Anda di halaman 1dari 2

Kelas PRKA 3012 Perancanagan Pengajaran Dan Pembelajaran

Tarikh/ Hari : 19. 04. 2020 / Ahad


Masa : 9.30 – 11.30 pagi ( 2 Jam )
Kelas : PJ 1

TUGASAN

1. Setiap pelajar diminta untuk membuat 4 set RPH.


2. 2 RPH Tajuk, Standard Kandungan, Standard Pembelajaran yang sama tetapi objektif
pembelajaran dan aktiviti berbeza.
3. Lagi 2 RPH pun sama tetapi tajuk tidak sama dengan nombor 2.
4. Bagi nombor 2 dan nombor 3 RPH yang berbeza.
5. Tugasan adalah dalam bentuk PDF.
6. Tugasan adalah dalam bentuk individu.
7. Masa yang diberikan adalah dari 9.30 – 11.30 pagi.
8. Semua hasil kerja hendaklah dikumpulkan oleh penyelaras.
9. Penyelaras akan menyusun mengikut turutan dan email kepada pensyarah sebelum 12.00
tgh hari.
10. Tugasan perlu lah dibuat secara terperinci mengikut tajuk yang diberi.
11. Pemberian markah adalah untuk menggantikan Tugasan 3 didalam Kerja Kursus iaitu
Pembentangan RPH ( 10% ).

Contoh : 2 RPH tajuknya Permainan dan 2 RPH lagi tajuknya ialah tentang Olahraga
atau mana- mana dua tajuk yang berbeza.

PERINCIAN

1. Setiap pelajar perlu membuat 4 set RPH bagi Tahap 2 ( Tahun 4, 5, 6 ).


2. Perlu memilih hanya satu tahun dan kelas yang sama sahaja.
3. Perlu memilih Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang sama bagi dua RPH.
4. Lagi 2 RPH pun sama tetapi tidak sama tajuk dengan nombor 3.
5. Objektif Pembelajaran yang berbeza bagi dua RPH yang dibina.
6. Kriteria Pembelajaran juga perlu berbeza.
7. Aktiviti dan permainan kecil juga perlu berbeza.
8. Apa yang perlu ada dalam RPH yang dibina.

8.1 Permulaan
8.1.1 Set induksi yang berbeza.
8.1.2 Berbentuk permainan kecil
8.1.3 Ada element muzik atau tarian.
8.1.4 BBM yang menarik.
8.1.5 Jangka masa dalam 3 – 5 minit.
8.2 Perkembangan
8.2.1 Perlu dibuat 2 aktiviti fasa perkembangan ini
8.2.2 Jangka masa bagi setiap aktiviti adalah dalam 6 minit.
8.2.3 Perlu dibuat dalam bentuk permainan kecil.
8.2.4 Ada element Pembelajaran Abad Ke 21 ( PAK21 )

8.3 Kemuncak
8.3.1 Dibuat dalam bentuk permainan kecil.
8.3.2 Perlu dimasukkan Element Merentas Kurikulum seperti Keusahawanan,
Bahasa, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Nilai Murni.
( Pilih satu atau dua element ini )
8.3.3 Aktiviti yany dirancang perlulah mengikut tahap, kemahiran serta pengalaman
sedia ada murid.
8.3.4 Perlu kreatif dan menyeronokkan murid.
8.3.5 Jangka masa adalah dalam 6 minit.

8.4 Penutup.
8.4.1 Aktiviti gerak kendur berbentu dinamik.
8.4.2 Perlu dimasukkan unsur Kecerdasan Pelbagai seperti Verbal Linguistik,
Kinestetik, Logik matematik serta Visual Ruang.
( Pilih satu atau dua unsur ini )
8.4.3 Juga dimasukkan unsur kesenian.
8.4.4 Perlu da lembaran kerja serta sesi soal jawab.
8.4.5 Jangka masa dalam 3 – 5 minit.

9. Perlu ada pengurusan masa untuk pergerakan datang dan balik ke kelas, iatitu dalam
jangka masa kelas yang ditetapkan iaitu 30 minit bagi satu sesi.
10. Jika memasukkan unsur muzik di dalam pembinaan RPH, sertakan sekali audio nya
sekali.
11. Lembaran kerja yang dibina perlu juga disertakan.

SELAMAT MENJAWAB.

#stayathome
#staysafe
#staycalm
#staychill

Anda mungkin juga menyukai