Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK : SEMESTER 1 / 2020

Program: PISMP Nama Pelajar:

Kod: EDUP 3083 Semester / Tahun: SEMESTER 2/ TAHUN 4


Ambilan: JUN 2016
Nama Kursus:
Kumpulan : PISMP MT/ PJK/ PKB1/ PKB2/
Asas Kepemimpinan dan Pembangunan PKP1/ PKP2/ PAKK/ BC/ BM/ SEJ/ BT/ SN/BA
Profesionalisme Guru

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Laporan Temubual 26 FEBRUARI 2020 13 MAC 2020

2. Penulisan Akademik 26 FEBRUARI 2020 23 MAC 2020

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan konsep mengajar sebagai satu profesion dan ciri-ciri guru sebagai
seorang profesional. (C2, LO1, LO8, EM2)

2. Menghuraikan isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh guru serta
perundangan yang berkaitan dengan kerjaya guru. (C4, A2,LO1, LO8, EM2)

3. Menyediakan pelan pembangunan diri dan pembangunan kerjaya untuk menjadi


seorang yang profesional berdasarkan peringkat-peringkat perkembangan guru.
(C5,LO3,L07,CTPS3, KK3)

4. Menganalisis peranan guru sebagai pemimpin profesional dalam pelbagai aspek


pengajaran dan pembelajaran melalui temubual. (C4,A2,LO3, ,LO9, CTPS3,LS1)

5. Merangka pelan tindakan untuk mengurus perubahan dalam bidang pendidikan.


(C6,A4,LO1)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4 .


Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat :

1. Menjelaskan konsep amalan profesionalisme keguruan di sekolah.


2. Menghuraikan isu dan cabaran berkaitan etika dan perundangan yang berkaitan dengan
kerjaya guru.
3. Menganalisis peranan guru sebagai pemimpin profesional dalam pelbagai aspek
pengajaran dan pembelajaran.
4. Menjana pemikiran kritikal dan pendekatan saintifik dalam merangka pelan pembangunan
diri dan kerjaya untuk menjadi seorang yang profesional berdasarkan peringkat-peringkat
perkembangan guru.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1 : LAPORAN TEMUBUAL (Wajaran 20%)


(Hadkan penulisan anda kepada 600 patah perkataan sahaja)

Seorang guru lelaki di sebuah sekolah kebangsaan di Port Dickson telah didakwa kerana membaling
kasut kepada seorang murid perempuan tahun dua sehingga menyebabkan kecederaan di dahi dan
menerima tiga jahitan. Kejadian tersebut dikatakan berpunca daripada tindakan murid tersebut yang
bermain di belakang kelas bersama dua rakannya ketika guru terbabit sedang mengajar mata
pelajaran Pendidikan Moral.
(Sinar Harian Online)

Berdasarkan rangsangan di atas, anda dikehendaki menemubual (perlu disokong


dengan rakaman) seorang pentadbir pendidikan di sekolah. Dalam temubual tersebut anda
perlu memfokus kepada amalan profesionalisme keguruan yang menjadi amalan di sekolah
tersebut, isu-isu pelanggaran etika dan perundangan yang berkaitan dengan kerjaya guru.
Tuliskan satu laporan yang lengkap.

TUGASAN 2 : PENULISAN AKADEMIK (Wajaran 30%)


(Hadkan penulisan anda kepada 1000 patah perkataan sahaja)

Pembangunan kerjaya adalah satu proses berterusan yang melibatkan pergerakan individu melalui
beberapa peringkat kehidupan (Greenhouse dalam Norhani, et. al., 2009).

Berdasarkan kenyataan di atas, sediakan satu pelan pembangunan diri dan kerjaya
anda untuk menjadi seorang yang profesional berdasarkan peringkat-peringkat
perkembangan guru.

Anda mungkin juga menyukai