan membawa arus mula menurun tidak melebihi 3 m.
d. Kadaran arus kabel yang digunakan untuk membawa arus permulaan, arus pemecutan
dan arus beban motor hendaklah sekurang-kurangnya sama dengan kadaran arus
beban penuh motor itu.
e. Saiz kabel bagi menyuap motor aruhan gelung gelincir atau motor aruhan
berpenukartertiban hendaklah sesuai untuk menangung arus permulaan dan arus beban
penuh kerana arus ini lebih besar daripada arus di pemegun.
f. Motor yang berkadar lebih daripada 0.37kW hendaklah mempunyai alat kawalan yang
mempunyai pelindung arus lebih (beban lampau) bagi melindungi motor dan kabel antara
alat kawalan itu dan motor.

Rajah 8 : Kadaran arus dan kabel ke Motor DC


16

PENJANA ARUS TERUS ( AT )


Penjana ialah satu mesin yang menukarkan tenaga mekanik kepada tenaga elektrik. Penjana terdiri daripada dua
jenis iaitu penaja DC dan penjana AC. Kegunaan asas penjana DC adalah untuk membekalkan tenaga elektik
kepada peralatan elektrik mudah alih, sistem LRT / keretapi dan sistem komunikasi rajah 1 menunjukkan binaan asas
penjana DC.

Rajah 9

Prinsip penjana DC adalah berasaskan HUKUM FARADAY. Rajah 10 hingga 14 menunjukkan satu kendalian
penjana DC mudah. Semasa gelung pengalir berputar, pemotongan medan magnet akan berlaku.

Hukum Faraday

Apabila pengalir memotong medan magnet atau sebaliknya, d.g.e akan


terjana dalam pengalir tersebut. Nilai d.g.e yang terhasil bergantung pada :

Kekuatan medan magnet


Panjang pengalir
Kelajuan pemotongan
Sudut pemotongan
17

0  Tiada d.g.e terjana


 Ruas penukartertib ‘x’
dan ‘y’
18

berlitar pintas
Rajah 10

Voltan

0
90º

 D.g.e sebelah positif terjana


- sepenuhnya.

Rajah 11

Voltan

90º
90º 180º

 Tiada d.g.e terjana


 Ruas penukartertib x dan
-
y berlitar pintas.

Rajah 12
Rajah 13

Rajah 14
HUKUM TANGAN KANAN FLEMING
Arah daya gerak elektrik ( d.g.e ) yang dihasilkan dapat ditunjukkan melalui Hukum Tangan Kanan
Fleming, dengan ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah bersudut tepat diantara satu sama lain. Ini dapat
digambarkan seperti rajah 15.

Rajah 15

Binaan penjana DC terdiri daripada beberapa bahagian utama seperti :

- Penutup hujung.

- Kutub Utama.

- Angker.

- Penukartertib.

- Berus karbon.

Rajah 16 menunjukkan bahagian-bahagian tersebut.


Rajah 16

Fungsi bahagian utama penjana DC diterangkan didalam jadual 5.


Jadual 5

BIL BAHAGIAN FUNGSI

KUTUB UTAMA – Teras besi


- Menghasilkan medan magnet
1 berlapis yang bertebat dililit
utama
menjadi elektromagnet.

KUTUB ANTARA – Kutub - Mengurangkan kesan tindakbalas


2 tambahan yang dipasang di angker.
antara kutub utama

ANGKER – Lapisan besi


berlapis yang bertebat
- Memotong medan magnet untuk
3 berbentuk selinder yang
mengahasilkan d.g.e.
mempunyai lubang alur untuk
menempatkan belitan angker.
- Punca tamatan bagi belitan
PENUKARTERTIB –
pengalir angker.
Tembereng-tembereng kuprum
4 - Menukarkan voltan AC yang
yang diletakkan di atas aci
terjana kepada voltan keluaran
angker.
DC.
- Menyambung litar angker ke
5 BERUS KARBON
punca keluaran penjana
JENIS-JENIS PENJANA
Penjana DC boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu penjana ujaan asing dan penjana ujaan diri.

Chapter 1 PENJANA UJAAN ASING


Penjana ujaan asing ialah sejenis penjana yang memerlukan arus ujaan DC luar untuk menghasilkan medan
magnet kutub seperti rajah dibawah.

Penjana ujaan asing

Chapter 2 PENJANA UJAAN DIRI


Penjana ujaan diri ialah penajan yang menghasilkan medan utama dari kesan kemagnetan baki yang
terdapat di dalam teras medan. Pejana ujaan diri boleh dibahagikan kapeda tiga jenis, iaitu penjana
siri, penjana pirau dan penjana majmuk.

Penjana Ujaan Diri

Chapter 3 Penjana Siri


Belitan medan penjana siri disambungkan secara siri dengan belitan angker yang menerima arus ujaan dari
angker penjana itu sendiri seperti rajah.
Penjana Siri

Chapter 4 Penjana Pirau


Belitan medan dan angker disambungkan secara selari seperti yang ditunjukkan dalam rajah.

Chapter 5 Penjana Majmuk


Penjana jenis ini mempunyai belitan medan siri dan medan pirau. Terdapat dua jenis sambungan
penjana majmuk iaitu pirau panjang dan pirau pendek. Kedua-dua jenis penjana majmuk ini
menghasilkan voltan keluaran yang sama, sebagaimana ditunjukkan dalam rajah berikut.

Majmuk Majmuk
pirau pirau
panjang pendek
RUJUKAN :

1. A. Samad Hanif (1988). Pemasangan Litar Elektrik. Golden Book Centre Sdn Bhd.
Kuala Lumpur.
2. A. Samad Hanif, Mohamed Nazi bin Hj. Mustafa (1989). Teknologi Elektrik
Tingkatan 4. Pustaka Sistem Pembelajaran Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
3. Mohamed Nazi bin Hj. Mustafa (2005). Aplikasi Elektrik dan Elektronik, Dewan
Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
4. Istilah Kejuruteraan (2002). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
KVK KP M4/K2