Anda di halaman 1dari 29

6.2.

15 Orang yang Melakukan Kerosakan (Al-Mufsidun)


Perkataan “fasad” bermakna: untuk menjadi rosak, buruk,
kejam, korup, rosak akhlak dan silap. Perkataan “fasad”
bermakna: rosak, buruk, korup, kejam, tak berakhlak, dan
silap.
Al-Quran menyebut istilah “fasad” dalam banyak ayat.
Dalam Surah Kedua Al-Quran bercakap tentang jenis orang
seperti ini, iaitu mereka yang melakukan kerosakan.
“xxxx
Inilah beberapa sifat mereka. Ketika bercakap mereka
bercakap dengan baik, tetapi perbuatan mereka mencerminkan
perkara yang sebaliknya.
Orang yang Sebenarnya Melakukan Kerosakan
Manusia dalam zaman moden ini paling tidak bernasib baik,
meskipun dengan segala kekayaan material yang dimilikinya
yang seolah-olah menampakkan bahawa mereka hidup dengan
gembira dengan segala peralatan moden yang ada. Hakikat
sebenarnya mencerminkan perkara sebaliknya. Teknologi baru
dikuasai orang tidak beriman dan orang bukan Islam, diguna
sebagai suatu cara untuk menguasai dunia. Bahkan teknologi
juga diguna dalam apa juga cara untuk mengubah nilai supaya
orang bukan Barat dapat dihapuskan.
Pada hakikatnya orang yang sebenarnya melakukan
kerosakan ialah mereka yang memerangi ajaran Allah (s.w.t.).
“xxxx
Hukuman yang dikenakan adalah setimpal dengan
kerosakan yang dilakukan oleh mereka.
Sesetengah jenis orang yang melakukan kerosakan disebut
dalam Al-Quran, umpamanya Ayat 60 dalam Surah Al-Maidah
(Hidangan) yang berbunyi:
“xxx

1
Orang jenis ini cuba merosakkan konsepsi sebenar
berkenaan Allah (s.w.t.) supaya manusia jahil berkenaan-Nya.
Adakah seruan ini untuk melindungi alam sekitar? Ya,
untuk melindungi segala-galanya di bumi ini.
“xxxx
Masalah manusia ialah perbuatan merosakkan dan salah
guna apa yang dianugerahi Allah (s.w.t.) kepada mereka.
Akibat Perbuatan Merosakkan
Nabi-nabi menasihati umat mereka untuk menyembah Allah
(s.w.t.) sahaja dan untuk beringat serta berfikir tentang
“xxxxxxx
Kesudahan perbuatan Fir’aun dan orangnya disebut
sebagai suatu pelajaran kepada manusia.
“xxx
Nabi Musa memberitahu saudaranya Nabi Harun:
“xxx
Hubungan Antara Orang yang Melakukan Kerosakan dengan Orang
Kufur
Nampaknya orang yang melakukan kerosakan ialah orang yang
kufur.
“xxx
“xxx
Salah seorang yang terkenal dalam melakukan kerosakan
ialah Fir’aun yang enggan percaya kepada Allah (s.w.t.).
Jadi kesudahan Fir’aun suatu pelajaran kepada sesiapa yang
mengikuti jejak langkahnya.
“xxxxx
Ketua semua orang yang melakukan kerosakan ialah
Fira’aun. Contohnya diikuti ramai pembuat kerosakan
sepanjang zaman sejarah dan zaman sekarang, di berbagai-
bagai tempat.

2
Hubungan antara orang yang melakukan kerosakan dengan
jenis sahsiah buruk yang lain adalah amat rapat, terutama
sekali orang takbur, kerana ketakburan membawa kepada rasuah
dan perbuatan merosakkan.
Perbuatan merosakkan dan rasuah berkait rapat dengan
wang dalam cara yang salah, membawa kepada perbuatan jahat
atau mementingkan matlamat sendiri. Tingkah laku begini
membuktikan bahawa orang yang melakukan kerosakan tidak
mengambil berat tentang orang lain; mereka hanya
mementingkan apa yang dianggap dapat memberikan kelebihan
dan keuntungan kepada diri mereka sahaja.
Dengan berkelakuan begini, mereka sama seperti orang
yang minum arak untuk memberi mereka keseronokan dan
kesihatan, tanpa menyedari masalah yang akan dihadapi kelak
akibat dosa yang dilakukan itu. Kemudian nanti barulah
mereka sedar akan apa yang terpaksa dipertaruhkan, bukan
sahaja wang mereka tetapi juga kesihatan, serta kehormatan
dan kedudukan mereka dalam masyarakat. Keluarga dan anak-
anak mereka barangkali terpaksa menderita akibat tingkah
laku mereka.
Orang yang minum arak salah satu jenis sahsiah manusia
yang disebut dalam Al-Quran.

6.2.16 Orang yang Minum Arak (Sharibu Al-Khamr)


Kata kerja “khamara” bermakna: menutupi, menyembunyi, dan
menapai serta menyebabkan penapaian. Dan perkataan “kamr”
bermakna: minuman alkohol, wain dan arak.
Al-Quran menganggap minum arak sebagai kerja Syaitan
dan membawa kepada banyak dosa dan masalah.
“xxx
Orang beriman diberitahu Allah (s.w.t.) untuk berhenti
minum apa-apa yang memudaratkan badan atau minda mereka,

3
sama seperti mereka diberitahu jangan berjudi dengan wang
mereka. Al-Quran menghubungkan dua perkara ini kerana orang
yang minum arak selalunya kaki judi.
“xxx
Bahayanya lebih besar kepada masyarakat dan juga kepada
individu yang menjadi ketagih dengan arak. Masalah ditambah
lagi dengan masalah dadah yang menghantui individu dan juga
masyarakat pada hari ini, di samping memusnahkan ramai
remaja, serta lelaki dan perempuan.
Jenis kaki minum menjadi kian ramai dan pengorbanan
oleh keluarga, masyarakat, kerajaan serta individu itu
sendiri adalah amat tinggi.
Melalui pemerhatian, kita dapat memahami hubungan
antara sesetengah jenis sahsiah manusia, membuatkan mereka
berkait rapat antara satu sama lain. Orang yang melakukan
kerosakan, penagih dadah, kaki minum dan penzina boleh
dikaitkan.
Orang yang tidak setia kepada pasangan mereka, yakni
suami atau isteri mereka, merupakan orang yang berzina.
Mereka ini disebut dalam Al-Quran menurut tingkah laku
mereka yang buruk itu.

6.2.17 Penzina (Al-Zunat)


“xxx
Perkataan “zana” dalam Bahasa Arab bermakna melakukan
zina. Dan perkataan “zanin” bermakna penzina lelaki,
manakala “zaniah” bermakna penzina perempuan.
Salah satu sifat hamba abdi yang dikasihani Allah
(s.w.t.) ialah mereka yang tidak melakukan zina. Wanita dan
lelaki yang sebenarnya beriman merupakan mereka yang tidak
melakukan zina dan mempunyai sifat baik yang lain yang
berkaitan dimensi lain dalam sahsiah mereka.

4
Nabi Muhammad (s.a.w.) bersabda:
“xxxx
Berdosa bagi seseorang untuk melakukan zina. Namun
dosanya lebih besar lagi apabila zina dilakukan oleh orang
tua yang diandaikan sudah bersiap sedia untuk kehidupan
akan datang yang sedang menghampirinya.
Menurut Surah Al-Nur, sesiapa yang berzina mesti
dihukum.
“xxx
Penzina mementingkan diri sendiri dan prinsip moral
mereka adalah lemah. Mereka tidak menepati janji mereka
kepada pasangan mereka, dan mereka juga tidak mengekalkan
tali persaudaraan dengan anggota masyarakat dengan tidak
melindungi nilai dan prinsipnya. Virus HIV barangkali
hukuman pertama bagi penzina dalam kehidupan ini, sebelum
kehidupan akan datang.
Newsweek, sebuah majalah berita antarabangsa, dalam
edisinya pada 24 Februari 1992 telah menerbitkan laporan
berjudul Is This Child Gay? Born or Bred: The Origins of
Homosexuality (Adakah Anak ini Homoseksual? Dilahirkan atau
Terdidik? Asal-usul Homoseksualiti).
Laporan berkenaan cuba memberitahu pembacanya bahawa
homoseksualiti berakar umbi dalam kromosom (struktur
biologikal yang membawa gen dan wujud secara berpasangan
dalam nukleus sel).
“Sains dan psikiatri berusaha untuk memahami
penyelidikan baru yang mencadangkan bahawa homoseksualiti
mungkin kerana genetik, bukannya hasil didikan ibu bapa.”
“Dalam rancangan perbincangan masih ada orang yang
berkata homoseksualiti sesuatu yang keji.”
(Wilson, 1992, 36, 41)

5
Penyelidik tesis ini berpendapat tindakan mengesahkan
homoseksualiti di sisi undang-undang merupakan suatu
tindakan yang bercanggah dengan apa yang dinyatakan dalam
Al-Quran. Malah pada hakikatnya Al-Quran bersungguh-sungguh
mengutuk perbuatan ini.
6.2.17 Orang Homoseksual (Al-Shadhdhum Jinsiyyan)
Perkataan “shath” dalam Bahasa Arab bermakna tidak normal,
menyimpang daripada kebiasaan, penyelewengan, orang yang
melanggar peraturan dalam tingkah lakunya. Homoseksualiti
ialah nafsu seksual terhadap orang lain daripada jantina
sendiri, salah satu dosa besar yang disebut dalam Al-Quran.
Umat Nabi Lut (a.s.) dimusnahkan kerana dosa besar ini.
“xxxx
Homoseksualiti suatu tingkah laku yang biadab dan
menjelikkan yang mengakibatkan hukuman oleh Allah (s.w.t.)
dalam kehidupan ini dan juga dalam kehidupan akan datang.
Inilah satu pelajaran untuk diingati semua manusia.
Sesiapa yang tidak mempedulikan pelajaran ini dan melakukan
dosa yang sama boleh dijatuhkan hukuman yang sama.
“xxxx
Sekiranya tingkah laku ini berkaitan genetik,
mengapakah Allah (s.w.t.) menghukum mereka yang
melakukannya?!
Dalam Al-Quran, orang yang melakukan dosa jijik ini
diberi satu lagi sifat.
“xxxx
Sifat yang lagi satu ialah mereka orang berdosa yang
bersalah melakukan dosa. Dalam satu lagi ayat, Al-Quran
memberi mereka satu lagi sifat.
“xxx

6
Mereka berkelakuan seperti orang jahil, melakukan
kerosakan, gemar membuat dosa dan betul-betul menentang
ajaran Allah (s.w.t.).
Oleh sebab semua sifat ini, orang homoseksual wajar
dimusnahkan oleh Allah (s.w.t.) dan mereka yang mengikut
jalan yang jijik ini lambat laun akan menerima hukuman juga.
Orang yang melakukan dosa dan juga orang yang terlibat
dengan homoseksualiti paling rapat dengan jenis manusia yang
berikutnya, iaitu orang yang hidup tidak menentu. Jenis ini
membawa kita kepada mereka yang tidak peduli tentang apa
yang baik atau buruk, apa yang halal atau haram.
Orang yang mempunyai sifat-sifat seperti yang diperikan
sebelum ini tidak boleh dipercayai ketika kita menghadapi
kesusahan, terutama sekali apabila perjuangan antara yang
baik dengan yang buruk memerlukan mereka berjuang untuk
mempertahan prinsip yang betul. Mereka yang lemah imannya
serta akhlaknya besar kemungkinan akan lari daripada
berlawan agar mereka selamat. Justeru mereka jatuh dalam
kumpulan jenis manusia yang berikutnya.

6.2.19 Orang yang Hidup Tidak Menentu (Al-Fujjar)


Perkataan “fajara” dalam Bahasa Arab bermakna: berpecah,
berkelakuan tidak bermoral, membuat dosa, dan melakukan
zina. Perkataan “fajir,” “fujjar” dan “fajara” bermakna:
penzina, pendusta dan tidak tahu malu.
Al-Quran bercakap tentang orang jenis ini.
“xxxx’
”xxx
“xxxx
Jenis orang yang menganggotai kumpulan ini tidak
mempunyai prinsip moral. Seperti yang disebut dalam ayat di

7
atas, mereka berkelakuan sedemikian kerana mereka tidak
mempunyai keimanan.
Orang jenis ini melakukan kerosakan dan melanggar
undang-undang. Mereka berkelakuan begini kerana mereka
bermasalah dari segi iman dan akhlak. Jenis orang seperti
ini akan menghadapi kesusahan dalam kehidupan ini dan juga
dalam kehidupan akan datang.
Bagaimanakah orang jenis ini dapat dikenali? Kita
kenalah menilai tingkah laku yang dipamerkan sebelum kita
dapat membezakan setiap satu jenis manusia. Jika tingkah
laku mereka menunjukkan mereka tidak beriman kepada Allah
(s.w.t.), tidak berakhlak atau tidak menghormati prinsip dan
hak orang lain, maka jelaslah mereka jenis orang yang hidup
tidak menentu.

6.2.20 Orang yang Melarikan Diri (Al-Farrun min Al-Zahf)


Orang beriman jujur dalam amal baktinya. Mereka pergi
berperang apabila mereka perlu berperang, dengan berbekalkan
dorongan kuat untuk menjalankan kewajipan demi Allah
(s.w.t.), diiringi kepercayaan bahawa hidup dan mati
terletak dalam tangan Allah (s.w.t.), tidak kira apa juga
jenis tugas yang dilakukan pada masa aman atau ketika
perang. Berdasarkan fahaman ini, maka tiada orang beriman
dijangka akan lari ketika sedang mara menyerang kerana
perbuatan begitu - melainkan atas alasan yang baik –
bercanggah sama sekali dengan keimanan. Al-Quran berfirman:
“xxxx
Kelakuan begini bercanggah dengan iman dan akhlak.
Orang beriman yang faham bahawa kehidupannya adalah dalam
tangan Allah (s.w.t.) tidak boleh lari daripada
kewajipannya disebabkan rasa takut mati. Dia memikul
tanggungjawab untuk menjalankan kewajipannya demi

8
mempertahan imannya, dengan mengingati bahawa kematian tidak
semestinya berlaku akibat perlawanan – dia boleh mati
walaupun di katilnya apabila ajalnya sudah tiba.
Masalah jenis orang yang melarikan diri berbalik pada
sifat utama yang mengawal haluan individu itu sendiri dan
memberi padanya identitinya yang unik, yang terbit daripada
iman dan etika. Iman boleh mengubah seluruh kehidupan
seseorang. Justeru itu mereka yang lari daripada bidang
kewajipan yang mulia sebenarnya bermasalah dari segi iman
dan juga etika. Masalah mereka serius sekali, boleh membawa
mereka menjadi orang rugi dalam kehidupan in dan kehidupan
akan datang.
6.3. Jenis Sosial: Hubungan Manusia
6.3.1 Ibu Bapa (Al-Walidan)
“xxx
Ibu bapa merujuk ibu kandung dan bapa kandung
seseorang. Kita dapat memahami kedudukan ibu bapa dalam Al-
Quran melalui ayat-ayat berkaitan ibu bapa.
Kebanyakan ayat dalam Al-Quran yang menyebut tentang
ibu bapa menempatkan mereka sebelah menyebelah dengan ibadat
menyembah Allah (s.w.t.). Sembahlah Allah (s.w.t.) semata-
mata dan berbuat baiklah kepada ibu bapa. Sembahlah Allah
(s.w.t.), Tuhan Pencipta yang menghidupkan kamu dan memberi
kamu apa yang kamu perlukan untuk menjalankan kewajipan
kamu dan berbuat baiklah kepada ibu bapa yang menyebabkan
kamu dilahirkan dan dibesarkan di bawah penjagaan mereka.
“xxxx
Ayat di atas jelas menunjukkan cara seseorang perlu
melayan ibu bapanya.
Bagaimanakah caranya seseorang hendak berterima kasih
kepada ibu bapanya kerana apa yang dilakukan oleh mereka
untuk anak-anak mereka?

9
“xxxxx
Berbuat baik kepada ibu bapa suatu perintah daripada
Allah (s.w.t.), untuk dipatuhi setiap lelaki dan perempuan.
Wajib bagi setiap orang untuk melayan ibu bapanya dengan
baik dan jujur.
“xxx
Setiap orang mesti berterima kasih kepada ibu bapa
mereka. Allah (s.w.t.) berfirman: “Berterima kasihlah
kepada-Ku dan juga kepada ibu bapamu.” Ibu mengandungi
anaknya, dan melahirkan mereka dengan penuh rasa sakit. Atas
alasan inilah ibu lebih patut menerima lebih banyak kebaikan
daripada anak-anaknya.
“xx
Supaya seseorang sentiasa berbuat baik kepada ibu
bapanya, dia perlu ingat akan apa yang dilakukan oleh ibu
bapanya untuknya.

6.3.2 Bapa
“xxxx
Perkataan “ab” dalam Bahasa Arab bermakna: bapa.
Perkataan “walidan” pula bermakna : ibu bapa, bapa dan ibu.
Bapa disebut dalam Al-Quran dalam banyak ayat. Al-Quran
berkata dalam Surah Yusuf:
“xxx
Dalam Surah ini tiga bapa di sebut, kesemuanya nabi.
Hubungan antara bapa dengan anak lelaki dalam Surah ini
suatu contoh untuk diteladani mana-mana bapa dan anak
lelaki.
Dalam Surah yang sama, bapa disebut tiga kali lagi.
“xxxx
“xxx
:xxx

10
Bapa yang sama turut disebut dalam Ayat 68, 94, 8,9,
59 dan 81 dalam Surah yang sama.
Bapa dalam bentuknya yang berlainan dan keadaan yang
berlainan disebut dalam Surah-Surah sebelumnya berhubung
dengan peranan bapa dalam keluarga dan masyarakat.

6.3.3 Ibu
“xxx
Perkataan “umm” dalam Bahasa Arab bermakna: ibu, punca,
asal-usul, asas, yang asal dan dasar. Ibu disebut beberapa
banyak kali dalam Al-Quran.
“xxx
“xxxx
Ibu Nabi Isa disebut sebagai suatu tanda.
“xxxx

Ibu Nabi Musa


“xxx
Menjadi ibu dan juga menjadi bapa suatu lambang yang
membezakan ibu bapa daripada mereka yang tidak mempunyai
anak atau tidak berkahwin. Terdapat contoh ibu bapa yang
tergolong kepada tiga kumpulan utama: orang yang disukai
Allah (s.w.t.), orang yang menimbulkan kemurkaan Allah
(s.w.t.), dan mereka yang sesat.
Dalam mana-mana ayat Al-Quran yang dibaca, amatlah
jelas betapa mustahaknya ibu bapa. Mereka sungguh penting
dalam kehidupan setiap insan kerana zaman kanak-kanak suatu
tempoh masa yang panjang dan daripada ibu bapalah manusia
belajar bagaimana hendak mewarisi budaya, prinsip dan
etika. Tanpa ibu bapa, seseorang insan akan terumbang-ambing
dalam dunia yang memerlukan banyak bimbingan dan
perlindungan.

11
Nabi Muhammad (s.a.w.) bersabda:
“xxxx
Tiada anak lelaki atau anak perempuan dapat membalas
balik jasa ibu bapa mereka melainkan mereka mencari hamba
untuk ibu bapa mereka; dan jika mereka mendapati ibu bapa
mereka sebagai hamba, lantas mereka membeli ibu bapa mereka
supaya mereka boleh dibebaskan.
Al-Quran mengingatkan anak lelaki dan anak perempuan
tentang kewajipan mereka terhadap ibu bapa mereka kerana
seseorang itu sering lupa akan apa yang patut dilakukannya
untuk menunjukkan rasa terhutang budi kepada ibu bapanya.

6.3.4 Anak-Anak (Al-Atfal)


:xxxx
:xxxx
Sudah menjadi kebiasaan bagi seorang lelaki dan seorang
perempuan untuk cuba mempunyai anak-anak supaya mereka
boleh memenuhi hasrat untuk menjadi bapa atau menjadi ibu.
Atas alasan inilah kita dapat memerhatikan kepuasan dan
keseronokan yang dinikmati keluarga yang memiliki anak-anak,
sedangkan mereka yang tiada anak berusaha sedaya upaya untuk
mendapatkan seorang dua anak agar keperluan emosi mereka
dapat dipenuhi.
Malangnya, kini sesetengah ibu bapa yang mempunyai
anak-anak tidak menghargai kurniaan Allah (s.w.t.) kepada
mereka. Mereka bukannya bersyukur tetapi sebaliknya tidak
berterima kasih dan mencontohi amalan orang jahiliyah dalam
zaman sebelum kedatangan Islam, iaitu apabila sesetengah ibu
bapa lazim membunuh anak-anak mereka.
“xxx
Banyak kes penderaan dan pengabaian anak di dunia pada
hari ini memaparkan bahagian negatif dalam masyarakat moden.

12
Dalam sebahagian hal, kes–kes yang dilaporkan menyerupai
amalan membunuh anak yang diamalkan oleh masyarakat
manusia pada zaman jahiliyah dahulu.
Menurut “Counseling Today,” isu Januari 1997: “U.S.
Bureau of Census (Biro Banci A.S.) menganggarkan dalam tahun
1994 ada lebih kurang 3.7 juta kanak-kanak di bawah umur 18
tahun tinggal dengan keluarga yang diketuai datuk nenek
mereka, suatu tambahan sebanyak 40 peratus sepanjang sepuluh
tahun yang lalu. Bagi lebih satu per tiga daripada anak-anak
ini, ibu dan bapa mereka tidak tinggal bersama di rumah
mereka. Menurut sejarah, datuk nenek mengambil alih peranan
sebagai ibu bapa kepada cucu mereka sekiranya berlaku
kematian, perceraian, atau apabila ibu bapa sendiri
meninggalkan anak-anak mereka; tetapi pada hari ini besar
kemungkinan datuk nenek memainkan peranan sebagai ibu bapa
disebabkan ibu bapa disfungsi (tidak normal atau sudah
rosak) yang tidak mampu atau tidak mahu menjaga anak mereka
sendiri.” (Morrissey, 1997, 1).
Kanak-kanak di banyak tempat di dunia menghadapi risiko
gangguan psikiatri atau gangguan perkembangan. Sebahagian
besar mereka yang diabai oleh ibu bapa barangkali telah
didera.
Sama seperti di Amerika, kanak-kanak yang tinggal di
empat penjuru dunia menghadapi risiko akibat pengabaian
dan penderaan. Mereka berdepan dengan banyak masalah dari
segi psikologi dan perkembangan.
Perkataan “tifl” dalam Bahasa Arab bermakna: bayi, dan
anak. Dan perkataan “tifla” bermakna: budak perempuan kecil.
Kanak-kanak disebut empat kali dalam Al-Quran: dua kali
dalam Surah Al-Nur (Cahaya), sekali dalam Surah Al-Haj
(Perihal Ibadat Haji) dan kali keempat dalam Surah Al-Mu’min
(Ghaafir) (Orang yang Beriman).

13
“xxx
“xxxx
Dalam ayat di atas, zaman kanak-kanak disebut sebagai
suatu peringkat dalam kehidupan manusia yang akan diikuti
peringkat matang dan peringkat dewasa.
Nabi Muhammad (s.a.w.) mengajar orang beriman bagaimana
hendak berlaku baik kepada kanak-kanak:
“xxxx
Nabi Muhammad (s.a.w.) bersabda:
“xxxx
Allah (s.w.t.) Maha Pengasih dan Mengasihani. Amnya
manusia, dan ibu bapa khususunya, dijangka menaruh belas
kasihan terhadap anak-anak mereka dan terhadap semua yang
lemah dan memerlukan bantuan, sekalipun haiwan. Nabi
Muhammad (s.a.w.) bersabda:
“xxx
Anak-anak dilahirkan sama ada sebagai anak lelaki atau
anak perempuan. Tiap-tiap seorang mempunyai sifatnya sendiri
yang berkait dengan fitrahnya sebagai seorang lelaki atau
seorang perempuan dan juga sebagai seorang individu yang
unik.
6.3.5 Anak Lelaki
Perkataan “ibn” dalam Bahasa Arab bermakna: anak lelaki dan
anak. Anak-anak lelaki Nabi Adam (a.s.) digelar manusia.
Beberapa ayat Al-Quran menyebut anak lelaki sebagai
sejenis manusia yang mempunyai hak dan sifatnya. Anak lelaki
Nabi Nuh (a.s.) contoh anak lelaki yang mengingkari bapanya.
“xxx
Ayat sebelum ini dari Surah Hud memberitahu tentang
anak lelaki Nuh, iaitu seorang nabi dan utusan serta bapa
yang cuba menyelamatkan anak lelakinya; inilah contoh yang
harus diteladani kaum bapa. Nabi Nuh seorang manusia dan

14
atas sifat kemanusiannya dia mengasihi anak lelakinya, suatu
contoh anak lelaki yang berperangai buruk dan enggan
mendengar kata bapanya, dan kerana sifat sedemikian dia
menjadi orang yang rugi.
Anak lelaki Maryam contoh kepada anak-anak lelaki yang
baik.
“xxx
Anak lelaki Nabi Ibrahim (a.s) contoh anak lelaki yang
taat kepada bapa.
“xxx
Inilah anak lelaki Nabi Ibrahaim, seorang utusan, nabi
dan bapa yang berlaku baik kepada bapanya sendiri walaupun
orang tuanya itu kafir.
Contoh-contoh sebelum ini berupa teladan bagi
menggambarkan tingkah laku anak lelaki yang baik dan tidak
melakukan kesilapan.
Anak-anak mempunyai hak untuk dibesarkan oleh ibu bapa
mereka menurut cara Islam, yakni suatu cara yang sihat.
Dengan demikian sahsiah mereka terpelihara, sama ada dari
segi rohaniah, emosi, intelek, sosial, etika dan fizikal.
Asas dimensi rohaniah dalam sahsiah seseorang anak
dipenuhi dengan mendirikan salat apabila dia mencapai umur
tujuh tahun. Nabi Muhammad (s.a.w.) bersabda:
“xxxx
Untuk membentuk sahsiah anak-anak Muslim, ajaran Al-
Quran dan Hadis mesti dilaksanakan dalam setiap keluarga
Muslim.

6.3.6 Anak Perempuan


Perkataan “ibnah” dalam Bahasa Arab bermakna: anak
perempuan dan kanak-kanak/budak perempuan.

15
Anak perempuan disebut dalam banyak ayat Al-Quran.
Dalam Surah An-Nisaa (Perihal Perempuan), Allah (s.w.t.)
berfirman:
“xxx
Maryam menjadi contoh bagi anak perempuan.
“xxxx
“xxx
Ayesha (r.a.a.) meriwayatkan:
“xxxx
Hadis ini membuktikan kasih sayang ibu kepada anaknya
dan turut menekankan pentingnya hubungan sihat antara anak
dengan ibu bapa, terutama antara ibu dengan anaknya. Ikatan
hubungan yang ditubuh oleh ibu dengan anak pada umur sungguh
muda semasa zaman kanak-kanak sudah tentu akan menghasilkan
kesan positif ke atas perkembangan sahsiah mereka dalam
zaman dewasa.
Ibu bapa mempunyai tanggungjawab terhadap anak mereka
kerana mereka memerlukan perlindungan dan pendidikan. Ibu
bapa yang baik melakukan apa yang sepatutnya dilakukan
dengan berbuat baik dan bersikap adil kepada anak mereka.
Kerana itu mereka akan diberi ganjaran atas perbuatan baik
mereka. Nabi Muhammad (s.a.w.) bersabda:
“xxx
Ganjaran ini hebat sekali. Seseorang menjalankan
kewajipannya, dan dia memperoleh ganjaran terbaik. Berbuat
baik kepada anak salah satu sifat sahsiah dan kewajipan
orang lelaki kerana kedudukannya dalam keluarga dan
masyarakat.
6.3.6 Orang Lelaki
Perkataan “rajul” dalam Bahasa Arab bermakna lelaki,
manakala perkataan “rujula” bermakna lelaki dewasa, kaum
lelaki dan sifat kelakian.

16
Al-Quran menyebut tentang orang lelaki dalam banyak
ayat sebagai sejenis manusia yang mempunyai sifatnya
sendiri.
“xxxx
Sebagai contoh perbuatan tak berakhlak dan kelakuan
berdosa kepada lelaki oleh lelaki, Al-Quran menyebut tentang
umat Nabi Lut.
“xxx
Ini bukti bahawa mereka ini bukan lelaki sebenar,
kerana mereka tidak mempunyai sifat orang lelaki yang
menghormati kelakian mereka dan mengakuri rukun akhlak.
Lelaki sedemikian yang menurut nafsu seks yang sumbang
merupakan orang yang sakit dari segi psikologi; akibatnya,
mereka tidak dapat hidup sebagai orang normal yang
menghormati keluarga, masyarakat dan prinsip agama mereka.
6.3.7 Orang Perempuan
Perkataan “nisa” dalam Bahasa Arab bermakna: perempuan.
Surah Keempat dalam Al-Quran dinamakan sempena orang
perempuan. Lelaki dan perempuan asas bagi keluarga dan
masyarakat. Setiap lelaki memerlukan seorang perempuan
sebagai pasangan, atau isteri mengikut cara Al-Quran. Dan
tiap-tiap perempuan memerlukan seorang lelaki sebagai
pasangan, iaitu suami. Melalui kontrak perkahwinan, setiap
seorang mempunyai peranan khusus untuk dimainkan dan
tanggungjawab untuk dilaksanakan.
Bagaimana Lelaki Harus Melayan Perempuan
“xxxx
Nabi Muhammad (s.a.w.) menasihati orang beriman untuk
melayan perempuan secara baik. Sabda Baginda:
“xxxx

17
Dalam satu lagi Hadis, Nabi Muhammad (s.a.w.)
menganggap perempuan salah satu orang lemah yang perlu
dilayan dengan baik.
“xxx
Hadis Nabi dan ayat lain dalam Al-Quran menggambarkan
perbezaan antara lelaki dengan perempuan kerana masing-
masing adalah unik dan tidak setara.
Dalam satu lagi Hadis, Nabi Muhammad (a.s.w.) bersabda:
“xxx
Dalam banyak Surahnya, Al-Quran menggambarkan cara
terbaik untuk melayan orang perempuan. Hak orang perempuan
dan juga hak orang lelaki hendaklah dilindungi.
Orang lelaki sebagai suami dan orang perempuan sebagai
isteri telah diterang dengan sejelas-jelasnya dalam cara
yang melindungi sahsiah masing-masing. Hubungan antara
lelaki dengan perempuan mestilah baik. Menurut Nabi Muhammad
(s.a.w.)
“xxxx
Perempuan amat penting bagi lelaki, sama seperti lelaki
amat penting bagi perempuan. Perempaun amat rapat dengan
lelaki kerana pada asalnya dia dicipta daripada badan
lelaki.
Menurut Islam, perkahwinan memberi lelaki dan perempuan
keselamatan, ketenteraman, kasih sayang dan kepuasan.
Sebarang hubungan antara lelaki dengan perempuan di luar
pernikahan adalah tidak sihat dan boleh menimbulkan lebih
banyak masalah antara kedua-duanya.

6.3.9 Suami (Al-Azwaj)


Perkataan “zauj” dalam Bahasa Arab bermakna: salah satu
daripada sepasang, suami, isteri, rakan kongsi, pasang,
pasangan, dan teman.

18
Perkataan ini diguna dalam Al-Quran kira-kira 79 kali
dalam berbagai-bagai bentuk. Sesetengah bentuk dikaitkan
dengan keluarga (suami dan isteri) dan bentuk hidupan lain
di bumi (flora dan fauna). Kebanyakan ayat menunjukkan kaum
lelaki ialah pemimpin dan pelindung kaum perempuan. Oleh
yang demikian mereka memainkan peranan yang amat tegas dalam
proses membuat keputusan dalam lingkungan keluarga mereka.
Ayat berikut mewajarkan peranan penting orang lelaki
terhadap orang perempuan.
“xxx
Sesetengah orang barangkali tidak faham akan kewajaran
ini kerana mereka mahu menurut kehendak mereka sendiri.
Namun apabila difikirkan dengan sedalam-dalamnya, mereka
akan dapat menghayati kebijaksanaan ajaran ini yang
bertujuan untuk memastikan kesejatian dan keteguhan keluarga
dari segi hubungan antara suami dengan isteri.
Daripada ayat dan Hadis sebelumnya jelaslah bahawa
suami dan isteri amat rapat melalui fitrah mereka dan
melalui tanggungjawab mereka kepada satu sama lain dan
betapa pentingnya yang seorang kepada yang seorang lagi.
Setiap anggota keluarga, tidak kira apa jua jantinanya,
lelaki atau perempuan mempunyai peranan, kewajipan dan
sahsiah masing-masing. Mengetahui tanggungjawab sendiri akan
membawa kepada kehidupan berkeluarga yang berjaya.
Sebaliknya, mengabaikan tanggungjawab akan menjejaskan
keluarga secara khususnya dan masyarakat secara umumnya.

6.3.10 Isteri (Al-Zawjat)


“xx
Isteri ialah seorang perempuan yang berkahwin dengan
seorang lelaki menurut cara Islam untuk membina sebuah
keluarga supaya mereka mendapat anak-anak yang akan melalui

19
kehidupan menurut falsafah Islam dan seterusnya menurunkan
prinsip Islam kepada generasi lain. Hubungan antara suami
dengan isteri adalah sungguh istimewa dan penting sekali
bagi kehidupan yang menyenangkan dan stabil.
“xxx
Isteri dan juga suami amat penting agar keperluan
setiap seorang daripada mereka dapat dipenuhi dalam cara
yang suci murni.
“xxx
“xxx
Apabila hubungan antara suami dengan isteri mencapai
suatu tahap apabila mereka tidak boleh tinggal bersama lagi,
maka perceraian boleh menjadi penyelesaian kepada kedua-
duanya agar masing-masing mendapat peluang baru untuk
mengekalkan dan mengembangkan sahsiahnya secara semula jadi,
yakni tanpa sebarang tekanan dan ketegangan yang mungkin
boleh menimbulkan lebih banyak masalah bagi keluarga dan
anak-anak. Ayat 228, 229, 233, 240 dan 241 dari Surah Al-
Baqarah menerangkan hukum dan hak serta kewajipan mereka
yang terpaksa melalui prosedur perceraian.

Dan Diciptakan Pasangannya Daripadanya


Menurut Al-Quran, asal-usul perempuan menunjukkan hubungan
rapat dan kukuh antara lelaki dengan perempuan.
“xxxx
Sahsiah Berasingan Tetapi Hubungan Kukuh
Orang perempuan mempunyai hak dan kewajipan mereka terhadap
orang lelaki, manakala orang lelaki mempunyai hak dan
kewajipan terhadap orang perempuan. Dan tidak seorang pun
boleh dianggap bergantung pada yang seorang lagi atau
hambanya. Ada hukum jelas yang menentukan hubungan mereka,
dan setiap seorang mesti mematuhi hukum ini. Sekiranya

20
seorang lelaki mahu mengahwini seorang perempuan, dia mesti
memberikan mas kahwin kepadanya.
:xxxx
Orang Lelaki ialah Pengurus Urusan Isteri Mereka
Kelebihan orang lelaki bukannya untuk mengawal wanita atau
untuk melayan mereka dengan tidak bertimbang rasa tetapi
sebaliknya merupakan suatu tanggungjawab untuk memimpin
keluarga dalam kehidupan. Sifat semula jadi dan keupayaan
lelaki menjadikannya sesuai untuk memikul tanggungjawab
sebagai pengurus atau pemimpin.
Hak orang perempuan dilindungi dalam Al-Quran. Ayat 65
dalam Surah Perceraian menerang kepada orang Muslimin cara
yang betul dalam menangani isteri mereka semasa perceraian.

Contoh Kepada Para Isteri


a. Isteri Imran
Salah seorang isteri misali yang disebut dalam Al-Quran
ialah isteri Imran. Dia harus dicontohi setiap isteri kerana
imannya yang kuat dan ikhlas.
“xxxx
b. Isteri Fir’aun
Isteri Fir’aun suatu lagi contoh untuk diteladani para
isteri. Walaupun dia isteri kepada salah seorang yang paling
tidak bermoral dan zalim, namun dia mengekalkan kesucian
imannya.
“xxxx
c. Isteri yang Merayu
Ini satu lagi contoh kepada para isteri yang menghormati
diri mereka dan melindungi hak mereka.
“xxxx
d. Isteri Nabi Nuh

21
Isteri ini contoh isteri kufur yang berkahwin dengan dua
daripada nabi Allah (s.w.t.), Nuh dan Lut. Tidak semua
perempuan atau lelaki akan menjadi isteri atau suami.
Kadangkala, seseorang tidak dapat berkahwin atas beberapa
alasan. Dan ada kalanya pasangan yang berkahwin tidak dapat
terus hidup bersama dan perkahwinan mereka berakhir dengan
perceraian dan perpisahan. Alasan sebelumnya boleh
menyebabkan orang perempuan menjadi salah seorang daripada
jenis berikut.
Perempuan Pernah Berkahwin
Perkataan ‘tayyib” bermakna: janda, dan perempuan tidak
berkahwin yang bukan dara lagi. Manusia jenis ini disebut
dalam Surah Al-Tahrim (Mengharamkan).
“xxx
Dalam banyak masyarakat ada orang perempuan yang tidak
dapat berkahwin. Jadi mereka membujang, sebagai wanita
berumur dalam masyarakat.

Anak Dara
Perkataan “bikr” dalam Bahasa Arab bermakna: yang pertama
dilahirkan, yang sulung; yang pertama, baru, dara, dan masih
dara.
“xxxx
Dara bererti kemurnian dan suci daripada sebarang
pengalaman seksual.

6.3.11 Saudara Lelaki (Al-Ikhwah)


“xxx
Perkataan “akh” dalam Bahasa Arab bermakna: abang, adik
lelaki, saudara, rakan, lelaki, sahabat, persaudaraan,
keikhwanan, persatuan orang lelaki.

22
Perkataan “saudara” disebut dalam Al-Quran lebih 70
kali. Dalam Surah Yusuf sahaja “saudara” disebut 19 kali.

Nabi Yusuf dan Saudara Lelakinya


:xxxx
Saudara-saudara lelaki Nabi Yusuf contoh adik beradik lelaki
yang mementingkan diri sendiri, menipu, iri hati dan zalim.
“xxxx
Mereka contoh amat buruk kepada semua manusia.
Bagaimnakah mereka sanggup berfikir hendak membunuh adik
lelaki sendiri yang berada di bawah perlindungan mereka?
“xxxxx
Adik lelaki yang dicampak ke dalam perigi telah
diselamatkan, dimuliakan dan menjadi lelaki yang sungguh
penting. Musuhnya terpaksa datang kepadanya dan berurusan
dengannya.
“xxx
Namun Nabi Yusuf adik yang suci, amanah dan ikhlas.
Beliau tidak seperti abang-abangnya yang merupakan penipu
dan pembunuh. Beliau satu lagi contoh kepada mana-mana
saudara lelaki yang baik.
”xxxx
Kisah Nabi Yusuf dan saudara-saudaranya diteruskan
dalam Surah Yusuf untuk memberi setiap manusia dan setiap
abang atau adik lelaki suatu pelajaran dan kesedaran tentang
adik beradik lelaki yang baik, seperti Nabi Yusuf dan adik
lelakinya Bunyamin, dan contoh saudara lelaki yang jahat,
seperti abang-abang beliau yang cuba membunuhnya disebabkan
mereka iri hati padanya.

Saudara Nabi Musa


Ini satu lagi contoh saudara yang baik, yang membantu.

23
“xxxx
Persaudaraan lebih daripada ikatan atau hubungan darah.
Iman dan kepercayaan juga membuatkan orang beriman memiliki
perasaan bersaudara. Firman Al-Quran:
“xxx
Hubungan antara adik beradik lelaki, dan juga di
kalangan ahli keluarga yang lain serta saudara-mara teratur
dalam cara yang penuh hormat bagi melindungi dan menguatkan
hubungan ikhlas antara saudara. Atas alasan ini perkahwinan
antara saudara rapat diharamkan.
“xxx
Disebabkan hubungan istimewa antara ahli keluarga,
saudara lelaki diberi layanan istimewa oleh keluarga.
“xxxx
Bercakap tentang saudara lelaki bermakna kita bercakap
tentang keluarga dan ahli-ahlinya yang mesti menjaga setiap
ahli keluarga, pada masa senang dan pada masa susah.
Begitulah yang ditegaskan oleh Al-Quran dan Hadis.
Adik beradik lelaki dan perempuan amat rapat
hubungannya. Al-Quran menyebut bahawa setiap orang
mempunyai tanggungjawab terhadap saudara lelaki atau saudara
perempuannya.

6.3.12 Saudara Perempuan (Al-Akhwat)


Perkataan “ukht” dalam Bahasa Arab bermakna saudara
perempuan (kakak atau adik perempuan). Bentuk jamaknya
“akawat.”
Saudara perempuan disebut dalam Al-Quran lebih kurang
11 kali, dua daripadanya berkenaan kakak Nabi Musa (a.s.).
“xxx
“xxx

24
Kakak ini sungguh bertanggungjawab, terhadap ibu yang
amat risau tentang bayinya dan juga terhadap adik lelaki
yang memerlukan kasih sayang dan penjagaan ibu.

Saudara Perempuan Nabi Harun


“xxx
Sama seperti saudara lelaki, saudara perempuan juga
diberikan kedudukan istimewa dalam keluarga, di kalangan
ahli keluarga dan saudara-mara.
:xxxx
Sama seperti saudara lelaki, saudara perempuan juga
mempunyai hak mewarisi harta.
“xxxx
Menurut ayat Al-Quran sebelum ini, saudara perempuan
digambarkan sebagai sejenis sahsiah yang baik hati dan
mengambil berat. Seseorang dapat mengetahui cara mereka
bertindak dan bergerak balas terhadap keperluan dan bantuan
untuk anggota keluarga yang lain, terutama sekali ibu bapa
dan datuk nenek mereka.
Dalam Islam saudara–mara menyebabkan keluarga
berkembang dan menguatkan rasa selamat, kerjasama dan
semangat keanggotaan. Setiap saudara, bapa saudara atau emak
saudara, adalah amat rapat dengan satu sama lain.

6.3.13 Bapa Saudara dan Emak Saudara (Al-aamam wa Al-


Ammat)
Perkataan “amm” dalam Bahasa Arab bermakna abang atau adik
lelaki bapa dan bapa saudara sebelah bapa. Perkataan “amma”
bermakna emak saudara sebelah bapa.
Sebagai saudara dan ahli keluarga, bapa saudara dan
emak saudara disebut dalam Al-Quran sebagai anggota keluarga
lain. Orang jenis ini disebut lima kali dalam tiga surah.

25
Emak saudara antara kumpulan haram dikahwini, seperti yang
disebut dalam Surah An-Nissa (Perihal Perempuan). Dan bapa
saudara serta emak saudara antara saudara yang disebut dalam
Surah Al-Nur (Cahaya).
“xxx
Inilah yang membuatkan keluarga Muslimin keluarga
contoh dari segi ikatan yang kuat, kerjasama dan perhatian
berat antara satu sama lain.
“xxxx
Seperti yang dapat difahami dalam surah-surah
sebelumnya, orang jenis ini lanjutan kepada saudara bagi
keluarga seperti yang diatur dalam Al-Quran. Penyusunan
keluarga memaparkan rasa aman dan terjamin.
Lingkungan saudara menjadi lebih besar melalui
perkahwinan yang menghubungkan beberapa keluarga untuk
menjadi sebuah keluarga sahaja.
Melalui perkahwinan secara Islam, abang atau adik
lelaki sebelah ibu, dan juga saudara perempuan ibu merupakan
saudara. Mereka membentuk cabang baru dalam keluarga,
memberinya lebih banyak sokongan dan kekuatan.

6.3.13 Bapa Saudara dan Emak Saudara


Perkataan “khal” dalam Bahasa Arab bermakna: bapa saudara
sebelah ibu. Perkataan “khalah” bermakna emak saudara
sebelah ibu. Agar lebih jelas dan dapat dikaitkan dengan
penggunannya dalam Bahasa Arab, kita bolehlah berkata “khal”
ialah abang atau adik lelaki ibu, manakala “khalah” ialah
kakak atau adik perempuan ibu.
Sama seperti saudara mara sebelum ini, dua jenis ini,
iaitu bapa saudara (kal) dan emak saudara (kala) disebut
dalam Al-Quran dalam tiga surah; Surah Al-Nissa (Perihal

26
Perempuan), Surah Al-Nur (Cahaya) dan Surah Al-Ahzab
(Perihal Pasukan-Pasukan Tentera yang Bergabung).
Dalam kebanyakan keluarga ada datuk dan nenek. Mereka
memainkan peranan besar di kalangan anggota keluarga dan
mempunyai sifat mereka sendiri.

6.3.14 Orang Tua (Kibaru Al-Sinn)


:xxx
Perkataan “shaikh” dalam Bahasa Arab bermakna seorang
tua, lelaki tua, ketua.
Orang tua sebagai sejenis manusia disebut dalam Al-
Quran sebanyak empat kali.
Contoh pertama ialah bapa Nabi Yusuf yang disebut dalam
Surah Yusuf.
“xxxx
Contoh kedua disebut dalam Surah Al-Qasas (Pelbagai
Kisah). Ketika Nabi Musa (a.s.) menuju ke negeri Madyan,
beliau menemui dua perempuan di sebelah perigi negeri
Madyan; mereka menahan ternakan mereka sedangkan sekumpulan
orang lelaki sedang memberi minum pada binatang ternakan
mereka.
“xxxx
Nabi Ibrahim (a.s.) seorang lelaki sudah tua apabila
utusan Allah (s.w.t.) memberitahu isterinya berkenaan berita
menggembirakan, iaitu kelahiran dua bayi, Ishak dan Yaakob.
“xxxx
Isteri Nabi Ibrahim (a.s.) juga seorang tua tetapi bagi
Allah Pencipta segala-galanya boleh jadi. Dialah yang
membuat hukum-hukum!
Orang tua hendaklah dihormati oleh orang lebih muda dan
oleh masyarakat secara umumnya. Nabi Muhammad (s.a.w.)
bersabda:

27
“xxx
“xxx
Dalam masyarakat Muslim yang sebenarnya, orang tua
disayangi, dihormati dan dijaga. Justeru seorang Muslim
tidak akan takut menjadi orang tua, tidak seperti dalam
sesetengah masyarakat bukan Muslim apabila golongan tua
diabaikan.
Adanya lelaki tua, ada juga perempuan tua. Masing-
masing mempunyai sahsiah yang berlainan.

Perempuan Tua
Perkataan “ajus” dalam Bahasa Arab bermakna: perempuan tua,
lelaki tua, tua, dan lanjut usia.
Sama seperti lelaki tua, perempuan tua sebagai sejenis
manusia disebut dalam beberapa surah.
Dalam Surah Hud, Al-Quran berfirman:
“xxxx
Wanita yang sama, isteri Nabi Ibrahim (a.s.), disebut
sekali lagi.
“xxxx
Kedudukan perempuan tua dalam Islam adalah sama
pentingnya dengan kedudukan ahli keluarga yang lain dan
dalam masyarakat secara amnya. Penghormatan sedemikian
kepada perempuan tua tidak ditemui dalam sesetengah
masyarakat di dunia, iaitu perempuan tua dan lelaki tua
dihantar ke rumah orang tua-tua untuk dijaga di sana.
“xxx
Kisah yang sama disebut dalam Surah Al-Saffat.
“xxxx
Sama seperti lelaki tua, perempuan tua sebagai sejenis
manusia tidak banyak disebut dalam Al-Quran, kecuali empat
kali. Perempuan tua dan lelaki tua memiliki kedudukan

28
istimewa dalam masayarakat seperti yang disebut dalam Al-
Quran. Mereka disayangi, dilindungi, dijaga, dan dilayan
oleh anak perempuan, anak lelaki dan saudara-mara. Orang
beriman yang sebenar, sama ada lelaki atau perempuan,
sekali-kali tidak akan mengabaikan bapa atau ibu, bahkan
saudara mereka yang sudah tua, kerana menjaga orang tua
salah satu amalan yang diberi ganjaran paling besar oleh
Allah (s.w.t.). Mengabaikan mereka salah satu dosa besar
yang boleh dilakukan oleh seseorang.

29

Anda mungkin juga menyukai