Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Kelas: 4 Alim.
Sedarwarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat
penjuru dunia tentang isu jerebu.Mutakhir ini negara kita sering mengalami
masalah jerebu terutamanya pada akhir tahun . Hal ini disebabkan oleh
kecuaian masyarakat negara kita juga dan negara jiran untuk mengejar
kemodenisasi dunia .Kita sebagai masyarakat yang cinta akan negara harus
mengatasi masalah ini dengan segera kerana “dimana ada kemahuan,di situ
ada jalan” .
Antara langkahnya ialah , pihak atasan dan pihak kerajaan memainkan peranan
penting dalam membendung dalam masalah jerebu ini . Pihak kerajaan
perlulah menguatkuasa undang-undang kepada individu yang bersalah.
Individu yang telah mengingkari peraturan yang telah ditetapkan dengan
melakukan pembakaran hutan , pembakaran terbuka , pelepasan asap kilang
yang tidak ditapis dan sebagainya perlu dikenakan denda yang setimpal
dengan kesalahannya.Apabila pesalah dikenakan denda oleh pihak kerajaan ,
pesalah akan mengambil sebagai pengajaran untuk tidak lakukannya lagi.Jika
pesalah tidak insaf dengan kelakuannya ,pihak kerajaan akan memberikan
tindakan yang lebih berat seperti tutup kilang sementara untuk menggelakkan
pelepasan asap kilang atau menambahkan penapis asap pada cerobong asap.
Bagi yang pembakaran terbuka akan dihukum penjara jika melakukan lagi.
Selain itu , pihak yang berkaitan dengan alam sekitar haruslah mengadakan
kempen kesedaran agar kesedaran masyarakat lebih mendalam bahawa jerebu
ini semakin bahaya jika tidak ditangani sekarang.Kempen kesedaran ini bukan
sahaja dapat menyedarkan masyarakat malah dapat berkongsi maklumat
tentang langkah-langkah mengatasi masalah jerebu dan tindakan yang perlu
dilakukan oleh masyarakat atau individu.Antara tindakan yang perlu dibuat
seperti,elakkan pembakaran sampah atau pembakaran terbuka malah sampah-
sampah tersebut dapat dihantar ke tempat kitar semula seperti kertas,plastic
dan kaca . Sampah yang berbentuk daun kering ,sisa makanan boleh
dihapuskan dengan tanam di tanah sampah tersebut. Dengan tindakan ini
dapat membendung masalah jerebu .Oleh itu , pihak kerajaan dan masyarakat
mestilah bagai aur dengan tebing untuk mengatasi fenomena jerebu ini.