Anda di halaman 1dari 16

1.

0 PENGENALAN

Berdasarkan tajuk kajian lapangan saya, masyarakat Baba-Nyonya di Melaka telah


dipilih sebagai subjek kajiannya. Saya bersama dua orang rakan sekelas saya telah pergi ke
Muzium Baba Nyonya yang terletak di Melaka, pada 28 februari yang lepas untuk membuat
kajian tentang ini. Pengurus dalam Muzium itu iaitu Puan Christina menerangkan rumah
atau muzium tersebut serta kehidupan Baba & Nyonya selama satu jam. Menurut Kamus
Bahasa Melayu (Arbak Othman, 1999), Baba adalah keturunan Cina yang menetap di
Melaka sejak pemerintahan Sultan Mansur Syah dan mengamalkan kebudayaan Melayu
iaitu termasuk pertuturan, pakaian, makanan dan sebagainya.

1
2.0 PENULISAN ESEI

 ASAL USUL BABA NYONYA

‘Baba & Nyonya’ ialah segolongan keturunan kaum Cina yang berbeza
kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu,
khususnya di negeri Melaka. Mereka memanggil diri mereka sebagai “Baba” atau
“Peranakan” kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, dan
mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Masyarakat ini dikatakan telah
wujud sejak lebih 600 tahun lalu iaitu ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melayu
Melaka apabila mereka datang untuk berdagang dari Fujian dari China ke Melaka. Lama-
kelamaan mereka mula mengadaptasikan diri dan resapan budaya terhadap suasana sosio-
budaya di persekitaran mereka mula berlaku melalui perkahwinan campur yang berlaku di
antara kaum-kaum Cina dan gadis perempuan tempatan iaitu sama ada gadis perempuan
Indonesia, Thailand atau Melayu yang menetap di Melaka. Dengan ini wujudnya, generasi
seterusnya dipanggil sebagai ‘Baba Nyonya” iaitu lelaki sebagai ‘Baba’ dan perempuan
sebagai ‘nyonya’

Rajah 1.0 Contoh Pasangan Baba Nyonya.

2
 AMALAN AGAMA

Dari segi amalan agama, kebanyakannya mereka masih mengekalkan agama


Taoisme dan Buddhisme iaitu tradisional Cina dan Buddha, dan bangsa mereka dikekalkan
sebagai kaum Cina. Namun terdapat juga ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian
yang amat popular di kalangan remaja. Pada zaman dahulu, Baba dan Nyonya
mengamalkan agama-agama tradisional Cina, seperti menyambut Tahun Baru Cina dan
Perayaan Tanglung, sambil mengamalkan adat-resam Melayu dan penjajah barat.

 BUDAYA DAN BAHASA

Dari segi budaya pula, boleh dilihat dari segi masakan, perkahwinan pemakaian,
kelahiran dan kematian. Masakan kaum Baba Nyonya berasal dari masakan Cina tetapi
disesuaikan dengan selera kaum Baba Nyonya yang gemarkan masakan pedas. Masakan
Nyonya biasanya pedas dan menggunakan banyak cili, kerana bagi mereka, penggunaan
cili yang banyak dalam masakan adalah satu identiti yang membezakan di antara
masyarakat Baba dan Cina. Mereka juga mahir menyediakan makanan masakan Melayu
termasuk kuih-muih seperti dodol, wajik, tapai, bahulu, onde-onde, apam balik, kuih koci di
samping membuat cendol,tapai pulut dan minyak kelapa. Kuih-muih tradisional Baba pula
terdiri daripada kuih bakul atau tih kuey dan kuey-ku yang berbentuk kura-kura berwarna
merah, biru dan hitam. Di antara masakan nyonya yang menerima budaya Melayu adalah
seperti penggunaan belacan, bauh keras, asam, lengkuas, serai dan acar.. Selain itu kuih
cang nyonya dan kuih cang abu juga merupakan masakan istimewa bagi kaum Baba.

Rajah 1.1 Contoh masakan Baba Nyonya.

3
Dari segi perkahwinan pula, Perkahwinan tradisional Baba-Nyonya merupakan satu
majlis yang akan berlangsung selama 12 hari. Segala urusan mencari jodoh bagi anak
perempuan akan diuruskan oleh ibu bapa dan para perempuan tidak dibenarkan
membantah keputusan orang tua. Jika seseorang perempuan itu belum berkahwin sebelum
usia 20 tahun mereka akan dianggap sebagai anak dara tua, mereka juga akan mengalami
kesukaran dalam soal mencari jodoh. Bagi pihak lelaki pula, mereka selalunya akan
berkahwin dalam usia 20 tahun. Masyarakat Baba-Nyonya mempunyai adat istiadat
perkahwinan yang hampir serupa adat istiadat perkahwinan masyarakat Melayu tetapi masih
lagi tidak meninggalkan adat perkahwinan masyarakat Cina.

Permulaan majlis perkahwinan Baba-Nyonya bermula apabila pihak pengantin


perempuan menerima rombongan peminangan daripada pihak pengantin lelaki setelah
selesai dengan upacara merisik calon iaitu yang akan dilakukan oleh orang tengah yang
diupah oleh ibu bapa pengantin lelaki, tugasnya adalah untuk merisik tentang latar belakang
gadis tersebut dari segi budi bahasa, bicara kata, perlakuan dan paras rupa bagi
memastikan gadis tersebut sesuai dengan keluarganya. Seterusnya adalah bertunang. Hari
pertunangan ditentukan oleh kedua belah pihak mengikut calendar Cina, Setelah menyetujui
peminangan tersebut, orang tua pasangan pengantin akan menguruskan tarikh
melangsungkan perkahwinan dan mereka memilih satu hari yang baik (bertuah) dengan
menggunakan kalendar Cina. Masyarakat Baba amat mementingkan tarikh menentukan hari
bertunang kerana kaum Baba percaya pertunangan yang dijalankan pada hari yang tidak
sesuai akan mempengaruhi kebahagiaan bakal pengantin. Baba-Nyonya akan
melangsungkan perkahwinan dengan penuh istiadat, pengantin akan memakai pakaian
yang lengkap dengan dihias pelbagai aksesori yang menarik dan tradisional. Pakaian
pengantin biasanya diperbuat dari kain sutera yang disulam dengan benang emas, kasut
pengantin perempuan pula ditekat dengan benang emas atau perak. Jemputan akan
dikeluarkan yang dipanggil “antah sireh”. Mereka tidak menggunakan kad jemputan
sebaliknya menghantar wang yang mengandungi kacang, limau dan daun sirih (sekapur
sirih) sebagai ganti. Seorang Nyonya tua akan pergi ke rumah-rumah tertentu untuk
menghantar jemputan ini, walaupun setiap keluarga menerima sehelai daun sirih tetapi ia
bermaksud untuk menjemput seluruh keluarga ke majlis perkahwinan itu. Sehari sebelum
perkahwinan tersebut, pasangan Nyonya tua akan dijemput untuk memberi kata-kata
hikmah sambil menyikat rambut pengantin tersebut dengan harapan perkahwinan tersebut
dapat kekal lama. Rambut pengantin lelaki juga akan disikat dan dicukur untuk
menggambarkan bahawa pengantin sudah dewasa dan bersedia memikul tanggungjawab
sebagai suami dan bapa. Mencukur rambut membuktikan kepada masyarakat bahawa
pengantin lelaki adalah dari golongan yang baik serta untuk menghilangkan unsur jahat

4
yang terdapat pada diri pengantin lelaki. Manakala bakul pula digunakan sebagai hantaran
perkahwinan dan pemberian hadiah. Bakul ini diperbuat daripada buluh, kayu dan dibalut
dengan kertas tebal atau kulit didalamnya diisi dengan pelbagai juadah makanan, dan
barang hiasan emas.

Rajah 1.2 : Barang- barang emas hiasan yang akan dipakai oleh pengantin
perempuan.

Rajah 1.3 : Katil pengantin baru

5
Rajah 1.4 : Contoh model pengantin perempuan yang
siap berhias untuk perkahwinan.

Dari segi pakaian pula, masyarakat Baba dan


Nyonya mempunyai pengaruh daripada cara berpakaian
masyarakat Melayu. Kebanyakan generasi Nyonya yang
terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan kain
sarung sebagaimana yang dipakai oleh kaum perempuan
masyarakat Melayu. Pakaian kebaya dan sarung ini merupakan pakaian tradisional nenek
moyang mereka yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Warna yang sering
menjadi pilihan kaum nyonya adalah seperti warna-warna yang terang dan corak bunga-
bunga kecil seperti warna kelabu, putih, dan merah. Baba-Nyonya yang kaya kebiasaannya
akan memakai tiga lapisan pakaian. Lapisan pertama adalah pakaian dalam, lapisan kedua
adalah baju yang dijahit dengan benang emas dengan benda-benda yang boleh melindungi
tubuh mereka, lapisan ketiga adalah pakaian yang dipakai mengikut adat resam mereka
seperti baju kebaya dengan baju Melayu.Kebaya yang dipakai masyarakat Baba-Nyonya
memerlukan tiga pasang kerongsang untuk dijadikan butang . Kasut yang dipakai Baba-
Nyonya adalah kasut manik dan dijahit dengan manik-manik kaca kecil bersegi-segi halus.

6
Rajah 1.5 : Contoh pasangan kerongsang untuk dijadikan butang.

Baba-Nyonya juga biasanya menyambut adat kelahiran dan kematian di dalam bilik
anak-anak mereka. Sekiranya ada kematian, ahli keluarga terdekat akan pakai pakaian
hitam. Hanya pinggan, mangkuk yang berwarna putih dan biru akan digunakan selepas
kematian. Mereka tidak akan sambut sebarang sambutan untuk 3 tahun berterusan selepas
kematian. Lilin besar akan dipasang di luar rumah sebagai tanda ada kematian di rumah.
Kertas akan dilipat dalam bentuk wang zaman dahulu dan letak dalam bakul. Pada hari
pekebumian, kertas ini akan dibakar sebagai tanda menghantar wang kepada mereka
selepas mati untuk kegunaan mereka di dunia lain. kebiasaannya, mayat yang lebih tua
akan disimpan selama lima hari manakala mayat yang lebih muda akan disimpan selama
sehari sahaja. Sutera kain yang digunakan untuk menutup mayat akan diwarisi oleh nenek-
moyang kepada generasi seterusnya. Selain itu, sambutan kelahiran seseorang pula akan
disambut dengan tema warna merah. Masyarakat Baba juga menghidangkan nasi kunyit
dan sejenis mee yang dibuat khas iaitu “mee sua tau” semasa menyambut kelahiran
seseorang. Mee ini dipercayai dapat memenuhi hajat serta memanjangkan umur.

7
Rajah 1.6 : Contoh pinggan mangkuk berwarna biru dan putih yang akan
digunakan selepas kematian.

Dari segi bahasa pula, kaum Baba Nyonya yang wujud pada hari ini bertutur dalam
bahasa Baba “ Baba Malay” iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh
kebanyakan orang Melayu, Cina berbanding dengan Melayu. Masyarakat baba Nyonya fasih
bertutur bahasa Melayu. Kebanyakan mereka menggunakan perkataan Melayu tetapi
bercampur dengan bahasa Cina yang dikenali sebagai ‘frasa Hokikien’.

Contoh ‘frasa Hokkien ialah’ :

Saya = goa (bahasa Hokkien)

Anda = lu (bahasa Hokkien)

 SISTEM BERMASYARAKAT

Dalam sistem keluarga, masyarakat ini lebih memberatkan pihak lelaki atau pihak
sebelah bapa. Walaupun anak lelaki lebih penting untuk meneruskan zuriat namun anak
perempuan tetap tidak akan diabaikan. Bagi masyarakat Baba, anak lelaki mahupun anak
perempuan tetap akan diberikan hak mewarisi harta ibu bapa mereka yang mana anak lelaki
akan mewarisi harta pusaka keluarganya, sementara anak perempuan akan mewarisi harta
dalam bentuk barangan kemas dan wang tunai bagi menyara kehidupan seterusnya.
Masyarakat Baba Nyonya dengan masyarakat Cina mempunyai paras rupa yang tidak jauh
berbeza. Namun begitu, kita dapat membezakan masyarakat Baba Nyonya dengan

8
masyarakat Cina berdasarkan nama mereka yang mana masyarakat Baba Nyonya
mengamalkan sistem nama yang unik iaitu nama tengah dan nama akhir mereka akan
dikongsi bersama ahli keluarga yang lain.

 SENI BINA RUMAH DAN TEMPAT IBADAT

Muzium Baba Nyonya yang dikunjungi oleh kami merupakan rumah yang pernah
didiami oleh 4 generasi Baba Nyonya sebelum ia dibuka sebagai Muzium Baba Nyonya.
Chan Cheng Siew merupakan pengasas rumah ini dan juga dikenal sebagai ‘baba’ pertama
yang memulakan resapan budaya di Melaka dan isterinya dikenali sebagai Nyonya. Rumah
ini dibina pada tahun 1896. Rumah ini merupakan gabungan tiga bahagian iaitu bahagian
pertama adalah ruang tamu untuk tetamu , kedua pula untuk saudara-mara yang terdekat
dan ketiga adalah untuk gadis yang belum berkahwin. Rumah mereka panjang Ini adalah
kerana geran tanah dikira dari segi lebar dan bukan dari segi panjang rumah tersebut.
Panjang rumah ini kebiasaanya 200 kaki dengan lebar rumah yang agak sempit .
Kebanyakan rumah di Melaka dikenali sebagai ‘rumah panjang’ kerana kaki rumah yang
panjang. Pertengahan rumah Baba terdapat ruang terbuka untuk membolehkan cahaya
memasuki ruang rumah mereka kerana rumah mereka tidak terdapat tingkap kerana tinggal
bersebelahan dengan jiran mereka. Bilik tidur tuan rumah biasanya terdapat lubang kecil di
tingkat atas untuk melihat siapa yang datang menziarahi mereka dan juga sebagai tujuan
keselamatan. Lantai di rumah ini dibina dengan ‘Jubin marmar Victoria’dari England dan
kebanyakan dilengkapi dengan perabot kayu hitam.

Rajah 1.7 : Ruang tamu rumah Baba Byonya.

Terdapat juga ‘Guest Hall’ atau dikenali sebagai ‘Thia Besar’ dalam rumah tersebut
yang merupakan tempat bagi tetamu luar untuk menginap di sana. Hanya tetamu lelaki yang
dibenarkan untuk tinggal di sana. Ruang tamu ini juga dikenali sebagai ‘ Guest Reception

9
Hall’. Terdapat sebuah pintu pagar atau dipanggil ‘swing door’ dalam ruang tetamu tersebut.
Tujuannya adalah untuk menghalang orang luar daripada memandang ke dalam dan untuk
memberi privasi kepada tetamu serta untuk pengudaraan yang baik dalam bilik itu. Terdapat
lukisan dari China yang berusia lebih daripada 100 tahun yang tergantung pada dinding bilik
ini. Lukisan itu melambangkan tiga perkara. Pertama sekali, ‘kelawar’ dalam lukisan itu
merujuk kepada ‘kegembiraan’. ‘Rusa’ melambangkan ‘kemakmuran’ dan ‘burung putih &
hitam pula merujuk kepada ‘usia berpanjangan’ Semua perabot yang ada dalam rumah
tersebut adalah diimport dari China dan berusia lebih 100 tahun. Pembinaan rumah ini
hanya menggunakan ‘gam’ dan tiada kegunaan paku.

Bilik sebelah bilik tetamu ialah ‘Thia Gelap’ atau dikenali sebagai ‘Dark Hall’.
Terdapat lubang kecil di antara pintu penghalang di bilik ini bagi gadis-gadis menengok dan
mengintip keadaan di luar, contohnya semasa peminangan dilakukan, anak-anak gadis
boleh menengok rupa paras bakal suami mereka melalui lubang kecil tersebut. Hal ini
demikian kerana, pada masa dahulu, gadis tidak dibenarkan keluar menjemput atau
menyambut tetamu dan mereka tidak perlu bekerja kerana mereka tidak boleh menonjolkan
muka mereka kepada dunia luar. Pada masa dahulu, kaum perempuan dijaga rapi oleh ahli
keluarganya.

Baba-Nyonya juga mempercayai “Fengshui”. Kebanyakkan rumah Baba-Nyonya


terdapat perigi di pertengahan rumah untuk mengisi air hujan dan dipercayai air tersebut
melambangkan kekayaan. Mereka juga mempercayai ikan boleh membawa tuah kepada
keluarga. Oleh itu, kebanyakan mereka mengukir corak ikan di sekeliling perigi. Tangga
rumah Baba terdapat corak yang diukir dengan emas dan papan kunci untuk mengunci
tangga tersebut. Baba-Nyonya mengunci tangga mereka untuk menghalang anak-anak
mereka daripada jatuh dan menghalang suami mereka naik ke atas bilik kerana balik lewat.
Dapur di rumah mereka hanya membenarkan ahli keluarga terdekat untuk memasukinya.
Terdapat sebuah gong yang tergantung di dapur yang akan dipukul sekali untuk
mengeluarkan bunyi sebagai isyarat memangil anak-anak untuk makan malam.

10
Rajah 1.8 : Gong yang digunakan untuk memberi isyarat kepada anak-anak
untuk makan malam.

Rajah 1.9 : Bahan-bahan yang terdapat dalam dapur.

11
Rajah 2.0 : Contoh Meja Makan Masyarakat Baba Nyonya

Masyarakat Baba Nyonya menganuti agama Buddha dan meraikan Tahun Baru
Cina. Mereka mempercayai kewujudan dewa-dewi. Masyarakat Baba sering menziarahi
tokong-tokong Buddha untuk bersembahyang. Mereka juga merupakan golongan yang
begitu taat dan setia terhadap ajaran agama Buddha. Ketaatan inilah yang menunjukkan
bahawa kaum Baba ini masih mengekalkan amalan serta kepercayaan kebanyakan orang
Cina. Buktinya, mereka akan meletakkan satu sudut sebagai tempat pemujaan di ruang
rehat walaupun ruangan tersebut kecil dan kaum Baba juga akan bersembahyang pada
setiap pagi sebelum melakukan sebarang pekerjaan, amalan ini dikatakan untuk menjauhi
maksiat dan memohon restu supaya dielakkan dari kecelakaan.

 PEKERJAAN / PERGANTUNGAN EKONOMI

Akhir sekali, dari segi pekerjaan pula, mereka lebih bergantung kepada penjualan
rempah- ratus. Mereka juga mengamalkan penanaman sayur-sayuran secara kecil dan lebih
menumpukan kepada bidang penanaman pokok getah dan kelapa sawit. Hanya kaum lelaki
yang akan berkerja unutuk menyara keluarga mereka.

12
3.0 KESIMPULAN

Kebudayaan masyarakat Baba mempunyai kebudayaan yang unik dan menarik yang
perlu dipelihara oleh masyarakat Baba itu sendiri supaya keunikan budaya mereka tidak
dipingggirkan. Identiti mesyarakat Baba adalah hasil daripada proses akulturasi dan telah
dianggap sebagai adaptasi daripada masyarakat Melayu, hampir keseluruhan aspek
kehidupan masyarakat Melayu seperti masakan, pakaian, tutur kata dan sebagainya telah
diamalkan dalam cara hidup mereka, disebabkan oleh proses akulturasi inilah maka
kebudayaan masyarakat Baba dilihat begitu tersendiri dan menarik. Kewujudan masyarakat
Baba dan Nyonya di Malaysia juga telah mewarnai serta menyerikan lagi variasi
kebudayaan di Malaysia. Ini membuktikan bahawa kebudayaan yang berbilang dalam
sebuah negara itu dapat mengharmonikan serta mengeratkan perpaduan rakyat itu sendiri.

13
4.0 BIBLIOGRAFI

Azhar Md Aros, Ahmad Zaki Haji Latiff & Azam Hamzah (2009), Buku Revisi untuk
Tamadun
Islam dan Tamadun Asia, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti

Adibah Sulaiman & Mashitah Sulaiman (2009), Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.

Esa Khalid & Mohd. Azhar Abd. Hamid (2004), Beberapa aspek tamadun Melayu,
India,China,
dan Jepun, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Asman Ahmad & Rosnah Ramli. (1997). Masyarakat Baba. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar
Bakti

Khoo May Hwa & Judy Tam Shu Mee. (2008). Masakan Nyonya Melaka Peranakan.
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti

Tan Chee Beng. (1988). The Baba Of Malacca: Culture and Identity of a Chinese
Community in
Malaysia. Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.

http://zahirzainudin.blogspot.my/2015/12/masyarakat-baba-dan-nyonya-di-melaka.html

14
LAMPIRAN

15
Rajah 2.1 : Saya di lapangan kajian iaitu di Muzium Baba Nyonya di Melaka.

Rajah 2.2 : Saya bersama 2 orang rakan saya dengan pengurus muzium Baba
Nyonya iaitu Puan Chritstina di Melaka.

16

Anda mungkin juga menyukai