Anda di halaman 1dari 9

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

Tingkah Laku Mahasiswa dalam Menguruskan Wang Pembiayaan


Pendidikan
Nisha Fatihah Kamala Azmi
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
nishafatihah_azmi@yahoo.com

Norziah Othman
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
norziah@kuis.edu.my

ABSTRAK

Kos sara hidup dilihat semakin meningkat terutamanya pada zaman ekonomi yang semakin
merudum ini, Pembiayaan pendidikan diperlukan oleh pelajar bagi menanggung yuran dan sara
hidup bagi meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi. Ramai pelajar didapati terpaksa
mengikat perut disebabkan oleh masalah kesempitan wang. Oleh itu tingkah laku kewangan dan
pengurusan pembiayaan pendidikan yang diamalkan perlu diketahui bagi mendapatkan jawapan
dan seterusnya penyelesaian kepada masalah tersebut. Kajian ini dilakukan bagi mengetahui
tahap tingkah laku kewangan dan amalan pengurusan pembiayaan pendidikan dalam kalangan
pelajar di institusi pengajian tinggi. Faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku dan amalan
pengurusan pembiayaan pendidikan turut diteroka dalam kajian ini. Seramai 130 orang pelajar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor telah dipilih berdasarkan pensampelan bertujuan
dari fakulti yang menawarkan program pengajian berasaskan pengurusan. Namun terdapat juga
pelajar yang terlibat dalam kajian ini bukan mengkhusus pengajian dalam bidang pengurusan.
Tingkah laku kewangan melibatkan pengetahuan, didikan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan
kawalan diri di samping amalan pengurusan pembiayaan pendidikan diperoleh dapatannya dalam
kajian ini. Data secara kuantitatif ini dianalisis melalui skor min, ujian korelasi Perason dan
ANOVA sehala bagi mengetahui tahap, hubungan dan perbezaan yang wujud melibatkan
beberapa faktor yang mempengaruhi amalan pengurusan pembiayaan pendidikan pelajar. Kajian
ini mendapati bahawa tahap tingkah laku kewangan pelajar adalah berada pada tahap yang
sederhana. Didikan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya dan kawalan diri dikenal pasti sebagai
faktor yang mempengaruhi pelajar terhadap amalan pengurusan pembiayaan pendidikan mereka.
Terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan daripada segi pengetahuan
tentang kewangan dan amalan pengurusan pembiayaan pendidikan. Kesimpulannya, kajian ini
menyumbang maklumat berguna berkaitan tingkah laku kewangan pelajar dan amalan mereka
dalam pengurusan pembiayaan kepada pihak penaja kepada sumber pembiayaan pendidikan dan
kerajaan dalam membantu pelajar yang menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi.
Guru dan pensyarah serta pakar kewangan boleh memikirkan cara yang berkesan dalam
memberikan pendidikan dalam pengurusan kewangan yang bijak kepada pelajar pada masa akan
datang.
Kata Kunci: Pengurusan Kewangan, Pembiayaan Pendidikan.

601
Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)
e-ISBN: 978-967-2122-15-9

ABSTRACT

The cost of living is increasing especially during the diminishing economic era. Education
funding is required to be applied by students to pay fees and subsistence to pursue studies at
tertiary institutions. Many students are found to withstand hunger due to the problem of money
tightness. Hence, the financial behavior and education financing management practiced need to
be known to get answers and then settle on the problem. This study was conducted to determine
the level of financial behavior and management financing management among students in
institutions of higher learning. Factors affecting the behavior and practices of education
financing management are also explored in this study. A total of 130 students of the International
Islamic University College of Selangor were selected based on sampling from the faculty
offering a management-based study program. However there are also non based management
students who involved in this study. Financial behavior involves knowledge, educated parents,
peer influence and self-control as well as educational funding management practices gained in
this study. Quantitative data is analyzed through the mean score, Perason correlation test and one
way ANOVA to know the extent, relationship and differences that exist involving several factors
affecting student education financing management practices. This study found that the level of
financial behavior of students was at a moderate level. Parental research, peer influence and self-
control are identified as factors that influence students towards their education financing
management practices. There is a difference between male and female students in terms of
knowledge on finance and education financing management practices. In conclusion, this study
contributes useful information regarding student financial behavior and their practice in
managing funding to sponsors to education and government funding sources in assisting students
pursuing higher education in tertiary institutions. Teachers and lecturers and financial experts
can think of an effective way of delivering education in smart financial management to students
in the future.

Keywords: Financial Management, Education Financing.

PENGENALAN
Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 dan ternyata rakyatnya
perlu diberikan pendidikan yang dapat memenuhi keperluan-keperluandalam bidang
professional. Bagi memastikan semua golongan memperoleh pendidikan yang seimbang,
kerajaan dan badan bukan kerajaan telah menawarkan pelbagai skim pinjaman dan biasiswa
seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), zakat, Yayasan, Majlis
Amanah Rakyat (MARA) dan lain-lain kepada pelajar yang berhasrat ingin melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Pinjaman pendidikan ini akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran
pengajian dan juga kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian. Sekali gus, membuka lebih
banyak peluang kepada semua golongan pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat
pendidikan tinggi. Namun menurut Nuraini Abdullah et.al (2013), jumlah pembiayaan tersebut
terpaksa dikurangkan terutamanya ketika zaman ekonomi sedang gawat ini. Bantuan biasiswa

602
Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)
e-ISBN: 978-967-2122-15-9

digantikan dengan pinjaman yang diperoleh bagi menampung yuran pengajian, penginapan dan
perbelanjaan harian yang semakin meningkat.

Kos makan tengahari tanpa minuman sahaja secara purata adalah sebanyak RM5. Ini bermakna
pelajar perlu memperuntukkan sebayak RM10 sehari atau RM300 sebulan untuk kos sara diri.
Bagaimanapun lebihan wang pembiayaan (selepas ditolak yuran pengajian dan kos penginapan)
yang diterima adalah kurang dan tidak mencukupi untuk menyara kehidupan pelajar di kampus.
Akibatnya ramai pelajar didapati terpaksa ‘mengikat perut’ dan masalah sebegini harus ditangani
dengan segera oleh semua pihak. Sabri et al. (2008), mendedahkan bahawa realitinya pelajar di
Malaysia tidak mengamalkan amalan menabung dan sering berbelanja secara agresif apabila
menerima wang pinjaman pelajaran. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan kekurangan
pengetahuan tentang pengurusan kewangan.

TINGKAH LAKU KEWANGAN

Pengetahuan Kewangan
Menurut Bernheim, B., Douglas, D., dan Garrett, M. (2003), pengetahuan tentang pengurusan
kewangan boleh mempengaruhi pembuatan keputusan kewangan penting termasuklah
pengurusan pembiayaan. Pengetahuan pengurusan kewangan ialah pengetahuan yang mencukupi
tentang fakta mengenai kewangan untuk pengurusan kewangan peribadi (Jorgensen, B.L. &
Savla, J., 2010) yang berjaya. Pada masa yang sama, ia juga bermaksud keupayaan untuk
membaca, menganalisis, mengurus dan berkomunikasi tentang peribadi keadaan kewangan yang
memberi kesan bahan kesejahteraan (Ahsan, 2013).

Menurut kajian Henry, R.A, Weber, J.G., dan Yarbrough, D. (2001), dua faktor utama yang
memberi kesan kepada pengurusan kewangan iaitu pengetahuan kewangan dan tingkahlaku
kewangan. Pengetahuan pengurusan kewangan mempunyai signifikan dengan tingkahlaku
menyimpan wang. Individu yang mempunyai pengetahuan yang baik dalam pengurusan
kewangan cenderung melibatkan diri dalam menguruskan kewangan dengan berkesan (Sabri et
al., 2008). Dalam kajian yang dilakukan oleh Jorgensen, B.L. dan Savla, J. (2010), mendapati
pelajar yang berpengetahuan kewangan tinggi lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam
aktiviti menabung dan amalan ini perlu dipupuk sejak kecil lagi.

Didikan Keluarga
Kajian lepas oleh Chen.dan Volpe (1998) mendapati didikan ibubapa memberikan kesan kepada
tingkahlaku pelajar dalam pengurusan kewangan mereka. Sumber utama kewangan kanak-kanak
dan remaja adalah berasal daripada ibubapa mereka (Dahlia, Rabitah & Zuraidah, 2009).
Menurut oleh Mokhtar (2013) menyatakan bahawa keluarga memberi kesan kepada tahap
pembangunan kewangan individu dalam keluarga tersebut.

Tingkah laku ibu bapa juga mempengaruhi (Zaimah, 2012) tingkahlaku kewangan anak-anak
mereka pada masa akan datang. Volpe, Chen, dan Pavlicko (1996) dalam kajiannya mendapati
bahawa penglibatan ibu bapa adalah penting dalam membentuk sikap kewangan dan tingkah laku
anak-anak.

603
Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)
e-ISBN: 978-967-2122-15-9

Pengaruh Rakan Sebaya


Kajian oleh Dahlia, Rabitah, dan Zuraidah (2009) mendapati pengaruh rakan sebaya memainkan
peranan penting dalam membuat keputusan berkenaan kewangan. Kajian lepas yang dilakukan
oleh Henry, Weber, dan Yarbrough (2001) mendapati rakan sebaya merupakan sumber rujukan
penting golongan remaja terutamanya ketika proses pemilihan dan pembelian sesuatu produk
atau barangan yang hendak dibeli. Sememangnya, interaksi remaja dengan rakan sebaya menjadi
dua kali ganda berbanding interaksi dengan ibu bapa semasa peringkat remaja (Brigham et al.,
2014).

Kawalan Diri
Kawalan diri adalah keupayaan untuk mengenal pasti dan mengawal emosi dan keinginan
seseorang. Ia memenuhi kehendak dan kemahuan, disiplin diri, dan keupayaan untuk berbelanja
(Beal & Delpachitra, 2003). Tingkah laku dan sikap pengguna dalam kalangan remaja
sebenarnya mencerminkan tingkah laku pengguna pada masa hadapan (Mien Nguyen Thi Ngoc
& Thao Thran Puong, 2015). Selaras dengan peningkatan kualiti dan taraf hidup masyarakat
Malaysia kini, remaja diberikan kebebasan oleh ibu bapa untuk membuat keputusan dalam
pembelian bagi emmenuhi keperluan mereka sendiri. Akibatlnya, kuasa membeli dalam kalangan
remaja semakin meningkat dan membeli-belah telah menjadi salah satu hobi bagi mengisi masa
lapang (Mandell, 2008).

Peranan remaja sebagai pengguna aktif terbukti dengan penglibatan agresif mereka dalam
pembelian pelbagai barangan dan produk pengguna seperti pakaian, kosmetik, makanan,
barangan sukan, permainan video dan perkhidmatan hiburan (Sohn, 2012), Menurut Jumaat et al.
(2012), semua golongan masyarakat tanpa mengira jantina bersetuju bahawa mereka lebih gemar
berbelanja.

Jodi dan Phyliss (1998). pula mendapati bahawa keupayaan individu untuk mengekalkan
kawalan diri dengan tujuan penjimatan bergantung kepada kekuatan dua kuasa saling
bertentangan yang dikenali sebagai keinginan dan niat. Seseorang individu cenderung untuk
berjimat-cermat dalam soal kewangan jika sekiranya mereka dapat mengawal diri mereka
melalui pelaksanaan belanjawan yang baik berdasarkan kepada penilaian keadaan ekonomi
semasa.

Amalan Pengurusan Kewangan


Analisis deskriptif awal yang dilakukan oleh Nik Nurul Amni Nik Lee dan Hussin Salamon
(2012) mendapati bahawa majoriti pelajar kurang bersedia menabung wang yang diterima
daripada biasiswa atau pinjaman pendidikan. Lebih separuh daripada pelajar yang terlibat dalam
kajian ini membelanjakan wang mereka untuk tujuan membeli-belah. Kira-kira 45% daripada
pelajar cenderung menghabiskan kesemua wang simpanan mereka sebelum akhir semester; 17%
pula memberikan wang sara diri kepada keluarga, dan 13% lagi memperuntukannya untuk
membayar balik pinjaman.

604
Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)
e-ISBN: 978-967-2122-15-9

OBJEKTIF
Terdapat dua objektif yang menjadi fokus kajian iaitu untuk mengkaji:
i. tahap pengetahuan kewangan pelajar mengenai pengurusan pembiayaan pendidikan.
ii. perbezaan tahap pengurusan pembiayaan pendidikan dalam kalangan pelajar
berdasarkan jantina, sumber pembiayaan, status, semester dan program pengajian.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan pendekatan secara kuantitatif secara tinjauan melalui soal selidik.
Borang soal selidik yang mengandungi 6 bahagian iaitu latar belakang, tahap pengetahuan, tahap
didikan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, kawalan diri dan amalan pengurusan pembiayaan
pendidikan. Responden kajian ini adalah terdiri daripada 130 orang pelajar yang sedang
menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi di Selangor. Kajian hanya menbataskan penglibatan
seramai 130 orang sahaja sebagai kajian permulaan dan juga disebabkan oleh kekangan masa,
kewangan dan tenaga yang dihadapi.

Kajian melibatkan pelajar-pelajar yang menyambung pengajian dengan pengkhususan dalam


bidang pengurusan sepeti perakaunan, perniagaan, perbankan, sumber insan dan ekonomi.
Pengetahuan tentang pengurusan kewangan yang menjadi subjek asas dipelajari oleh pelajar ini
menjadi justifikasi utama pilihan responden bagi kajian ini dengan anggapan bahawa pelajar
berpengetahuan berupaya menguruskan wang pembiayaan pendidikan dengan baik.

Analisis dilakukan melalui Korelasi Pearson untuk mengenalpasti hubungan di antara tahap
tingkah laku dengan amalan pengurusan pembiayaan pendidikan pelajar. Manakala analisis
ANOVA sehala pula digunakan untuk meneliti perbezaan antara jantina, latar belakang
pengajian dan sumber pembiayaan pengajian terhadap amalan pengurusan pembiayaan
pendidikan pelajar.

DAPATAN KAJIAN
Seramai 130 orang pelajar semester satu hingga lapan terlibat sebagai responden dalam kajian
ini. Seramai 75 orang atau 57.7% adalah responden daripada pelajar perempuan manakala
selebihnya iaitu 55 orang atau 42.3% daripada keseluruhan 130 orang responden kajian adalah
pelajar lelaki. Majoriti (79.2%) responden adalah dalam kalangan pelajar ijazah sarjana muda
yang berumur 20 tahun hingga 25 tahun manakala hanya sebahagian kecil sahaja (20.7%) adalah
responden daripada tahap diploma. 96.2% iaitu seramai 125 orang responden adalah berstatus
bujang dan selebihnya, 3.8% iaitu seramai lima orang responden telah berkahwin.

Jadual 5.1 : Maklumat Demografi Responden


Perbezaan Individu Kekerapan %
Jantina Lelaki 55 (42.3)
Perempuan 75 (57.7)
Program Pengajian Perniagaan 26 (20)
Pengurusan Sumber Manusia 37 (28.5)
Perbankan 14 (10.8)
Perakaunan 18 (13.8)
Ekonomi 8 (6.2)
DIPLOMA 27 (20.8)
Status Berkahwin 5 (3.8)

605
Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)
e-ISBN: 978-967-2122-15-9

Bujang 125 (96.2)


Semester 1 36 (27.7)
2 54 (41.5)
3 3 (0.8)
4 5 (3.8)
5 14 (10.8)
6 14 (10.8)
7 4 (3.1)
8 2 (1.5)
Sumber Pembiayaan PTPTN 91 (70)
MARA 12 (9.2)
ZAKAT 6 (4.6)
LAIN-LAIN 21 (16.2)

70% iaitu seramai 91 orang responden dibiayai oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN). Seterusnya diikuti oleh 16.2% iaitu seramai 21 orang responden mempunyai sumber lain
sebagai sumber pembiayaan pendidikan. Selain itu, seramai 9.2% iaitu 12 orang responden dibiayai oleh
Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan akhir sekali, seramai 4.6% iaitu 6 orang responden ditaja oleh
Lembaga Zakat Selangor.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN


Berdasarkan kepada dapatan kajian yang diperoleh, dapat dirumuskan bahawa tahap tingkah laku
kewangan yang sederhana (3.43). Dapatan ini disokong oleh hasil kajian yang dilakukan oleh
Rubayah, Hawati, dan Nur Ain (2015) dan Ramasawmy (2013) yang turut mendapati bahawa
pelajar di institusi pengajian tinggi mempunyai tahap tingkah laku kewangan yang sederhana.
Kajian ini dilakukan terhadap pelajar pelbagai latar belakang pengajian yang berasaskan
pengurusan dan bukan pengurusan.

Tahap tingkah laku kewangan yang sederhana diperoleh disebabkan pengetahuan pelajar yang
berbeza berkaitan pengurusan pembiayaan pendidikan yang diperoleh. Pelajar yang mengkhusus
kepada bidang pengajian bukan berasaskan kewangan seperti pengajian Bahasa Inggeris dikenal
pasti sebagai peyumbang kepada nilai skor min pada tahap sederhana tersebut. Pelajar-pelajar
yang terlibat ini didapati kurang didedahkan dengan pengetahuan dalam bidang pengurusan
kewangan sepanjang pengajian.

Kajian ini turut mendapati amalan pengurusan pembiayaan pendidikan dalam kalangan pelajar di
institusi pengajian tinggi berada pada tahap yang kurang memuaskan (2.65). Dapatan kajian ini
disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Nik Nurul Amni (2012) dalam kalangan pelajar Sains
Sukan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor yang mendapati secara
keseluruhannya, tahap amalan pengurusan kewangan pelajar masih di bawah daripada tahap
sederhana dan perlu ditingkatkan.

Kajian ini juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap didikan ibu
bapa pelajar, pengaruh rakan sebaya dan kawalan diri dalam pengurusan kewangan dengan
amalan pengurusan pembiayaan pendidikan. Kawalan diri terhadap pengurusan kewangan
didapati lebih dominan berbanding faktor lain. Namun ketiga-tiga faktor ini adalah berada pada
tahap yang sangat sederhana (0.25-0.52). Dapatan ini disokong oleh hasil kajian yang dijalankan
oleh Mandell (2008) yang menunjukkan bahawa tingkah laku kewangan memainkan peranan
yang paling penting terhadap amalan pengurusan pembiayaan pendidikan yang baik.

606
Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)
e-ISBN: 978-967-2122-15-9

Kajian ini turut mendapati amalan pengurusan pembiayaan pendidikan dalam kalangan pelajar di
institusi pengajian tinggi berada pada tahap yang kurang memuaskan (2.65). Dapatan kajian ini
disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Nik Nurul Amni Nik Lee dan Hussin Salamon (2012)
dalam kalangan pelajar Sains Sukan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor
yang mendapati secara keseluruhannya, tahap amalan pengurusan kewangan pelajar masih di
bawah daripada tahap sederhana dan perlu dipertingkatkan.

Analisis statistik bagi ujian hipotesis mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan
antara lelaki dan perempuan dengan pengetahuan dalam pengurusan kewangan dan juga amalan
pengurusan pembiayaan pendidikan. Hasil kajian ini adalah sama dengan hasil analisis yang
dilakukan oleh Beal dan Delpachitra (2003) yang mendapati bahawa pelajar dengan skor tingkah
laku kewangan yang tinggi kebanyakannya adalah lelaki. Begitu juga dengan kajian tingkah laku
kewangan yang dijalankan oleh Nuraini et al. (2013) yang mendapati bahawa pelajar perempuan
mempunyai pengetahuan pengurusan kewangan peribadi yang rendah berbanding dengan pelajar
lelaki. Keputusan kajian tersebut mendapati pelajar perempuan mempunyai tahap keyakinan
yang rendah dalam membuat keputusan kewangan berbanding dengan pelajar lelaki.

Dapatan ini menjelaskan mengapa lelaki lebih celik dalam hal berkaitan pengurusan kewangan
berbanding perempuan. Selain itu, analisis data di dalam kajian yang dilakukan oleh Zaimah et
al. (2012) juga menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada pelajar lelaki mengetahui
tentang kuasa beli lebih daripada pelajar perempuan. Dapatan ini dapat dibuktikan apabila
majoriti pelajar lelaki dapat menjawab kebanyakan soalan di dalam borang kaji selidik kajian
tersebut dengan betul berbanding pelajar perempuan.

Bagi faktor demografi yang seterusnya iaitu terdapat perbezaan yang signifikan antara semester
pengajian pelajar dengan amalan pengurusan pembiayaan pendidikan. Kajian ini mendapati
bahawa pelajar senior (melebihi empat semester) lebih baik dalam menguruskan pembiayaan
pendidikan yang diperoleh. Pengalaman pembelajaran meningkatkan pengetahuan pelajar
tentang pengurusan kewangan. Ini bermakna pengurusan pembiayaan menjadi semakin baik
seiring dengan peredaran masa. Pengalaman ini menyumbang kepada latar belakang pendidikan
yang semakin baik dlam pengurusan kewangan pelajar.

Hasil kajian yang dilakukan oleh Rubayah, Janor, dan Khamis (2015) yang menunjukkan
bahawa fakulti yang berasaskan pengajian dalam bidang kewangan mempunyai nilai purata
pengetahuan kewangan yang tinggi. Dapatan ini ternyata selari dengan dapatan kajian oleh
Mandell (2008) yang mendapati tahap tingkah laku kewangan pelajar yang tinggi yang
dipengaruhi oleh latar belakang pendidikan kewangan yang baik. Pelajar-pelajar yang terlibat
dalam kajian ini telah didedahkan dengan silibus-silibus pengajian yang berkaitan secara
langsung dengan pengurusan kewangan. Menurut Beal dan Delpachitra (2003), Volpe, Chen, dan
Pavlicko (1996), Peng et al. (2007), dan Robb dan Sharpe (2009) menyatakan bahawa pelajar
dari jurusan perniagaan lebih berpengetahuan tentang pengurusan kewangan peribadi daripada
pelajar bukan mengkhusus kepada jurusan perniagaan.

Bagaimanapun dalam kajian ini status perkahwinan dan sumber pembiayaan bukan faktor yang
mempengaruhi amalan pengurusan kewangan pelajar. Hasil kajian ini bertepatan dengan kajian

607
Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)
e-ISBN: 978-967-2122-15-9

oleh Rubayah, Janor, dan Khamis (2015) apabila sumber pembiayaan pendidikan tidak
mempengaruhi tahap tingkah laku kewangan pelajar.

PENUTUP
Hasil kajian ini dapat menyumbang kepada penambahan sumber rujukan berkaitan kajian dalam
aspek tingkah laku kewangan dan amalan pengurusan pembiayaan pendidikan khususnya dalam
kalangan pelajar di institusi pengajian tinggi. Kualiti hidup pelajar boleh dipertingkatkan selari
dengan kepesatan ekonomi dan peningkatan kos sara hidup. Pihak penaja khusunya Perbadanan
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) misalnya boleh memanfaatkan hasil dapatan
kajian ini bagi meningkatkan jumlah pembiayaan bagi memenuhi keperluan pelajar pada masa
kini. Keadaan ekonomi yang semakin pesat menuntut kos perbelanjaan sara diri yang tinggi.
Oleh itu jumlah pembiayaan yang setimpal perlu dilaksanakan bagi membantu golongan pelajar
meneruskan pengajian dan kehidupan di kampus dengan sempurna.

Rujukan
Ahsan, M.H. 2013. Financial literacy research on undergraduate students in Malaysia:
Current literature and research opportunities. International Journal of Education and
Research. 1(11): 1-12.

Beal, D.J., & S.B. Delpachitra. 2003. Financial literacy among Australian university
students. A Journal of Applied Economics and Policy 22(1): 65-78.
Bernheim, B., Douglas, D., dan Garrett, M. (2003). The effects of financial education in the
workplace: evidence from a survey of households. Journal of Public Economic. 87,
1487–1519.
Brigham, E. F., Houston, J. F., Jun-Ming, H., Yoon Kee, K., & Bany-Ariffin, A.N. 2014.
Essentials of Financial Management. 3rd Edition. Cengage learning. Singapore.

Chen, H.& R.P. Volpe. 1998. An analysis of personal financial literacy among college
students. Financial Services Review 7(2): 107-128.

Dahlia, I., Rabitah, H. & Zuraidah. 2009. A study on Financial Literacy of Malaysia Degree
Students. Cross Cultural Communication 5(4): 51-59.

Henry, R.A, Weber, J.G., dan Yarbrough, D. (2001). Money management practices of college
students. College Student Journal. 35 (2), 230 -244.

Jodi, L.P. & Phyliss, J. J. (1998). The impact of financial attitudes and knowledge on
financial management and satisfaction of recently married individuals. Financial
Counseling and Planning, 9, 2, 59-75.

Jorgensen, B.L. & Savla, J. (2010). Financial literacy of young adults: The importance of
parental socialization. Family Relations, 59, pp. 465-478.
Jumaat Abd Moen, Ahmad Raflis Che Omar, Zaimah Darawi & Hamdino Hamdan. 2012.
Amalan pengurusan pembiayaan pendidikandi Kalangan Usahawan Asnaf. Prosiding
PERKEM VII: 762-769.
608
Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)
e-ISBN: 978-967-2122-15-9

Mandell, L. 2008. The Financial Literacy of Young American Adults: Results of the 2008
National Jump$tart Coalition Survey of High School Seniors and College Students
University of Washington and the Aspen Institute.

Mien Nguyen Thi Ngoc,Thao Thran Puong. 2015. Factors Affecting Personal Financial
Management Behaviors : Evidence from Vietnam. Proceedings of the Second Asia
Pacific Conference on Global Business, Economics, Finance and Social Sciences
(AP15Vietnam Conference).

Mokhtar, N.A.A., Sabri, M.F., Hashim, A.H., Rahim, H.A. & Othman, M.A. 2013. Tingkah laku,
sosialisasi, tingkah laku dan kompetensi kewangan dalam kalangan kanak-kanak. Jurnal
Pengguna Malaysia 21(Disember): 1-15.

Nik Nurul Amni Nik Lee & Hussin Salamon. 2012. Kompetensi Pengurusan Kewangan Dalam
Kalangan Pelajar: Kajian Terhadap Pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains Sukan). Universiti Teknologi Malaysia.

Nuraini Abdullah, Sabri, M.F., Rahim, H.A., Othman, M.A., Arif, A.M.M. & Zakaria, N.F.
2013. Pengurusan kewangan dalam kalangan pekerja muda. Jurnal Pengguna Malaysia
21 (Disember): 16-34.
Robb, C. A., & Sharpe, D. L. (2009). Effect of personal financial knowledge on college students’
credit card behavior. Journal of Financial Counseling and Planning, 20(1), 25-43.

Rubayah Yakob, Janor, H. & Khamis, N. A. 2015. Tahap Tingkah laku Kewangan dalam
Kalangan Pelajar Universiti Awam: Kajian Di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal
Personalia Pelajar 18: 97-116.

Sabri, M. F., MacDonald, M., Masud, J., Paim, L., Hira T. K., & Othman, M. A. 2008.
Financial Behaviour and Problems among College Students in Malaysia: Research
Sohn, S. H., Joo, S. H., Grable, J. E., Lee, S., and Kim, M. (2012). Adolescents’ financial
literacy: The role of financial socialization agents, financial experiences, and money
attitudes in shaping financial literacy among South Korean youth. Journal of
Adolescence,Vol. 35 No. 4, pp. 969-980.

Volpe, R. P., Chen, H., & Pavlicko, J. J. (1996). Personal investment literacy among college
students: a survey. Financial Practice and Education, 6(2), 10.

Zaimah, R., Sarmila, M. S., Lyndon, N., Azima, A. M., Selvadurai, S., Saad, S., & Er, A. C.
(2012). Tingkah laku kewangan guru di Bandar Baru Bangi. Asian Social Science, 9(8), 34–41.
and Education Implication. Consumer Interests Annual 54: 5

609

Anda mungkin juga menyukai