Anda di halaman 1dari 3

TUTORIAL PAI

1. KEPERLUAN PENDIDIKAN DAN TARBIYYAH

Pendidikan dan tarbiyyah sangat penting dalam hidup manusia Pendidikan Islam dengan
tujuan untuk melahirkan individu yang serba lengkap sama ada dari segi rohani dan jasmani
mahupun dari segi material atau sosial bagi mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di
akhirat.

Proses pendidikan Islam akan membentuk serta mengembangkan aspek-aspek


kesempurnaan manusia yang mencakupi fizikal, rohani, mental dan sosial menurut
pembentukan rabbani bagi melahirkan insan kamil dan individu yang bertakwa. Pendidikan
bukan sahaja bertujuan untuk mengisi fikiran para pelajar dengan ilmu pengetahuan, tetapi
juga untuk memupuk akhlak yang murni.

2. METODE PENDIDIKAN ANAK-ANAK

Peringkat pendidikan kanak-kanak menurut Rasulullah SAW

Rasulullah s.a.w. membahagikan pendidikan anak selepas kelahiran ini kepada empat
tingkatan, iaitu:

1. UMUR 1-7 TAHUN.

Pada masa ini, Rasulullah menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi
anak dengan kasih yang tidak bertepi dan sayang yang tidak berbatas. Biarkan anak-anak
pada masa ini bermandikan kasih sayang.

2. UMUR 7-14 TAHUN.

Kanak-kanak lazimnya akan belajar/mengikut berdasarkan pemerhatian iaitu apa yang


dilakukan oleh individu di sekelilingnya terutama dari ibu bapanya. Pada masa ini Rasulullah
memerintahkan kita untuk mula menanamkan disiplin kepada anak-anak dengan
mengajar dan memerintahkan mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya
sudah 10 tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya apabila enggan mengerjakan solat.
Rasulullah SAW telah bersabda;

“Suruhlah anak kamu mengerjakan sembahyang apabila berumur 7 tahun, dan


pukullah mereka (jika mereka enggan) apabila berumur 10 tahun, dan asingkan
tempat tidur mereka”. (HR Ahmad & Ab Daud)

Berdasarkan kajian pakar-pakar ilmu jiwa anak, pada umur 7-14 tahun ini adalah masa
terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Seperti yang
dikatakan oleh Rasulullah dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan
suci. Maka, ayah dan ibunyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.
Pada tahap ini ajarilah dengan sebutan kalimah-kalimah suci Allah (al-Quran) kerana pada
peringkat usia kanak-kanak mereka akan mudah mengingat apa yang diajar. Diriwayatkan
dalam satu hadis Rasulullah SAW bersabda maksudnya; “Apa yang dipelajari oleh kanak-
kanak ialah seperti mengukir sesuatu pada batu”.

Oleh itu ibu bapa hendaklah:-

a) Menanamkan asas-asas keimanan

b) Berlaku adil terhadap kanak-kanak dalam memberi kasih sayang, pendidikan, makanan,
tempat tinggal dan sebagainya.

c) Mengasuh kanak-kanak dengan lemah lembut dan bersopan santun.

d) Mempamerkan akhlak yang mulia dan terpuji.

e) Mendidik kanak-kanak ke jalan yang diredhai Allah SWT.

f) Bertanggungjawab mencipta sebuah rumahtangga yang aman bahagia untuk didiami oleh
kanak-kanak.

g) Bertanggungjawab memberi pendidikan dan pelajaran yang berguna dan menghantar


mereka ke sekolah-sekolah.

h) Mengajar anak-anak mengerjakan sembahyang, mengaji al-Quran dan melatih anak-anak


berpuasa.

3. UMUR 14-21 TAHUN.

Pada masa ini, orang tua sudah menukar penanaman disiplin dengan cara yang agak keras
kepada cara rasional. Orang tua perlu mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat
dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan
satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa
dirinya punya tanggungjawab dan telah dewasa sehingga perlu mengambil berat hal-hal
dalam keluarga.

Setelah remaja, ajaran-ajaran agama Islam yang berkaitan dalam bidang syariah, aqidah
dan akhlak perlu diajar secara terperinci kepada anak-anak di peringkat umur begini supaya
mereka mengetahui, memahami dan dapat menghayatinya. Seterusnya perkara-perkara
baik dan betul tersebut dapat diimplementasikan dalam kehidupan mereka sehari-hari.
Dengan demikian mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang
menyeleweng, amal ibadat dan akhlak mereka akan terpandu dengan betul.

Ibu bapa pada masa kini dilihat seolah-olah mengambil sikap lepas tangan dan membiarkan
anak mereka melintasi alam remaja berlalu begitu sahaja tanpa mengambil tahu pergolakan
yang dihadapi oleh anak mereka dengan alasan sibuk dengan tugasan di pejabat. Sebagai
ibu bapa, mereka perlu mengetahui bahawa masa remaja ialah masa peralihan zaman dari
alam kanak-kanak menuju ke alam dewasa. Pada masa ini, kanak-kanak tidak lagi dianggap
kanak-kanak dan tidak juga orang dewasa. Peralihan zaman alam kanak-kanak menuju
alam dewasa adalah suatu masa yang penting kepada remaja kerana pada masa ini mereka
akan menentukan konsep dirinya atau siapakah diri aku atau suatu proses menentukan
konsep jati diri pada dirinya
3. KEUNGGULAN ISLAM BERBANDING SISTEM ATAU AGAMA LAIN DALAM PENDIDIKAN

Maksud falsafah dari segi pandangan Barat ialah bermaksud mencintai dan hikmah.
Falsafah Barat juga menganggap falsafah sebagai suatu ilmu fizikal, tujuan kehidupan
manusia dan hubungannya dengan alam.

Manakala falsafah dari pandangan islam ialah mengenai hakikat sesuatu (Tuhan) yang
berada dalam kemampuan manusia untuk mendapatkannya.

Pandangan timur: seorang manusia yang memiliki satu garis panduan tingkahlaku
berdasarkan nilai-nilai abstrak

Anda mungkin juga menyukai