Anda di halaman 1dari 16

AKTA

PERHIMPUNAN
AMAN 2012
(APA 2012)
Diterbitkan oleh:
Bahagian Penerbitan Dasar Negara
Jabatan Penerangan Malaysia
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Laman Web : www.penerangan.gov.my
Portal : pmr.penerangan.gov.my
E-mel : webmaster@inform.gov.my

B.004 (B.M) Mac 2013 (150.)


AKTA
“Saya menyatakan kegembiraan saya terhadap PERHIMPUNAN
AMAN 2012
perkembangan positif transformasi undang-undang
di negara ini serta keberkesanan Akta Perhimpunan
Aman 2012 yang diperkenalkan tahun lalu. Akta
yang diperkenalkan itu adalah bagi melindungi hak
rakyat untuk berhimpun dan bersuara seperti yang (APA 2012)
dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan.”

Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak


Perdana Menteri Malaysia

Ucaptama Sempena Perasmian Persidangan


Transformasi Perundangan Editor:
Rosni Abdull Majid
17 Januari 2013, Kuala Lumpur Bahagian Penerbitan Dasar Negara
2 AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012
(APA 2012)

Pendahuluan
Rang undang-undang Akta Perhimpunan Aman 2012
(APA 2012) dibentangkan untuk bacaan kali pertama
oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Mohamed Nazri Abdul Aziz di Dewan Rakyat pada
23 November 2011. Dalam pada itu juga turut
membentangkan rang undang-undang (pindaan)
Akta Polis 1967 untuk bacaan kali pertama.

Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) diluluskan


di Parlimen pada 24 November 2011. Ia adalah
merupakan transformasi terhadap kerangka undang-
undang sedia ada berhubung hak perlembagaan
warganegara untuk berhimpun.

2 3
AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012
(APA 2012)

TUJUAN APA 2012 DI LAKSANAKAN

› Membenarkan warganegara menganjurkan dan


menyertai perhimpunan secara aman dan tanpa
senjata dengan sekatan-sekatan tertentu demi
kepentingan ketenteraman dan keselamatan awam.
› Bagi memastikan kebebasan individu untuk
berhimpun secara aman selaras dengan hak yang
termaktub dalam Perkara 10, Perlembagaan
Persekutuan.
AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012
(APA 2012)

Suatu Akta yang berhubung dengan hak untuk


berhimpun secara aman dan tanpa senjata dan
memperuntukkan sekatan-sekatan yang tertentu perlu
atau suai manfaat yang berhubungan dengan hak demi
kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-
mana bahagiannya atau ketenteraman awam, termasuk
perlindungan hak dan kebebasan orang lain, dan untuk
memperuntukkan perkara-perkara yang berkaitan.

4 5
AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012
(APA 2012)

TANGGUNGJAWAB POLIS

Bidang kuasa Ketua Polis Daerah (KPD) telah


diperuntukkan di bawah Seksyen 15, APA 2012
adalah seperti berikut:
❶ Ketua Polis Daerah boleh mengenakan sekatan
dan syarat ke atas perhimpunan bagi menjaga
keselamatan, perlindungan hak dan kebebasan
orang lain serta ketenteraman awam.
› Mengelak berlakunya demonstrasi jalanan seperti
❷ Sekatan dan syarat yang dikenakan adalah
Perhimpunan Bersih 2.0 (9 Julai 2011), Perhimpunan
berhubung dengan:
Bersih 3.0 (28 April 2012), Perhimpunan Hindraf
› Tarikh, masa dan tempoh perhimpunan.
2007 dan lain-lain.
› Tempat perhimpunan.
› Menetapkan hak berhimpun tidak terpakai kepada
› Cara perhimpunan.
bukan warganegara dan kanak-kanak (15 tahun ke
› Kelakuan peserta semasa perhimpunan.
bawah).
› Pembayaran kos pembersihan akibat daripada
› Meliputi hak bukan sahaja kepada penganjur
mengadakan perhimpunan.
dan peserta untuk menyertai perhimpunan secara
› Faktor alam sekitar, sensitiviti budaya, agama,
aman tanpa senjata malah turut mengambil kira
kepentingan sejarah yang ada pada tempat
kepentingan awam dan masyarakat setempat.
perhimpunan.
6 7
AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012
(APA 2012)

› Kebimbangan dan bantahan orang yang


mempunyai kepentingan.
› Perkara lain yang difikirkan sesuai bagi Ketua
Polis Daerah berhubung dengan perhimpunan.
❸ Hukuman:
Mana-mana orang yang tidak mematuhi
sekatan dan syarat melakukan kesalahan dan Permintaan untuk mengadakan perhimpunan
apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
RM10,000. › Fasal 8 APA 2012 menetapkan tanggungjawab
polis, di mana seorang pegawai polis boleh
mengambil apa-apa langkah yang difikirkan perlu
untuk memastikan perhimpunan dikendalikan
dengan teratur mengikut akta ini atau mana-
mana undang-undang bertulis yang lain.
› Di bawah Fasal 14, pegawai yang menjaga
daerah polis perlu memberi respons kepada
pemberitahuan perhimpunan itu dalam masa
lima hari dan hendaklah dalam respons itu
memaklumkan penganjur tentang sekatan-sekatan
dan syarat-syarat yang dikenakan.
8 9
AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012
(APA 2012)

Perjumpaan dengan penganjur Peranan pegawai polis dalam APA 2012


› Pegawai yang menjaga daerah polis boleh pada › Fasal 9(5): Polis boleh mengenakan denda ke
bila-bila masa selepas menerima pemberitahuan atas penganjur sebanyak RM10,000 sekiranya
di bawah subseksyen 9 (1) jika hal keadaan tidak mengemukakan notis untuk mengadakan
mewajarkannya, memanggil penganjur untuk perhimpunan kepada polis.
berjumpa bagi menasihati penganjur tentang › Fasal 12(1): Memendekkan tempoh untuk polis
perhimpunan itu. memaklumkan kepada pihak berkepentingan
berhubung perhimpunan tersebut dalam masa 24
Rakaman oleh pihak polis dan media jam.
› Fasal 12(2): Tempoh untuk pihak berkepentingan
› Fasal 23 pula membenarkan pegawai polis
membuat bantahan kepada polis ke atas notis
membuat sebarang bentuk rakaman mengenai
perhimpunan berkenaan dalam masa 24 jam.
perhimpunan manakala Fasal 24 membenarkan
› Fasal 14: Tempoh untuk polis memberikan respons
mana-mana wakil media untuk mempunyai
ke atas bantahan berkenaan juga dipendekkan
akses yang munasabah ke tempat perhimpunan
dalam masa lima hari.
dan menggunakan apa-apa kelengkapan untuk
› Fasal 15: Pemusatan kuasa serta budi bicara
membuat laporan mengenai perhimpunan.
untuk polis mengenakan apa-apa sekatan dan
syarat tambahan yang difikirkan perlu atau sesuai.

10 11
AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012
(APA 2012)

Kuasa polis untuk menahan orang ramai


yang menyertai perhimpunan
Peruntukan Seksyen 20 memberi kuasa kepada
pegawai polis untuk menahan, tanpa waran, mana-
mana penganjur atau peserta yang enggan atau gagal
mematuhi mana-mana sekatan atau syarat seperti
berikut:
❶ Semasa perhimpunan enggan atau tidak
mematuhi mana-mana sekatan atau syarat di
bawah Seksyen 15.
❷ Semasa perhimpunan, ada dalam milikan apa-
› Fasal 16: Memendekkan tempoh rayuan yang
apa senjata.
dikenakan ke atas penganjur perhimpunan untuk
❸ Merekrut atau membawa kanak-kanak ke
membuat rayuan kepada menteri.
perhimpunan selain daripada perhimpunan
› Fasal 21: Membolehkan polis untuk menggunakan keagamaan, pengebumian, perhimpunan
segala kuasa serta kekerasan untuk menyuraikan berhubung dengan adat dan perhimpunan yang
sesebuah perhimpunan. diluluskan oleh Menteri.
› Fasal 21(3): Polis boleh mengenakan denda
sehingga RM20,000 kepada individu yang ditahan * Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, sebelum menjalankan kuasa
menangkap, pegawai polis hendaklah mengambil langkah-langkah
dalam perhimpunan. yang perlu untuk memastikan pematuhan secara sukarela oleh
penganjur atau peserta.
12 13
AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012
(APA 2012)

❹ Mana-mana orang di perhimpunan melakukan


mana-mana kesalahan di bawah undang-undang
bertulis.
❻ Peserta perhimpunan tidak mematuhi sekatan
dan syarat yang dikenakan di bawah Seksyen 15,
Kuasa polis menyuraikan perhimpunan APA 2012.
yang sedang diadakan ❼ Peserta perhimpunan yang terlibat dan akan
terlibat dalam perhimpunan melakukan perbuatan
Fasal 21 APA 2012 (Akta 736) memberikan kuasa yang menyalahi undang-undang, perbuatan tidak
kepada pegawai polis mengeluarkan arahan untuk senonoh dan keganasan terhadap orang awam
bersurai, jika perhimpunan itu tidak mematuhi undang- dan harta.
undang seperti di bawah:
* Sekiranya perkara-perkara yang dinyatakan di atas berlaku, pegawai
❶ Perhimpunan diadakan di suatu tempat larangan polis pada masa itu boleh menjalankan kuasa yang ada untuk
menyuraikan perhimpunan dengan menggunakan segala kekerasan
atau dalam jarak 50 meter dari had tempat yang munasabah.
larangan.
* HUKUMAN: Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan yang
❷ Perhimpunan telah menjadi protes jalanan. dikeluarkan telah melakukan kesalahan dan boleh disabitkan denda
❸ Mana-mana orang di perhimpunan telah tidak melebihi RM20,000.00.
melakukan apa-apa perbuatan, mengeluarkan
kenyataan yang berbaur hasutan, bermusuhan
dan mengganggu ketenangan di kalangan orang
awam.
14 15
AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012
(APA 2012)

TANGGUNGJAWAB PENGANJUR Peruntukan Seksyen 6 APA 2012 (Akta 736),


penganjur adalah bertanggungjawab terhadap
Hak untuk menganjur atau menyertai
perkara-perkara seperti berikut:
perhimpunan
› Seksyen 2 APA 2012 memperuntukkan hak › Memastikan perhimpunan mematuhi APA 2012
warganegara untuk menganjur dan menyertai dan undang-undang lain yang berkaitan.
perhimpunan secara aman tetapi tertakluk kepada › Memastikan penganjuran dan pengendalian
sekatan tertentu bagi memastikan keselamatan perhimpunan tidak melanggar APA 2012, undang-
negara serta perlindungan hak dan kebebasan undang bertulis yang lain atau apa-apa arahan
orang lain. yang dikeluarkan di bawah Akta tersebut.
› Fasal 4 APA 2012 menjelaskan hak untuk
› Memastikan penganjur atau mana-mana orang
menganjur atau menyertai perhimpunan secara
menyertai perhimpunan tidak melakukan perbuatan
aman dan tanpa senjata tidak terpakai kepada:
atau mengeluarkan kenyataan yang berbaur
i) Bukan warganegara;
hasutan serta mengganggu ketenangan orang
ii) Perhimpunan yang diadakan di tempat-
awam.
tempat larangan dan dalam jarak 50 meter
daripada had tempat-tempat larangan; › Memastikan penganjur atau peserta perhimpunan
iii) Bagi bantahan jalanan; dan tidak melakukan kesalahan di bawah undang-
iv) Seseorang di bawah umur 21 tahun tidak undang bertulis.
boleh menjadi penganjur.

16 17
AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012
(APA 2012)

› Memastikan perhimpunan tidak akan


membahayakan kesihatan atau menyebabkan
kerosakan kepada harta dan alam sekitar.
› Memastikan perhimpunan tidak akan menyebabkan
kesusahan kepada orang awam.
› Memastikan pembersihan tempat perhimpunan
atau menanggung kos pembersihan tempat
› Memastikan penganjuran dan pengendalian perhimpunan.
perhimpunan mengikut pemberitahuan
› Dalam perhimpunan serentak atau perhimpunan
perhimpunan yang diberikan di bawah subseksyen
balas, memastikan penganjuran perhimpunan tidak
9(1) dan Seksyen 15 APA 2012.
menghalang secara spesifik perhimpunan yang
› Melantik beberapa orang yang perlu untuk satu lagi daripada diadakan atau mengganggu
bertanggungjawab bagi mengendalikan penganjuran perhimpunan itu.
perhimpunan dengan teratur.
› Fasal 9(1): Penganjur hendaklah memberi notis
› Bekerjasama dengan pihak berkuasa awam untuk mengadakan perhimpunan kepada polis dalam
memperuntukkan perkara-perkara yang berkaitan. masa 10 hari.

18 19
AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012
(APA 2012)

TANGGUNGJAWAB PESERTA
Peruntukan seksyen 7 APA 2012 telah menggariskan
tanggungjawab peserta yang menghadiri perhimpunan
seperti berikut:
Seseorang peserta hendaklah;
i) Mengelak daripada mengendalikan atau
menghalang mana-mana perhimpunan;
ii) Tidak berkelakuan secara menyakitkan hati atau
menggunakan kata-kata kesat terhadap mana-
mana individu;
iii) Tidak melakukan apa-apa perbuatan atau membuat
apa-apa pernyataan atau apa-apa kecenderungan v) Tidak menyebabkan kerosakan kepada harta
untuk mengembangkan perasaan jahat atau benda; dan
permusuhan di kalangan orang awam atau yang vi) Mematuhi arahan-arahan yang diberikan oleh
mengganggu ketenangan orang awam; polis, penganjur atau mana-mana orang yang
iv) Tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah dilantik oleh penganjur yang bertanggungjawab
mana-mana undang-undang bertulis di mana-mana bagi mengendalikan perhimpunan yang teratur.
perhimpunan;

20 21
AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012
(APA 2012)

Kempen Pilihan Raya Kawasan perhimpunan


Akta ini tidak terpakai bagi sesuatu perhimpunan ❶ Kawasan yang ditetapkan
membabitkan kempen pilihan raya di bawah Akta
› Bagi kawasan-kawasan yang telah ditetapkan,
Kesalahan Pilihan Raya 1954 serta perhimpunan
mereka hanya perlu memberitahu pihak polis
mogok, sekat masuk atau piket.
dan akan ada pihak berkuasa memantau
keadaan perhimpunan di kawasan tersebut.
Kempen Parti Politik yang bertanding
pada Pilihan Raya › Kawasan atau tempat yang tidak akan
menjejaskan kepentingan awam seperti
› Semua parti politik yang bertanding pada Pilihan stadium dan kawasan lapang yang mana orang
Raya Umum perlu memohon permit untuk ramai boleh berhimpun.
mengadakan sebarang perhimpunan kerana APA
2012 tidak terpakai semasa berkempen. ❷ Kawasan yang tidak ditetapkan
› Perenggan 1(a) akta berkenaan menyebut bahawa › Bagi kawasan-kawan yang tidak ditetapkan,
ia tidak terpakai untuk tujuan kempen pilihan raya maka ia akan memerlukan tempoh 10 hari
dan atas sebab itu semua parti politik yang mahu supaya pihak polis boleh berunding dengan
berhimpun bagi tujuan berkempen sepanjang masyarakat setempat untuk mendapatkan
pilihan raya perlu memastikan mereka mempunyai pandangan mereka.
permit terlebih dulu.

22 23
AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012
(APA 2012)

Tempat larangan untuk perhimpunan Perhimpunan yang tidak perlu mendapatkan


dalam APA 2012 ialah: permit Polis:
1) Empangan, takungan dan kawasan tadahan air 1) Perhimpunan keagamaan
2) Loji rawatan Air 2) Perarakan pengebumian
3) Stesen Penjana Elektrik 3) Majlis perkahwinan
4) Stesen Minyak 4) Rumah terbuka semasa perayaan
5) Hospital 5) Pertemuan keluarga
6) Balai Bomba 6) Hari keluarga yang diadakan oleh majikan
7) Lapangan Terbang bagi mendapat manfaat pekerjanya dan
8) Landasan kereta api keluarga mereka
9) Terminal Pengangkutan Awam Darat 7) Mesyuarat tahunan dan persatuan
10) Pelabuhan, terusan, limbungan, lembaga, jeti,
jambatan dan marina Perhimpunan yang boleh disertai
11) Tempat ibadat oleh kanak-kanak:
12) Tadika dan sekolah 1) Perhimpunan keagamaan
2) Perarakan pengebumian
3) Perhimpunan berhubung dengan adat
4) Perhimpunan yang diluluskan oleh Menteri

24 25
AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012
(APA 2012)

Apa Kata Mereka Terhadap Perhimpunan


Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 dan
Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012

AMRAN ABDUL HAMID ASHAARI JOHAN


Peniaga, Kuala Lumpur Pekerja Swasta
Perhimpunan Bersih 2.0 dan 3.0 telah meninggalkan kesan dari Dalam perhimpunan Bersih 2.0 negara telah kehilangan
pelbagai sudut, dan tidak terkecuali dari sudut ekonomi. Ramai pendapatan lebih RM6 billion yang merupakan satu ancaman
peniaga-peniaga terutama di Jalan Tuanku Abdul Rahman besar terhadap industri pelancongan negara. Ini juga telah
mengalami kerugian kerana terpaksa menutup premis mereka. Ini
kerana peserta perhimpunan bersikap ganas dan berani membuat
menjejaskan pelbagai sektor perniagaan seperti perhotelan,
tindakan di luar dugaan. Perhimpunan seumpamanya itu telah taman tema, restoran dan pusat membeli belah hinggalah ke
menjadikan rakyat sebagai mangsa dan merugikan. peringkat peniaga kecil serta penjaja.

HAMIDI ZAKARIA NUR NAJIHAH HAREEZ MOHD NOR


Kakitangan Kerajaan Pelajar, Johor
Perhimpunan Bersih 2.0 adalah perhimpunan haram yang tercatat Tindakan yang tegas oleh kerajaan terhadap demonstrasi
sejarah duka dalam negara kita. Kejadian ini telah mengganggu jalanan ini hendaklah terus dilaksanakan terutama terhadap
ketenteraman awam dan melumpuhkan sistem pengangkutan di pelajar yang menyertai perhimpunan tersebut. Pelaksanaan
Kuala Lumpur. Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan
negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan
APA 2012 melaksanakan tindakan undang-undang terhadap
kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang mereka yang mengheret kanak-kanak dalam perhimpunan
perlu dipertahankan. amat dipersetujui.

26 27
AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012
(APA 2012)

Pendapat Mengenai
Akta Perhimpunan Aman 2012

HASSAN SHUIB
Pegawai Kerajaan, Shah Alam
Adalah tidak adil untuk menyalahkan peserta himpunan itu Nurlaila Saad
sepenuhnya kerana pihak penganjur perhimpunan tidak menasihati Pekerja Swasta, Banting Selangor
mereka (peserta himpunan) agar tidak membawa bersama anak-anak
berumur bawah 15 tahun. Pihak penganjur harus dipersalahkan dan Perhimpunan Bersih 3.0 (Perhimpunan Shamsidar) yang
dikenakan tindakan undang-undang. diadakan pada 12 Januari 2013 lalu menjadi testimoni
kepada keberkesanan penguatkuasaan APA 2012. Ini
membuktikan kemampuan semua pihak tidak kira pihak
ZAINON MOHD NOOR berkuasa mahu pun penganjur mematuhi peruntukan
Peniaga, Kuala Lumpur dan semangat akta itu. Adalah menjadi tanggungjawab
Akta Perhimpunan Aman 2012 menjamin hak bersuara rakyat pemimpin, ahli perundangan dan masyarakat madani untuk
mengikut saluran yang sesuai di samping memastikan ketenteraman sentiasa memastikan hak dan kebebasan rakyat dilindungi.
awam tidak terjejas bagi melindungi hak kebebasan orang ramai.
Masyarakat hendaklah membaca dan memahami intipati akta itu
agar mereka tidak mudah menyalahkan pihak berkuasa jika tercetus
insiden pada perhimpunan yang diadakan.

28 29

Anda mungkin juga menyukai