Anda di halaman 1dari 4

Soalan: Sejauh mana gaya kepimpinan guru dapat membantu keberkesanan

organisasi?

Jawapan:

Keberkesanan organisasi bergantung pada gaya kepimpinan warga sekolah. Oleh


itu, semua yang bergelar pemimpin hendaklah mengamalkan gaya kepimpinan
berkesan. Gaya kepimpinan merupakan pendekatan dan cara gaya bertindak yang
digunakan oleh seseorang pemimpin untuk mempengaruhi pengikutnya mencapai
matlamat organisasi (Newstan & Davis, 1993). Pendekatan ini sering dikaitkan
dengan cara penggunaan kuasa yang diamalkan oleh seseorang pemimpin dalam
menetapkan hala tuju organisasi, merancang dan melaksanakan strategi dan
memotivasikan warga sekolah yang dipimpinnya (Mohd Najib Ghafar & Tamyis
Arbah, 2008)

Gaya kepimpinan penting kerana seseorang pemimpin sekolah akan dapat


memainkan peranannya dengan lebih berkesan sekiranya dia mengamalkan gaya
kepimpinan yang bersesuaian dengan situasi dan persekitaran yang terdapat dalam
organisasinya (Stoner & Wankel, 1989). Hal ini kerana gaya kepimpinan yang
diamalkan oleh seseorang pemimpin itu akan mempengaruhi cara dia bertindak dan
membina hubungan dengan pengikutnya. Oleh itu, gaya kepimpinan yang sesuai
berupaya menggerakkan warga sekolah untuk berkongsi wawasan organisasi,
seterusnya berusaha untuk merealisasikannya.

Untuk memastikan keberkesanan kepimpinan, gaya kepimpinan hendaklah


sesuai dengan situasi. Model Kepimpinan Mengikut Situasi bermula dengan
anggapan bahawa keadaan yang berbeza memerlukan cara memimpin yang
berbeza. Oleh itu, pemimpin mestilah mudah berubah untuk memilih gaya yang
sesuai dengan situasi yang wujud. Dapatan kajian Hersey dan Blanchard (1977)
menunjukkan bahawa pemimpin yang berkesan telah mengamalkan gaya
kepimpinan situasi mengikut tahap perkembangan pengikut.

Ringkasnya, semakin tinggi tahap perkembangan subordinat, pemimpin


seharusnya mengurangkan gaya kepimpinan yang berteraskan arahan tugasan dan
penyeliaan yang ketat (directing) kepada gaya yang lebih berorientasikan hubungan
dengan pengikut iaitu membimbing/ menjual idea (coaching) atau memberi
sokongan (supporting). Akhirnya apabila tahap perkembangan pengikutnya samakin
tinggi bukan sahaja dalam disiplin tugasnya bahkan dalam aspek psikologinya,
pemimpin sekolah haruslah mengupayakan tugasnya (delegating). Model di atas
sesuai digunakan di sekolah yang mempunyai ciri-ciri pengikut yang berbeza dari
segi latar belakang akademik, keupayaan kebolehan, pengalaman dan komitmen
dalam melaksanakan sesuatu tugas.

Selain itu, pemimpin hendaklah mengaplikasi gaya kepimpinan yang berdaya


saing dalam mendepani perubahan. Hal ini kerana, kelangsungan hayat sesebuah
organisasi sangat bergantung kepada keupayaannya mendepani persekitaran yang
sentiasa berubah. Implikasinya, pemimpin organisasi perlu bertindak secara proaktif
untuk melaksanakan perubahan ke arah tindakan pembetulan dan penambahbaikan
secara berterusan. Oleh itu segala tindakan dan pengalaman yang dilalui
merupakan proses pembelajaran untuk memperbaiki diri dan meningkatkan potensi
organisasi.

Sehubungan itu, pemimpin sekolah perlu mendorong warganya untuk terus


belajar dari persekitaran dan pengalaman yang mereka lalui agar usaha-usaha
pembetulan dan penambahbaikan dapat dilaksanakan secara berterusan. Melalui
proses pembelajaran sebegini, pemimpin sekolah boleh membimbing warganya
untuk melaksanakan tindakan secara lebih terancang dan strategik serta bersifat
lebih inovatif dan kreatif. Oleh itu, perubahan yang dilakukan adalah dalam tatacara
kerja yang sistematik, terancang dan terurus.

Kaedah dan sistem baharu yang lebih efektif dan aktif berfungsi perlu
diwujudkan. Model for Managing Compleks Change merumuskan bahawa
perubahan yang dilaksanakan oleh sesebuah organisasi itu berjaya sekiranya ia
menepati lima faktor utama iaitu: matlamat yang jelas, kemahiran yang perlu, insentif
yang menarik, sumber yang mencukupi dan pelan tindakan yang strategik (Knoster,
1991).

Ringkasnya, sekolah perlu ada matlamat dan mempunyai satu pelan


perancangan yang strategik dan sistematik bagi membolehkan perubahan yang
dihasratkan berada dalam lingkungan kawalannya. Di samping itu, faktor kemahiran,
insentif dan sumber untuk melaksanakan perancangan tersebut perlu disediakan
agar tenaga warga sekolah dapat digembleng ke arah pencapaian matlamat
perubahan yang dihasratkan.

Seterusnya, gaya kepimpinan hendaklah berpaksikan nilai integriti dan


profesional. Akauntabiliti dan integriti adalah antara prinsip yang perlu ada dalam
setiap penjawat awam. Akauntabiliti merujuk kepada kewajipan penjawat awam
dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang,
prosedur dan arahan yang berkuat kuasa. Akauntabiliti penting bagi memastikan
tugas-tugas yang dilaksanakan mencapai objektif yang telah ditetapkan dan tiada
pembaziran yang menjejaskan sumber-sumber awam.

Integriti pula dikaitkan dengan nilai-nilai murni seperti jujur, amanah, telus,
tulus, adil dan saksama, berkecuali dan kebolehpercayaan. Penjawat awam yang
mempunyai dan mengamalkan prinsip ini tidak bersikap mementingkan diri sendiri
sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan orang ramai.

Sehubungan itu, pemimpin sekolah perlu sentiasa berintegriti dan bersikap


profesional dalam melaksanakan tugas dan mengambil tindakan dalam urusan
sehariannya. Dalam membuat agihan tugas sebagai contoh, pemimpin sekolah
melaksanakannya secara adil dan saksama berdasarkan kepakaran dan keperluan
perkhidmatan tanpa melibatkan sikap pilih kasih. Natijahnya, hubungan profesional
warga sekolah akan lebih harmoni dan tenaga warga sekolah dapat digembling ke
arah pencapaian matlamat sekolah.

Seterusnya, untuk memastikan keberkesanan organisasi, pemimpin


hendaklah mendorong penglibatan dan sokongan semua warga. Penglibatan dan
sokongan semua warga sekolah untuk memainkan peranan dan melaksanakan
tugas merupakan syarat utama untuk sesebuah sekolah itu mencapai matlamatnya.
Oleh itu, pemimpin sekolah perlu mengambil inisiatif untuk mendapatkan sokongan
dan melibatkan warga sekolah dalam menjayakan pelbagai program dan aktiviti.
Warga sekolah perlu diberi ruang dan peluang untuk melibatkan diri bukan sahaja di
peringkat operasional seperti PdPc, aktiviti kokurikulum, disiplin dan lain-lain aktiviti
rutin, malah mereka perlu dilibatkan dalam proses penyelesaian masalah dan
membuat keputusan di peringkat pengurusan di sekolah.
Penglibatan sebegini dapat mendorong rasa kebertanggungjawaban
bersama. Rasa kebersamaan ini merupakan asas bagi pembinaan satu pasukan
guru yang lebih komited dan mantap. Akhirnya, gaya kepimpinan yang dapat
mendorong ke arah penglibatan dan sokongan semua warga ini mampu
menggembleng tenaga warga sekolah ke arah pencapaian matlamat sekolah.

Akhir sekali bagi memastikan keberkesanan organisasi pemimpin sekolah


perlu mengamalkan gaya kepimpinan yang dinamik dan fleksibel yang boleh
ditambah baik dari semasa ke semasa. Oleh itu, maklum balas dari warga sekolah
dan pihak lain di luar sekolah tentang gaya kepimpinan pemimpin sekolah perlu
dimanfaatkan agar pendekatan yang diamalkan dapat diperbetulkan dan ditambah
baik.

Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklum balas


tentang kepimpinan di sekolah ialah melalui penggunaan peti cadangan, media
sosial (seperti facebook, WhatsApp, Telegram dll) atau cara lain seperti
menggunakan email atau kaedah bersemuka. Dapatan dari maklum balas tersebut
perlu dianalisis bagi membolehkan tindakan susulan berupa usaha pembetulan atau
penambahbaikan terhadap gaya kepimpinan sedia ada dapat dilaksanakan.. Namun,
pihak pemimpin sekolah perlu bersikap terbuka untuk menerima teguran, pandangan
dan kritikan untuk tujuan memperbaiki amalan gaya kepimpinan sedia ada.

Anda mungkin juga menyukai