Anda di halaman 1dari 10

SENARAI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN 2

2.0 PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 3

3.0 NEW PEDAGOGIES DEEP LEARNING 4

4.0 PEMBELAJARAN BERMAKNA 5

5.0 PERANAN GURU 6

6.0 KESIMPULAN 8

7.0 BIBLIOGRAFI 9

8.0 LAMPIRAN 10

1
1.0 PENDAHULUAN

Di zaman yang sungguh canggih ini, teknologi mula menguasai setiap aspek dalam
kehidupan manusia. Pelbagai inovasi dan ciptaan baru telah memberi impak kepada
bagaimana dunia ini berfungsi seperti dengan adanya ciptaan gadget, tablet dan telefon
pintar yang menawarkan segala maklumat yang diperlukan di hujung jari, menyediakan
hiburan tanpa had di samping dapat meringankan beban manusia secara amnya.
Teknologi memudahkan aktiviti kehidupan manusia dan membantu manusia
menguruskan kehidupannya dengan hanya sekelip mata. Di saat semua sedang
menikmati kenikmatan teknologi yang sedia ada, tanpa disedari teknologi ini juga telah
memberi impak negatif terhadap pembelajaran murid-murid di sekolah. Hal ini kerana
dengan adanya teknologi, murid-murid di sekolah sudah menganggap pembelajaran itu
bukan lah sesuatu yang penting dan ia tidak menyeronokkan seperti mana teknologi
seperti telefon pintar atau gadget yang mampu sediakan kepada mereka. Perkara
sebegini telah merisaukan banyak pihak dan sesuatu perlu dilakukan bagi menangani
masalah ini. Rentetan itu, guru dan pihak yang bertanggungjawab perlulah memainkan
peranan mereka dalam mengubah strategi pembelajaran, mengatur pelan menarik minat
murid-murid untuk belajar dan melaksanakan langkah-langkah proaktif bagi mengatasi
masalah ini agar murid-murid yang terhasil akan mempunyai kualiti dan mampu berdaya
saing di peringkat global.

2
2.0 PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025

Merujuk portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), bagi merealisasikan


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), KPM telah berusaha
untuk membawa perubahan melalui Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) di
mana TS25 akan melibatkan sebanyak 1200 buah sekolah di seluruh Malaysia. Usaha
ini dilakukan adalah untuk meningkatkan kemenjadian murid dan menghasilkan sekolah
berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan
kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pemudah cara (PdPc) yang selari
dengan hasrat PPPM. Objektif bagi program ini adalah untuk mengaplikasikan konsep
dan amalan PdPc yang terbaik di sekolah. Hal ini penting bagi memastikan murid-murid
di sekolah dapat menjalani tahap pendidikan yang berkualiti di samping dapat dibentuk
agar lebih berdikari dan bertanggungjawab dalam dunia pendidikan. Selain itu, KPM
juga berhasrat untuk membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang
komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing
kepimpinan. Hal ini ditujukan kepada guru-guru yang bertindak sebagai penggerak
supaya mereka dilengkapi dengan pelbagai kemahiran pedagogi yang terbaru yang
dapat digunakan di dalam proses PdPc untuk melahirkan minat murid-murid untuk
belajar. Yang terakhir sekali, ialah membangunkan persekitaran pembelajaran yang
berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.

3
3.0 NEW PEDAGOGIES DEEP LEARNING

New Pedagogies Deep Learning (NPDL) adalah merupakan satu cara pembelajaran
baharu yang mengubah corak pendidikan zaman sekarang di mana ia menyediakan
murid-murid untuk tampil bersedia akan dunia di sekeliling mereka melalui penguasaan
6 kemahiran yang amat penting. Antara 6 kemahiran yang terkandung di dalam NPDL
ialah Kreativiti, Komunikasi, Kewarganegaraan, Kritikal (pemikiran), Karakter dan
Kolaborasi.

Bagi Kreativiti, ia melatih murid-murid untuk sentiasa berfikiran kreatif dan


mempunyai ‘mata keusahawanan’ untuk merebut peluang dari segi ekonomi mahupun
sosial. Hal ini supaya murid-murid akan lebih bijak mengambil peluang dan bertanyakan
soalan yang penting dalam proses menghasilkan idea-idea baharu dan menyelesaikan
masalah. Seterusnya ialah Komunikasi. Ia membantu murid-murid supaya dapat
berkomunikasi dengan lebih berkesan melalui pelbagai medium seperti gaya atau alat
digital mengikut kesesuaian penonton.

Kewarganegaraan pula melatih murid-murid berfikiran seperti warga global, sentiasa


prihatin akan isu-isu semasa dan memberikan pemahaman yang mendalam tentang
nilai-nilai dan pandangan dunia yang pelbagai. Dengan cara ini, ia membentuk minat
murid untuk menyelesaikan masalah dunia nyata yang rumit untuk kebaikan kehidupan
manusia kesemuanya dan kepada alam sekitar. Krtikal pula merujuk kepada pemikiran
di mana murid-murid sentiasa menilai maklumat dengan memberikan perhatian kepada
corak atau sambungan maklumat itu, membina pengetahuan yang bermakna dan
menerapkanya di dalam dunia nyata.

Manakala bagi Karakter pula, ia merupakan satu usaha untuk membina karakter
murid yang cinta akan ilmu, minat dan sentiasa berlajar dengan bersungguh-sungguh
serta menjadikan pembelajaran itu adalah merupakan sebahagian daripada kehidupan.
Terakhir sekali, Kolaborasi pula ialah kemahiran yang melatih murid untuk bekerjasama
secara serentak dalam pasukan selain mempunyai kemahiran interpersonal yang kuat
dan mampu membuat satu sumbangan di dalam kumpulan melalui pengurusan yang
berkesan dan pembelajaran bersama.

4
4.0 PEMBELAJARAN BERMAKNA

Pembelajaran yang bermakna memberi maksud suatu proses yang mengkaitkan


informasi baharu pada konsep-konsep relevan yang terdapat dalam struktur kognitif
seorang. Bermaksud, pembelajaran bermakna akan berlaku apabila murid-murid dapat
mengaitkan ilmu yang baharu belajar dengan ilmu yang sudah sedia ada dalam diri
kognitif masing-masing. Struktur kognitif pula merujuk kepada fakta-fakta, konsep-
konsep dan generalisasi-generalisasi yang telah dipelajari dan diingat oleh murid-murid.
Hal ini bermaksud demi untuk mencapai pembelajaran yang bermakna, murid-murid
perlulah sentiasa mempunyai asas yang terdahulu sebelum mempelajari ilmu yang
baharu. Ilmu yang baharu itu mestilah dikaitkan dengan pemahaman yang sudah sedia
ada. Oleh itu, guru perlulah memastikan murid-murid sentiasa bersedia untuk
memepelajari sesuatu yang baharu dengan mempunyai pemahaman yang asas
terhadap ilmu yang akan dipelajari itu supaya pembelajaran yang bermakna dapat
dibina.

Di sini juga dapat disimpulkan bahawa setiap usaha KPM untuk membina program
TS25 dan juga NPDL mempunyai beberapa persamaan yang sama iaitu membina suatu
pembelajaran yang bermakna terhadap diri murid-murid. Dengan penyediaan sekolah
yang unggul melalui TS25 dan juga 6 kemahiran NPDL, suasana pembelajaran yang
kondusif dapat disediakan di samping mempersiapkan murid-murid dengan pelbagai
kemahiran belajar yang dapat membantu murid-murid untuk membina pembelajaran
yang bermakna. Hal ini amat penting kerana dengan pembelajaran yang bermakna, ia
dapat membantu murid-murid mengingati sesuatu ilmu atau informasi itu dengan lebih
lama. Selain itu, ia memudahkan proses belajar murid-murid yang berikutnya kerana
pemahaman asas sudah sedia ada. Secara tak langsung, murid-murid yang dilahirkan
akan lebih berkualiti dan mmapu berdaya saing di peringkat global.

5
5.0 PERANAN GURU

Antara peranan guru yang boleh dilakukan bagi memastikan pembelajaran bermakna
itu berlaku adalah dengan sentiasa memastikan murid-murid bersedia dengan
pemahaman asas akan sesuatu topik sebelum mempelajarinya. Hal ini bermaksud,
murid-murid perlulah menerokai ilmu itu terdahulu sebelum diajar oleh guru. Maka,
antara aktiviti yang boleh dilakukan guru ialah dengan menyediakan beberapa latihan
kepada murid untuk diselesaikan atau dengan memberi bahan ringkas kepada murid
untuk dibaca. Selain itu, medium teknologi moden seperti Internet juga boleh digunakan
oleh murid-murid untuk mencari maklumat dan bahan. Dengan aktiviti seperti ini, ia
bukan sahaja menimbulkan minat murid belajar malah membantu murid menggunakan
teknologi moden dengan sebetulnya.

Selain itu, guru juga perlu menguasai segala ilmu atau kemahiran dengan tinggi
sekali. Hal ini supaya guru dapat menerangkan setiap kegunaan dan manfaat sesuatu
ilmu atau kemahiran kepada kehidupan murid-murid. Melalui cara ini, murid-murid dapat
mengaitkan ilmu atau kemahiran yang dipelajari dalam kehidupan mereka dan
mengaplikasikannya. Hal ini dapat memudahkan proses PdPc dan membantu murid-
murid untuk bertahan pada ilmu itu untuk jangka masa yang lama.

Di samping itu, guru juga perlu memastikan suasana pembelajaran murid-murid


sentiasa kondusif dengan pengurusan sekolah yang cemerlang dan bahan-bahan
mengajar yang relevan. Hal ini penting supaya murid-murid dapat belajar tanpa
gangguan di samping dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap proses PdPc.
Alat bantuan mengajar juga perlulah menggunakan teknologi moden yang lebih efektif
dan menjimatkan masa agar ia dapat meningkatkan minat murid untuk belajar dan
membantu pelajar mencari maklumat bagi sesi pengayaan ilmu.

Tambahan pula, guru juga perlulah sentiasa cuba membaiki diri dari semasa ke
semasa dengan pelbagai kemahiran pedagogi yang terbaharu. Dengan adanya guru
yang berkualiti dan yang mematuhi konsep pembelajaran yang terbaharu seperti NPDL,
maka hasrat negara untuk melahirkan murid yang cemerlang dapat dilahirkan. Selain itu,
guru yang berkualiti juga menjadi satu aspirasi murid untuk turut menjadi seorang yang
berkualiti dan berwawasan. Guru-guru sentiasa boleh memantapkan diri dengan

6
menyertai seminar, forum ataupun pembentangan kertas kerja. Sesungguhnya usaha ini
amatlah menepati usaha KPM untuk melaksanakan program TS25 dan membina
sekolah yang bertaraf dunia.
Guru juga boleh melaksanakan pembelajaran yang bermakna dengan
mengembangkan kreativiti dan inovasi murid-murid melalui pertandingan inovasi atau
menyertai pameran-pameran inovasi. Dengan cara ini, ia dapat merangsangkan lagi
pemikiran murid-murid dalam pencarian idea, perlaksanaan projek dan penyelesaian
masalah. Semakin kreativiti murid berkembang, semakin itu juga pembelajaran yang
bermakna berlaku kerana mereka dapat mengaplikasikan apa yang mereka belajar
dalam teori dapat di praktikkan dalam kehidupan nyata melalui penghasilan produk atau
modul. Jelas sekali ini guru perlu lah mengembangkan kreativiti dan inovasi murid-murid
agar pembelajaran yang bermakna dapat dibina.

Pada waktu yang sama, guru juga boleh menerapkan nilai-nilai murni yang
terkandung di dalam nilai profesionalisme keguruan yang digariskan oleh Standard Guru
Malaysia (SGM) dalam proses PdPc di dalam kelas. Hal ini bagi memastikan murid-
murid dibentuk bukan saha berpendidikan malah mempunyai nilai-nilai murni yang
mampu membantu mereka menjadi masyarakat yang baik. Pembelajaran yang
bermakna juga akan berlaku kerana Teori Kognitif Piaget juga menyatakan bahawa
perubahan sikap merupakan salah satu daripada pembelajaran yang berjaya. Maka,
pembentukan nilai murni yang dibawa guru juga menjadi peranan penting dalam
membina suatu pembelajaran bermakna di sekolah rendah.

Akhir sekali, guru juga boleh menjalankan penilaian akan pembelajaran bermakna di
setiap proses PdPc yang berlaku. Hal ini supaya guru sentiasa dapat membaiki dirinya
dari semasa ke semasa jika terdapat kekurangan pembelajran bermakna yang terhasil
dalam diri murid-murid. Melalui kaedah ini, kualiti guru juga akan bertambah baik dan
proses PdPc akan menjadi lebih menarik untuk murid-murid menimba ilmu dan secara
tidak langsung pembelajaran yang bermakna juga akan terhasil.

7
6.0 KESIMPULAN

Pembelajaran yang bermakna perlulah diterapkan dalam dunia pendidikan kerana


ianya sangat bagus dan mempunyai pelbagai impak positif kepada murid-murid. Selain
ianya membantu murid-murid, ia juga membantu guru-guru untuk menjalankan proses
PdPc di dalam kelas. Di samping itu, dengan cara pembelajaran yang bermakna ini juga
ia dapat melahirkan guru yang mempunyai kompentensi profesional, pengetahuan,
kefahaman dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi seperti yang
didefinisikan oleh Standard Guru Malaysia (SGM). Dengan adanya nilai profesionalisme
keguruan, sudah pasti pegangan nilai, integriti, teladan, kerja berpasukan, proaktif,
kreativiti dan inovasi yang sedia ada dalam diri guru dapat dikembangkan dan
disumbangkan kepada kepada sekolah untuk membina pembelajran yang bermakna
dalam diri murid-murid yang akan mewarnai dunia pendidikan yang bertaraf
antarabangsa.

8
7.0 BIBLIOGRAFI

A Global Partnership. (2018). New Pedagogies for Deep Learning. Dicapai pada 20
September daripada http://npdl.global/

Badrul Muhaimin. (2015). Strategi Pembelajaran Bermakna. Selangor: Oxford Fajar


Sdn. Bhd.

Cullingford, C. (2014). The Effective Teacher. London: Cassell.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


2013-2025-Laporan Awal. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Malaysia. (2016). Program Transformasi Sekolah 2025. Dicapai pada 20 September


2018 daripada https://www.moe.gov.my/index.php/my/sumber/pemberitahuan/183-
murid- pelajar/sekolah/3171-program-transformasi-sekolah-2025

Narzuki. (2016). Pengajaran dan Pemudah Cara (PdPc) yang Berkesan dan Berkualiti.
Selangor: Pustaka Al-Ehsan.

Noriati A. Rashid. (2016). Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.

Rudy Unesa. (2013). Pembelajaran Bermakna (Meaningful Learning). Dicapai pada 20


September2018 daripada http://rudy-unesa.blogspot.com/2011/02/pembelajaran-
bermakna-meaningfull.html

9
8.0 LAMPIRAN

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia

Falsafah dan Pendidikan di Malaysia

10

Anda mungkin juga menyukai