Anda di halaman 1dari 8

PELAPORAN PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT

NAMA PELAJAR : MOHAMAD EIZLAN FIKRI ABD MANAN

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN 2 SULTAN ALAM SHAH

MASA PROGRAM : 8:00 PAGI – 12: TENGAHHARI

NAMA PROJEK/AKTIVITI : Program Gaya Hidup Sihat

AKTIVITI PROGRAM : 1. Senam robik


2. Ceramah kesihatan
3. Quiz kesihatan ( Tahap 2 )
4. Pertandingan melukis dan mewarna( Tahap 1 )

TEMPOH PELAKSANAAN : 1 hari (22 FEB 2020)


OBJEKTIF KAJIAN : 1. Menjamin dan melahirkan pelajar yang holistik dari segi jeris.
2. Mengatasi isu kesihatan paling utama pada masa kini iaitu
penyakit obesiti.
3. Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat dalam
kalangan pelajar.
4. Menyokong hasrat Program Bersepadu Sekolah Sihat dan
Selamat (PBSS) bagi melahirkan "Generasi Berilmu, Sihat dan
Progresif melalui amalan Gaya Hidup Sihat”.
5. Mengelak dari penyakit lain seperti diabetes dan sakit jantung
disamping sentiasa berada pada tahap kesihatan yang
memuaskan dari segi fizikal. mental, rohani dan jasmani.
6. Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran
pencegahan kepada murid, guru dan kakitangan sekolah
terhadap kesihatan.

STRATEGI PELAKSANAAN :

Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini me ngenai kesihatan
yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang
disasarkan iaitu pelajar, warga sekolah serta komuniti setempat. Ia juga dapat dilihat sebagai
pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang
sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan. Para pelajar menjadi
kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat menyebar maklumat
tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara
hidup ke arah yang lebih sihat melalui yang diperoleh sepanjang program ini dijalankan. Justeru,
perkara ini merupakan satu program yang baik selaras dengan konsep badan sihat minda cerdas
yang dicanang oleh kerajaan.

Dalam menjalankan program ini, semua ahli jawatankuasa yang telah diberikan tugas
masing masing mengikut kebolehan dan kemahiran yang ada pada mereka. Sebagai langkah
melicinkan pelaksanaan program, beberapa mesyuarat telah dijalankan untuk merangka aktiviti
yang sesuai untuk dilaksanakan semasa program ini. Hal ini kerana, walaupun program ini
merupakan program tahunan sekolah yang dijalankan pada setiap tahu, nafas baru perlu disuntik
ke dalam pelaksanaannya supaya ada kelainan dalam program gaya hidup sihat pada tahun ini.

Hasil daripada mesyuarat program gaya hidup sihat pada tahun ini akan diadakan aktiviti
seperti senamrobik, ceramah, pemeriksaan kesihatan percuma, kuiz kesihatan dan pertandingan
melukis dan mewarna. Murid-murid yang telah memasuki pertandingan akan diberi sagu hati
sebagai menghargai mereka. Program agak menggalakkan kerana hampir 50 orang murid
mengambil bahagian dalam semua pertandingan manakala kuiz diwajibkan kepada semua murid.

Dapat dilihat bahawa setiap ahli jawatankuasa tersebut telah dapat menjalankan tugasan
yang diberikan dengan cemerlang sekali mengikut jawatankuasa yang disusun. Oleh yang
demikian, setiap aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan kerja-kerja tersebut dengan penuh
jayanya tanpa ada apa-apa sebarang halangan.

REFLEKSI :

KEKUATAN PROJEK/AKTIVITI :

Melihat kepada kelanacaran pejalanan program, tidak dapat dinafikan bahawa


perancangan setiap ahli jawatankuasa yang dirancang semasa dalam mesyuarat dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Aturan perjalanan program dapat dijalankan tanpa ada sebarang
gangguan fizikal kerana dilaksanakan di bawah kawasan yang berkemudahan iaitu dewan sekolah.
Oleh itu, keadaan ini merupakan satu kelebihan kepada sekolah ini kerana boleh membuat sesuatu
program dalam satu kawasan yang selesa dan kondusif. Di samping itu, kami dapat belajar
bagaimana untuk menguruskan sesuatu program sekiranya diberi mandat untuk melaksanakannya
di sekolah kelak. Sekiranya disuruh untuk melaksanakan program atau aktiviti di sekolah nanti, kami
tidak kekok lagi kerana mempunyai pengalaman menguruskan program di sekolah semasa
praktikal lagi.

Saya melihat bahawa setiap perjalanan aktiviti yang dianjurkan adalah sanagt rapid an
penuh kerjasama dari setiap orang sama ada dari segi pengeloaan dan juga penyertaan. Sebagai
contoh, aktiviti senamrobik dimana saya lihat murid-murid dan guru begitu teruja dan mengambil
bahagian dalam aktiviti senamrobik tersebut. Mereka seolah olah menantikan aktiviti seperti ini.
Saya yakin bahawa sekiranya aktiviti ini dijadikan sebagai rutin kebiasaan keapda pihak sekoah
pastinya mampu mengubah persepsi menjadi lebih positif dalam mengamalkan gaya hidup sihat.
Selain itu, Ceramah tersebut juga tidak membosankan kerana diselit dengan aktiviti-aktiviti
senaman ringan oleh penceramah tersebut. Saya yakin bahawa kekuatan utama yang ada
disebalik kejayaan program kali ini adalah perancangan dan kerjasam yang padu dari setiap
individu yang terlibat.

Selain itu, komunikasi dan interkasi yang berkesan juga merupaka sumber kekuatan kepada
kejayaan program Gaya Hidup Sihat ini. Hal ini dilihat dari segi peningkatan kerjasama dari
agensi luar dalam memeriahkan lagi aktiviti pada kali ini. Lebih ramai yang terlibat berbanding
program yang sebelumnya. Sementara itu, Semasa ceramah kesihatan, sesi sola jawab menjadi
medium perhungan antara penceramah dengan penonton. Pelbagai soalan yang membuka minda
telah memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai info kesihatan. Murid murid dapat dipupuk
dengan keberanian untuk berkomunikasi dengan penceramah. Pelbagai soalan yang diajukan
dijawab dengan begitu baik oleh pihak penceramah.

KELEMAHAN PROJEK/AKTIVITI :

Terdapat beberapa perkara yang menjadi kelemahan dalam program ini. Antaranya ialah
pengurusan masa. Dapat dilihat bahawa permulaan program adalah sesuatu yang kritikal untuk
diambil mudah. Kelewatan memulakakn sesuatu majlis boleh menjejaskan atucara sepanjang
program.. Ada beberapa pertandingan yang terpaksa dipendekkan masa untuk memberi laluan
kepada majlis penutup. Di samping itu, kawalan murid juga boleh diperbaiki dan dipertingkatkan.
Pergerakan murid agak tidak terurus semasa menikmati jamuan kerana makanan disediakan di
kantin yang mana kantin tidak boleh menampung murid sekaligus dalam satu-satu masa.

Kelemahan lain adalah sebilangan murid dan guru ada yang tidak mengikuti program dan
sekadar duduk dari tepi melihat rakan-rakan lain melakukan aktiviti. Namun ini hanya terjadi pada
aktiviti melukis dan mewarna dimana melibatkan kemarihan dan bakat. Pemilihan aktiviti yang lebih
universal adalah lebih baik. Apabila ditanya soalan berkenaan gaya hidup sihat semasa kuiz juga,
mereka ini tidak mampu menjawab dan memilih untuk mendiamkan diri sahaja. Ini dilihat sebgai
satu kelemahan dalam penyediaan murid dan guru ke arah rakyat Malaysia yang berpengetahuan
luas dan kreatif.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

Melaksanakan program agar menepati waktu yang dirancang supaya aktiviti yang
dilaksanakan tidak lari dengan tentatif yang diberikan. Oleh itu, aktiviti yang dirancang dapat
dijalankan dengan baik tanpa ada gangguan. Tidak dinafikan akan adanya ketepatan masa tidak
dapat dikawal oleh sebab-sebab tertentu tetapi sebagai seorang guru, kita mestilah mempunyai
perancangan yang lain sekiranya terdapat perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Antara
penambahbaikan yang boleh dilakukan juga adalah setiasa refleksi diri terutama dari aspek
perlakuan guru. Ini kerana, guru menjadi tarikan utama murid-murid. Sekiranya guru sentiasa
mengamalkan gaya hidup sihat semasa di sekolah secara tidak langsung akan menarik perhatian
murid untuk menjadi contoh yang baik kepada murid-murid mengikut guru menjalankan aktiviti sihat
terutama sekali semasa mata pelajaran pendidikan jasmani kerana teori behavioris mengatakan
bahwa murid akan belajar dari orang dewasa. Jika baik teladan yang ditunjukkan maka baiklah
akhlak murid terebut.

KESIMPULAN

Secara keseluruhan, program Gaya Hidup Sihat ini berjaya dilaksanaan kerana wujudnya
kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada seluruh warga Sekolah Kebangsaan 2 Sultan
Alam Shah. Melalui program ini, garis panduan program kesihatan diri dan penjagaan diri bagi
murid dan guru dapat memberi panduan kepada semua yang terlibat di dalam perancangan dan
pelaksanaan program ini. Kerjasama semua pihak dari kedua dua buha sekolah yang terlibat akan
memastikan matlamat utama program untuk memberi sumbangan yang berkesan terhadap
peningkatan taraf kesihatan masyarakat pada hari ini khususnya kepada murid-murid sekolah
dapat dicapai.
RUJUKAN

Nurazizan , Wan Norsaedah , (1994 ), Makanan Yang Sihat , Fakta dan Cerita , Petaling
Jaya : Vital Star Sdn. Bhd.

Open Universiti Malaysia ( 2012 ) HBHE1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan (2nd) ,


Selangor :Meteor

Persatuan Pengguna Pulau Pinang , ( 2009 ) , Buku Panduan Senaman Sebagai Ubat :
Pulau Pinang.

Sulaiman Salleh & Mohd Azhar Zakaria (2001), Makanan Untuk Kesihatan & Tenaga
,Selangor : Mega Setia Emas Sdn. Bhd.
LAMPIRAN BERGAMBAR

Gambar 1: Aktiviti Senam Robik

Gamabr 2: Selingan Aktiviti Semasa Ceramah Gaya Hidup Sihat


Gambar 3: Kuiz Kesihatan

Gmabar 4: Ceramah Gaya Hidup Sihat


Gambar 5: Sebilangan Murid Bersedia Untuk Pertandingan Melukis Dan Mewarna

Gambar 6: Instruktor Senamrobik Jemputan

Anda mungkin juga menyukai