1.0 PENDAHULUAN 2
5.0 KESIMPULAN 7
6.0 BIBLIOGRAFI 8
7.0 LAMPIRAN 9
1
1.0 PENDAHULUAN
Bagi mencapai Wawasan 2020 di mana negara kita akan mencapai status negara
maju dan bukan sebagai negara membangun, maka Kementerian Pelajaran Malaysia
telah membuat satu perancangan disusuli beberapa tindakan perlaksanaan untuk
melaksanakan transformasi terhadap kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional
(PTV) melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM).
Transformasi ini dilakukan bagi menyediakan tenaga kerja mahir yang berkemahiran
kelas dunia yang berpotensi menjadi separa profesional yang mampu memenuhi
keperluan semasa negara dalam usaha untuk menjadi sebuah negara perindustrian
yang sejajar dengan Revolusi Perindustrian 4.0. Selain itu, dengan adanya
pemerkasaan dalam kurikulum PTV juga kerajaan Malaysia dapat menawarkan jalan
alternatif kepada pelajar-pelajar yang keciciran dan yang tidak minat dalam bidang
akademik untuk tidak berhenti belajar malah diberikan peluang yang sama untuk
meneruskan pengajian dalam bidang teknikal dan vokasional yang dapat membantu
mereka untuk mengisi ruang keperluan pekerjaan dan menembus pasaran kerja di
peringkat domestik dan antarabangsa. Maka, PTV amat penting dalam usaha
melahirkan masyarakat yang memenuhi aspirasi revolusi industri 4.0.
2
2.0 KEPERLUAN PTV DALAM PEMBANGUNAN NEGARA
Di samping itu, pembangunan negara dari segi sosial juga akan bertambah baik
dengan adanya pengaplikasian PTV dalam pendidikan negara. Hal ini kerana PTV juga
menerapkan nilai bertanggungjawab dan sifat berdikari dalam diri pelajar-pelajar. Melalui
sifat dan nilai murni yang diterapkan, maka tenaga kerja yang dilahirkan juga mampu
berdikari dan berusaha untuk memajukan diri dari semasa ke semasa. Lantaran itu,
kreativiti dan inovasi juga akan pesat berlaku kerana setiap tenaga kerja mahir yang
dilahirkan cuba untuk memajukan diri melalui pelbagai cara yang berbagai. Perkara ini
dapat dilihat melalui produk yang dihasilkan atau kemahiran yang telah dipertingkatkan
yang lebih mempercepatkan sesuatu proses pekerjaan dan tidak memakan masa yang
lama. Tambahan pula, kemahiran yang sedia ada boleh dikembangkan dan dijadikan
sebagai penjana ekonomi persendirian yang mampu menghasilkan pelbagai industri dan
pembekal kepada permintaan Revolusi Perindutrian 4.0. Secara tidak langsung, sosial
masyarakat akan lebih kompetitif, progresif, kreatif dan tidak bergantung kepada
kerajaan dapat dilahirkan dan dijana.
3
3.0 PENGARUH KURIKULUM PTV KEPADA KURIKULUM RBT
Di samping itu, kurikulum PTV juga bertujuan untuk membentuk individu yang
menyeluruh dari segi pengetahuan, kemahiran, nilai, sosial, dan sikap yang
menyumbang kepada kebolehpasaran. Manakala, kurikulum RBT bertujuan untuk
memberikan pendedahan awal dan kesedaran kepada murid akan kepentingan reka
bentuk, nilai estetika dan teknologi dalam dunia pembuatan untuk melahirkan minat dan
mengembangkan potensi murid. Maka, dapat dilihat di sini kedua-duanya mempunyai
persamaan yang sama iaitu membentuk murid-murid atau tenaga kerja dengan pelbagai
kemahiran di samping mempunyai nilai-nilai murni yang baik serta dapat berkomunikasi
dan mempunyai kemahiran bersosial yang sihat. Di samping itu, murid-murid atau
tenaga kerja akan lebih kreatif dan berinovasi dalam mencetuskan idea dan membina
produk yang mampu berdaya saing di peringkat global.
4
4.0 PERANAN GURU BIDANG RBT DALAM MELAHIRKAN MASYARAKAT REVOLUSI
PERINDUSTRIAN 4.0
Selain itu, guru juga perlu memberi pencerahan akan apa itu Revolusi Perindutrian
4.0 dan apa yang dihasratkan oleh revolusi ini kepada murid-murid. Dengan adanya
pencerahan, murid-murid akan lebih sedar dan dapat menyiapkan diri dengan
kemahiran yang dipelajari untuk digunakan pada masa hadapan kelak. Hal ini penting
supaya murid-murid tidak bersikap belajar subjek RBT sambil lewa memandangkan
subjek RBT bukan subjek teras. Oleh itu, pencerahan yang diberikan oleh guru kepada
murid bukan sahaja membantu mereka dalam permbelajaran malah dapat menyediakan
mereka untuk menjadi masyarakat yang memenuhi Revolusi Perindustrian 4.0.
Tambahan pula, guru RBT juga perlu menguasai Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) dan menggunakannya di dalam kelas semasa Pembelajaran dan
Pemudah Cara (PdPc) berlangsung. Umum menyedari bahawa Revolusi Perindustrian
4.0 mementingkan teknologi seperti Internet sebagai medium pembelajaran. Maka, guru
perlu menguasai kemahiran TMK dan mengaplikasinya kepada murid-murid di dalam
kelas. Hasilnya, murid-murid juga akan bijak menguasai TMK di samping dapat
menggunakan sumber yang ada seperti Internet dengan betul dalam mencari maklumat
dan pengayaan ilmu. Hanya dengan cara ini, masyarakat Revolusi Perindustrian 4.0
dapat dilahirkan yang bukan hanya kaya dengan ilmu malah bertanggungjawab.
Pada waktu yang sama, guru juga perlu sentiasa memastikan murid-murid bersedia
untuk menimba ilmu dengan mempunyai pemahaman asas akan sesuatu topik sebelum
mempelajarinya. Hal ini bermaksud, murid-murid perlulah menerokai ilmu itu terdahulu
sebelum diajar oleh guru. Maka, antara aktiviti yang boleh dilakukan guru ialah dengan
5
menyediakan beberapa latihan kepada murid untuk diselesaikan atau dengan memberi
bahan ringkas kepada murid untuk dibaca. Selain itu, medium teknologi moden seperti
Internet juga boleh digunakan oleh murid-murid untuk mencari maklumat dan bahan.
Dengan aktiviti seperti ini, ia bukan sahaja menimbulkan minat murid untuk belajar
malah melahirkan murid yang celik akan penggunaan teknologi moden.
Selain itu, guru RBT juga perlu menguasai segala ilmu atau kemahiran dengan tinggi
sekali. Hal ini supaya guru dapat menerangkan setiap kegunaan dan manfaat sesuatu
ilmu atau kemahiran kepada kehidupan murid-murid. Melalui cara ini, murid-murid dapat
mengaitkan ilmu atau kemahiran yang dipelajari dalam kehidupan mereka dan
mengaplikasikannya. Hal ini dapat memudahkan proses PdPc dan membantu murid-
murid untuk mempunyai pelbagai kemahiran yang menjadi satu permintaan besar
Revolusi Perindustrian 4.0.
Di samping itu, guru juga boleh mengembangkan kreativiti dan inovasi murid-murid
melalui pertandingan inovasi atau menyertai pameran-pameran inovasi. Dengan cara ini,
ia dapat merangsangkan lagi pemikiran murid-murid dalam pencarian idea,
perlaksanaan projek dan penyelesaian masalah. Semakin banyak program,
pertandingan atau pameran inovasi yang murid sertai, semakin berkembang kreativiti
murid kerana mereka dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam teori dapat di
praktikkan dalam kehidupan nyata melalui penghasilan produk atau modul. Jelas sekali
ini kaedah ini membantu murid untuk berfikiran kreatif dan kritis sepanjang masa yang
dapat menyesuaikan diri mereka dalam masyarakat Revolusi Perindustrian 4.0 yang
mementingkan kreativiti dan inovasi.
Akhir sekali, guru RBT juga boleh menjalankan penilaian akan setiap proses PdPc
yang berlaku. Hal ini supaya guru sentiasa dapat membaiki dirinya dari semasa ke
semasa jika terdapat kekurangan semasa kelas sedang berlangsung. Melalui kaedah ini,
kualiti guru RBT juga akan bertambah baik dan proses PdPc akan menjadi lebih menarik
untuk murid-murid menimba ilmu dan memahiri kemahiran. Sudah pasti, dengan
peranan guru yang bertanggungjawab seperti ini, murid-murid yang berdaya saing dan
berkualiti dapat dilahirkan dan bakal mengisi setiap permintaan Revolusi Perindustrian
4.0.
6
5.0 KESIMPULAN
7
6.0 BIBLIOGRAFI
Aliza Amin. (2014). Hubungkait Pendidikan Teknik dan Vokasional dalam Subjek Reka
Bentuk dan Teknologi. Dicapai pada 12 September daripada
https://www.slideshare.net/alizaamin/pendidikan-teknik-dan-vokasional-rekabentuk-
dan-teknologi-sinopsis
Badrul Muhaimin. (2015). Rekabentuk Universal Kurikulum PTV. Selangor: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.
Malaysia. (2016). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentafsiran Reka Bentuk dan
Teknologi Tahun Enam. Dicapai pada 12 September 2018 daripada
https://moe.gov.my/images/WargaKPM/Guru/KSSR/DSKP%20KSSR%20REKA%20
BENTUK%20&%20TEKNOLOGI%20Tahun%206.pdf
Noriati A. Rashid. (2016). Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.
Tony Nasta. (2013). How to Design A Vocational Curricular. Routledge Farmer: London
Press
8
7.0 LAMPIRAN