Anda di halaman 1dari 6

Dengan merujuk kepada bahan yang disertakan atau bahan-bahan lain huraikan dengan

terperinci setiap satu perkara berikut:

1. Pentaksiran Autentik 
2. Pentaksiran secara online
3. International Assessment Instruments

Pentaksiran Autentik

 Penilaian yang dilakukan berdasarkan pencapaian sebenar yag dipamerkan murid di


dalam bilik darjah
 Amalan yang melibatkan murid secara realistik(pengalaman sebenar) dan bermakna
dalam menilai kemajuan mereka sendiri
 Penilaian autentik merupakan satu kaedah penilaian yakni murid menunjukkan
keupayaan melaksanakan sesuatu tugasan dalam situasi kehidupan yang sebenar
dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang relevan
 Pelajar berpeluang untuk membuat penambahbaikan melalui pemikiran kreatif dan
kritis seterusnya dapat membantu mereka meneroka sumber baru dalam
menghasilkan produk.
 Keadaan ini akan menggalakkan pelajar berfikir diluar kotak dan kebiasaan yang
juga dikenali sebagai pemikiran aras tinggi.
 Pelajar perlu menganalisis, mensintesis dan menilai sebelum menghasikan hasil
yang bernilai dalam kehidupan

Isu Pentaksiran Autentik

1. Masa

 Guru tidak mempunyai masa mencukupi untuk menyelia dan membimbing pelajar
serta mengganggap proses melaksanakan pentaksiran mengganggu tugas-tugas
yang lain.
 Jadual waktu guru-guru yang agak padat menyukarkan guru untuk melaksanakan
pentaksiran tersebut.
 Guru perlu membuat senarai keperluan dan menyediakan segala kelengkapan dan
peralatan yang diperlukan.
 Alatan yang pelbagai memerlukan kemahiran menggunakannya serta kemahiran
menghasilkannya jika tiada di sekolah.
 Proses menghasilkan media seperti lembaran kerja, objek, slaid tayangan,
persembahan powerpoint, video, gambar, dan lain-lain memerlukan kemahiran guru
memanipulasi segala alatan yang sedia ada.

2. Sindrom Mengajar Untuk Ujian

 Guru cenderung fokus hanya kepada kandungan dan kemahiran yang akan diuji di
dalam peperiksaan
 Guru dan murid tidak akan membuang masa menerokai kandungan pembelajaran
yang baru atau kemahiran yang tidak diuji di dalam silibus pelajaran

3. Tergesa-gesa untuk habiskan sukatan pelajaran/kandungan

 Guru harus memastikan yang mereka telah menyempurnakan tugas dalam mengajar
semua kandungan di dalam sukatan pelajaran yang telah ditetapkan supaya mereka
mempunyai masa yang lebih untuk mengulangkaji bersama-sama murid sebelum
peperiksaan awam berlangsung
 Contohnya, sukatan pelajaran dan kandungan pelajaran mesti habis diajar Mac ke
Jun sebelum peperiksaan UPSR yang bakal berlangsung sekitar bulan September
 Apabila kursus yang dihadiri tidak fokus dan pencairan maklumat yang berlaku tidak
betul, menyebabkan guru-guru kurang pengetahuan dalam membuat penilaian.

4. Kompetensi Guru

 Stiggins (1995) menegaskan bahawa ketidakjelasan guru dalam memahami dan


menterjemah maksud dan visi kecemerlangan akademik dalam konteks pentaksiran
berkualiti sebenarnya akan membantutkan usaha membantu pelajar ke arah
mencapai visi tersebut.
 Selain itu, ramai guru yang ajar subjek bukan opsyen
 Keadaan ini secara tidak langsung telah menyebabkan kompetensi guru tersebut
sebagai pembimbing dan pemudahcara mealksanakan pentaksiran di dalam kelas
sering dipersoal kurang profesional
Pentaksiran Secara Atas Talian

- Pentaksiran Secara Atas Talian merupakan satu istilah umum yang merangkumi
penggunaan komputer dan internet dalam proses pentaksiran.

- Pentaksiran dalam talian terhad kepada sekolah yang mempunyai infrastruktur yang
mencukupi, iaitu komputer yang dirangkaikan (network) dan aplikasi sistem pengurusan
pentaksiran.

Isu Pentaksiran Secara Atas Talian

1. Kos yang tinggi

 Kos ini melibatkan kos untuk penyediaan prasarana ICT dan penyelenggaraan bagi
alatan ICT yang rosak
 Bahan habis guna dan peralatan yang rosak seringkali tidak dapat diganti kerana isu
peruntukan
 Peruntukan kewangan perlu disediakan untuk menyediakan kemudahan serta
pembaikan kemudahan dan peralatan ICT yang digunakan.

2. Kekurangan bahan sumber

 banyak berlaku di kawasan sekolah luar bandar ataupun pedalaman


 Keadaaan ini lama kelamaan akan memberikan kesan kepada minat dan sikap guru
untuk menggunakan ICT dalam pengajaran.
 Aspek kekurangan bukan sahaja dilihat dari segi kekurangan bahan sumber tetapi
juga kelemahan pengurusan kemudahan, kualiti alat teknologi yang bermutu rendah
dan perisian yang tidak sesuai

3. Rangkaian tidak stabil

 Internet tidak pada kelajuan minimum piawai ini antara masalah yang seringkali
terjadi pada sekolah-sekolah terutamanya sekolah luar bandar

4. Kurang Sokongan Daripada Pihak Atasan

 Sikap sesetengah pihak atasan yang mengambil sikap lepas tangan dan kurang beri
sokongan kepada guru dalam pengunaan teknologi mematikan semangat guru
 Guru sering dipandang lekeh serta kerjasama kurang diberikan kepada guru dalam
meningkatkan pengaplikasian ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran
5. Penerimaan Guru

 Kebiasaan guru yang menjalankan proes p&p ini menggunakan sumber primer
seperti bahan bercetak, buku teks, dll untuk meneruskan proses p&p kepada para
pelajar
 Ini berlaku kerana guru menganggap penggunaan ICT ini mengambil masa yang
lama semasa proses memasukkan maklumat ataupun semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran
 Kadangkala berlaku permasalahan terhadap perisian komputer, jadi para guru
mengambil inisiatif utk melakukan proses pembelajaran bersumberkan sumber
primer sahaja yang ana proses pengajan hanya berlaku di dalam kelas

6. Kekangan Masa Dan Panduan

 Kekangan terhadap masa menjadi salah satu faktor yang menghalang penggunaan
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran
 Hal ini kerana, kadang-kadang seseorang guru memerlukan massa yang khusus di
luar waktu sekolah bagi membuat persediaan terhadap alat yang melibatkan
menggunaan ICT yang kadangkala sedikit rumit
 Kekurangan panduan terhadap alatan canggih atau berteknologi tinggi juga menjadi
bebanan kepada guru-guru yang kurang berkemahiran dalam penggunaan ICT

International Assessment Instruments

Isu TIMSS dan PISA

1. Sikap Murid

 Tingkah laku atau perbuatan murid akan mempengaruhi pencapaian TIMSS dan
PISA di negara ini
 Sikap murid merupakan faktor yang amat jelas dalam menilai tahap pengetahuan
mereka.
 Menurut Mohammad Abdillah Samsuiman et al. (2014) minat merupakan aspek yang
berkait rapat dengan sikap. Apabila seseorang meminati sesuatu maka ia akan
bersikap positif terhadap perkara tersebut. Hal ini akan menghasilkan sesuatu yang
bermakna dan berkesan.
2. Tahap Pemikiran Murid (KBAT)

 KBAT boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,


kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan
masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
 Di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), terdapat 6 aspirasi
murid untuk bersaing di peringkat global dan kemahiran berfikir merupakan salah
satu daripadanya.
 Bagi melahirkan sebuah negara yang mampu untuk “duduk sama rendah dan berdiri
sama tinggi” dengan negara lain, KBAT merupakan salah satu teknik yang baik untuk
diaplikasikan dalam sistem pendidikan negara.
 KBAT sedikit sebanyak membantu pelajar yang terlibat dalam kajian PISA. Hal ini
kerana, soalan yang dijawab memerlukan murid untuk berfikir dengan kritis dan
kreatif. Setiap pelajar mempunyai kemampuan masing-masing dan tahap pemikiran
mereka juga berbeza.
 Kecenderungan berfikir secara kritis perlu dilatih dan diterapkan dalam kehidupan
seharian

3. Peranan Ibu bapa Dan Keluarga

 Sebagai anak, seseorang itu memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa
untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.
 Oleh hal yang demikian, ibu bapa perlulah bertanggungjawab dan memastikan anak-
anaknya cemerlang dalam pelajaran.
 Menurut kajian Nor Azuan bin Hassim (2003), faktor keadaan keluarga yang paling
mempengaruhi akademik pelajar adalah berkaitan sifat ibu bapa yang penyayang
dan mengambil berat pendidikan anak-anak. Sifat ibu bapa boleh menjadi
perangsang kepada pelajar untuk mendorong mereka berjaya dalam pelajaran

4. Rakan Sebaya

 Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga.
 Menurut Rohani Abdullah (2001), kepentingan peranan rakan sebaya adalah sangat
positif dalam mempengaruhi perkembangan sosial, bahasa dan pendidikan
seseorang individu.
 Kebanyakkan pelajar lebih mudah terpengaruh dan tercabar dengan rakan sebaya
5. Lambakan Kerja Guru

 Guru terpaksa melakukan kertas kerja yang banyak, persediaan kelas, membuat
laporan dan menghantar laporan mengikut tarikh yang ditetapkan
 Di samping itu, guru juga terlibat dengan peperiksaan dan laporan bertulis oleh
pelajar
 Tambahan pula jumlah bilangan pelajar yang terlalu ramai di dalam satu kelas

6. Keutamaan menghabiskan sukatan pelajaran

 Guru menggunakan jalan pintas semasa mengajar tanpa memahamkan konsep


 Ini seringkali terjadi apabila guru cuba untuk menghabiskan sukatan pelajaran dalam
masa yang telah ditetapkan supaya mereka mempunyai masa yang lebih untuk
mengulangkaji bersamasama murid sebelum peperiksaan awam berlangsung

Anda mungkin juga menyukai