Anda di halaman 1dari 1

Pendekatan bertema seringkali digunapakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asas

dalam perkembangan kanak-kanak. Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran,


mencerminkan budaya dan minat murid dan guru. Tema bukan sahaja sebagai tajuk atau
subjek tetapi tema meneroka pengalaman manusia dari segi pandangan dan perspektif
tentang kehidupan. Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang
disusun di sekitar konsep atau tema. Ia merupakan alat pengelolaan yang memberi peluang
kepada guru untuk menghubungkan antara mata pelajaran. Ini akan menghindari program
yang tidak tersusun berpunca dari pelajaran harian yang tidak berkaitan. Unit pengajaran
bertema juga membolehkan pelajar menghubungkan di antara pemahaman, sikap dan
kemahiran termasuk juga bidang-bidang kurikulum.
 Kelebihan pendekatan bertema:
- mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan kondusif dalam proses pdp
- untuk menyemai daya imaginasi melalui penerokaan
- membolehkan pelajar meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti berlandaskan
pengetahuan dan pengalaman lalu
- menyemai nilai empati, harmoni dan pemahaman sesama insan pelbagai budaya