Anda di halaman 1dari 5

Seperti yang kita maklum, Tunisia merupakan pencetus kepada fenomena arab spring dan

amalan “Arab Spring” ini telah merebak ke negara timur tengah sehingga kita dapat melihat
bagaimana banyak negara timur tengah melakukan revolusi untuk menukar rejim/kerajaan
yang memerintah.

Demokrasi adalah sebuah sistem politik yang memberi penghormatan yang amat
tinggi kepada masyarakat. Abraham Lincoln dalam menyatakan demokrasi sebagai ‘Sebuah
Sistem Politik dari rakyat , untuk rakyat dan kepada rakyat’. Demokrasi memberi ruang
merujuk dimana rakyatnya turut terlibat didalam proses pemilihan kepimpinan kerajaan,
melihat bagaimana proses pemilihan pemerintah yang dijalankan dengan adil dan bagaimana
kerajaan mengiktiraf dan menghormati hak sivil dan kebebasan rakyatnya.

Sebelum wujudnya konsep demokrasi, beberapa negara telah mengamalkan sistem


monarki/beraja, tetapi pada zaman Renaissance (1400-1600 T.M), konsep demokrasi telah
diamalkan semula memandangkan sistem monarki bersifat menindas. Pada abd ke-19 dan 20,
terbentuk pula demokrasi corak moden. Keadaan ini disebabkan berlakunya perkembangan
teknologi yang akhirnya mengubah corak ekonomi, politik dan social. Perkara yang paling
penting ialah masalah penyalahgunaan kuasa oleh golongan pemerintah tradisional. Oleh hal
yang demikian, terbentuk pula demokrasi bercorak moden. Menurut Robert A, Dahl
mendefinisikan demokrasi bercorak moden yang terbentuk padahari ini sebagai suatu sistem
politik yang memberikan ruang dan hak kepada rakyat untuk membuat keputusan.

2.0 APA ITU ARAB SPRING?

The definition of “Revolution” as an attempt , by a large number of people, to change the


government of a country especially by Violent action..” Dr.San Salih Mustapha didalam
bukunya (The Calamitious and Lamentable “Arab Spring ”). Pada Disember 2010, peristiwa
yang disifatkan permulaan gelombang kebangkitan menuntut demokrasi bermula di dunia
Arab, di Tunisia. Secara mudah, siri protes di negara-negara Asia Barat dan Afrika Utara itu
disifatkan sebagai proses pendemokrasian yang baik untuk kesejahteraan warga dunia
Arab.Demokrasi dijadikan kata kunci utama dalam perbincangan mengenai kebangkitan
Arab, dan Tunisia diterima sebagai titik permulaan . Kebangkitan Arab memerlukan

1
perhatian yang lebih luas tidak sekadar daripada sudut pandang demokrasi tetapi menuntut
penilaian yang lebih kritikal.

Dunia Arab yang meliputi Asia Barat dan Afrika Utara yang telah menjadi perhatian
dunia sejak tercetus kebangkitan yang menjatuhkan pemerintah di Tunisia, yang disebut
sebagai permulaan peristiwa besar dinamakan “Arab spring.” Kebangkitan bermula di
Tunisia, dan diletakkan di bawah tajuk besar satu kebangkitan baharu dalam politik dunia.
Hakikatnya, Tunisia boleh dianggap permulaan satu gelombang baharu kebangkitan di dunia
Arab, tetapi sebelum di Tunisia, kebangkitan telah berlaku di Yaman pada 2009, dalam
pertembungan pemberontak Houthi di utara dengan kerajaan, dan di Bahrain, melibatkan
warga yang majoritinya beraliran Islam Syiah.

Kebangkitan di dunia Arab telah banyak berlaku sebelum Disember 2010 di Tunisia,
namun perhatian khusus media Barat dan dunia dan dijadikan satu permulaan episod baharu
warga dunia Arab menuntut demokrasi dan kebebasan. Bahrain kini menjadi satu kisah
kebangkitan yang gagal, akibat ditekan hebat oleh pemerintah monarki negara itu dan kuasa
serantau Arab Saudi, yang turut menghantar tentera untuk membantu rejim mematahkan
protes rakyat. Protes di Bahrain, yang menerima tekanan kuat dan tindakan keras pemerintah
kini tenggelam daripada perhatian dunia dan juga umat Muslim sedunia yang secara
umumnya berminat memerhatikan perubahan yang sedang melanda dunia Islam di rantau
Asia Barat dan Afrika Utara.

Apa yang menarik ialah sekiranya berlaku perubahan pemerintahan di Bahrain, perubahan
yang berlaku itu berpotensi menjadi perubahan yang paling besar, melibatkan perubahan
sistem dan bukan sekadar perubahan pemimpin seperti yang berlaku di Tunisia dan Mesir,
dua kes perubahan yang paling menarik minat dan dijadikan contoh perubahan di dunia Arab.

Kebangkitan di Bahrain terus tenggelam daripada pemerhatian umat Muslim pada


masa ini, ekoran pertembungan yang lebih rancak di Syria dan seluruh wilayah Syam, tempat
terletaknya Palestin yang melibatkan isu sentral dunia Islam.Kebangkitan di Bahrain yang
terkini, bermula pada 2010 itu tidak berakhir dan diteruskan setelah episod yang dinamakan
kebangkitan Arab itu bermula. Kini, selepas lebih dua tahun gelombang dinamakan “Arab
spring” itu berlangsung, Bahrain terus tenggelam, ditenggelamkan dan perhatian media yang
jauh lebih kecil berbanding kisah di Syria. Pengalaman menuntut demokrasi dan kejayaan

2
yang bermakna juga tidak bermula dengan Tunisia, seperti yang mungkin tergambar hasil
wacana yang berleluasa pada masa kini.

Pada 2006, Hamas, kumpulan Islam yang dilabel teroris oleh Barat memenangi
pilihan raya parlimen di Palestin berdepan dengan Fatah, kumpulan sekular yang didukungi
Barat. Seterusnya kemenangan kumpulan Islam di Algeria pada pilihan raya 1991,
menunjukkan pengalaman demokrasi yang tidak asing kepada dunia Arab, tetapi berdepan
halangan termasuk akibat tidak sehaluan dengan kuasa-kuasa Barat. Peristiwa-peristiwa itu
tidak diletakkan di bawah tajuk demokrasi yang sewajarnya, dan tidak disambut seperti
kebangkitan terkini yang bermula di Tunisia, tetapi masih berada di bawah tajuk “ancaman
Islamis” dan sama ada Islam dan demokrasi itu selari, yang sering kali bermaksud adakah
Islami akan mengancam nilai-nilai demokratik dan mencabul hak asasi manusia.

Di Iraq pula, menurut sesetengah pemerhati sebagai “Arab spring” pertama, pada Januari
2005 menyaksikan pilihan raya pertama pasca-Saddam Hussein, yang hasilnya meletakkan
kepimpinan baharu yang jauh berbeza komposisinya. Tetapi, episod ini juga dilihat dari sisi
sectarian (rasa diskriminasi atau kebencian yang muncul akibat perbezaan di antara suatu
kelompok, seperti perbezaan denominasi agama dan politik) dan bukan kebangkitan
menuntut demokrasi. Pemimpin Jordan, Raja Abdullah dalam satu wawancara dengan akhbar
Washington Post memberi amaran tentang ancaman pengaruh Iran yang bakal diberi ruang
besar hasil pilihan raya itu.

3
RUJUKAN

Allman, J. 1979. Social Mobility, Education and Development in Tunisia Arab Spring Oxford

Studies in Digital Politics. Oxford University Press.

Boose, W. J. 2012. Democratization and Civil Society: Libya, Tunisia and The Arab Spring.
International Journal of Social Science and Humanity.
Caffrey, C. 2010. Tunisia. Thomas Cook Publishing.
San Salih Mustapha,   The Calamitous and Lamentable “Arab Spring ”. 2013. Huoston.
Strategic Book Publishing
Dasgupta, R. & Bangham, G. 2012. The New Constitution of Tunisia: Choices and
Decisions. University of cambrige.
Gallagher, E. N. 1983. Medicine and Power In Tunisia 1780-1900. Cambrige Middle East
Library.
Hegel, G. W. F. 1977. The Philosophy of Right. Oxford University Press.

Hamid Dabashi. 2012. The Arab Spring: The End of Postcolonialism. Zed Books.
Media Dakwah. 1994. Media Dakwah : Issues 235-246. Dewan Dakwah Islamiyah
Indonesia.
Muzammil M. Hussain. 2013. Democracy's Fourth Wave?: Digital Media and the
Arab Spring . Oxford Studies in Digital Politics. Oxford University Press.
Perkin, K. 2013. A History of Modern Tunisia. University of South Carolina.
Schier, E. Steven. 2011. Transforming America: Barack Obama in The White House.
Rowman & Littlefield Publishers.
Sohrab Ahmari. 2012. Arab Spring Dreams: The Next Generation Speaks Out for.
Vijay Prashad. 2012. Arab Spring, Libyan Winter. AK Press.
Willis, J. M. 2012. Politics and Power in The Maghreb : Algeria, Tunisia and Morocco From
Independence to The Arab Spring. United Kingdom: Hurst & Co.

4
5

Anda mungkin juga menyukai