Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS,

56000 KUALA LUMPUR

JABATAN PENGAJIAN MELAYU

Nama Pelajar : AIMAN DARWISY WOK BIN AZMAN

Angka Giliran : 2019172340091


No Kad Pengenalan : 000604100913
Kumpulan/Unit : G2.1
Kod Kursus : BMMB3033
Nama Kursus : KESUSASTERAAN MELAYU
Nama Pensyarah : ENCIK AMAT TAROP BIN SUMO
Tarikh Hantar : 19 MAC 2020
Pengesahan Pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah
saya rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Tarikh:

Markah:

1.0 PENGENALAN
Novel yang telah saya kaji ialah “Hatimu Aishah” hasil nukilan Dato’ Dr. Zurinah Hassan.
Beliau merupakan salah seorang Sasterawan Negara Ke-13 (2015) yang bergiat aktif dalam
dunia penulisan. Zurinah Hassan sebagai penulis wanita pertama yang menerima anugerah
tersebut . Novel Hatimu Aisyah ini berkisarkan “rakaman dekad” yang menggambarkan
jurang antara dua generasi . Aisyah telah dididik secara tradisional yang segala-galanya
mesti akur dengan norma masyarakat dan orang-orang tua . Apabila membina keluarga
sendiri , suasananya telah berubah . Anak-anaknya menyanggah ‘kebenaran’ yang
dipelajarinya dahulu dan membantah peraturan adat yang mereka anggap lapuk . Semua
tindakan mereka ini tidak pernah terlintas untuk dilakukan pada zaman dahulu .

2.0 KRITIKAN NOVEL

Kritikan novel menggunakan pendekatan struktural terhadap novel HA ini dapat


dilihat pada keseluruhan novel ini yang melukiskan konflik jiwa Aisyah dalam menyelusuri
perjalanan kehidupan peralihan masyarakat Melayu pada zaman 1930-an kepada zaman
perkembangan kemodenan dan kemajuan . Novel ini juga menggambarkan kehidupan
orang kampung yang yang sangat menjaga peraturan adat daripada nenek moyang
terdahulu agar nama baik keturunan sentiasa terjaga . Hal ini dapat dilihat dalam petikan
dalam novel ini;

Namun dia mesti terus membuat kerja di dapur kerana dia seorang perempuan .
Kalau tidak tahu memasak , bagaimanakah dia akan hidup kerana orang perempuan mesti
berkahwin dan memasak untuk anak-anak dan suaminya . Sebagai seorang anak dia mesti
membuat setiap kerja yang disuruh oleh ibunya . Sejak kecil lagi dia diajar untuk tidak
membantah cakap ibu sepatah pun .

Bab 2 , Hatimu Aisyah

Petikan di atas menunjukkan , pemikiran kolot orang Melayu terdahulu yang hanya
menganggap seorang perempuan perlu dibentuk untuk melayan suaminya apabila sudah
berkahwin . Situasi ini ditulis pada awal novel yang membuktikan persembahan jalan cerita
yang sangat teratur iaitu bermula pada zaman 1930-an seterusnya berlaku peralihan ke
zaman perkembangan kemodenan . Misalnya :
Dahulu semasa dia sebesar mereka tidak ada sekolah di kampung . Sekarang ini
sudah ada sekolah di merata-rata , Orang-orang kerajaan selalu datang ke kampung dan
bersyarah menyuruh semua menghantar anak-anak ke sekolah tidak mengira lelaki atau
perempuan .

Bab 17 , Hatimu Aisyah

Petikan diataskan ialah contoh situasi berlaku perkembangan . Apabila berlaku


perubahan zaman , penggunaan bahasa lebih jelas dan mudah difahami jika ingin
dibandingkan pada awal novel yang menggunakan bahasa yang hanya mampu didengari
apabila kita berada di dalam kawasan pendalaman . Penerangan setiap keadaan yang
sangat terperinci akan membuatkan anda seolah-olah turut terbabit di lokasi tersebut
sepanjang membaca novel ini . Bagi perkataan yang jarang didengari , penulis amat prihatin
dengan menyediakan glosari di akhir novel ini . Selanjutnya , tajuk novel ini sangat
bertepatan dan sesuai dengan isi kandungannya yang mengisahkan Aisyah yang sentiasa
dalam dilema hatinya dalam membuat keputusan memilih antara mengikut adat yang sudah
ketinggalan ataupun memilih kemajuan yang menjadi kutukan .

Selain itu , pengarang juga banyak menyelitkan teori pengkaedahan keagamaan dan
pemikiran agama dalam novel ini menunjukkan novel ini berlatarbelakangkan Agama Islam
sebagai panduan . Antara contoh peristiwa , Aisyah sekeluarga tidak pernah meninggalkan
waktu solat walaupun sesibuk manapun berkerja dan Ayub yang sibuk sebagai imam
masjid. Peristiwa seperti ini bagi saya amat penting kerana membuktikan walaupun zaman
berubah tetapi agama tidak pernah dilupakan ataupun lapuk dek telan zaman . Hal ini
merupakan pengajaran tersirat yang akan dipelajari apabila pembaca mendalami novel ini .

Di samping itu, pengkarya cuba menyampaikan mesej kepada pembaca iaitu sebuah
perjalanan hidup yang sangat konflik apabila berlaku pertembungan dua generasi berbeza .
Walaubagaimanapun , pada pendapat saya terdapat kekurangan dalam penulisan ini
seperti kurang penceritaan mengenai kisah cinta Aisyah dan Ayub . Hal ini menyebabkan
wujud persoalan sebanyak manakah rasa kasih antara Aisyah dan Ayub . Satu bab sahaja
sudah cukup bagi menceritakan kisah hubungan mereka yang menjadi tanda tanya dan
pengkarya mengambil jalan pintas dengan melajukan penceritaan ini dari perkahwinan
Aisyah terus kepada peristiwa Aisyah hamil. Selain itu , saya merasakan penulis boleh
membuat pengakhiran yang lebih menyayat dan menyentuh hati secara jelas .Novel Hatimu
Aisyah ini diakhiri dengan anologi ;
Seperti burung itu , Aisyah telah membina kehidupan . Dia telah melepaskan anak-
anaknya untuk membina kehidupan masing-masing . Dia telah menjalankan tugas dan
tanggungjawabnya . Dia berasa nyaman dan lega apabila menyedari yang dia telah
menjalankan amanah dan tanggungjawabnya dengan baik .

Bab 26 , Hatimu Aisyah

Anologi tersebut membawa makna yang sangat tersirat dan pembaca perlu berfikir
secara kritis bagi mendalami maksud ayat tersebut . Hanya sesetengah orang sahaja dapat
memahami mesej yang ingin disampaikan pada anologi tersebut . Walaupun begitu , binaan
plot novel ini sangat lancar dan mudah difahami . Penceritaan yang sangat jelas mengikut
susunan kronologi walaupun terdapat beberapa teknik plot imbas kembali yang memberi
jaminan agar pembaca tidak keliru lalu bosan dalam membacanya . Kurangnya penggunaan
teknik plot saspens dan kejutan menjadikan jalan cerita yang smooth and steady , bak kata
orang putih .

Kritikan dari aspek watak pula . terdapat kepincangan apabila wujud pengenalan
watak sampingan yang terlalu banyak dalam waktu yang singkat seperti anak-anak saudara
Aisyah dan cucu-cucu Aisyah sehingga wujud kekeliruan ditambah pula kurang pendedahan
akan watak-watak tersebut . Lanjutan daripada itu , terdapat juga watak yang perlu diberi
pujian . Sebagai contoh watak ibu kepada Aisyah . Ibu ialah seorang yang memegang erat
akan peribahasa biar mati anak jangan mati adat . Setiap tingkahlaku dan perbuatan Aisyah
dijaga sepenuhnya sewaktu dia masih lagi dalam gelaran anak dara . Walaupun terdapat
peristiwa yang menunjukkan Aisyah dimarahi oleh ibunya namun sebenarnya ibu mahukan
yang terbaik bagi Aisyah apabila menjadi isteri kelak . Perwatakan seperti ini sememangnya
seperti harus diberi pujian kerana melibatkan unsur plot twist .
Watak Aisyah sendiri dapat memberi tiga nilai murni yang diperoleh daripada novel
Hatimu Aisyah . Berdasarkan kronologi , Aisyah mengajarkan kita nilai kepatuhan diikuti
kesedaran dalam melakukan kesilapaan dan diakhiri berfikiran jauh . Peristiwa yang
menyokong nilai tersebut ialah apabila Aisyah pada mulanya menghalang Jamilah untuk
terus menyambung persekolahan demi menjaga nama baik keturunan apabila ditegur oleh
ibunya . Ekoran daripada itu , dia mengetahui apa yang dia lakukan itu adalah salah maka
dia belajar dari kesilapan dengan membenarkan anak lelaki untuk ke sekolah inggeris . Akhir
sekali , dia membenarkan semua anaknya merantau jauh mencari ilmu bagi membantu
bangsa supaya tidak ketinggalan zaman . Saya amat menyukai watak Aisyah sebagai watak
utama yang menjadi tumpuan perkembangan cerita. Watak ini berperanan penting dari awal
hingga akhir cerita dalam membangunkan setiap keadaan .

Gaya bahasa klasik ialah antara yang menarik minat saya untuk terus baca . Saya
sebagai seorang pemuda yang duduk di bandar akan sentiasa tertanya apakah maksud
perkataan tersebut . Keindahahan gaya bahasa klasik ini akan memberi suatu gambaran
kepada para pembaca sehingga dapat membayangkan setiap perkakas yang ada , situasi
yang berlaku dan aktiviti yang dilakukan . Contohnya :

Aisyah melangkah lemah ke dapur dan turun ke perigi melalui tangga pelantar yang
dibuat daripada batang nibung . Dia hampir terlupa untuk berhati-hati semasa memijak anak
tangga penghabisan yang sudah patah semalam . Aisyah turun ke tanah . Halaman rumah
yang berpasir itu beransur-ansur memutih kerana cahaya matahari sudah masuk melalui
celah-celah daun kelapa dan pohon-pohon lain yang merimbun di sekeliling rumahnya .

Bab 1 , Hatimu Aisyah

Secara kesimpulannya, novel ini membawa kita kepada zaman yang dimana adat
yang menjadi panduan hidup lama-kelamaan lenyap bagi memajukan bangsa . Novel ini
akan memberi anda mengimbau kepada sebuah zaman yang tidak pernah anda lalui . Istilah
klasik yang pelbagai membuatkan anda seperti katak bawah tempurung kerana seperti baru
menjumpai perkataan tersebut . Walaupun sedikit kecewa dengan pengakhiran novel
tersebut, tetapi saya amat berpuas hati kerana dapat membaca karya seperti ini. Timbul
perasaan yang pelbagai dalam diri setelah menghayati peritiwa yang terkandung di dalam
novel ini yang kadang kalanya menghiburkan, sedih dan marah. Karya seperti ini wajib
dibaca oleh semua rakyat Malaysia kerana ia mengandungi nilai-nilai sejarah, nilai
kemanusiaan, sosial dan motivasi dalam menginspirasikan kita untuk dijadikan renungan
dan lebih bersemangat menempuh arus kehidupan.
3.0 RUJUKAN

HASSAN, Z. (2017). HATIMU AISYAH. KUALA LUMPUR : DEWAN BAHASA PUSTAKA.