Anda di halaman 1dari 2

 

PENDAHULUAN

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana berkat izin dan limpah kurnia-Nya dapat kita hadir
di Dewan De Baron Resort, Langkawi ini sempena Konvensyen Pendidikan Kebangsaan ke-21 dan
Persidangan Kali ke-33 Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia Tahun 2015. Saya merakamkan ucapan
penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola yang diterajui oleh Majlis Guru
Besar Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman atas penganjuran
konvensyen selama empat hari yang bertemakan “Guru Besar: Membina Ilmu Menyempurnakan
Akhlak”.

2. Sesungguhnya, program tahunan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) ini mencerminkan
kesepakatan dan komitmen GMGBM terhadap peranan dan sumbangan para guru besar yang menjadi
tulang belakang dalam mendidik anak bangsa bermula di peringkat prasekolah dan rendah. Kehadiran
tuan/puan ini jelas membuktikan sokongan, dokongan dan semangat untuk melestarikan bidang
pendidikan secara holistik demi memartabatkan sistem pendidikan negara. Saya menyokong usaha
murni GMGBM menjadikan konvensyen dan persidangan ini sebagai satu wadah ke arah mengubah
peranan guru besar sebagai pengurus sekolah secara tradisional kepada pemimpin organisasi yang
sentiasa peka dengan perkembangan dunia pendidikan. Guru besar juga perlu peka dengan dasar
transformasi yang diilhamkan oleh kepimpinan negara dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Perkongsian ilmu dan kerjasama sebeginilah yang menjadi daya penggerak bagi menjamin kualiti
pendidikan terus mencapai tahap cemerlang. Syabas dan tahniah saya ucapkan.

3. Pada kesempatan ini juga, saya ingin melahirkan rasa penuh kesyukuran atas kepercayaan dan
amanah yang diberikan oleh tampuk kepimpinan negara untuk saya menerajui kementerian ini dengan
kerjasama padu seluruh warga Kementerian Pendidikan Malaysia. Semestinya dasar pendidikan sedia
ada kekal relevan dan akan diteruskan dengan pengubahsuaian mengikut keperluan semasa. Seperti
yang telah saya nyatakan perkara yang perlu diutamakan sekarang ini adalah menyelesaikan rungutan
para guru yang membabitkan kerja-kerja di luar tugasan hakiki mereka. Kementerian Pendidikan
khususnya Bahagian Pengurusan Sumber Manusia sedang berusaha mengatasi masalah beban kerja
yang ditanggung oleh 420,000 guru di seluruh negara. Sehingga kini, KPM telah menempatkan
pembantu guru di sekolah melalui projek rintis di negeri Kedah dan Melaka bagi memastikan hal ini tidak
menjejaskan tugasan hakiki mereka sebagai pendidik.

“GURU BESAR: MEMBINA ILMU, MENYEMPURNAKAN AKHLAK”

YB Dato', Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya hormati sekalian,

4. Tema konvensyen pendidikan ini yang selari dengan tema hari guru tahun 2015 dilihat amat sinonim
dengan jiwa warga pendidik iaitu "GURU BESAR: MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK". Hal ini
bersesuaian dengan tanggungjawab para guru besar yang memainkan peranan penting sebagai ketua
atau peneraju institusi pendidikan bagi menyempurnakan akhlak murid serta membentuk insan
seimbang dan berperibadi unggul. Bahkan sebagai arkitek sosial, tuan-tuan dan puan-puan
sememangnya memikul tugas besar, bukan sekadar memimpin para guru dalam memberi pendidikan
dan menyampaikan ilmu, malah dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan transformasi pendidikan
yang dicita-citakan negara. Pembinaan tamadun ilmu bakal terhasil apabila ilmu diberikan status sebagai
‘the highest good' dalam pembentukan peradaban insan sejagat. Budaya ilmu yang sebenar akan
memberi peluang yang saksama kepada semua warga pendidikan untuk mengejar dan mengamalkan
ilmu dalam kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai