Anda di halaman 1dari 24

1.

0 PENGENALAN

Menurut Profesor M.A.J. Beg (1980) 1, tamadun merupakan pencapaian manusia dalam
bentuk kota, skrip, kesenian, seni bina, agama, undang-undang dan politik. Beliau
menyatakan bahawa tamadun yang tertua di dunia adalah Tamadun Mesopotamia yang
lahir lebih kurang 5000 tahun yang lampau. Edward L. Farmer2 dalam bukunya Comparative
History of Civilization in Asia, menyatakan bahawa tamadun sebagai unit budaya yang
terbesar dalam organisasi manusia yang terdiri daripada perkongsian norma-norma sosial,
tradisi dan institusi-institusi yang berterusan dari satu generasi ke satu generasi yang lain.

Selanjutnya, Farmer menerangkan bahawa masyarakat yang bertamadun harus


mempunyai ciri-ciri yang tertentu seperti kewujudan revolusi pertanian, petempatan kekal,
organisasi sosial masyarakat, sistem pentadbiran, agama, perbandaran, kemajuan teknologi
dan sistem tulisan. Sementara itu, Arnold J. Toynbee3 menyatakan tamadun sebagai suatu
pemikiran dan gaya kebudayaan yang melahirkan institusi politik, undang-undang, kesenian,
kesusasteraan, agama dan akhlak.

Sehubungan dengan ini, Darcy Riberio4 dalam bukunya The Civilized Society
memberikan sembilan ciri tamadun yang masih dalam proses perkembangan. Ciri-ciri
tersebut adalah berakhirnya corak hidup nomad dengan penciptaan alat-alat baru dalam
pertanian, bermula penternakan dan pembahagian kerja berasaskan kumpulan,
pertumbuhan kota dan negara, wujud status sosial, menggunakan sistem pengairan untuk
pertanian, penggunaan peralatan tembaga dan gangsa serta wujud sistem tulisan, angka
dan kalendar. Selain itu, penggunaan sistem pengairan secara meluas, penciptaan
berteknologi daripada besi, pengeluaran alat-alat baru, perkapalan dan penggunaan wang
syiling untuk memudahkan perdagangan, revolusi penternakan, revolusi perdagangan,
revolusi teknologi dan revolusi industri.

Umumnya terdapat percanggahan pendapat di kalangan para sarjana untuk menentukan


ciri tamadun yang mana lebih penting. Ada di kalangan sarjana yang menegaskan bahawa
sistem tulisan adalah merupakan kriteria penting yang melahirkan masyarakat bertamadun.
Pendapat ini disokong oleh Edward Taylor dan H. Morgan. Sementara itu, Gordon Childe,
menekankan bahawa revolusi urban sebagai ciri yang membentuk masyarakat yang
bertamadun. Menurut Gordon5, tamadun lahir apabila manusia mula tinggal menetap dalam

1
M.A.J. Beg, Islamic and Western Concepts of Civilization, Dr. M. A. J. Beg, Malaysia, 2006.

2
Edward L. Farmer, Comparative History of Civilizations in Asia, Westview Press, Amerika,1986.
3
Arnold J. Tornbee, A Study of History, Oxford University Press, United Kingdom, 1974.
4
Darcy Ribeiro, The Americas and Civilization, Duke University Press, Durham, 1971.
5
Gordon Childe, The Dawn of Eropean Civilization, Routledgh, Abingdon, 1998.

1
kumpulan-kumpulan besar di Bandar dan mengamalkan pengkhususan pekerjaan. Ini telah
menyebabkan berlaku perkembangan dalam aspek-aspek budaya material, intelektual dan
kesenian ke tahap yang amat kompleks dan dianggap sebagai tamadun. Sementara itu,
Colin Renfew berpendapat bahawa terdapat tiga ciri utama yang menjadi pemangkin kepada
kelahiran sesebuah tamadun. Ciri-ciri tersebut adalah kewujudan bandar, tempat beribadat
dan sistem tulisan.

Berdasarkan kepada pendapat di atas dapat dirumuskan bahawa tamadun merupakan


satu konsep yang luas dan kompleks. Ia merujuk kepada pencapaian sesuatu masyarakat
atau negara dalam bidang pengetahuan, pentadbiran, undang-undang, kepercayaan
agama, kesenian, perbandaran, sistem tulisan, moral dan adat resam.

1.1 FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN TAMADUN

Teori yang amat popular berhubung dengan kemunculan tamadun di dunia adalah
teori yang berkaitan dengan aspek geografi. Teori ini meliputi elemen-elemen geografi
seperti iklim, hakisan tanah dan topografi sesuatu kawasan. Teori ini didukung oleh seorang
ahli geografi Amerika yang terkenal Ellsworth Huttington6. Menurut beliau, iklim yang ideal
untuk kemunculan tamadun, purata kelembapan sebanyak lebih kurang 75% dan cuaca
yang sering berubah. Perubahan cuaca yang drastik terutama sekali rebut dan taufan akan
meransang manusia untuk berfikir secara kreatif.

Di samping iklim, elemen geografi yang berpengaruh adalah hakisan tanah. Teori
hakisan tanah ini berkaitan dengan keruntuhan tamadun-tamadun awal. Menurut pendukung
teori ini, tanah-tanah pertanian menjadi gersang dan hilang kesuburan ekoran daripada
amalan pertanian dan rangutan yang tidak terkawal. Terdapat banyak bukti menunjukan
terdapat tanah-tanah terbiar dan ditanggalkan kerana tanahnya tidak dapat mengeluarkan
bekalan makanan yang mencukupi untuk menampung penduduk berhijrah ke kawasan lain
dan kawasan-kawasan tersebut mengalami keruntuhan.

Selain daripada itu, satu lagi elemen geografi yang mendorong kemunculan tamadun
adalah keadaan topografi sesuatu kawasan. Teori topografi ini telah dikemukakan oleh
seseorang sarjana Jerman yang bernama Karl Ritter7. Beliau berpendapat bahawa bentuk
muka bumi sesebuah Negara mempengaruhi perkembangan tamadun. Dalam konteks ini,
lazimnya Negara-negara yang mempunyai pinggir pantai yang curam dan mempunyai
bentuk muka bumi yang berlainan akan menjadi Negara yang maju.

6
Ellsworth Huttington, Civilization and Climate, Yale University Press, Amerika, 1915.
7
Karl Ritter, Narrative of the Circumnavigation of the Globe by the Austrian Frigate, Library of Alexandria,
Australia, 1859.

2
Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa tamadun diasaskan oleh orang-
orang nomad. Sarjana yang mendokong teori ini adalah golongan yang telah kompleks.
Mereka telah mengekplotasikan buruh-buruh yang telah ditawan dan merampas harta
mereka. Mereka juga menikmati kehidupan yang mewah dan ada di kalangan mereka yang
mengisytiharkan diri mereka sebagai golongan bangsawan. Seterusnya mereka juga
menggalakan perkembangan kesenian dan intelektual sebagai kehidupan mewah dan
kedudukan mereka. Menurut Oppenheimer8, orang-orang nomad telah memperkenalkan
kehidupan baru di kalangan masyarakat yang tidak aktif dan lembap. Mereka telah
memperkenalkan sistem disiplin dan peraturan-peraturan yang menjadi asas bagi
perkembangan sesuatu tamadun.

Di samping itu, budaya dan amalan pemakanan orang-orang nomad menggalakkan


pertambahan penduduk. Selain itu, amalan poligami juga menyebabkan pertambahan kadar
kelahiran dan telah menyebabkan bilangan penduduk bertambah. Ini mendorong orang-
orang nomad menawan pusat-pusat tamadun berhampiran. Sebagai contoh, penduduk yang
mendiami Lembah Sungai Tigris dan Euphrates iaitu orang Babylon, Assyria dan Chaldeon
berasal dari kawasan utara lembah tersebut.

Umumnya, para sarjana berpendapat bahawa asal usul tamadun mempunyai kaitan
dengan punca-punca yang amat kompleks. Dalam konteks ini, tidak terdapat satu faktor
tetapi keharmonian beberapa faktor perlu diambil kira. Antara faktor-faktor ini yang paling
penting adalah elemen-elemen geografi dan ekonomi seperti iklim, kesuburan tanah, laluan
ke pelabuhan yang sumber galian yang mencukupi. Para sarjana juga berpendapat tamadun
tidak dapat berkembang di kawasan-kawasan yang terpencil. Dalam konteks ini masyarakat
yang mempunyai peluang untuk berhubung dengan penduduk yang telah mencapai
kemajuan dapat mencapai tamadun yang tinggi.

Selain daripada itu, sejarahwan juga menekankan faktor-faktor seperti tumpuan


penduduk di kawasan-kawasan tertentu, penemuan kemahiran dan proses-proses baru
seperti tulisan, melebur logam sebagai punca perkembangan tamadun yang tinggi. Agama
juga memainkan peranan penting dalam melahirkan masyarakat yang bertamadun.
Peraturan-peraturan sosial yang awal diguna untuk tujuan agama. Selain daripada itu,
agama juga telah melahirkan kod undang-undang, sistem moral, falsafah dan sains.

2.0 PERKEMBANGAN DAN SUMBANGAN ILMU


8
Oppenheimer, Eden in the East: The Drowned Continent of Southeast Asia, Phoenix, Arizona, 1998.

3
2.1 TAMADUN CHINA

DASAR PENDIDIKAN DAN INSTITUSI PENDIDIKAN CHINA

Orang China memang dikenali sebagai suatu bangsa yang menghormati golongan
intelektual. Sejak zaman awal lagi kerajaan China bertanggungjawab untuk menyediakan
keperluan-keperluan asas untuk pendidikan. Pada zaman Confucius, terdapat sekolah-
sekolah di kampung kecil (hamlet), kampung (village) dan negeri-negeri feudal.9

Pendidikan dalam masyarakat Cina bukan bertujuan untuk memajukan individu atau
kehidupan sosial rakyatnya tetapi untuk memungkinkan murid-muridnya lulus peperiksaan
mengikut keperluan-keperluan tertentu yang telah ditetapkan beberapa abad sebelumnya.
Oleh itulah sistem pendidikan China selalunya dirujuk sebagai bentuk pendidikan statik,
berketurunan, atau pendidikan formal yang paling sempurna10. Satu ciri nyata pendidikan
tradisional China ialah hubungan eratnya dengan sistem pemilihan pegawai-pegawai awam
melalui peperiksaan am. Sistem yang digunakan sebelum kemunculan sekolah-sekolah
moden ini menyedikan pelajar-pelajar untuk tiga peringkat ijazah akademik dan tiga tahap
peperiksan.11

Sebelum pelajar menduduki peperiksaan untuk ijazah pertama, dia perlu mengambil
peperiksaan kelayakkan di daerahnya. Selepas lulus peperiksaan ini pelajar tersebut akan
bersedia untuk peperiksaan rasmi pertama di bandar utama. Jika dia lulus dalam
peperiksaan ini dia akan menerima ijazah pertama, Hsiu Tsai yng disamakan dengan ijazah
pertama zaman moden. Tahap persaingan kedua adalah peperiksaan di peringkat ibu kota.
Calon-calon yang berjaya akan dianugerahkan ijazah Chun-Jen. Peperiksaan yang ketiga
dan paling tinggi diadakan di ibu kota empayar melalui peperiksaan istana dengan kehadiran
maharaja. Ijazah ini dikenali sebagai Chin Shih. Penghormatan diberikan kepada tiga ahli
akademik yang memperolehi penghormatan paling tinggi diberi gelaran Chuang Yuan dan
diiktiraf sebagai ahli akademik terkemuka negara. Individu-individu yang lain memperoleh
kedudukan yang hampir sama dengan Chin Shih dilantik sebagai ahli-ahli akademik Han
Lin, sebuah majlis ahli-ahli akademik terkemuka yang disokong oleh kerajaan.

Sekolah peringkat rendah selalunya diadakan di rumah guru, rumah penaung yang
kaya, di rumah pagoda lama, rumah berhala atau pondok yang digunakan sebagai
banggunan sekolah12. Bilik-bilik darjah pula kebiasaanya tidak menarik, terdapat sebuah
9
Moehlman, A.H., & Roucek, Comparative Education, Henry Holte and Co., New York, 1951, hlm.529.
10
Graves, F.P., A History of The Middle East, Westview Press, Colorado, 1983, hlm.63.
11
Moehlman, A.H., & Roucek, Comparative Education, hlm.530.
12
Graves, F.P., A History of The Middle East, hlm.64.

4
meja dan kerusi untuk guru yang mengajar dan terdapat gambar tempat pemujaan
Confucius di sudut bilik darjah. Pelajar lelaki membawa bersama mereka kerusi, buku,
kertas, pensel dan dakwat. Dalam peringkat rendah murid akan belajar huruf-huruf penting
dalam bahasa dan menghafal sembilan buku suci. Huruf yang dipelajari tidak mewakili
bunyi, tetapi idea dan symbol yang berbeza digunakan untuk setiap perkataan. Justeru itu
terdapat 30 000 ideograf, yang perlu dipelajari lima ribu daripada ideograf terkandung di
dalam 9 buah buku suci. Untuk mengenali huruf-huruf ini, enam atau tujuh buku sekolah
perlu dipelajari oleh murid sebelum mereka mula mempelajari buku suci.

Selain daripada sekolah rendah muncul sekolah menengah dan sekolah tinggi di
bawah tajaan kerajaan, naungan persendirian atau dengan pembiayaan oleh golongan kaya
dan pegawai-pegawai awam13. Akademik ini menyediakan pelajar untuk peperiksaan
kerajaan dan mereka yang berjaya akan mengisi jawatan-jawatan penting dalam empayar
dan melalui cara ini peraturan kerajaan dan masyarakat dapat dikekalkan tanpa
perubahan14. Di peringkat sekolah menengah pula pelajar dibekalkan latihan dalam
menghasilkan karangan, kesusasteraan dan pengkajian esei. Di institusi pengajian tinggi
pula kandungan pendidikan tinggi adalah menterjemahkan buku-buku suci ke dalam bahasa
China moden, menjelaskan kandungan buku suci dan penulisn esei. Perkembangan institusi
pengajian tinggi ini boleh dikesan hampir dalam kesemua dinasti Chian.

Selepas menamatkan pendidikan menengah, pelajar akan menduduki peperiksaan


kerajaan yang akan melayakan mereka untuk memegang jawatan-jawatan kerajaan.
Seseorang pelajar atau orang awam yang mendapat ijazah perlu menduduki dua
peperiksaan awal yang merupakan peperiksaan kemasukkan dan kemudian ujian gred
ketiga yang akan melayakkannya mendapat ijazah. Ijazah pula boleh dibahagikan kepada
tiga iaitu Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah. Mereka yang mendapat ijazah
kedoktoran layak untuk mendapat ijazah perjawatan boleh mengambil peperiksaan keempat
dan setelah lulus dalam peperiksaan tersebut, dia boleh menjadi ahli seumur hidup dalam
organisasi intelek iaitu Imperial Academy.Tiada had umur yang ditentukan untuk menduduki
peperiksaan dan ini menyebabkan ada kalanya anak, ayah atau datuk menduduki
peperiksaan serentak.

Sebagai kesimpulanya, bolehlah dikatakan bahawa pendidikan rasmi China


berkembang melalui dikri yang ditentukan oleh orientasi kebudayaan China. Orientasi
kebudayaan China adalah humanistik, sekular dan rasional. Tumpuan utama pendidikan
adalah untuk memajukan sensitiviti moral dan tanggungjawab kepada rakyat dan Negara.

13
Latourette, K.S., The Chinese Their History and Culture, Collieir-Macmillan, London,1965, hlm.662.
14
Graves, F.P., A History of The Middle East, hlm.66.

5
Pendek kata pendidikan adalah bersifat intelektual dan praktikal di mana matlamat akhir
harus dicapai melalui pengetahuan dan contoh-contoh yang baik15.

PEMIKIRAN FALSAFAH CHINA

Dalam tamadun China, terdapat empat aliran pemikiran utama iaitu Konfusianisme,
Taoisme, Moisme (Mo Tzi) dan Legalisme. Falsafah China, menekankan hal ehwal manusia.
Bagi mereka, manusia menjadi kayu pengukur dan tanpa nilai kemanusiaan, falsafah hilang
pengertian asasnya dan tidak dapat menjustifikasikan kewujudannya. Tradisi falsafah China
yang berpusat kepada manusia ada kalanya dirujuk sebagai humanisme. Humanisme China
menekankan hubungan manusia dengan orang lain berbanding dengan manusia sebagai
individu bebas dan ini memperkuatkan perhambaan.

Konfusianisme diasaskan oleh Kung Fu-zi yang lebih dikenali sebagai Konfusius.
Idea beliau merangkumi aspek-aspek falsafah, pendidikan dan sosial politik yang
terkandung dalam kitab Lun Yu (Analects), sebuah koleksi ungkapan kata-katanya yang
diselenggarakan oleh beberapa orang pengikutnya. Ajaran Konfisius menitikberatkan ajaran
moral iaitu mengandungi penjelasan mengenai kepentingan akhlak yang mulia melalui
penjagaan hubungn yang baik antara manusia di langit dengan manusia di bumi. Selain itu,
mengajar penganutnya supaya sentiasa mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka
hadir di dunia dan merangkumi aspek falsafah dan etika yang mengajar manusia cara untuk
bertingkah laku dengan baik. Seterusnya, segala tingkah laku hendakalah mengikut
peraturan dan perlu mempunyai perasaan taat setia kepada Negara, saling menghormati
antara golongan muda dengan orang tua. Konfisius pernah menyatakan “orang budiman
belajar sastera seluas-luasnya, terkawal nafsunya oleh istiadat dan tidak mungkin tersesat ”.

Suatu falsafah yang dihasilkan oleh Hsun-tzu. Beliau yang dikenali juga sebagai Xun
Zi, merupakan anak didik Konfisius yang akhirnya membawa ajaran yang jauh bertentangan
dengan falsafah Konfusius yang dianutinya. Mengikut Xun Zi, manusia secara asas bersifat
jahat dan manusia perlu melihat diri mereka sendiri. Bagi falsafah Legalisme, pemerintahan
harus dijalankan berdasarkan undang-undang ketat. Legalisme tidak begitu menitiberatkan
falsafah moral seperti yang ditekankan dalam ajaran Konfusius dan Taoisme. Legalisme
merupakan suatu mazhab pemikiran Cina yang lebih mementingkan pengguaan sistem atau
cara pentadbiran yang berdasarkan undang-undang yang telah ditetapkan. Ahli Legalisme
percaya bahawa peraturan dan undang-undang yang ketat merupakan cara yang berkesan
demi menjamin kestabilan dan cara keamanaan Negara.

15
Smith, W.A., Ancient Education, Greenwood Press Publisher, New York, 1955, hlm.81.

6
Ajaran Taoisme diasaskan oleh Lao Tze. Antara ajaran Taoisme ialah menekankan
unsur primitif bagi mencapai kehidupan yang abadi. Bagi menghapuskan dosa, penganutnya
perlu bertapa di gua dan di gunung. Penekanan terhadap aspek antimaterialisme, iaitu untuk
memperoleh tempat yang lebih baik pada hari akhirat, dengan penganut diajak
meninggalkan hal duniawi. Pendekatan batin digalakkan bagi mewujudkan perpaduan
masyarakat. Mereka percaya setiap manusia mempunyai satu bentuk tenaga dalam jiwanya
dan tenaga ini boleh dibangkitkan melalui amalan yoga dan meditasi. Fahaman ini
menekankan aspek perdampingan dengan alam semula jadi.

Ajaran Moisme diasaskan oleh Mo Tzu. antara konsep yang penting dalam pemikiran
aliran ini termasuk aspek kasih sayang(jian’ai) , mengecam sikap suka berperang (feigong)
dan menyerah kepada nasib(feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai
(shangxian). Selain itu, disebabkan oleh penegasan aliran ini kepada sikap mengejar
kepentingan (gongli), pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan oleh
aliran Confucianisme. Aliran pemikiran moisme menegaskan bahawa penyelarasan dan
pembentukan kekuasaan pusat, berjimat cermat dan melantik sesiapa yang berkelayakan
dan berkemampuan bagi jawatan kerajaan.

ASTRONOMI CHINA

Dalam tamadun China, masyarakat Cina memberi penekanan kepada astronomi


yang dianggap sebagai Ilmu Sains Negara. Terdapat dua faktor yang mendorong kajian ilmu
astronomi iaitu kepercayaan dan keperluan asas untuk pentadbiran Negara. Perkembangan
astronomi China mempunyai kaitan dengan pengaruh tamadun Babylon. Orang Cina
menggunakan dua jenis klalendar iaitu kalendar Lunar dan kalender Suria. Kalendar Lunar
digunakan untuk upacara-upacara keagamaan manakala kalendar Suria untuk menetapkan
musim. Orang Cina membuat kajian tentang langit yang merangkumi gejala gerhana, planet
dan letupan bintang. Disamping itu, mereka juga membuat pemetaan langit. Menjelang abad
ke-4 S.M., tiga orang ahli astronomi terkenal iaitu Shih Shen, Kan Ted dan Wu Hsein telah
menyusun katalog langit yang amat terperinci.

Orang-orang Cina juga mencipta peralatan astronomi seperti sfera bingkai yang
digunakan untuk pengukuran dan gnomon yang merupakan tiang pengukur bayang
matahari. Orang Cina juga mencapai kejayaan melukis peta yang mempunyai grid. Peta grid
ini diperkenalkan oleh Chong Heng.

MATEMATIK CHINA

7
Menjelang abad ke-2, penggunaan abacus disebut buat pertama kali dalam karya ahli
matematik Xu Yue. Kebanyakkan matematik Cina terkandung dalam karya Sembilan Bab
Matematik. Ahli matematik Cina juga mengenalpasti nilai pai, sistem pecahan dan sistem
perpuluhan, manakala perkembangan Aljabar pula bermula. Tokoh Aljabar yang terkenal
ialah Chin Chiu Shao. Beliau membincangkan mengenai persamaan berangka tinggi,
persamaan tak tentu dan penggunaan Aljabar dalam Trignometri. Selain itu, angka positif
(melambangkan keuntungan) dan negatif (melambangkan hutang) juga wujud dalam
matematik Cina.16

PERUBATAN CHINA

Antara karya perubatan yang dihasilkan ialah Nei Ching yang merupakan rekod
menyeluruh tentang rekod teori perubatan Cina. Walau bagaimanapun, karya teks klasik
yang terawal dan terpenting ialah Huangdi Neijing yang menghuraikan mengenai teori dan
falsafah perubatan klasik. Karya ini juga menghuraikan tentang kelebihan akupuntur, herba,
diet dan senaman. Satu lagi karya terbaik dalam perubatan ialah Pen Tsao Kang Mu,
merupakan ensiklopedia mengenai hampir 2000 jenis perubatan. Kepentingan dan
pengaruh ensiklopedia ini terbukti apabila karya ini diterjemahkan ke dalam bahasa asing.
Ensiklopedia ini menyeneraikan lebih 10 000 jenis ubat-ubatan dan preskripsi yang
kebanyakkannya tidak diketahui di barat pada masa itu. 17

Bidang perubatan Cina mempunyai perkaitan dengan konsep Yin dan Yang kerana
ketidakseimbangan kedua-dua unsur ini membawa kepada penyakit. Darah dikaitkan
dengan Yin dan nafas dikaitkan dengan Yang. Secara ringkasnya, penyakit boleh dirawat
melalui tiga cara iaitu medica, moksibusi dan akupuntur. Di China, kebanyakkan penyakit
dirawat dengan menggunakan herba dan bahan galian.18

KESUSASTERAAN CHINA

Antara sumbangan besar tamadun China adalah dalam bidang kesusasteraan.


Penyatuan bahasa Cina memberi sumbangan terhadap kesusasteran Cina. Dalam sejarah
kuno, dua bidang sastera yang dipandang tinggi oleh orang Cina adalah puisi dan prosa.
Kedua-dua bidang sastera ini mempunyai kepentingan dalam peperiksaan awam kerajaan.
Setiap calon yang hendak menjadi pegawai kerajaan akan disyaratkan melalui beberapa
peringkat ujian untuk melayakkan mereka memasuki perkhidmatan awam.

16
Wan Fuad Wan Hasan, Ringkasan Sejarah Sains, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1990, hlm.13.
17
Wan Fuad Wan Hasan, Ringkasan Sejarah Sains, hlm.133.
18
ibid

8
Sejarah perkembangan kesusasteraan Cina boleh dibuktikan dengan penghasilan
Buku Puisi atau Shi jing. Karya sastera ini merupakan koleksi 305 nyanyian atau puisi yang
dikumpulkan oleh Konfusius semasa pemerintahan dinasti Chou. Puisi-puisi ini dikumpul
daripada pelbagai tema penting yang kebanyakkan lebih mengisahkan tentang nasib
penduduk China pada ketika itu. Puisi Shih jing yang merupakan sastera realisme di utara,
pada asasnya dinyanikan dengan iringan muzik. Pada keseluruhannya Shih jing
mementingkan elemen lirik. Puisi Shih jing juga mempunyai fungsi politik dan sosial selain
daripada fungsi sastera. Ia digunakan dalam pertemuan rasmi. Hal ini kerana, raja dan
pegawai diplomatik menyanyikan puisi sebagai pembayang bagi sesuatu keadaan sebenar
atau untuk menyatakan maksud sebenar.19

Prosa boleh dibahagikan kepada tiga jenis genre. Fu iaitu genre representative bagi
dinasti Han, menunjukan sifat puisi bercampur prosa. Genre kedua prosa selari iaitu sejenis
prosa berirama yang mempunyai syarat-syarat tertentu khasnya mengenai kecantikan
retorik. Genre ketiga ialah ‘eight-legged essay’ yang merupakan kayu pengukur paling
utama dalam menggeredkan calon peperiksaan perkhidmatan awam. Prosa jenis ini
menyarankan penulis mematuhi pelbagai syarat dari segi kandungan dan bentuk apabila
menulis.

Drama Cina berkembang agak lewat iaitu pada zaman dinasti Yuan. Ini ada kaitan
dengan prestij tradisi lama mulai merosot di bawah pemerintahan Mongol yang telah
menjadikan aktiviti bukan konvensional seperti drama berkembang. Drama Cina yang paling
menarik ialah jenis Zaju, sejenis bentuk puisi yang digubah mengikut bunyian muzik tertentu.
Zaju bukan sahaja memberi hiburan tetapi juga berperanaan sebagai pengkritik sosial yang
berjaya mendapat simpati penonton20.

Kedudukan fiksyen tidak setanding dengan puisi atau prosa. Ini disebabkan oleh
penggunaan bahasa vernakuklar, bagi istilah Cina, ia merujuk kepada genre xiaoshuo yang
bermaksud percakapan kecil dan percakapan sia-sia. Walau bagaimanapun, pada zaman
awal dinasti Chong perkembangan cerita dalam bahasa harian telah mula wujud,
selanjutnya mencapai tahap kematangan dan kegemilangan pada zaman dinasti Yuan, Ming
dan Qing.

KESENIAN CHINA
19
Latourette, K.S., The Chinese Their History and Culture, hlm. 649.
20
ibid

9
Tamadun China mencapai kemajuan penting dalam bidang kesenian. Terdapat dua
pembahagian muzik dalam perkembangan tamadun China iaitu muzik rakyat dan muzik
golongan atasan. Pada asasnya, muzik rakyat merupakan asas perkembangan muzik Cina.
Ini kerana muzik mempunyai kaitan dengan kehidupan rakyat. Setelah itu, muncul muzik
golongan atasan yang telah mengubahsuai muzik rakyat.

Salah satu bidang kesenian yang menarik dalam tamadun China ialah kaligrafi atau
seni khat. Kaligrafi Cina merupakan salah satu seni halus yang unik di dunia. Seni amat
dihormati oleh masyarakat Cina. Kaligrafi Cina mempunyai unsur-unsur atau imej kekuatan,
kecantikan ataupun keanggunan.

Seni lukis merupakan salah satu kesenian yang berkembang maju dalam tamadun
China. Lukisan-lukisan Cina banyak bertemakan dewi-dewi, pemimpin bangsawan, gadis
dan orang biasa. Selain itu, terdapat juga lukisan tentang alam semula jadi seperti gunung-
ganang, hutan rimba, binatang, tumbuhan dan sungai.

Perkembangan seni bina juga berkait dengan pembinaan bandar-bandar dan istana.
Di setiap bandar kuno Cina, terdapat pembinaan tembok besar yang mengelilinginya.
Pembinaan Tembok Besar China yang sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking
merupakan antara tujuh keajaiban dunia. Pembangunannya memerlukan waktu yang sangat
lama, lintas generasi, bahkan lintas zaman, dan melibatkan ratusan ribu pekerja. Antara
pembinaan lain ialah istana besar Kota Larangan dan Kuil Pagoda.

PENEMUAN PENTING TAMADUN CHINA

Tamadun China juga menciptakan kompas yang dibuat daripada penggunaan bijih besi
yang mempunyai magnet. Teknik membuat kertas pula telah dicipta oleh Cai Lun dengan
bahan-bahan daripada fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi ini telah
diperkenalkan ke Eropah pada kurun ke-13. Pada abad ke-7, masyarakat Cina telah
mencipta sebuah bongkah kayu yang diukir untuk dijadikan alat percetakan. Satu lagi
sumbangan Cina kuno ialah pam rantai yang digunakan untuk mengangkut tanah atau pasir,
juga boleh digunakan untuk menimba air. Tamadun China juga mencipta mancis yang terus
digunakan pada hari ini. Bahan yang digunakan untuk membuat mancis bentuk awal ialah
daripada galian sulphur. Seterusnya, masyarakat kuno juga mencipta paying yang dibuat
daripada sutera.

2.2 TAMADUN MESOPOTAMIA

10
DASAR PENDIDIKAN DAN INSTITUSI PENDIDIKAN MESOPOTAMIA

Matlamat utama sekolah-sekolah di Sumeria adalah untuk melatih scribes-scribes


(jurutulis) bagi menjalankan pentadbiran dan menguruskan ekonomi ladang-ladang yang
dimiliki oleh rumah berhala dan istana. Ini adalah matlamat utama sekolah di Sumeria.
Namun begitu, selaras dengan perkembangan dan kemajuannya dari segi kurikulum,
sekolah telah menjadi pusat budaya dan pembelajaran di Sumeria. Perkembangan ini telah
menyebabkan sekolah-sekolah melahirkan sarjana-sarjana dalam bidang sains, teologi,
botanikal, zoologikal, mineralogy dan linguistik21.

Matlamat kedua pendidikan ialah untuk mencapai kemahiran yang tinggi dalam
sistem tulisan cuneiform dan memahami tatabahasa. Guru-guru akan membimbing untuk
menulis di atas kepingan-kepingan tanah liat supaya dapat mengembangkan bakat pelajar
dalam bidang penulisan cuneiform22.

Pada peringkat awal, sekolah-sekolah di Sumeria terdiri daripada rumah-rumah


berhala, perlu ditegaskan hampir semua rumah berhala yang besar dan kecil mempunyai
sekolah masing-masing. Malah paderi bertanggungjawab dalam menjalankan pentadbiran
sekolah, menghasilkan dokumen-dokumen tentang sejarah dan teknologi serta penubuhan
dan pengurusan perpustakaan yang terdapat dalam rumah berhala.

Berdasarkan hasil kerja pelajar, dapat diketahui bahawa kurikulum sekolah di


Sumeria terdiri daripada dua kumpulan iaitu sastera dan saintifik. Pelajar saintifik belajar
tentang nama pokok dan rumput, binatang termasuk serangga dan burung 23. Bukunya
berkaitan tentang botanical, zoology, geografi dan mineralogy. Pelajar sastera pula belajar
tentang karya-karya sastera, puisi, mitos, cerita-cerita epik, himpunan esei, pepatah dan
sifir.

PERKEMBANGAN FALSAFAH MESOPOTAMIA

21
Kramer, Samuel Noah, History Begins at Sumer, Doubleday, New York, 1959, hlm.1.
22
ibid
23
Ibid, hlm.5.

11
Pengetahuan tentang falsafah, teologi, kosmologi dan kosmogoni orang-orang
Sumeria dapat diketahui daripada hasil penulisan seperti mitos, epic dan lagu-lagu suci.
Terdapat banyak mitos yang menerangkan tentang asal usul alam semesta. Mengikut
pemikir-pemikir Sumeria, pada awalnya hanya terdapat lautan purba, dari lautan purba
muncul syurga dan bumi24.

Di samping itu, ahli-ahli teologi juga telah membahagikan Tuhan-tuhan kepada dua
kumpulan iaitu tuhan kreatif dan bukan kreatif. Tuhan yang mengawasi syurga, bumi, laut
dan udara adalah merupakan tuhan kreatif. Mitos-mitos juga menerangkan tentang asal usul
manusia. Dalam sebuah mitos, dinyatakan bahawa tuhan mencipta manusia sebagai hamba
untuk membantunya25.

ASTRONOMI MESOPOTAMIA

Masyarakat Mesopotamia telah mengaji pergerakan bulan, bintang dan matahari


timbul ekoran daripada pengetahuan yang luas dalam bidang metafizik. Mengikut
kepercayaan orang Mesopotamia, segala perubahan yang berlaku di alam semesta akan
mempengaruhi kehidupan di dunia. Masyarakat Mesopotamia telah dicipta kalendar lunar.
Tahun baru bermula pada first new moon dan dibahagikan kepada 12 bulan. Setiap bulan
terdiri daripada 29 atau 30 hari. Setiap hari bermula dengan matahari terbit dan dibahagikan
kepada 12 jam.

Mereka juga menggunakan peralatan-peralatan seperti ‘gnomon’ atau jam matahari


dan clepsydra atau jam yang bergerak dengan aliran air. Peralatan-peralatan ini digunakan
untuk mengetahui masa. Pada waktu malam mereka menggunakan zodiac atau peta
kedudukan bintang untuk mengetahui waktu.

MATEMATIK MESOPOTAMIA

Kajian yang dilakukan oleh Otto Neugebauer pada tahun 1920 menujukkan terdapat sistem
angka sejak Zaman Hammurabi. Dengan demikian jelas bahawa masyarakat Mesopotamia
menggunakan dua sistem angka iaitu sistem perpuluhan dan sistem perenam puluhan.
Mereka juga telah memajukan konsep nilai tempat. Pada amnya pengetahuan tentang ilmu
matematik diperoleh daripada dua jenis teks iaitu Table Text dan Problem Text. Table Text
mengandungi nombor-nombor yang disusun mengikut pelbagai cara. Umpamnya ia disusun
dalam urutan tambah, tolak, darab dan bahagi. Teks yang kedua pula mengandungi latihan
bagi pelajar peringkat tinggi26.
24
Ibid, hlm.78.
25
Ibid.
26
Oppenheim, A. Leo, Ancient Mesopotamia: Potrait of a Dead Civilization, University of Chicago Press,
Chicago, 1964, hlm.306.

12
PERUBATAN MESOPOTAMIA

Pada amnya masyarakat Mesopotamia percaya bahawa penyakit disebabkan oleh


kuasa-kuasa jahat. Mereka percaya bahawa kuasa-kuasa jahat tersebut dapat dikawal dan
diusir dengan membaca mantera. Doktor-doktor Mesopotamia menghantar pesakit kepada
paderi atau bomoh dan doktor memberikan ubat-ubatan sebagai langkah untuk mengusir
roh. Ini jelas ketara daripada Kod Hammurabi yang mengandungi sembilan fasal mengenai
menjalankan pembedahan.

Pharmacopaiea (manual ubat-ubatan) yang tertua adalah berusia dari Zaman Dinasti
Ur yang ketiga. Ia mengandungi koleksi resipi dan keterangan mengenai penyedian salap,
losen dan campuran yang dibuat daripada kulit ular, tempurung penyu dan susu.

KESUSASTERAAN MESOPOTAMIA

Dalam tamadun Mesopotamia seni penulisan sastera bermula di Sumeria menjelang


abad ketiga sebelum masihi. Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan sebelum itu
terdapat cerita-cerita mengenai Tuhan, wira-wira yang bersifat tuhan dan juga mengenai
ketua-ketua tempatan dan panglima-panglima perang. Dalam konteks ini tradisi penulisan
sastera di Sumeria tidap dapat dipisahkan daripada peranan yang dimainkan oleh nar iaitu
para pujangga dan penyair-penyair Sumeria.

Pujangga dan penyair ini mendapat naungan daripada istana dan menghasilkan
cerita-cerita mengenai kegemilangan dan keangunan raja dan tuhan. Cerita-cerita ini
diperuntukan dari satu generasi ke satu generasi yang lain dirangkumkan dalam bentuk
karya-karya bertulis. Pada tahap ini sistem tulisan cuneiform telah mengalami kemajuan
yang pesat. Antara karya-karya awal tidak dapat dibaca sepenuhnya, tetapi ia mempunyai
persamaan dari segi gaya dan corak penulisannya27.

MUZIK MESOPOTAMIA

Terdapat pelbagai jenis peralatan muzik direka. Pelbagai jenis alat gendering
digunakan dan mempunyai saiz yang berbeza. Gendang besar dibunyikan di rumah-rumah
berhala dan ia mempunyai garis pusat lima kaki. Timbrel digunakan sebagai alat muzik di
27
Hawkes, Jacquetta, The First Great Civilizations: Liofe in Mesopotamia, The Indus Valley and Egypt,
Hutchinson, London,1973, hlm.41.

13
rumah berhala untuk mengiringi lagu-lagu suci. Trompet-trompet yang berbentuk
melengking dibuat daripada tanduk kerbau dan juga logam, dimainkan bersama dengan
gendang semasa perayaan keagamaan.

SENI BINA DAN SENI UKIR MESOPOTAMIA

Tamadun Mesopotamia mengalami kemajuan dari segi teknikal dalam bidang


pembinaan. Batu bakar tidak digunakan secara meluas pada Zaman Protoliterate.
Menjelang Zaman Dinasti Awal, batu bakar digunakan secara meluas bagi pembinaan
laluan kaki dan juga permukaan bangunaan kerana kebanyakkan banggunaan terdedah
kepada hujan, digunakan dalam kuantiti yang besar terutama sekali pada bahagian
permukaan bangunaan Ziggurat. Batu bakar menjadi bahan utama dalam seni bina
Mesopotamia iaitu pembinaan gerbang melengkung (arch).

Dalam bidang seni ukir, patung-patung yang dihasilkan adalah untuk tujuan
perhiasan dan juga digunakan sebagai alat ritual di rumah-rumah berhala. Kebanyakkan
daripada patung yang ditemui adalah patung-patung pemujaan. Terdapat dua gaya seni ukir
yang berbeza di Sumeria. Pertama adalah patung-patung dari Tell Asmar yang
mengandungi bentuk-bentuk geometri yang mudah. Kedua dari segi teknik diukir dengan
amat cekap dan mempamerkan ciri-ciri naturalisme dan terdapat bukti yang kukuh di mana
terdapat usaha-usaha ke arah membuat potret.

PENEMUAN PENTING TAMADUN MESOPOTAMIA

Tamadun Mesopotamia telah mencipta roda. Roda digunakan dalam menghasilkan


kereta kuda sama ada untuk tujuan peperangan atau kegunaan pada masa aman.
Penciptaan roda membolehkan orang Mesopotamia mencipta kincir air untuk mengalirkan
air ke kawasan tandus dan meningkatkan hasil pertanian di samping mengawal banjir.
Tamadun Mesopotamia juga telah menyumbangkan ciptaan alat pengangkutan yang terawal
kepada dunia. Orang Sumeria telah menggunakan kapal layar serta pangangkutan beroda
sejak tahun 3000 S.M. Oleh itu, mereka mampu menguasai jalan darat serta jalan laut
sehingga mereka dapat berhubung dengan wilayah di India serta wilayah di kawasan Laut
Mediterranean.

3.0 PERKEMBANGAN ILMU


3.1 TAMADUN CHINA

14
Tamadun China dapat mengembangkan ilmunya dalam pelbagai bidang.
Pertamanya, sistem pendidikan yang diterapkan oleh pihak pemerintahan pada awalnya
bertujuan untuk mencari calon-calon pejabat pemerintahan yang beraliran konfusius. Fokus
pendidikan didasarkan atas tingkatan daerah administratif pemerintahan. Setiap distrik
memiliki sekolah-sekolah, sampai pada akademi di ibukota kerajaan. Setiap fokus tersebut
diharuskan melewati sistem ujian yang terbahagi kepada tiga tahap. Sistem ujian ini dinilai
sangat berat, namun dari banyak orang yang ikut ujian ini hanya beberapa yang berhasil
lulus. Dinasti Han telah memberikan dasar-dasar pada sistem ujian di daratan China,
walaupun selanjutnya ada perubahan dan penambahan. Sistem pendidikan ini juga
membawa perubahan pada stratifikasi dan kedudukan dalam masyarakat. Oleh itu,
masyarakat tidak lagi sepenuhnya memandang orang dari kepemilikan harta atau
keturunananya, tetapi masyarakat memandang seseorang dari tahap pendidikan seseorang
itu. Disamping itu, kaum berpendidikan ini diberikan penghormatan dan penghargaan serta
hak-hak istimewa dari pemerintah dan masyarakat.

Ajaran konfusius berkembang dan masuk ke negara Jepun bersamaan dengan


masuknya agama Budha pada abad ke-6. Ajaran ini mulai masuk ke Jepun ketika putera
raja Shotoku mengirim wakil-wakilnya untuk belajar di China. Apabila mereka pulang dari
Negara China, mereka membawa banyak buku ilmu pengetahuan China. Pada zaman
Kinsei cara pemikiran masyarakat Jepun berubah dengan pengaruh besar dari
Konfusianisme. Setelah melalui proses yang panjang, dapat diketahui bahawa etika dan
moral orang Jepun tidak terlepas daripada ajaran Konfusianisme. Ajaran ini tidak hanya
mempengaruhi moral tetapi juga mengajarkan untuk berpendidikan dan menjadi
cendekiawan.

Alat hitung tradisional dan kalkulator mekanik Abacus muncul sekitar 5000 tahun
yang lalu. Abacus pasa masa itu digunakan oleh para pedagang untuk kegiatan
perdagangan, namun abacus mulai ditinggalkan kerana kemunculan pensil dan kertas.
Selepas itu, abacus berkembang menjadi kalkulator roda numerik, kalkulator mekanik,
mesin differensial, analytical engine, kartu perforasi dan atanasoff berry. Setiap alat ini
mempunyai kelemahan masing-masing. Akhir sekali, dua orang pencipta iaitu Dr John
Mauchly dan Presper Eckert menemui komputer generasi pertama. Oleh itu, abacus
dijadikan contoh dan berkembang hingga menjadi komputer yang kita gunakan sehingga
hari ini.

Muzik Cina klasik adalah antara sistem muzik yang paling lama dan paling
berkembang dalam dunia ini. Kedatangan muzik India melalui penerimaan agama Buddha
telah memberikan kenikmatan muzik yang berlainan. Muzik bercorak Asia Tengah dan Asia

15
Barat, misalnya muzik dari Iran juga banyak mempengaruhi muzik Cina melalui aktiviti
perdagangan dan penyebaran agama Islam ke China pada abad ke-8. Selain itu, muzik Cina
juga menggabungkan pelbagai corak muzik kaum minoriti dari seluruh negara China.

Dalam bidang perubatan pula, cara diagnosis memeriksa nadi telah mencapai
kemajuan. Karya “Rumusan Nadi” yang disunting oleh dokter terkenal Dinasti Jin, Wang Shu
telah menghuraikan 24 jenis gejala nadi. Buku itu bukan sahaja memainkan peranan yang
penting dalam ilmu perubatan tradisional China, tetapi juga diedarkan ke negara lain. Pada
zaman itu, pelbagai bahagian yang profesional dalam ilmu perubatan telah diasingkan.
Karya akupuntur yang tekenal ialah “Karya Jiayi Akupuntur”, “Baobuzi” dan “Zhouhoufang”
tentang mengeluarkan ubat-ubatan, “Teori Leigongpailiao” tentang pembuatan ubat-ubatan,
“Liujuanziguiyifang” tentang pembedahan, “Teori Punca Pelbagai Penyakit” tentang punca
penyakit, “Rumusan Lulu” tentang penyakit kanak-kanak, “Bencao Pindaan Baru” yang
merupakan kamus ubat-ubatan yang pertama di dunia, “Yinhaijingwei” tentang penyakit
mata dan lain-lain.

Pengajaran ilmu akupuntur telah mencapai kemajuan yang besar. Wang Weiyi telah
menerbitkan buku “Rumusan Nadi Akupuntur Patung Manusia Tembaga”, beliau kemudian
telah reka bentuk dan membuat 2 buah patung manusia temgaga yang sama saiz badan
manusia, untuk pelajar melatih akupuntur dalam pengajaran. Ciptaan beliau tersebut telah
memainkan peranan yang penting dalam perkembangan ilmu akupuntur di Negara lain juga.
Doktor China telah mengasingkan penyakit Febril, pestilens dan wabak bermusim. Pada
zaman Dinasti Qing, ilmu penyakit wabak bermusim telah lebih matang dan telah
dikemukakan karya-karya khusus seperti “Teori Wabak Bermusim”. Ilmu perubatan barat
telah diperkenalkan ke China, ramai doktor telah menganjurkan “gabungan teori perubatan
tradisional China dan perubatan barat”.

Pahatan batu dan relief batu bata ditemukan pada kubur dan di kuil yang berdiri di
depan kubur menunjukkan arah perkembangan seni mural Han. Batu berpahat dari China
Utara, seperti dari makam keluarga Wu menunjukkan masyarakat Cina berkembang dalam
bidang pembinaan. Teknik membuat kertas pula telah dicipta oleh Cai Lun dengan bahan-
bahan daripada fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 1105. Teknologi ini telah diperkenalkan
ke Eropah pada kurun ke-13. Pada abad ke-7, masyarakat Cina telah mencipta sebuah
bongkah kayu yang diukir untuk dijadikan alat percetakan.

3.2 TAMADUN MESOPOTAMIA

16
Tamadun Mesopotamia juga dapat mengembangkan ilmunya dalam pelbagai
bidang. Bidang yang pertamanya ialah bidang seni bina. Orang Sumeria mengembangkan
ilmunya dalam bidang arkitektur dan membangun kotanya menurut tata aturan kota yang
terancang. Bangunan umumnya dibuat daripada batu bata dan tanah liat. Kemampuan
mereka dalam mengolah logam. Mereka mengolahkan logam dan menghasilkan cermin,
tongkat-tongkat, kapak, dan perlengkapan senjata dan sebagainya. Pada zaman Babylonia
(Baru) terkenal dengan “taman gantung”, yang kemudian menjadi salah satu keajaiban
dunia.

Seterusnya, kewujudan sistem tulisan telah membawa kepada sistem pendidikan


yang bertujuan untuk melahirkan jurutulis. Kehadiran jurutulis ini membolehkan urusan
pentadbiran dan perniagaan dicatat supaya dapat direkodkan. Dalam perdagangan,
kesemua urusan jual belinya disertakan dengan resit, nota dan surat kredit. Di samping itu,
sistem tulisan ini juga telah melahirkan tradisi kesusasteraan. Antara hasil
kesusasteraannya yang terkenal termasuklah epik Gilgamesh yang merupakan hasil
kesusasteraan yang tertua di dunia. Epik ini mengandungi falsafah dan cara hidup orang
Mesopotamia. Secara dasarnya, epik ini ditulis untuk menjadi bimbingan kepada masyarakat
Mesopotamia. Tetapi, masyarakat dunia hari ini menggunakan epik ini sebagai rujukan cara
pemerintahan yang adil dan epik ini juga menjadi rujukan sejarah.

Justeru, dalam bidang perubatan pula, masyarakat hari ini terutamanya pelajar
bidang perubatan menggunakan buku Pharmacopaiea sebagai buku acuan dalam
pembelajarannya. Buku ini menjelaskan tentang kebaikan, kepentingan, kekuatan dan
kelemahan ubat-ubatan tradisional yang terdapat di dunia. Buku ini juga mengandungi
informasi tentang ubat-ubat tersebut dalam terapi.

Muzik turut memperkayakan ilmu masyarakat Mesopotamia pada ketika itu. Pada
mulanya masyarakat Mesopotamia menggunakan muzik sebagai hiburan. Selepas itu,
bidang muzik ini digunakan sebagai medium untuk menyampaikan tentang informasi
berkaitan tentang astrologi kepada masyarakat. Seterusnya lahir bidang muzik seperti
polifonik iaitu muzik berbagai-bagai bunyi yang harmoni.

Dalam perkembangan roda pula, pada mulanya masyarakat Mesopotamia


menggunakan roda yang dibuat daripada gelondongan kayu yang digulirkan untuk
memindahkan barang. Selepas itu, mereka mengembangkan ilmu pembuatan roda ini untuk
memintal kain dan juga digunakan sebagai kincir air dalam aktiviti pertanian. Pembinaan
roda berkembang dan mencipta roda kayu dengan galas tanpa parutan. Akhirnya, roda yang
berisi udara dicipta.

17
4.0 PERBANDINGAN SUMBANGAN TAMADUN CHINA DAN MESOPOTAMIA

Setiap tamadun awal di dunia ini menyumbangkan banyak sumbangan dari segi ilmu,
alat dan teknologi. Sumbangan ilmu, alat dan teknologi ini masih lagi membantu kepada
masyarakat dunia kini untuk memajukan ilmu kehidupan mereka. Terdapat beberapa
perbezaan dari sumbangan Tamadun China dan Mesopotamia. Pertamanya dari segi
konsep dasar pendidikan dan institusi pendidikan. Pendidikan dalam masyarakat Cina
bukan bertujuan untuk memajukan individu atau kehidupan sosial rakyatnya tetapi untuk
memungkinkan murid-muridnya lulus peperiksaan mengikut keperluan-keperluan tertentu.
Oleh itulah sistem pendidikan China selalunya dirujuk sebagai bentuk pendidikan statik,
berketurunan, atau pendidikan formal yang paling sempurna. Mereka memperkenalkan
system peperiksaan awam yang dikendalikan secara ketat. System ini telah digunakan oleh
masyarakat dunia sehingga pada hari ini untuk mengukur pencapaian akademik pelajar.

Bagi Tamadun Mesopotamia pula, mereka memperkenalkan institusi pendidikan ini


untuk melahirkan sarjana-sarjana dalam bidang sains, teologi, botanikal, zoologikal,
mineralogy dan linguistik. Matlamat kedua pendidikan ialah untuk mencapai kemahiran yang
tinggi dalam sistem tulisan cuneiform dan memahami tatabahasa. Matlamat ini yang menjadi
aspek yang paling penting dalam falsafah pendidikan kita iaitu, melahirkan rakyat kita
sebagai tenaga kerja yang berpengetahuan dan berintelektual. Oleh itu, tamadun China
menekankan kepentingan pendidikan untuk melahirkan masyarakat yang berpendidikan
tetapi tamadun Mesopotamia pula menekankan kepentingan pendidikan untuk melahirkan
tenaga kerja bagi memajukan ekonomi Negara.

Selain itu, perbezaan dari segi pemikiran falsafah. Falsafah China, menekankan hal
ehwal manusia. Manusia menjadi kayu pengukur dan tanpa nilai kemanusiaan, falsafah
hilang pengertian asasnya. Tradisi falsafah China yan dirujuk sebagai humanisme.
Humanisme China menekankan hubungan manusia dengan orang lain berbanding dengan
manusia sebagai individu bebas dan ini memperkuatkan perhambaan. Falsafah yang
pertama ialah Konfusianisme yang diasaskan oleh Kung Fu-zi yang lebih dikenali sebagai
Konfusius. Ajaran Konfisius menitikberatkan ajaran moral iaitu mengandungi penjelasan
mengenai kepentingan akhlak yang mulia melalui penjagaan hubungan yang baik dan
bertingkah laku dengan baik. Konfusius juga mengatakan bahawa kita mesti sentiasa
mengingati nenek moyang seolah-olah roh mereka hadir di dunia ini.

Bagi tamadun Mesopotamia pula mereka menganggap bahawa falsafah mereka


adalah dalam bentuk hasil penulisan seperti mitos, epic dan lagu-lagu suci. Terdapat banyak
mitos yang menerangkan tentang asal usul alam semesta. Dalam sebuah mitos, dinyatakan
bahawa tuhan mencipta manusia sebagai hamba untuk membantunya. Namun, kita mestilah

18
berkelakuan baik dan membuat perkara yang baik kepada manusia atau hidupan lain di
dunia ini. Oleh itu, falsafah China menekankan kepentingan mengikut ajaran moral dalam
kehidupan kita dan sentiasa mengingati nenek moyang kita. Dalam tamadun Mesopotamia
pula, mereka mengikut hasil penulisan mereka sebagai falsafah dan menekankan
kepentingan berkelakuan baik.

Seterusnya, bagi bidang astronomi pula terdapat beberapa perbezaan dari kedua-
dua tamadun tersebut. Orang Cina menghasilkan dua jenis kalendar iaitu kalendar Lunar
yang digunakan untuk upacara keagamaan dan kalender Suria iaitu calendar untuk
menetapkan musim. Orang Cina juga membuat kajian tentang langit yang merangkumi
gejala gerhana, planet dan letupan bintang. Disamping itu, mereka juga membuat pemetaan
langit. Menjelang abad ke-4 S.M., tiga orang ahli astronomi terkenal iaitu Shih Shen, Kan
Ted dan Wu Hsein telah menyusun katalog langit yang amat terperinci. Orang-orang Cina
juga mencipta peralatan astronomi seperti sfera bingkai yang masih digunakan pada masa
kini. Sfera ini digunakan untuk pengukuran dan gnomon yang merupakan tiang pengukur
bayang matahari. Orang Cina juga mencapai kejayaan melukis peta yang mempunyai grid.

Masyarakat Mesopotamia pula telah dicipta kalendar lunar yang mempunyai 12


bulan setahun dan setiap bulan terdiri daripad 29 atau 30 hari. Mereka juga membahagikan
setiap hari kepada 12 jam. Mereka juga menggunakan peralatan-peralatan seperti jam
matahari dan jam yang bergerak dengan aliran air. Peralatan-peralatan ini digunakan untuk
mengetahui masa. Pada waktu malam mereka menggunakan peta kedudukan bintang untuk
mengetahui waktu. Ilmu inilah yang membantu kita pada hari ini untuk mengenalpasti tahun,
bulan, tarikh dan juga masa. Oleh itu, tamadun China mengaji tentang planet, gerhana,
bintang, menghasilkan sfera bingkai dan juga dua jenis calendar. Tetapi tamadun
Mesopotmia hanya mencipta calendar yang mempunyai 12 bulan setahun kerana
Mesopotamia adalah tamadun yang paling awal dalam dunia. Namun, perkembangan ilmu
astronomi tamadun China lebih maju daripada tamadun Mesopotamia.

Tambahan pula, dalam bidang matematik tamadun China memperkenalkan


penggunaan abacus. Kebanyakkan matematik Cina terkandung dalam karya Sembilan Bab
Matematik. Ahli matematik Cina juga mengenalpasti nilai pai, sistem pecahan dan sistem
perpuluhan, manakala perkembangan Aljabar pula bermula yang membincangkan tentang
persamaan berangka tinggi, persamaan tak tentu dan penggunaan Aljabar dalam
Trignometri. Selain itu, angka positif (melambangkan keuntungan) dan negatif
(melambangkan hutang) juga wujud dalam matematik Cina. Penggunaan abacus masih lagi
digunakan di Negara China dan nilai pai, system pepecahan dan perpuluhan dijadikan
perkara yang penting dalam matapelajaran matematik di Negara kita.

19
Masyarakat Mesopotamia pula menggunakan dua sistem angka iaitu sistem
perpuluhan dan sistem perenam puluhan. Mereka juga telah memajukan konsep nilai
tempat. Buku Table Text mengandungi nombor-nombor yang disusun mengikut pelbagai
cara. Umpamnya ia disusun dalam urutan tambah, tolak, darab dan bahagi. Oleh itu,
tamadun China menggunakan alat dan system matematik untuk memajukan bidang
matematik. Tetapi tamadun Mesopotamia pula menggunakan buku-buku matematik sebagai
alat untuk memajukan bidang matematik mereka.

Dari segi bidang perubatan pula tamadun China menggunakan karya perubatan
untuk menghuraikan tentang kelebihan akupuntur, herba, diet dan senaman. Karya terbaik
merupakan ensiklopedia mengenai hampir 2000 jenis perubatan. Kepentingan dan
pengaruh ensiklopedia ini terbukti apabila karya ini diterjemahkan ke dalam bahasa asing.
Ensiklopedia ini menyeneraikan lebih 10 000 jenis ubat-ubatan dan preskripsi yang
kebanyakkannya tidak diketahui di barat pada masa itu. Bidang perubatan Cina mempunyai
perkaitan dengan konsep Yin dan Yang kerana ketidakseimbangan kedua-dua unsur ini
membawa kepada penyakit. Darah dikaitkan dengan Yin dan nafas dikaitkan dengan Yang.

Bagi masyarakat Mesopotamia pula mereka percaya bahawa kuasa-kuasa jahat


tersebut dapat dikawal dan diusir dengan membaca mantera. Doktor-doktor Mesopotamia
menghantar pesakit kepada paderi atau bomoh dan doktor memberikan ubat-ubatan
sebagai langkah untuk mengusir roh. Oleh itu, tamadun China menggunakan karya
perubatan sebagai medium untuk memajukan bidang perubatan mereka dan mereka juga
mengutamakan konsep alam iaitu yin dan yang dalam perubatannya. Tetapi, masyarakat
Mesopotamia menganggap bahawa kuasa-kuasa jahat adalah sebab utama menghadapi
penyakit.

Tambahan pula, dalam bidang kesusasteraan China dua bidang sastera yang
dipandang tinggi oleh orang Cina adalah puisi dan prosa. Kedua-dua bidang sastera ini
mempunyai kepentingan dalam peperiksaan awam kerajaan. Drama Cina yang paling
menarik ialah jenis Zaju, sejenis bentuk puisi yang digubah mengikut bunyian muzik tertentu.
Zaju bukan sahaja memberi hiburan tetapi juga berperanaan sebagai pengkritik sosial yang
berjaya mendapat simpati penonton. Kedudukan fiksyen tidak setanding dengan puisi atau
prosa. Ini disebabkan oleh penggunaan bahasa vernakuklar iaitu percakapan kecil dan
percakapan sia-sia.

Bagi tamadun Mesopotamia pula terdapat cerita-cerita mengenai Tuhan, wira-wira


yang bersifat tuhan dan juga mengenai ketua-ketua tempatan dan panglima-panglima
perang. Cerita-cerita ini diperuntukan dari satu generasi ke satu generasi yang lain
dirangkumkan dalam bentuk karya-karya bertulis. Oleh itu, perbezaan antara kedua-dua

20
tamadun ini ialah tamadun Mesopotamia menghasilkan karya mereka tentang tuhan, wira-
wira bersifat tuhan dan juga panglima-panglima perang tetapi tamadun China menghasilkan
karyanya mengenai pelbagai bidang.

Justeru, dalam bidang kesenian pula tamadun mencapai kemajuan penting dalam
bidang kesenian. Mereka mencapai kemajuan dalam bidang muzik kerana muzik
mempunyai kaitan dengan kehidupan rakyat. Salah satu bidang kesenian yang menarik
dalam tamadun China ialah kaligrafi atau seni khat. Kaligrafi Cina mempunyai unsur-unsur
atau imej kekuatan, kecantikan ataupun keanggunan. Seni lukis merupakan salah satu
kesenian yang berkembang maju dalam tamadun China. Lukisan-lukisan Cina banyak
bertemakan dewi-dewi, pemimpin bangsawan, gadis dan orang biasa. Perkembangan seni
bina juga berkait dengan pembinaan bandar-bandar dan istana. Pembinaan Tembok Besar
China yang sepanjang 1500 batu merupakan antara tujuh keajaiban dunia.

Bagi tamadun Mesopotamia pula, terdapat pelbagai jenis peralatan muzik direka.
Pelbagai jenis alat gendering digunakan dan mempunyai saiz yang berbeza. Dari segi
pembinaan pula, batu bakar digunakan secara meluas bagi pembinaan laluan kaki dan juga
permukaan bangunaan kerana kebanyakkan banggunaan terdedah kepada hujan,
digunakan dalam kuantiti yang besar terutama sekali pada bahagian permukaan bangunaan
Ziggurat. Batu bakar menjadi bahan utama dalam seni bina Mesopotamia iaitu pembinaan
gerbang melengkung (arch). Dalam bidang seni ukir, patung-patung yang dihasilkan adalah
untuk tujuan perhiasan dan juga digunakan sebagai alat ritual di rumah-rumah berhala. Oleh
itu, bidang kesenian adalah salah satu bidang yang menhiburkan masyarakat daripada
kedua-dua tamadun tersebut. Bagi bidang pembinaan pula tamadun China bertungkus
lumus membina Tembok Besar China. Mereka menggunakan bidang pembinaan ini untuk
membina benteng pertahanan bagi menyelamatkan Negara mereka daripada musuh.
Tamadun Mesopotamia pula menggunakan teknologi mereka iaitu penggunaan batu bakar
dalam bidang pembinaan.

5.0 RUMUSAN

Tamadun China dapat memberikan banyak sumbangan dari segi perubatan, astronomi,
bidang biologi, bidang matematik, sains dan teknologi, bidang optik, teknologi China dan
empat perciptaan agung. Dalam bidang perubatan, amalan perubatan berkembang hasil

21
daripada kaedah empirikal, karya perubatan diterjemahkan dalam bahasa asing,
penggunaan teori Yin dan Yang dalam perubatan serta pengunaan teori lima elemen dalam
perubatan. Sumbangan dalam bidang matematik ialah penggunaan abacus, mengenal pasti
nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan.

Mereka menyumbangkan katalog bintang, peralatan astronomi dan calendar dalam


bidang astronomi. Mereka juga mengenali teknologi membuat kertas, penyonsongan imej,
teknik pencetakan, bahan letupan, kompas dan kereta sorong.

Bagi Tamadun Mesopotamia pula, mereka menyumbangkan sistem tulisan cuneiform.


Selain itu, dalam perkembangan ilmu astronomi mereka mengenali pergerakan bulan,
bintang dan matahari serta membawa kepada ilmu matematik. Mereka juga mencipta
kalendar yang mempunyai 12 bulan setahun. Dalam bidang perubatan pula, sebanyak 500
jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan ubatan dikatalogkan dan disampelkan
penggunaannya. Mereka mencipta batu bata daripada tanah liat dan mencipta kertas.

Tuntasnya, walaupun terdapat beberapa perbezaan daripada kedua-dua tamadun ini,


setiap tamadun mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri yang menggambarkan
kebolehan dan kepakaran mereka terhadap sesuatu bidang ilmu yang mereka kuasai. Oleh
itu, kedua-dua tamadun ini tidak ada sebarang kekurangan dari segi perkembangan dan
sumbangan ilmu yang mereka menguasai.

LAMPIRAN

22
SISTEM PEPERIKSAAN SENI BINA TAMADUN KONSEP YIN DAN YAN

TAMADUN CHINA CHINA

PENGGUNAAN PERALATAN UNTUK SISTEM TULISAN CHINA

ABACUS CHINA BERCETAK CHINA

CUNEIFORM TANAH SENI UKIR SENI BINA MESOPOTAMIA

LIAT MESOPOTAMIA MESOPOTAMIA

RUJUKAN

Arnold J. Tornbee, A Study of History, Oxford University Press, United Kingdom, 1974.

23
Darcy Ribeiro, The Americas and Civilization, Duke University Press, Durham, 1971.

Edward L. Farmer, Comparative History of Civilizations in Asia, Westview Press,


Amerika,1986.

Ellsworth Huttington, Civilization and Climate, Yale University Press, Amerika, 1915.

Gordon Childe, The Dawn of Eropean Civilization, Routledgh, Abingdon, 1998.

Graves, F.P., A History of The Middle East, Westview Press, Colorado, 1983.

Hawkes, Jacquetta, The First Great Civilizations: Liofe in Mesopotamia, The Indus Valley
and Egypt, Hutchinson, London,1973.

Karl Ritter, Narrative of the Circumnavigation of the Globe by the Austrian Frigate, Library of
Alexandria, Australia, 1859.

Kramer, Samuel Noah, History Begins at Sumer, Doubleday, New York, 1959.

Latourette, K.S., The Chinese Their History and Culture, Collieir-Macmillan, London,1965.

Mahdi bin Shuid, Ketamaduan Manusia, Penerbit Multimedia Sdn.Bhd, Puchong, 2013.

M.A.J. Beg, Islamic and Western Concepts of Civilization, Dr. M. A. J. Beg, Malaysia, 2006.

Moehlman, A.H., & Roucek, Comparative Education, Henry Holte and Co., New York, 1951.

Mohd. Azhar Abd. Hamid, Tamadun Melayu, India, China dan Jepun, University Teknologi
Malaysia, Johor, 2004.

Oppenheim, A. Leo, Ancient Mesopotamia: Potrait of a Dead Civilization, University of


Chicago Press, Chicago, 1964.

Oppenheimer, Eden in the East: The Drowned Continent of Southeast Asia, Phoenix,
Arizona, 1998.
Sivachandralingam Sundar Raja & Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia, Penerbit Fajar
Bakti, Shah Alam, 1999.

Smith, W.A., Ancient Education, Greenwood Press Publisher, New York, 1955.

https://www.youtube.com/watch?v=6I7DyBkAABE

http://www.slideshare.net/farahezzanie/titas-tamadun-mesopotamia

https://mindasyabab.wordpress.com/2009/05/25/tamadun-china/

http://www.slideshare.net/yinyinhong/sumbangan-tamadun-cina

24

Anda mungkin juga menyukai