Anda di halaman 1dari 19

1.

0 Pendahuluan

Tugasan ini mengenai tentang konsep penjelasan sejarah dari pandangan sejarawan
dunia. Terdapat beberapa perbezaan daripada pandangan sejarawan dunia mengenai
konsep penjelasan sejarah yang berupaya menerangkan sesuatu peristiwa sejarah. Selain
itu, terdapat juga beberapa keistimewaan dan keterbatasan dalam penjelasan sejarah.
Sebelum kita merujuk kepada keistimewaan dan keterbatasan sejarah tersebut, kita terlebih
dahulu boleh merujuk kepada konsep penjelasan sejarah.

Menurut Will Helm Diel They1, sejarah ialah ilmu tentang dunia luar. Dalam
menjelaskan sejarah kita mesti mengetahui tentang peristiwa sejarah, tokoh-tokoh yang
berkaitan, dan sumber-sumber yang sedia ada. Kita tidak boleh menggunakan teori-teori
yang kumulatif dalam ilmu sejarah.2 Teori-teori ini boleh menggunakan dalam ilmu
perubatan, astronomi, geologi dan sebagainya. Bagi ilmu sejarah kita mestilah berfikir
secara ilmu kemanusiaan serta menggunakan sumber-sumber sejarah sebagai bukti.

Perkataan penjelasan berasal daripada perkataan jelas. Penjelasan bermaksud


penerangan, penghuraian, pentafsiran serta penceritaan. Dalam penjelasan sejarah, ahli-
ahli sejarah menerangkan secara mendalam tentang peristiwa-peristiwa sejarah dan sebab-
sebab berlakunya peristiwa tersebut. Selain itu, penjelasan sejarah juga mengandungi
keistimewaan dan keterbatasan sejarah. Ahli-ahli sejarah mestilah mengikut fakta-fakta yang
terdapat dalam penjelasan sejarah ini dalam penyelidikan mereka. Fakta-fakta ini akan
membantu mereka untuk menghasilkan penulisan yang berkualiti.

Soal penjelasan adalah satu faktor yang sangat penting untuk menulis sejarah.
Selain menceritakan peristiwa-peristiwa sejarah, sejarawan juga bertanggungjawab untuk
mencari sebab musabab sesuatu peristiwa sejarah berlaku.Tugas mencari sebab musabab
untuk setiap peristiwa ini melibatkan unsur yang dikenali sebagai “penyebaban” atau dalam
bahasa Inggeris dikenali sebagai “causation”. Sebahagian ahli sejarah di dunia ini
menganggap bahawa penyebaban ini sebagai salah satu unsur yang sangat penting
semasa menulis karya sejarah. Profesor E.H. Carr menyatakan bahawa “ Kajian sejarah
adalah satu kajian sebab-musabab”.3

1
https://zafar14.wordpress.com/2010/04/15/penjelasan-sejarah-historical-explanation/
2
Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur,2010, hlm 1511.
3
R.Suntharalingam, Pengenalan Sejarah, Marican & Sons (M) Sdn.Bhd, Kuala Lumpur, 1985, hlm 57.

1
Dalam penelitian soal penjelasan sejarah kita boleh mengalami beberapa masalah
seperti sudut pendekatan yang paling berkesan untuk mengaji soal penyebaban dalam
sejarah. Mulai dari zaman Herodotus, para sejarawan telah mencari-cari pendekatan yang
dianggap sebagai paling bagus bagi menjelaskan hal-hal yang disiasat itu. Selain itu, para
ahli falsafah dan pakar-pakar sains kemasyarakatan berperasaan curiga dengan teknik-
teknik yang digunakan oleh ahli-ahli sejarah untuk memajukan penjelasan. Cara penjelasan
sejarah dengan penjelasan sains semulajadi adalah berbeza.

2.0 PANDANGAN AHLI-AHLI SEJARAH TERHADAP PENJELASAN SEJARAH

2.1 HERODOTUS

Kepentingan soal penjelasan sejarah dapat disedari dari zaman Herodotus.


Kepentingan soal penjelasan sejarah ini dipandang sebagai pengasas sejarah. Sebagai
contohnya, dalam karya Herodotus iaitu Histories beliau dapat menyatakan bahawa fokus
karyanya untuk menceritakan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh orang Parsi dan
Yunani dalam Perang Parsi.4 Beliau juga menceritakan punca mereka berperang.5

Selain itu, beliau menekankan peranan pemerintah seperti Raja Darius, Croesus dan
Xerxes yang “bertindak aggresif oleh kerana didorong oleh hasrat memeperluaskan tanah
jajahan mereka atau membalas dendam terhadap orang-orang yang menyinggung hati
mereka”.6 Herodotus menyatakan bahawa salah satu punca berlaku Perang Parsi adalah
daripada perselisihan faham antara dua kebudayaan yang bertentangan iaitu kebudayaan
Barat yang diamalkan oleh kuasa Yunani dengan kebudayaan Timur yang diamalkan oleh
kuasa Parsi. .Contohnya, Herodotus cuba membandingkan antara kebebasan yang
dinikmati oleh orang Yunani dengan kerajaan kuku besi dan institusi perhambaan yang
diamalkan di negeri Parsi.7

Seterusnya, Herodotus juga menyatakan bahawa setiap peristiwa sejarah adalah


berpunca daripada kuasa ajaib iaitu unsur ketuhanan.8 Dari pandangan beliau, walaupun
peristiwa sejarah adalah hasil daripada tindakan manusia, namun beliau mempercayai unsur
ajaib berperanan dalam hal ehwal manusia. Peranan unsur ajaib ini adalah untuk
menghukum mereka yang bersikap angkuh, melakukan dosa atau memiliki harta benda
yang berlebihan. Kepercayaan Herodotus ini ialah daripada kepercayaan rakyat Yunani.

4
P. Sivarajan PhD, Pengantar Sejarah, Penerbit Multimedia Sdn.Bhd, 2012, hlm 104.
5
R.Suntharalingam, Pengenalan Sejarah,hlm 58.
6
Ibid
7
Ibid
8
Lisa Yip Shukye, Pengantar Sejarah, Freemind Horizons Sdn.Bhd., Kula Lumpur, 2013, hlm 84.

2
Contohnya, rakyat Yunani menganggap bahawa sikap cemburu dan angkuh yang
ditunjukkan oleh raja-raja Parsi adalah salah satu punca kekalahan tentera dan raja Parsi
dalam peperengan tersebut.9 Beliau dianggap bahawa apa-apa yang disebut oleh
pemenang Perang Parsi itu adalah dianggap betul dan benar.

Penjelasan Herodotus ini dapat dikritik oleh ahli-ahli sejarah yang lain seperti
Thucydides. Mereka mengritik tentang pandangan Herodotus yang mementingkan unsur
ajaib dalam sejarah sebab bagi ahli-ahli sejarah yang lain mereka menganggap bahawa
setiap peristiwa sejarah berlaku disebabkan oleh peranan sifat manusia yang mementingkan
diri sendiri, melanggar keadilan, tidak bertanggungjawab atau mencetuskan kegagasan
yang boleh membawa kesengsaran kepada rakyat.Tambahan pula, pandangan Herodotus
yang menekankan peranan pemerintah juga mendapat kritikan yang negatif daripada ahli-
ahli sejarah. Selain daripada golongan atasan seperti pemerintah, golongan bawahan juga
bertanggungjawab bagi setiap peristiwa sejarah.

2.2 THUCYDIDES

Tokoh yang kedua ialah, Thucydides. Menurut pandangan beliau, manusia dan
sifatnya adalah ukur tunggal bagi setiap peristiwa sejarah. Beliau menyatakan sifat manusia
seperti invidualisme, tidak bertanggungjawab atau angkuh akan mencetuskan kejadian-
kejadian sejarah. Menurut beliau golongan pemerintah ataupun dikenali sebagai orang-
orang kaya Y unani merampas hasil-hasil berlebihan yang mencetuskan penentangan
daripada golongan yang miskin. Hubungan inilah diamalkan oleh negeri-negeri di Yunani.
Walaupun mewujudkan kesedaran kebajikan bersama semua negeri harus mengatasi
kepentingan sempit sesuatu negeri tertentu , dan cara perundingan merupakan jalan yang
sah untuk mencari persetujuan berhubung dengan hal ini. Tetapi sebelum dan semasa
Perang Peloponnesia cara ini diabaikan dan mengamalkan cara yang kejam untuk
memajukan kepentingannya sendiri.

9
R.Suntharalingam, Pengenalan Sejarah, hlm 58.

3
Menurut Thucydides, dasar-dasar agresif macam ini menggambarkan sifat manusia
untuk menguasai pihak lain.Thucydides melihat peristiwa sejarah adalah hasil daripada
tindak-tanduk manusia dan tidak berpunca dari kuasa ghaib. Contohnya, Grant menyatakan
bahawa “ Sebab-musabab, kepada Thucydides, adalah manusia semata-mata. Ia
sememangnya satu keputusan yang besar ertinya untuk memanusiakan sejarah”. 10
Thucydides menekankan sifat manusia ialah ciri tetap yang tidak akan berubah. Oleh itu,
ahli sejarah bukan sahaja dikaji secara ilmiah bahkan boleh juga meramalkan secara kasar
hal-hal yang berlaku pada masa akan datang.

Kemahiran membezakan “sebab asal” dan “sebab serta merta” ialah salah satu
kemajuan Thucydides dalam penjelasan sejarah. Thucydides menyatakan bahawa orang
ramai tidak memahami punca peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku di sekitar mereka.
Hal ini juga wujud di kalangan para pemimpin ataupun ahli sejarah yang bertanggungjawab
membuat keputusan tentang peristiwa-peristiwa tersebut. Sebenarnya mereka menerima
dan menyebarkan maklumat dengan cara yang tidak kritikal. Contohnya, bagi Perang
Peloponnesia Sparta dengan sekutu-kutunya membuat keputusan iaitu menyalahkan
tindakan Athens untuk campur tangan dalam urusan negeri Corcyra dan Potidaea.
Sebenarnya, Thucydides menyatakan bahawa tindakan Athens itu sebagai faktor yang
mempercepatkan Perang Peloponnesia.11

Pandangan antara Herodotus dengan Thucydides adalah berbeza. Menurut


Herodotus, beliau menekankan kepentingan unsur ajaib dalam setiap peristiwa sejarah dan
juga penjelasan sejarah. Tetapi bagi Thucydides pula, beliau menyatakan kepentingan sifat
manusia dalam penjelasan sejarah. Bagi zaman sekarang, pandangan yang sesuai untuk
kita ialah padangan Thucydides. Sebab , untuk zaman sains dan moden ini unsur ajaib tidak
sesuai untuk kita. Oleh itu, ahli-ahli sejarah pada masa kini boleh mengikut pandangan
Thucydides untuk penulisan sejarah mereka.

2.3 LEOPOLD VON RANKE

Terdapat beberapa penulis Kristian seperti, Sextus Julius Africanus, Eusebius dan
Paulus Orosius. Walaupun mereka adalah penulis Kristian mereka dapat memperkenalkan
satu unsur baru iaitu penentuan masa. Menurut mereka, penemuan agama Kristian dan
Islam ke dunia ini adalah pada masa yang sesuai untuk masyarakat dunia. Bagi mereka,
soal penentuan masa ini adalah sangat penting dalam penjelasan sejarah. Ahli sejarah yang

10
Ibid, hlm 60
11
Thucydides & Steven Lattinmore, The Peloponnesia War, Hacket Publishing, Indianapolis, hlm 40.

4
menyokong hal ini ialah Leopold von Ranke. Contohnya, dalam karyanya yang bertajuk
Sejarah Islah di Negara Jerman12 beliau menghuraikan bahawa asal-usul pergerakan yang
dicetuskan oleh Martin Luther. Kejadian ini tidak berlaku secara asal-usul serta merta atau
peranan Luther semata-mata. Sikap orang-orang Eropah dan masyarakat Jerman berubah
pada abad ke 15 hingga awal abad ke 16. Mereka mula berfikir dan bertindak secara
Humanis iaitu mengalakan rakyat berfikir secara bebas dan mengambil keputusan secara
rasional dan tidak dikongkong lagi oleh mana-mana pihak termasuk gereja.

Penglibatan Martin Luther adalah berlaku pada masa yang sesuai. Penglibatannya
mengubah suasana politik, sosial dan ekonomi Negara. Pada masa Pergerakkan Islah
perkembangan dalam pemikiran masyarakat Jerman membawa satu perubahan besar. Oleh
itu, Pergerakkan Islah ini berlaku dalam keadaan yang benar-benar masak atau masa yang
sesuai untuk perkembangan masyarakat mereka.

Secara keseluruhannya, penentuan masa adalah sangat penting bagi mencetuskan


sesuatu peristiwa sejarah. Keadaan yang masak ini akan membawa perubahan yang agak
besar dari segi gaya pemikiran rakyat, cara pemerintahan, dan juga dari segi kegiatan
ekonomi masyarakat. Contoh kejadian yang berlaku di asia tenggara ialah, semangat
imperialism yang wujud bagi pihak barat untuk menjajah asia tenggara. Semangat ini wujud
kerana mereka memerlukan bahan mentah untuk memenuhi tuntutan Revolusi Perindustrian
Eropah. 13 Perkara ini berlaku pada masa yang sesuai.

2.4 ALIRAN IDEALIS

Terdapat beberapa ahli sejarah dalam aliran idealis seperti Ranke, Hegel, Croce,
Collingwood. Mereka menganggap sejarah sebagai “pemikiran tulen” manusia atau hasil
tindakan “akal yang bebas”.Cara pemikiran ini mendorong tindakan manusia yang bertujuan
menguasai alam dan mewujudkan cara pemerintahan yang boleh mengawal persaingan di
antara ahli-ahli masyarakat yang bersengketa itu. Cara pemikiran manusia akan sentiasa
berubah dan mengubahsuaikan institusi-institusi sosial yang sedia wujud seperti agama,
politik, perundangan dan akhlak yang mengikut keperluan sekeliling. Bagi Hegel kejadian
sejarah berlaku kerana hasil pertelingkahan di antara idea-idea yang bertentangan yang
wujud secara bebas dan tulen. Akal fikiran masyarakat menguasai dunia dan menyebabkan
berlakunya kejadian-kejadian sejarah di dunia ini.

12
R.Suntharalingam, Pengenalan Sejarah, hlm 63.
13
P. Sivarajan, S. Malar Arasi, Sejarah Sosioekonomi Malaysia Sehingga 1970, Penerbitan Multimedia, Kuala
Lumpur, 2012, hlm 26.

5
Menurut Ranke masa adalah sangat penting bagi setiap peristiwa sejarah yang telah
berlaku dan juga akan berlaku pada masa akan datang. Walaupun penentuan masa penting
bagi setiap peristiwa sejarah, pemikiran masyarakat yang beza dan bebas juga amat
penting. Idea-idea yang berbeza wujud mengikut keadaan dan akal pemikiran yang bebas.
Cara pemikiran masyarakat ini akan berubah mengikut zaman.

2.5 ALIRAN MATERIALIS

Aliran Materialis ini diikut oleh ahli sejarah seperti Karl Marx dan Friedrich Engels.
Mereka menganggap kejadian sejarah berlaku disebabkan oleh asas-asas material.
Pembahagian hasil yang tidak adil di antara orang-orang yang memiliki harta iaitu pemodal
dan orang-orang yang menyumbang tenaga iaitu buruh. Orang di kelas atasan iaitu pemilik
harta akan cuba melindungi kepentingan kebendaan dengan merebut kuasa politik dan juga
menyusun sistem pentadbiran, mahkamah, tentera, polis, undang-undang dan agama bagi
menjaga kepentingan kebendaanya sendiri.14 Marx dan Engels melihat sejarah sebagai hasil
pertelingkahan di antara kelas-kelas tersebut yang mana kesedaran ditentukan oleh
hubungan mereka dengan cara pengeluaran dan bukan oleh pemikiran bebas atau tulen
itu.15 Perang petani juga berlaku disebabkan perkembangan dalam pertanian, perusahaan,
tanah dan pengairan, perdagangan dan kewangan yang sedia wujud pada masa itu.

Kesimpulannya, menurut ahli-ahli sejarah yang mengikut aliran materialis setiap


kejadian-kejadian sejarah berpunca daripada sesuatu material atau benda. Kelas-kelas
bawahan ataupun dikenali sebagai Proletariat saling berperang dengan kelas-kelas atasan
(Borjouise) yang selalu bertindak secara tidak adil. 16 Bagi mencapai kepentingan kebendaan
orang-orang di kelas Borjouise menindas golongan Proletariat dari segi pemerintahan,
kegiatan ekonomi dan sosial.

14
Michael Standford, A Companion to the Study of History, Blackwell Publisher, 1994, hlm 99.
15
Michael H. Hart, The 100 A Ranking Of The Most Influental Persons In History, Golden Books Centre Sdn.
Bhd, Kuala Lumpur, 2003, hlm 111
16
Ibid, hlm 93

6
3.0 ANALISIS

Pandangan Herodotus yang menekankan kepentingan unsur ajaib dalam setiap


peristiwa sejarah dan juga penjelasan sejarah. Pandangan beliau tidak sesuai bagi
masyarakat zaman kini kerana manusia zaman sekarang bergantung kepada inovasi-inovasi
moden dan sains. Mereka berfikiran terbuka dan rasional. Oleh itu, pandangan yang
bergantung kepada unsur ghaib ini tidak sesuai bagi era globalisasi ini.

Selain itu, Thucydides pula menyatakan kepentingan sifat manusia dalam penjelasan
sejarah. Sebagai remaja zaman moden ini, saya menyokong pandangan beliau kerana
sesuatu kejadian mestilah berlaku disebabkan oleh ketidakadilan pemerintah, tidak
bertanggungjawab rakyat ataupun pemerintahan yang lemah terhadap isu-isu Negara dan
sebagainya. Oleh sebab itu, pandangan beliau sesuai kepada zaman sekarang.

Seterusnya, menurut pandangan Leopold von Ranke penentuan masa adalah sangat
penting bagi mencetuskan sesuatu peristiwa sejarah. Bagi mereka sesuatu peristiwa
mestilah berlaku pada masa yang sesuai. Bagi saya, pandangan ini tidak sesuai bagi zaman
sekarang kerana apabila sesuatu isu berlaku di Negara kita; isu tersebut mestilah akan
menjadi punca bagi kemunculan peristiwa yang akan menyelesaikan isu tersebut. Oleh itu,
isu tidak bergantung kepada masa. Maka, isu bergantung kepada peristiwa ataupun
manusia yang akan menyelesaikan isu tersebut. Maka, pandangan ini tidak boleh digunakan
oleh masyarakat sekarang.

Tambahan pula, menurut pandangan Ranke pemikiran bebas masyarakat adalah


sangat penting bagi setiap peristiwa yang telah berlaku atau akan berlaku pada masa akan
datang. Cara pemikiran ini membantu masyarakat untuk berfikir keperluan mereka,
membantu mereka untuk bertindak secara adil dan rasional. Oleh itu, bagi masyarakat
zaman sekarang pandangan beliau amat sesuai untuk kehidupan mereka.

Justeru, menurut ahli-ahli sejarah yang mengikut aliran materialis setiap kejadian-
kejadian sejarah berpunca daripada sesuatu material atau benda. Pandangan ini tidak
sesuai kepada era globalisasi ini. Kini, semua orang dikategorikan secara sama dan tidak
muncul golongan atasan yang selalu bertindak secara tidak adil serta menindas golongan
bawahan. Masyarakat sekarang berfikir secara terbuka dan bertindak secara adil. Oleh itu,
pandangan ini tidak sesuai kepada zaman kini.

7
4.0 PENILAIAN TERHADAP PENJELASAN SEJARAH

4.1 KEKUATAN PENJELASAN SEJARAH

4.1.1 MENERANGKAN SEBAB AKIBAT

Dalam penjelasan sejarah sebab dan akibat memainkan peranan penting. Setiap
peristiwa sejarah mesti mempunyai sebab-sebab yang boleh mengaji dan memahami.
Peristiwa sejarah tidak akan berlaku secara sengaja, tanpa muncul sebarang sebab dan
tanpa penglibatan manusia secara langsung atau tidak langsung. 17 Walaupun, muncul
segolongan sejarawan yang menggangap peristiwa sejarah sebagai peristiwa yang berlaku
atas kehendak tuhan atau pengaruh kuasa ghaib. Peristiwa sejarah tetap akan berlaku atas
sebarang sebab atau punca yang menegakkan peranan manusia ataupun kuasa ajaib.

Sebab dan akibat peristiwa sejarah ini membantu ahli-ahli sejarah untuk membezakan
cara penceritaan dengan cara penjelasan. Walaupun perbezaan ini dipertikaikan oleh
sarjana-sarjana tertentu seperti Collingwood18, tetapi cara ini tetap diikuti oleh ahli-ahli
sejarah zaman Herodotus hingga masa kini. H.Taine mengatakan bahawa ahli-ahli sejarah
mestilah mengumpul fakta dahulu yang membantu kita untuk mengetahui tentang tarikh
peristiwa tersebut, tempat kejadian dan nama orang-orang yang terlibat dalam peristiwa
tersebut. Kemudiannya, hendak mencari sebab dan musabab yang menjadikan punca
peristiwa sejarah tersebut. Soal sebab musabab ini memberikan kefahaman kepada ahli-ahli
sejarah tentang peristiwa tersebut. Sebagaimana yang disebut oleh Professor Dray, tugas
ahli sejarah “ bukan sahaja untuk menegakkan fakta-fakta, tetapi untuk memahaminya. Dan
ini akan melibatkan dalam memberi penjelasan”.19

Salah satu contoh kegunaan sebab- musabab dalam penulisan ialah dalam al-quran. Al-
Quran menunjukkan bahawa setiap sesuatu berlaku dengan sebab yang tertentu sama ada
berkaitan benda, tumbuhan, haiwan, manusia dan sebagainya. Salah satu penjelasan al-
Quran berkenaan perkara ini boleh dilihat menerusi nas berkenaan pemberian petunjuk
kepada manusia yang melakukan sebab-sebab yang membawa kepada petunjuk
sepertimana firman Allah dalam ayat al-Quran yang bermaksud, petunjuk yang
membezakan hak dan batil dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan
mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.20

17
R.Suntharalingam, Pengenalan Sejarah, hlm 70
18
Ibid, hlm 69
19
Ibid, hlm 71
20
http://lsi.unisba.ac.id/index.php/component/content/article/97-hijrah/117-makna-hijrah

8
4.1.2 NIAT DAN MOTIF

Setiap peristiwa sejarah berlaku atas niat dan motif pelaku peristiwa tersebut.
Menurut ahli sejarah setiap peristiwa sejarah akan memberitahu kita matlamat atau tujuan
pelaku yang mencetuskan peristiwa itu secara langsung ataupun tidak langsung. Oleh itu,
apabila ahli sejarah hendak mengaji tentang sesuatu kejadian sejarah beliau mestilah
berusaha untuk mendapat tahu niat dan motif si pelaku. Cara ini akan membantu ahli
sejarah untuk memahami tindakan sejarah yang mereka kaji itu.21 Sebagai contoh,
seseorang ahli sejarah yang mengaji kejadian Perjanjian Pulau Pinang dan Kedah yang
ditandatangani oleh Sultan Abdullah dan pihak British akan cuba menentukan niat dan motif
kedua-dua pihak ini yang mendorong mereka untuk mengambil tindakan bersejarah itu.
Misalnya, apabila meneliti tujuan Sultan Abdullah, didapati bahawa baginda menghadapi
tekanan daripada pihak Siam.

Menurut pandangan ahli-ahli sejarah, setiap niat dan motif si pelaku tidak dapat
dicapai. Adakala, menimbulkan kesangsian untuk mencapai hasrat mereka. Sebagai
contohnya, Sultan Abdullah tidak dapat merancang bahawa keputusannya yang
menandatangani Perjanjian Pulau Pinang dan Kedah itu akan mengugat kepentingan
ekonominya dan akhirnya mencetuskan pengambilan Pulau Pinang oleh pihak British.
Tetapi, pihak British memang merancang kejadian ini dan inilah motif mereka untuk
membantu Kedah pada mulanya.

4.1.3 TIDAK BERLAKU DALAM KEKOSONGAN

Setiap kejadian sejarah berlaku ke atas sesuatu matlamat yang mempunyai pertalian
rapat dengan keadaan-keadaan sekeliling seperti keadaan politik, ekonomi, agama,
kedudukan geografi dan sebagainya.22 Oleh itu, isu-isu suasana persekitaran yang menjadi
punca berlaku sesuatu peristiwa sejarah. Sebagai contohnya, ancaman dari Siam
menyebabkan berlakunya Perjanjian Pulau Pinang dengan Kedah. Siam mengarahkan
Sultan Abdullah untuk menghantar tentera dan sejumlah wang untuk menghadapi ancaman
serangan Burma. Tetapi, Sultan Abdullah tidak memenuhi permintaan Siam kerana
beranggapan Siam tidak akan mengatur serangan ke atas Kedah. Bagi menghadapi
tekanan daripada Siam maka Sultan Abdullah telah meminta bantuan daripada pihak British.
Pihak British telah menunjukkan minat untuk mendapatkan Pulau Pinang. Akhirnya,
Perjanjian Pulau Pinang dan Kedah berlaku. Oleh itu, Perjanjian Pulau Pinang dan Kedah ini
tidak berlaku dalam kekosongan.

21
R.Suntharalingam, Pengenalan Sejarah, hlm 70.
22
Ibid, hlm 71.

9
4.1.4 UKURAN KEUTAMAAN

Ahli-ahli sejarah mesti menilai sebab-sebab sesuatu peristiwa mengikut ukuran


keutamaan. Pendek kata, ahli-ahli sejarah haruslah membezakan sebab utama dengan
sebab sampingan sesuatu peristiwa sejarah semasa mengaji peristiwa tersebut. Oleh
kerana, terdapat beberapa sebab dalam sesuatu peristiwa sejarah, maka, ahli sejarah mesti
memberi keutamaan terhadap satu sebab yang menjadi punca utama kejadian tersebut.

Ukuran keutamaan ini boleh difahami daripada topik kedatangan British ke Tanah
Melayu. Terdapat beberapa sebab kedatangan British ke Tanah Melayu. Salah satunya,
kebimbingan campur tangan kuasa asing kerana pada masa itu terdapat beberapa Negara
barat yang berminat terhadap Tanah Melayu. Selain itu, ketidakstabilan politik di Tanah
Melayu kerana pada masa itu sistem pemerintahan Kerajaan Melaka telah menjadi lemah.

Seterusnya, pembukaan Terusan Suez, sistem perhubungan telegraf dan kapal wap
di barat menjadi salah satu sebab kedatangan British ke Tanah Melayu. Kemudahan ini
membantu pihak British untuk mempercepatkan penjajahan di Tanah Melayu. Tambahan
pula, menyebarkan agama Kristian ke Tanah Melayu juga salah satu sebabnya. Terdapat
beberapa faktor kedatangan British di Tanah Melayu. Tetapi, sebab utamanya ialah untuk
menguasai ekonomi Tanah Melayu. British memerlukan hasil ekonomi di Tanah Melayu
seperti bijih timah, getah dan sebagainya untuk memenuhi keperluan Revolusi Perindustrian
Eropah.23

4.1.5 MENEGAKKAN PERANAN MANUSIA

Peranan manusia tidak boleh dilepaskan daripada sejarah. Sejarah adalah kejadian-
kejadian yang berlaku disebabkan oleh manusia. Menurut Thucydides, sifat manusia adalah
faktor terpenting untuk sesuatu kejadian sejarah berlaku. Sifat manusia yang tidak bermoral
ataupun negatif seperti angkuh, invidualisme, degil dan sebagainya akan mencetuskan
peristiwa-peristiwa yang bersejarah. Walaupun, Herodotus menekankan peranan kuasa
ajaib dalam sejarah, namun, pandangan beliau dapat dikritik oleh ramai ahli sejarah.

23
P. Sivarajan, S. Malar Arasi, Sejarah Sosioekonomi Malaysia Sehingga 1970, hlm 26.

10
Dalam kalangan ahli sejarah, dapat wujud dua jenis aliran yang berhubung dengan
peranan manusia dalam sejarah. Aliran yang pertama dikenali sebagai “ Great Man Theory”
yang mengatakan bahawa tokoh-tokoh seperti negarawan-negarawan, orang suci dan
sebagainya memainkan peranan penting untuk mencetuskan sesuatu kejadian sejarah.24
Contohnya, peranan Parameswara dalam Kerajaan Melaka. Kecekapan cara pemerintahan
Parameswara dalam Kerajaan Melaka dapat menjaga kerajaan itu dari segi ekonomi, sosial
dan politik. Cara pemerintahan baginda dapat dicontohi oleh raja-raja yang lain.

Aliran yang kedua dalam peranan manusia ialah peranan kuasa-kuasa


25
“impersonal”. Dalam aliran ini ahli-ahli sejarah tidak memandang tokoh-tokoh sebagai
peranan utama dalam mencetuskan kejadian sejarah. Menurut aliran “impersonal”, kejadian
sejarah berlaku disebabkan oleh keadaan sosial. Perubahan dalam lapangan ekonomi dan
sosial dipandang sebagai penggerak sejarah yang sebenar.26 Contohnya, kekurangan tanah
pertanian di Athens dan Corinth menyebabkan keurangan bahan makanan di Negara
tersebut. Oleh itu, rakyat Athens dan Corinth terpaksa membelikan bekalan makanan dari
kawasan di selatan dan Laut Hitam. Secara keseluruhannya, manusia dan sifatnya
memainkan peranan penting dalam permulaan sesuatu peristiwa sejarah.

4.1.6 FAKTOR SOSIO-EKONOMI

Menurut Berlin, sesuatu kejadian sejarah berlaku disebabkan faktor sosio-ekonomi.


Walaupun rakyat sesuatu Negara beramai-ramai mencetuskan kejadian sejarah di negara
mereka, namun, faktor sosio-ekonomi menjadi dorongan untuk mencetuskan kejadian
tersebut.27 Contohnya, Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku
di Negara kita dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang
mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda Negara kita. Walaupun, peristiwa ini
berlaku diantara masyarakat Cina dan Melayu Negara kita, namun, faktor penting kejadian
ini ialah jurang ekonomi antara kaum. Penempatan orang Cina di bandar menyebabkan
mereka menjadi lebih kaya dan moden daripada masyarakat kaum Melayu dan India. Jurang
ini menjadi punca pencetus Tragedi 13 Mei di Negara kita.

24
R.Suntharalingam, Pengenalan Sejarah, hlm 76.
25
Ibid
26
Ibid
27
Ibid, hlm 77

11
Seterusnya, kerajaan mengambil keputusan untuk menyusun penempatan
masyarakat Malaysia dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru. 28 Melalui dasar ini
kerajaan bertindak untuk merapatkan jurang kekayaan antara golongan kaya dan golongan
miskin tanpa mengira kaum kerana ketidakseimbangan kekayaan terutamanya antara kaum
hanya akan mencetuskan suasana yang tidak harmorni akibat rasa tidak puas hati antara
satu sama lain. Justeru untuk menjayakan Dasar Ekonomi Baru ini kerajaan telah memberi
banyak tumpuan kepada golongan seperti pekebun-pekebun kecil, penghuni estet, petani,
nelayan dan pesawah. Oleh kerana, faktor sosio-ekonomi menjadi punca penting sesuatu
peristiwa sejarah, maka, kerajaan memberikan tumpuan utama terhadapnya. Secara
keseluruhannya, faktor sosio-ekonomi akan menjadi salah satu punca berlakunya sesuatu
peristiwa sejarah.

4.1.7 MENGESAN SEBAB-SEBAB KHUSUS

Apabila mencentus sesuatu peristiwa sejarah, terdapat beberapa punca berlakunya


peristiwa tersebut. Tetapi, terdapat satu punca yang menjadi faktor khusus bagi
mencetuskan peristiwa sejarah tersebut.29 Contohnya, terdapat beberapa sebab berlakunya
Peperangan Timur Tengah. Salah satunya, kemunculan semangat abbasiyah atau
kesukuan. Semangat abbasiyah bermaksud semangat yang berasaskan kepada kepatuhan
kepada kumpulan kabilah atau keturunan masing-masing. Semangat yang fanatik kepada
kabilah menyebabkan masyarakat Arab jahiliyah turut dipengaruhi semangat suka
berperang bagi mempertahankan kabilah mereka. Keadaan semula jadi dalam kehidupan di
padang pasir juga menyebabkan persaingan antara kabilah. Ini menyebabkan mereka
berpegangkan kepada prinsip kabilah yang kuat akan lebih berkuasa. Oleh itu bagi mereka
peperangan adalah satu cara bagi meneruskan hidup.

Selain itu, bagi mendapatkan harta juga salah satu sebab berlakunya peperangan
ini. Dalam peperangan zaman jahiliyah melibatkan semua anggota kabilah dan semua harta
benda dibawa bersama. Pihak yang menang akan memperolehi keseluruhan harta
rampasan yang dibawa termasuk wanita dan kanak-kanak yang dijadikan sebagai tawanan
perang. Wanita dan kanak-kanak akan dijual sebagai hamba atau meminta pihak yang kalah
menebus dengan sejumlah mata wang. Harta rampasan perang akan diagih sama rata di
kalangan tentera yang menang.

28
P. Sivarajan, S. Malar Arasi, Sejarah Sosioekonomi Malaysia Sehingga 1970, hlm 69.
29
R.Suntharalingam, Pengenalan Sejarah, hlm 80

12
Tambahan pula, peluasan wilayah menyebabkan munculnya peperangan ini.
Contohnya pada zaman khulafah Al-Rasyidin, wilayah Islam sampai ke Mesir, dan Parsi.
Zaman Khalifah Abu Bakar, beliau berjaya mengalahkan tentera Parsi di Hirah, Iraq dan
tentera Byzantium di Palestin. Zaman kerajaan Bani Umayyah, wilayah Islam berkembang
sehingga ke Andalus, Sepanyol.

Walaupun terdapat beberapa sebab berlakunya peperangan ini, sebab-sebab ini


dikira sebagai sebab sampingan. Sebab utama pencetusan peperangan ini ialah membina
kekuatan ekonomi. Peperangan dalam Islam disebabkan untuk meningkatkan sumber
ekonomi orang Islam, misalnya menakluk Iraq. Iraq kawasan yang subur untuk
mendapatkan sumber ekonomi dan bercucuk tanam. Dalam Islam juga ketika melakukan
peperangan adalah dibenarkan merampas harta orang kafir (ghanimah). Orang arab
Quraisy menyerang orang Islam di Madinah kerana mereka menganggap penguasaan
orang Islam di Madinah telah menyekat laluan perdagangan mereka antara bahagian utara
dan selatan semenanjung Arab. Secara keseluruhanya, ahli-ahli sejarah mestilah mengenal
pasti sebab khusus yang mencetuskan peristiwa sejarah dalam penyelidikannya.

4.2 KETERBATASAN

4.2.1 PENJELASAN SEJARAH TIDAK SEPERTI SAINS TULEN

Walaupun segolongan ahli sejarah berpendapat bahawa penjelasan sejarah adalah


satu jenis sains. Menurut mereka, ahli-ahli sejarah hendak mengaji peristiwa-peristiwa
sejarah sebagaimana ahli-ahli sains tulen buat untuk mengaji berkaitan dengan sains
tulen.30 Tetapi, penjelasan sejarah tidak boleh menganggap sebagai sains tulen kerana ahli-
ahli sains tulen menjalankan kajiannya dari sudut luaran sahaja iaitu apa yang dapat dirasai
dan disaksikan sahaja. Menurut ahli-ahli sejarah pula, mereka mengaji dari sudut luaran
hingga dari sudut dalaman. Kajian secara dalaman ini membantu mereka untuk memahami
secara keseluruhan tentang kejadian bersejarah itu. Contohnya, mereka boleh mendapat
tahu tentang tarikh kejadian itu berlaku, tokoh-tokoh yang terlibat, punca-punca
mencetuskan kejadian itu dan juga kesan kejadian tersebut.

30
Ibid, hlm 82

13
Selain itu, sejarah itu mengkaji sesuatu yang unik, tersendiri dan tidak diulang. 31 Bagi
ahli sains tulen pula, mereka mencari ketetapan di dalam alam dan juga penyeluruhan yang
boleh dilakukan tentang ketetapan itu. Kesimpulan yang dibuat oleh ahli sains boleh
dianggap sebagai hukum yang objektif ataupun benar. Manakala sejarah tidak mempunyai
kemampuan mewujudkan hukum seperti yang mampu dilakukan oleh ahli sains. Walaupun
sejarahwan ada menghasilkan penyeluruhan, tetapi penyeluruhan itu tidaklah boleh menjadi
sesuatu hukum yang tepat dan ianya merupakan sebahagian daripada tafsiran sejarahwan
tentang sesuatu peristiwa yang dikajinya.

Oleh itu, kita tidak boleh menganggap penjelasan sejarah sebagai sains tulen. 32
Fakta sejarah adalah sesuatu yang relatif kepada pemilihan sejarahwan dan juga
masyarakat sezaman. Sejarah tidak berulang sedangkan tafsiran, pandangan dan
kesimpulan sejarahwan bukanlah muktamad. Menurut Croce, semua sejarah adalah sejarah
sezaman. Collingwood pula menyatakan sejarah sebagai satu pemikiran. Walaupun ahli-ahli
sejarah membuat kajian dan menggunakan sumber dalam penyelidikannya, mereka tetap
menggunakan kaedah ramalan atau naratif dalam penulisan mereka.

Selain itu, E.H. Carr menyatakan bahawa sejarah adalah satu proses interaksi yang
berterusan diantara sejarahwan dengan fakta-faktanya, satu dialog yang tidak putus-putus
diantara masa kini dengan masa lalu. Kesimpulannya, sejarah itu adalah sejarah dan adalah
tidak wajar dianggap sebagai sains, apatah lagi sebagai sains yang tepat.33 Sejarah itu
adalah sesuatu yang unik dan tersendiri dengan takrif kaedah dan falsafahnya yang
tersendiri. Sememangnya teori ataupu kajian boleh diwujudkan dalam sejarah tetapi tidak
wajar teori atau kajian tersebut dijadikan asas bagi sesuatu penjelasan sejarah. Ini adalah
kerana teori atau kajian tersebut hanya sebagai panduan kasar atau jangkaan umum sahaja
dalam penjelasan sejarah.

31
Ibid, hlm 83
32
Ibid
33
Muhd.Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala
Lumpur, 1997, hlm. 271.

14
4.2.2 TIDAK ADA HUKUM AM

Hukum am tidak wujud dalam penjelasan sejarah. Ini kerana, sejarah bukan seperti
sains tulen yang menpunyai tujuan yang tetap.34 Sejarah mempunyai tujuan yang berbeza.
Kesulitan yang terdapat dalam penjelasan sejarah ialah ahli-ahli sejarah dihendaki
merumuskan persepsi-persepsi asas secara tepat dan benar. Mereka juga mengenal pasti
semua bukti yang berkaitan dengan penjelasannya.

Selain itu, ahli-ahli sejarah tidak boleh mengunakan hukum am dalam penjelasan
sejarah seperti dalam sains semulajadi sebab ahli-ahli sejarah tidak berupaya untuk
mengenal pasti isu-isu yang berlaku sebelum mencetuskan sesuatu kejadian bersejarah. 35
Suatu masa lalu, ahli-ahli sejarah menggunakan hukum am dalam penjelasan sejarah.
Tetapi, sekarang mereka tidak lagi menggunakan ia dalam penjelasan sejarah. Ini kerana,
terdapat satu perintang yang menghalang penggunaan hukum am dalam penjelasan
sejarah.

Sifat manusia yang bertindak dengan cara yang berbeza sekali dari sifat alam
semulajadi ini menjadi penghalang bagi penggunaan hukum am dalam penjelasan sejarah.36
Ini kerana, sifat manusia yang tidak sedar akan kesan yang akan berlaku disebabkan oleh
tindakan mereka. Contohnya, manusia memusnahkan hutan bagi memajukan sesuatu
tempat dari segi infrastruktur, tetapi mereka tidak sedar akan kesan-kesan yang akan
berlaku daripada tindakan mereka. Tindakan mereka akan menyebabkan kesan-kesan yang
negatif ke atas manusia dan alam semula jadi. Oleh itu, sifat manusia yang mencetuskan
kejadian-kejadian sejarah adalah amat berbeza daripada sifat alam.

34
R.Suntharalingam, Pengenalan Sejarah, hlm 82
35
Ibid, hlm 83
36
Ibid, hlm 84

15
4.2.2 TIDAK ADA GENERALISASI

Ahli-ahli sejarah tidak boleh buat andaian-andaian atau generalisasi-generalisasi


tersendiri dalam penjelasan sejarah. Setiap peristiwa sejarah memberikan kesan-kesan
yang berlainan. Oleh itu, ahli-ahli sejarah tidak boleh membuat ramalan dalam penyelidikan
mereka. Sepertimana, apabila rakyat dalam sesebuah Negara tertindas dan mereka telah
memberontak pemerintahnya; tidak sepatutnya rakyat di Negara lain yang tertindas dengan
cara yang sama akan memberontak pemerintahnya.

Contohnya, masyarakat di Negara Perancis menentang rajanya, Raja Louis, yang


bersikap angkuh, kejam dan boros terhadap masyarakat baginda. Oleh sebab itu,
masyarakat Negara perancis memberontak dan memancung kepala raja mereka. Ahli-ahli
sejarah tidak boleh melahirkan generalisasi bahawa masyarakat di Negara lain yang
menghadapi masalah yang sama akan menentang rajanya dengan cara yang sama.

Walaupun terdapat keterbatasan dalam penjelasan sejarah, ia tetap akan membantu


ahli-ahli sejarah dalam penyelidikan mereka berkaitan dengan penjelasan sesuatu peristiwa
sejarah. Mereka boleh memahami tentang kepentingan sebab dan akibat dalam penjelasan
sejarah. Kefahaman ini membantu mereka untuk membuat penyelidikan secara dalaman.
Ahli-ahli sejarah juga boleh mendapat tahu bahawa penjelasan sejarah tidak bergantung
kepada faktor politik sahaja. Penjelasan sejarah juga bergantung kepada faktor sosial dan
ekonomi. Maka, ahli-ahli sejarah menyelidik penjelasan sejarah secara keseluruhan.

Dalam penjelasan sejarah terdapat pandangan berat sebelah dalam kalangan ahli-
ahli sejarah. Pandangan ini menyebabkan wujudnya pendapat-pendapat yang berbeza
teehadap sesuatu peristiwa sejarah. Oleh itu, para ahli sejarah mestilah mengaji secara
tepat dan benar tentang sesuatu peristiwa sejarah. Keistimewaan penjelasan sejarah
membantu ahli-ahli sejarah dalam penyelidikan mereka untuk mengenali punca utama
berlakunya peristiwa-peristiwa sejarah.

16
5.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, ahli-ahli sejarah menerangkan secara mendalam tentang


peristiwa-peristiwa sejarah dan sebab-sebab berlakunya peristiwa tersebut. Terdapat
beberapa pandangan tokoh-tokoh sejarah mengenai penjelasan sejarah. Dari pandangan
saya, Thucydides dan Ranke memberikan pandangan yang sesuai bagi ahli-ahli sejarah
zaman sekarang dalam penyelidikannya. Dari pandangan Thucydides, beliau menekankan
kepentingan sifat manusia dalam penjelasan sejarah. Bagi pandangan Ranke pula, beliau
menyatakan pemikiran masyarakat yang beza dan bebas juga amat penting dalam
mencetuskan peristiwa-peristiwa sejarah.

Walaupun terdapat pandangan tokoh yang sesuai kepada zaman sekarang. Terdapat
juga pandangan tokoh-tokoh sejarah yang tidak sesuai kepada zaman sekarang.
Contohnya, pandangan Herodotus, penulis-penulis kristian dan marxisme. Ini kerana,
pandangan Herodotus menekankan pentingan kuasa ghaib dalam penjelasan sejarah.
Pandangan penulis kristian pula, mereka menekankan kesuaian masa dalam mencetuskan
peristiwa-peristiwa sejarah serta; dari pandangan tokoh-tokoh aliran marxisme mereka
menekankan kepentingan material dalam penjelasan sejarah.

Seterusnya, dalam penjelasan sejarah juga terdapat keistimewaan dan keterbatasan.


Contoh-contoh keistimewaan ialah terdapat sebab dan akibat. Setiap peristiwa sejarah mesti
mempunyai sebab-sebab yang boleh mengaji dan memahami. Selain itu, penjelasan
sejarah mempunyai niat dan motif. Setiap peristiwa sejarah berlaku atas niat dan motif
pelaku peristiwa tersebut. Seterusnya, peristiwa sejarah tidak berlaku dalam kekosongan.
Setiap kejadian sejarah berlaku ke atas sesuatu matlamat dan tidak akan berlaku secara
sengaja. Penjelasan sejarah berlaku mengikut ukuran keutamaan. Oleh itu, ahli-ahli sejarah
mesti menilai sebab-sebab sesuatu peristiwa mengikut ukuran keutamaan. Tambahan pula,
penjelasan sejarah menegakkan perenan manusia dalam kejadian sejarah. Justeru, faktor
sosio-ekonomi dan mengesan sebab-sebab khusus juga dikenali sebagai keistimewaan
penjelasan sejarah.

Walaupun penjelasan sejarah mengandungi beberapa keistimewaan, terdapat juga


beberapa kebatasan. Contohnya, penjelasan sejarah tidak seperti sains tulen kerana setiap
kali ahli-ahli sjarah membuat penyelidikan mereka akan menjumpai fakta-fakta yang
berlainan. Keterbatasan yang kedua ialah, dalam penjelasan sejarah tidak wujud hukum am
kerana setiap kejadian sejarah berlaku ke atas tujuan yang berbeza. Selain itu, dalam
penjelasan sejarah tidak ada generalisasi. Kesimpulannya, setiap ahli sejarah hendaklah
menggunakan fakta-fakta yang terdapat dalam penjelasan sejarah dalam penyelidikan
mereka. Penggunaan fakta-fakta ini akan menyempurnakan penyelidikan mereka.

17
RUJUKAN

R.Suntharalingam, Pengenalan Sejarah, Marican & Sons (M) Sdn.Bhd, Kuala Lumpur, 1985.

P. Sivarajan, S. Malar Arasi, Sejarah Sosioekonomi Malaysia Sehingga 1970, Penerbitan


Multimedia, Kuala Lumpur, 2012.

Michael H. Hart, The 100 A Ranking Of The Most Influental Persons In History, Golden
Books Centre Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 2003.

Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2010, Kuala Lumpur.

Muhd.Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah, Dewan Bahasa Dan
Pustaka, Kuala Lumpur, 1997.

R.G.Collingwood, The Idea of History, Oxford Paperbacks, 1961, United Kingdom.

Lisa Yip Shukye, Pengantar Sejarah, Freemind Horizons Sdn.Bhd., Kula Lumpur, 2013.

Michael Standford, A Companion to the Study of History, Blackwell Publisher, 1994.

P. Sivarajan PhD, Pengantar Sejarah, Penerbit Multimedia Sdn.Bhd, 2012.

http://lsi.unisba.ac.id/index.php/component/content/article/97-hijrah/117-makna-hijrah.

https://zafar14.wordpress.com/2010/04/15/penjelasan-sejarah-historical-explanation/

18
LAMPIRAN

Histories History of The Peloponnesian War

Leopold von Ranke Karl Marx

19