Anda di halaman 1dari 3

Kain penapis topeng pembedahan

Rajah 1

Topeng pembedahan telah diuji menggunakan aerosol dengan saiz 0.3-10 mikron dan
keputusan uji kaji menunjukkan bahawa kecekapan penapisan bagi zarah tersebut dengan
diameter 5 mikron dan lebih adalah 95 peratus. Bio aerosol termasuk mikroorganisma(ditanam,
tidak boleh ditanam atau mati seperti bakteria, kulat dan virus) dan metabolik zarah-zarah
organisma hidup (seperti endotoksin dan mikotoksin).(Fletcher,2001) Topeng pembedahan telah
diuji secara berasingan untuk ciri-ciri fizikal dan kecekapan penapisan submikron berdasarkan
Piawaian AS 4381-1996 dan ISIRI 6138. Antara bakteria yang wujud dalam air ialah E.coli,
Legionella Pneumophila

Kelebihan kain penapis 0.2 mikrometer


Kain penapis ini mudah didapati dipasaran dan harganya juga agak berpatutan. Kaedah
penapisan menggunakan bahan ini dikira mampu milik jika dibandingkan dengan kaedah-kaedah
yang lain seperti menggunakan sinaran ultraungu untuk membunuh kuman dan kaedah campuran
dengan klorin seperti yang digunakan dalam kebanyakan loji rawatan di Malaysia. Kain ini juga
sesuai untuk digunakan dalam penapis mudah alih kerana beratnya yang agak ringan dan mudah
untuk dimasukkan dalam penapis yang bersaiz kecil.
Perbandingan antara kaedah untuk membasmi kuman dalam penapisan air
Kaedah Kain Penapis 0.2 Sinaran ultraungu Campuran klorin
mikrometer
Cara membasmi Menghalang bakteria Membunuh bakteria Menghasilkan asid
bakteria dari melepasi penapis dengan memusnahkan lemah iaitu
air. DNA bakteria tersebut. “hypochlorous acid”
yang sangat efisien
dalam membunuh
bakteria seperti E.coli
dan Salmonella.

Kesesuaian Sesuai bagi penapis Sesuai bagi penapis air Digunakan dalam loji
bersaiz kecil. bersaiz besar dan kekal. rawatan air.

Kos Harga yang rendah. Harga amat tinggi. Harga yang tinggi.

Kepakaran Boleh dikendalikan oleh Perlu dikendalikan oleh Perlu dikendalikan


kebanyakan orang. pakar. oleh pakar

Kesan Tiada kesan buruk Terdedah kepada cahaya Jika kepekatannya


ultraungu terlalu lama melebihi had, boleh
boleh menyebabkan menyebabkan masalah
kanser kulit. kesihatan.

Penyelenggaraan Perlu dicuci selepas Hanya perlu mengawal Memastikan jumlah


beberapa kali “wavelength” mengikut dan kepekatan yang
digunakan. spesifikasi yang tepat mengikut jumlah
ditetapkan. air yang dirawat.
Karbon aktif / Arang aktif
Karbon aktif mengandungi bahan berkarbon yang berasal dari arang. Karbon aktif
dihasilkan melalui proses pirolisis bahan organik yang berasal daripada tumbuhan. Bahan-bahan
ini termasuk arang batu, kelapa dan kayu, bagas tebu, kulit kacang soya dan sebagainya
(Paraskeva et al., 2008). Arang atau karbon ini diproses untuk menghasilkan liang atau ruang
yang kecil dan mempunyai isipadu yang rendah untuk meningkatkan luas permukaan yang
terdedah. Luas permukaan yang terdedah memberi kesan terhadap proses penjerapan dan tindak
balas kimia yang berlaku.Oleh kerana jumlah liangnya yang banyak, satu gram karbon aktif
mempunyai luas permukaan melebihi 3000㎡ (https://en.wikipedia.org/wiki/Activated_carbon).

Kaedah penapisan menggunakan karbon aktif


Penapisan karbon adalah kaedah penapisan yang menggunakan lapisan karbon aktif
untuk menghilangkan bahan kotoran dan pencemaran yang terdapat dalam air melalu proses
penjerapan kimia. Setiap zarah karbon aktif memberikan luas permukaan dan struktur liang yang
menyebabkan bahan pencemaran terdedah kepada bahagian aktif karbon tersebut secara
maksimum. Karbon aktif menjalankan tugas dalam penapisan air dengan menggunakan proses
penjerepan. Penjerapan merupakan proses dimana molekul atau zarah dari bahan pencemar yang
terdapat didalam cecair yang dirawat diperangkap didalam struktur liang substrat karbon.
Penapisan karbon sering digunakan dalam proses pembersihan air, penapisan udara dan
pemprosesan gas perindustrian. Proses ini dipilih kerana penapis karbon aktif merupakan salah
satu penapis paling berkesan untuk mengeluarkan bahan seperti klorin, mendapan, sebatian
organik yang senang meruap serta bau dan rasa yang terdapat didalam air.
(https://en.wikipedia.org/wiki/Carbon_filtering). Karbon aktif juga mampu menghilangkan
logam (Ni, Cu, Fe, Co, Cr) daripada larutan melalui proses pemendakan dan menukarkan logam
tersebut sebagai hidroksida logam dan memudahkan kerja untuk memisahkan logam dari cecair
yang sedang dirawat. (Lyubchik et al., 2004)

Kelebihan karbon aktif


Selain kelebihan karbon aktif yang telah diterangkan dalam kaedah penapisan, antara
kelebihan karbon aktif ialah bahan ini senang untuk didapati kerana negara Malaysia mempunyai
sumber karbon yang banyak. Harga bagi membeli bahan ini juga agak murah dan berpatutan.
Beratnya yang ringan juga menjadi faktor untuk penggunaan bahan ini bagi penapis air mudah
alih yang akan direka. Selain itu, bahan ini mudah untuk dikendalikan serta tidak mendatangkan
kesan buruk jika disentuh.

Anda mungkin juga menyukai